You are on page 1of 7

Tingkatan 4 - Bab 8:

Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum


Kedatangan barat
1) Pengaruh Islam Terhadap Politik

i) Pentadbiran
- Sebelum Islam , institusi raja dipengaruhi konsep dewa-raja (tradisi Hindu-Buddha). Selepas
kedatangan Islam , gelaran raja yang digunakan oleh pemerintah ditukar kepada gelaran sultan
. Membawa konsep Islam Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermaksud bayangan Allah
di muka Bumi. Bermakna pengesahan kewibawaan raja berlandaskan Islam diberi
kepada raja.

- Konsep Khalifatul Mukminin pula bermaksud pemimpin orang mukmin . Gelaran ini digunakan oleh
Sultan Mahmud Syah di Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin di Pahang.

- Dalam tradisi Hindu-Buddha, raja dinasabkan kepada keturunan dewa . Pada zaman Islam,
nasab keturunan sultan dikaitkan tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain. Bertujuan
meninggikan kedudukan seseorang raja atau sultan tersebut.

- Zaman Islam, sultan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
Sultan dibantu oleh empat pembesar seperti bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan
laksamana. Institusi kesultanan kekal sebagai institusi berdasarkan sistem warisan . Institusi
kesultanan mempunyai hubungan yang erat dengan golongan ulama . Sultan sering
mendapat nasihat daripada ulama seperti Makhdum Sayid Abdul Aziz di Melaka. Di Melaka,
pemerintah mendapatkan nasihat ulama seperti Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf dan
sebagainya. Di Kelantan dan Terengganu, Tuk Pulau Manis, Tuk Pulau Condong dan Tuan
Tabal.

- Adat Temenggung diamalkan di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah & Selangor.


Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan. Kuasa tertinggi terletak di tangan Yang Di-pertuan
Besar.

- Konsep daulat telah mengukuhkan institusi kesultanan. Konsep daulat menjadi pengikat
antara golongan rakyat dengan pemerintah. Konsep ini mengangkat kedudukan seseorang
raja atau sultan ke tahap yang tinggi . Konsep ini tidak bertulis tetapi dipegang sebagai sesuatu
yang dipercayai kebenarannya sehingga menaikkan penghormatan rakyat kepada sultan.
Menggambarkan kedaulatan seseorang sultan. Daulat diperkukuhkan lagi dengan adat istiadat seperti cara
berpakaian , tingkah laku , bahasa dan pengucapan . Contohnya, istiadat pertabalan
.

ii) Perundangan
- Terbahagi kepada 2 jenis iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis .
Undang-undang bertulis ialah peraturan atau hukum dalam sebuah masyarakat. Undang-undang
tidak bertulis dikenali juga sebagai adat seperti adat Pepatih dan adat Temenggung. Raja selalunya
dikecualikan daripada undang-undang secara praktiknya (melambangkan kedudukan
raja sebagai kuasa tertinggi ).

Undang-undang tidak bertulis

a. Adat Perpatih
- Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung, Sumatera. Dijalankan di Negeri
Sembilan dan Naning, Melaka. Digunakan oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan.

- Menyelesaikan masalah secara musyawarah . Musyawarah akan dihadiri oleh perwakilan


semua suku (12 suku). Setiap suku dianggap sebagai satu keluarga besar . Mengikut
Adat Perpatih, perkahwinan sama suku adalah dilarang . Setiap suku diketuai oleh seorang ketua
adat yang dikenali sebagai Lembaga. Perlantikan ketua secara demokrasi dilakukan di semua peringkat
dari peringkat bawah iaitu Anak Buah memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga
memilih Undang, Undang memilih Yang Dipertuan Besar.

- Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan jurai keturunan sebelah ibu . Anak


perempuan diberi hak mewarisi harta .

b. Adat Temenggung
- Diasaskan oleh Datuk Ketumanggungan dari Palembang. Dijalankan di Tanah Melayu selain negeri
Sembilan, Naning.

