You are on page 1of 2

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh

kerajaan sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Malaysia. ANGKASA melaksanakan program
transformasi koperasi melalui penyertaan projek ekonomi berimpak tinggi. ANGKASA terus menjalankan
khidmat teras iaitu menyediakan khidmat potongan gaji kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun,
kelab, koperasi, kesatuan dan syarikat GLC.

Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil
dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat
kami seperti berikut :

1. PEGAWAI, UNIT PERUNDANGAN

Kelayakan dan Pengalaman


Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
Berpengalaman bekerja selama 3 tahun dalam bidang berkaitan dan mempunyai Certificate in
Legal Practice (CLP).
Fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Bersedia untuk melakukan tugasan di luar kawasan termasuk bertugas pada hujung minggu.

Bidang Tugas
Bertanggungjawab merangka tindakan dalam kes-kes melibatkan sebarang pertikaian
ANGKASA dengan mana-mana pihak.
Bertanggungjawab sebagai Pegawai Pendakwa untuk kes-kes Penyiasatan Dalam Jabatan.

2. PEGAWAI (PENTADBIR LAMAN WEB), UNIT ICT

Kelayakan dan Pengalaman


Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Senireka Grafik / Sains Komputer (Media Interaktif) /
Teknologi Maklumat & Komunikasi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Berpengalaman bekerja selama 3 tahun dalam bidang berkaitan.
Kredit dalam Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.
Fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (menulis dan bertutur).
Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Adobe Creative seperti Lightroom, Photoshop,
Ilustrator, Indesign dan lain-lain.
Kemahiran dalam video editing adalah satu kelebihan.
Mampu menghasilkan idea-idea kepada visual kreatif.
Membangun, menyelenggara dan mengemaskini Laman Web ANGKASA.

Bidang Tugas
Bertanggungjawab menyedia dan memastikan maklumat pada Laman Web ANGKASA adalah
terkini.
Bertanggungjawab berhubung dan menyelaraskan maklumat Laman Web dengan Bahagian
dan Sektor di ANGKASA.
Bertanggungjawab membangunkan dan mengemaskini web page, hyperlink, aktiviti dan grafik
bagi laman web.

3. KERANI

Kelayakan dan Pengalaman


Sekurang-kurangnya SPM / SPMV dengan kepujian dalam Matematik atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
Mahir penggunaan komputer.
Pengalaman bekerja di Syarikat Guaman adalah satu kelebihan.

Bidang Tugas
Menjalankan tugas-tugas perkeranian.

4. PEMANDU

Kelayakan dan Pengalaman


Sekurang-kurangnya SRP / PMR atau kelayakan yang berkaitan dengan jawatan dan setaraf
dengannya
Mempunyai lesen memandu yang sah Kelas D
Pengalaman bekerja sebagai pemandu van dan mahir tentang jalan-jalan di sekitar Kuala
Lumpur
Bersedia untuk melakukan tugasan di luar kawasan Kuala Lumpur termasuk bertugas pada
hujung minggu.

Bidang Tugas
Bertanggungjawab memandu kereta rasmi kepada Pengurusan Kanan ANGKASA.

5. PEMBANTU AM

Kelayakan dan Pengalaman


Sekurang-kurangnya SRP / PMR dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia atau kelayakan
yang berkaitan dengan jawatan dan setaraf dengannya.

Bidang Tugas
Mengemaskini rekod penyimpanan fail, menyimpan dokumen berkaitan ke dalam fail,
mengedar dan pos surat dan tugas-tugas lain yang berkaitan.
Memastikan pejabat sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.

Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta
butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman,
kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan
gambar terbaru berukuran pasport kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan


ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor

selewat-lewatnya pada 4 Mac 2017

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Akhbar : Utusan Malaysia


Tarikh : Sabtu, 25 Februari 2017
T/Tutup : 4 Mac 2017

HRHO/SZAB/IFMH/rha:iklanpegawai20022017

You might also like