- Berasaskan sistem parilineal yang mementingkan keturunan lelaki . Anak lelaki lebih
diutamakan dalam pembahagian pusaka (bertepatan dengan hukum faraid Islam ()).
Pada peringkat awal, adat ini dipengaruhi ajaran Hindu. Kemudian, disesuaikan dengan ajaran Islam
mazhab Shafie.

Undang-undang bertulis

a. Hukum Kanun Melaka


- Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar . Pantang larang anggota
masyarakat. Hukuman kesalahan jenayah . Undang-undang keluarga . Permasalahan ibadah .

b. Undang-undang Laut Melaka


- Aktiviti maritim dan perundangan . Nakhoda (kapten) dalam kapal diertikan sebagai imam
dan anak buah kapal sebagai makmum . Undang-undang Pelabuhan di negeri Kedah mempunyai
peranan yang sama dengan Undang-undang Laut Melaka.

- Perundangan sebelum Islam, tradisi Hindu-Buddha. Tradisi Hindu-Buddha disesuai dengan


budaya tempatan . Tradisi Hindu berpegang kepada Hukum Kanun Manu yang membezakan
hukuman berdasarkan kelas . Profesor Ahmad Ibrahim mengatakan, sebelum British,
undang-undang asas ialah undang-undang Islam dan adat Melayu.

- Perundangan selepas Islam. Undang-undang Islam di negeri-negeri Melayu wujud sebelum kedatangan
pengaruh British. Kehadiran Islam memperkembangkan undang-undang bertulis seperti Hukum Kanun
Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, Undang-undang Kedah, Undang-undang
Perak, Undang-undang Johor. Kesemua kitab perundangan menjadi pencorak kepada perjalanan
pemerintahan dan pentadbiran.

2) Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya


i) Pendidikan

a. Pendidikan tidak formal


- Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi
keluarga.

- Menekankan aspek pengajaran nilai-nilai moral dalam masyarakat. Pembelajaran


disampaikan melalui kaedah pendengaran , penglihatan dan pemerhatian . Kanak-kanak
mempelajari kemahiran daripada ibu bapa melalui pemerhatian seperti pertanian , perikanan ,
kraf tangan dan pertukangan . Ibu bapa mengajar anak-anak perkara berkaitan keagamaan ,
adat resam , kelakuan , sopan santun , cara berkawan serta menjaga maruah
. Nilai murni disebarkan melalui cerita-cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita
jenaka . Melalui kaedah cerita lisan, unsur teladan dan pengajaran biasanya diberi
penekanan.

- Pantang-larang dan adat istiadat dipelajari oleh kanak-kanak melalui pergaulan sosial
seperti tunduk apabila lalu di hadapan orang tua. Pendidikan tidak formal juga disampaikan melalui
pantun , syair , teka teki dan peribahasa .

b. Pendidikan formal
- Pendidikan formal berkaitan keagamaan secara langsung atau melalui perantaraan institusi.

- Kedatangan Islam memberi peluang kepada semua golongan menuntut ilmu . Tempat belajar di
rumah, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok. Di rumah tok guru, pendidikan al-Quran diajar
melibatkan anak-anak berusia 7 hingga 15 tahun. Istana ialah pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan
. Menurut Sejarah Melayu menjelaskan peranan istana Melaka sebagai pusat pengajian agama
. Sultan Mansur Syah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar.
Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan.Ramai ulama menetap di
Melaka antaranya orang Arab, Parsi, Gujerat, kerana pengaruh pemerintah Melaka.

- Kitab al-Dur al Manzum (kitab Tasawuf) sangat terkenal di istana Melaka hingga diarak ke istana
kerajaan Johor. Sultan Alaudin Riayat Syah menjadikan istana Johor pusat pengajian .
Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah turut
disimpan di Istana Melaka. Di istana juga mengajar ilmu politik dan pentadbiran negara . Di
masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu tajwid (), fikah dan bacaan
dalam sembahyang , orang dewasa pula belajar ilmu fikah, usuluddin , hadis , tasawuf
pada tahap lebih tinggi.

- Institusi pendidikan pondok memberi tumpuan kepada ilmu keagamaan . Lepasan


pengajian pondok menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama atau berkhidmat kepada
masyarakat. Berkembang meluas di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pattani. Dipercayai
bermula di Pattani sejak abad ke-12 M, sebelum berkembang ke negeri-negeri Melayu. Pondok terkenal
terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong yang diasaskan oleh Haji Abdul Samad bin Abdullah
dan Pondok Kuta yang dibuka oleh Haji Mohamad Salleh), Terengganu (Syaikh Abdul Malik bin
Abdullah memulakan Tuk Ku Pulau Manis) dan Kedah ( Haji Muhamad Taib telah mengasaskan Pondok
Titi Gajah dan Haji Muhamad Nor mengasaskan Pondok Langgar). Sistem pendidikan pondok tidak
mempunyai batasan waktu kerana pelajar-pelajarnya akan mengambil masa yang penjang sehingga 10
tahun untuk menamatkan pengajian mereka.

- Sistem madrasah diperkenalkan semasa zaman khalifah Bani Saljuk di Iraq pada 447 H/ 1056M.
Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan dan mengikut sistem kelas .
Pendidikan madrasah ini mengikut 3 tahap utama, iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap
pengkhususan . Pendidikan madrasah diawasi oleh Mudir (Guru Besar). Diselia oleh
sebuah lembaga serta jawatankuasa kewangan.

ii) Bahasa dan Kesusasteraan


- Pengaruh Islam yang paling ketara ialah tulisan jawi. Sebelum lahirnya tulisan jawi telah
wujud tulisan lain dalam sastera Melayu seperti tulisan Pallva, Kawi (Jawa kuno), Sunda
, Kuno, Batak dan Rencong. Tulisan jawi yang disesuaikan daripada perkataan Arab dan al-Quran
mudah diterima oleh orang Melayu. Tulisan Jawi berdasarkan penyesuaian dengan bahasa Melayu. Tulisan
jawi berkembang menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan dalam kalangan
masyarakat Melayu.
- Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan penambahan istilah baru
daripada Bahasa Arab ,seperti perkataan adat, adil, daulat, hakim dan hukum. Kemudiannya,
ditambah dengan istilah dalam bidang fikah , tauhid dan tafsir.

- Pada peringkat awal, kesusasteraan rakyat disampaikan secara lisan seperti cerita asal-usul ,
binatang . cerita jenaka Pak Kaduk, Lebai Malang. Cerita dongeng
(memberikan pengajaran) dan puisi seperti pantun, teka-teki, gurindam , dan seloka .

- Kedatangan Islam mempengaruhi perkembangan hasil kesusasteraan Melayu . Khususnya


dalam bidang prosa dan puisi .

- Terdapat hikayat berkaitan kisah Nabi Muhammad s.a.w seperti Hikayat Nur Muhammad dan
Hikayat Bulan Berbelah. Hikayat tentang nabi-nabi lain seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikyat Nabi
Musa a.s. Hikayat tentang para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin.
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah merupakan karya penting yang disimpan
di istana Melaka.

- Bentuk puisi syair berunsur Islam turut berkembang pesat seperti Syair Dahulu Kala dihasilkan oleh
Tengku Ampuan Mariam di Terengganu. Hikayat karya saduran bercorak Arab Parsi ialah Hikayat
Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik.

iii) Kesenian
- Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya. Keindahan ini dapat dilihat daripada seni halus ,
seni rupa , seni tekstil , seni tampak .

- Sebelum Islam , lingkungan tradisi Hindu-Buddha. Seni zaman Hindu-Buddha seperti


seni candi , seni bina , seni arca di Lembah Bujang terutamanya Candi Bukit
Batu Pahat, Candi Sungai Batu. Avalokitesvara arca, menunjukkan pengaruh India
.

- Selepas Zaman Islam , pengaruh Islam dalam bidang kesenian di Tanah Melayu dapat
dilihat pada seni bina masjid dan istana. Bidang kesenian menggabungkan elemen keagamaan
dengan kehalusan seni tempatan . Binaan masjid memaparkan ketinggian seni
bina orang Melayu. Masjid terkenal, contohnya Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Tengkera Melaka
dan Masjid Peringgit. Seni bina masjid terdapat ciri-ciri khas seperti mihrab ,
mimbar , telaga , pancur air dan bumbung yang unik.

- Istana raja dibina dengan indah. Seni bina istana dilengkapi dengan pelbagai bentuk hiasan dalaman
dan ukiran . Dilengkapi dengan balairung , tempat bersemayam diraja , balai istiadat
, contohnya istana Melaka.

- Rumah mempunyai hiasan dalaman hasil daripada kemahiran seni ukiran . Rumah mempunyai motif
ukiran berbentuk tumbuh-tumbuhan , bunga-bungaan dan geometri . Kemahiran
tukang kayu Melayu terbukti pada tapak kebudayaan Hindu-Buddha di Lembah Bujang.

- Seni epigrafi orang Melayu terserlah pada batu bersurat dan batu nisan . Contohnya,
Batu Bersurat Terengganu.

- Seni khat atau kaligrafi digunakan untuk menghiasi masjid , madrasah


, batu nisan , barang tembikar , mata wang dan pakaian . Terdapat dua jenis tulisan khat
yang sering digunakan iaitu jenis kuf dan nasakh.

- Seni persembahan merangkumi tarian , drama , muzik , nyanyian , wayang


kulit yang dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan. Seni tari
dipengaruhi oleh unsur Islam seperti Tarian dabus di Perak dan tarian mak inang di Melaka. Nyanyian nazam
atau naban dan ukir dipengaruhi oleh unsur Islam. Seni muzik pula seperti seni dikir diiringi rebana dan kompang,
ghazal. Seni ghazal di Johor mengandungi puisi Arab yang memuji kebesaran Islam.

iv) Gaya hidup


- Perubahan prinsip kepercayaan atau akidah kepada syariah dan akhlak .
Contohnya, amalan protokol /hijabah menggambarkan pengaruh Bani Umaiyah.
Pelantikan dan Pertabalan Raja sebelum Islam ialah Pembacaan ciri
, iaitu kata-kata hikmat dan suci dalam bahasa Sanskrit.Selepas Islam,
perubahan istiadat pemerintah . Dalam pertabalan raja , kandungan bacaan ciri
dimansuhkan , bacaan lafaz ikrar diteruskan kerana menyerupai proses baiah
. Perlantikan pengganti sultan sebelum istiadat pemakaman apabila sultan mangkat
ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah.

- Perubahan akhlak rakyat . Hubungan antara individu dan pertalian kekeluargaan


yang rapat menjamin kesejahteraan hidup . Ibu bapa amat dihormati , menghormati
orang yang lebih tua , jiran dianggap seperti keluarga , panggilan pangkat
diberi seperti Pak Long dan Mak Long, apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu
rendah .

- Adab berziarah . seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib
menjawab salam , kemudian bersalaman . Kanak-kanak perlu mencium tangan orang yang
lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum, bacaan bismillah
(dengan nama Allah) dimulakan untuk menjamu makan minum.

- Majlis perkahwinan, majlis berkhatan atau majlis tamat membaca al-Quran (majlis khatam )
diadakan mengikut Islam dan mempunyai semangat gotong-royong. Majlis seperti ini juga menekankan nilai
gotong-royong, bekerjasama dan perpaduan. Konsep bersatu teguh, bercerai roboh. Ibarat seikat seperti
sirih, serumpun seperti serai dan sedendang seperti besi.

3) Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi

i) Perdagangan
- Pengaruh perdagangan amat kuat kepada umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w terlibat
secara langsung dalam perdagangan (memperdagangkan barang Khatijah).

- Melaka menjadi pusat perdagangan kerana kedudukan Melaka yang strategik (laluan
timur dan barat turut melibatkan pedagang Islam ). Melaka mempunyai barang dagangan seperti
rempah ratus , hasil hutan dan hasil galian . Kerajaan Melaka menyediakan pelbagai
kemudahan di pelabuhan untuk menampung peningkatan pedagang asing. Jawatan laksamana
dan syahbandar telah diwujudkan untuk menjamin kelancaran aktiviti
perdagangan di pelabuhan. Laksamana bertanggungjawab menguruskan hal kelautan .
Syahbandar menjadi ketua di perlabuhan dan bertanggungjawab terhadap urusan sukat dan timbang
.

- Undang-undang Laut Melaka digubal untuk menjadi panduan kepada


masyarakat khususnya perkara yang berkaitan dengan tugas nakhoda , jurumudi dan sebagainya.

- Di Melaka amat ramai pedagang, dikatakan tidak kurang 84 bahasa dipertuturkan oleh pedagang asing di
Melaka. Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan yang utama. Bahasa Melayu sebagai
lingua franca.

- Melaka turut memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati dan tahil yang dipertanggungjawabkan
kepada Syahbandar. Bertujuan melicinkan urusan jual beli di pelabuhan. Barangan yang
dtimbang seperti emas, perak, dan rempah menggunakan dachim (dacing). Aktiviti perdagangan di pelabuhan
menggunakan kaedah tukar barang dan kaedah jual beli .

- Kejatuhan Melaka mengalih perkembangan perdagangan ke Johor, Kedah, Kelantan dan


Terengganu.

ii) Mata wang


- Penggunaan mata wang memudahkan urusan perdagangan dan jual beli .
Sistem mata wang adalah alternatif kepada sistem tukar barang atau barter.

- Umumnya negeri Melayu menggunakan timah sebagai wang. Mata wang timah Melaka berbentuk
bulat . Nama Sultan yang memerintah dan tarikah Islam dicatat
pada mata wang. Mata wang asing juga digunakan di Melaka seperti mata wang Pasai, Hormuz
dan Cambay . Mata wang ini boleh ditukar dengan mata wang tempatan .

- Di Johor, wang timah dikenali sebagai wang katun yang mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti
Malik/Sultan al-Adil.Wang ini berbentuk bulat atau segi enam dan tidak mempunyai tarikh .
Mata wang emas Johor digunakan ketika Sultan Alaudin. Mata wang emas Johor digelar kupang . Mata
wang emas ini mencatatkan nama dan pangkat Sultan yang memerintah dan yang
mengeluarkan mata wang. Tertulis gelaran Islam sultan seperti Khalifatul Muslimin.

- Mata wang Kedah untuk kegunaan tempatan. Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan
yang hinggap di atas beberapa cincin . Mata wang ini boleh dipatahkan dan digunakan secara
berasingan . Mata wang emas digunakan di Kedah dan Johor.

- Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang .

- Pedagang Arab menggunakan wang emas. Pedagang Eropah menggunakan wang perak. Pedagang India,
China dan Arab menggunakan emas atau mata wang emas.

iii) Percukaian
- Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah kerajaan Melaka terhadap aktiviti perdagangan
tertentu serta barang tertentu yang dijual.Cukai sebagai sebahagian daripada
sumber pendapatan kerajaan .

- Di Melaka, cukai wajib dibayar oleh pedagang sebelum diberi kebenaran


memulakan perniagaan . Cukai yang paling asas ialah cukai tetap atau cukai import
yang kadarnya ditetapkan oleh pemerintah. Contohnya pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab,
Siam dan Pegu dikenakan bayaran cukai sebanyak 6% daripada jumlah barang. Pedagang dari Jepun dan
China dikenakan cukai sebanyak 5%. Barang yang tidak dikenakan cukai ialah beras dan bahan
makanan. Setelah cukai dibayar , mereka boleh berniaga di bazaar-bazaar di sepanjang
Sungai Melaka.

- Cukai diraja dikenakan kepada orang asing yang ingin menetap di Melaka. Contohnya,
orang asing yang datang dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3% dan orang asing dari
kawasan lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6%.

- Amalan riba dalam kalangan orang Islam tidak dibenarkan di negeri Melayu. Penegasan
tentang riba ini dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka . Walau bagaimanapun, golongan ceti
yang memberi pinjaman dibenarkan menjalankan aktiviti riba mereka.

- Orang Islam yang berkemampuan dikenakan zakat harta. Wang zakat disimpan oleh Baitulmal
yang menyelenggarakan harta kerajaan . Wang Baitulmal digunakan untuk pembangunan negara
dan masyarakat .

You might also like