You are on page 1of 3

Tingkatan 4 - Bab 7:

Islam di Asia Tenggara


- Sebelum kemunculan Islam di Makkah , Asia Tenggara telah menjadi pusat
perdagangan utama pedagang Melayu, Arab, China, India. Asia Tenggara kaya dengan hasil
hutan, pertanian, logam yang diperlukan pedagang barat dn timur . Apabila Islam berkembang di
Makkah , pedagang Islam terus berdagang dan berdakwah di Asia
Tenggara.

1) Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara

Islam ? .:
a. dari Semenanjung Tanah Arab
b. dari China
c. dari India

iTeori dan bukti Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab

- Dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh intelektual tempatan, Profesor Syed
Muhammad Naquib al-Attas.

- Menurut John Crawford, Islam berkembang ke Asia Tenggara dari Arab menerusi aktiviti perdagangan
. Buktinya , Catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai
pusat perniagaan di Canton atau Amoy sejak tahun 300 M. menguasai
perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China.

- Pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya


di Selat Melaka kerana kedudukannya strategik , tempat
menunggu perubahan angin monsun . Pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan
di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab .
Perkampungan ini juga menjadi tapak untuk berdagang .Ada juga pedagang Arab yang berkahwin
dengan wanita tempatan dan menyebarkan Islam .Masa menunggu angin monsun
pula digunakan oleh pedagang Arab untuk mengembangkan Islam .Pedagang Arab
berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang ajaran
Islam.Penduduk tempatan juga turut terpikat dengan kejujuran dan menjaga kebersihan
para pedagang Islam.

- Menurut catatan China,wujud petempatan Arab di Sumatera Utara iaitu di Ta Shih.


- Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas,wujud persamaan penulisan dan kesusasteraan
Asia Tenggara dan Arab.Perkataan jawi diambil daripada bahasa Arab. Adat resam dan
kebudayaan Melayu dipengaruhi oleh budaya Arab. Amalan menghormati tetamu dan muzik seperti
dabus dan tarian Zapin . Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas,banyak karya tempatan
menceritakan pengislaman raja tempatan oleh Syeikh dari Tanah Arab. Contohnya, hikayat Raja-raja Pasai
mengatakan Raja Malik diislamkan oleh ahli sufi dari Arab iaitu Syeikh Ismail.

iiTeori dan bukti Islam datang dari China


- Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi.

- Menurut Emanuel Gadinho Eredia, Khan Fo/ Canton pernah menjadi pusat perniagaan terkenal
pedagang Arab . Hubungan dagang ini membolehkan Islam berkembang
dalam kalangan pedagang China . Pedagang China Islam ini kemudiannya berdagang di Asia tenggara
di samping menyebarkan Islam .

- Menurut S.Q. Fatimi, pedagang China Islam dari Canton atau Amoy berhijrah ke Asia Tenggara
secara beramai-ramai .

- Bukti kedatangan Islam dari China ini diperkukuh dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu di
Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu dan batu nisan yang mempunyai ayat al-Quran di Pekan,
Pahang.

- Wujud persamaan antara seni bina China dengan seni bina pada masjid di
Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa seperti bumbung masjid, jubin lantai , dinding, tangga dan kolam air
di masjid.

iiiTeori dan bukti Islam datang dari India

- Dikemukakan oleh sejarawan Belanda , Snouck Hurgronje.

- Menurut Snouck Hurgronje , Islam berkembang ke Asia Tenggara melalui wilayah Gujerat dan pantai
Koromandel.

- Hubungan perdagangan India dengan Asia Tenggara telah lama wujud memberi peluang pedagang
Islam India menyebarkan Islam .

- Terdapat batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa. Terdapat
persamaan pada batu nisan contohnya batu nisan Raja Malik al-Salih di Pasai dengan ciri
buatan India.

- Budaya masyarakat Asia Tenggara yang mempunyai persamaan dengan budaya dari India telah
membuktikan hubungan rapat antara India dengan Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam
.

2) Penyebaran Islam di Asia Tenggara

iPerdagangan

- Pedagang Islam dari Arab, China dan India telah lama menjalin hubungan dengan pelabuhan utama
di Asia Tenggara seperti di Selat Melaka, Teluk Siam, Indo-China dan Kepulauan Rempah.

- Pelabuhan pusat kegiatan manusia . Kepercayaan dan amalan baru sering menjadi
tajuk perbualan antara pedagang Islam dengan penduduk tempatan. Kemurnian sikap
dan tingkah laku baik pedagang Islam ini menjadi ikutan penduduk tempatan. Pedagang Islam
membina perkampungan di kawasan pelabuhan. Perkampungan pedagang Islam pusat perbincangan
agama Islam .
- Semangat dakwah Islamiah yang tinggi dalam kalangan pedagang Islam menarik minat
penduduk tempatan. Sesetengah pedagang luar ini membawa ulama bersama mereka untuk
berdakwah di pelabuhan . Pendakwah bersifat hemah dan lemah lembut . Sifat
mahmudah (sopan-santun, ikhlas, lemah-lembut) pedagang Islam menarik minat ramai penduduk
tempatan memeluk Islam.

- Pedagang Islam juga mempunyai hubungan baik dengan pemerintah tempatan hingga diberi
keistimewaan tertentu untuk berdakwah kepada penduduk tempatan. Terdapat juga pedagang Islam
yang dilantik sebagai syahbandar kerana jujur dan amanah . Syahbandar inilah yang
turut menyebarkan Islam.

iiPerkahwinan

- Perkahwinan siasah berlaku dalam kalangan kerabat diraja . Di Melaka, Sultan Mansur
Syah dan Sulatan Muzafar Syah mengahwinkan puteri mereka dengan Raja Siak, Kampar, Jambi
dan Inderagiri. Kemudiannya, negeri ini diislamkan oleh Melaka.

- Perkahwinan biasa berlaku antara ulama atau pedagang Islam dari India atau Arab
dengan wanita tempatan. Maka, Islam tersebar di kalangan keluarga dan masyarakat orang yang dikahwini itu.

iiiPengislaman raja dan golongan bangsawan

- Apabila raja memeluk Islam, akan diikuti oleh rakyat masyarakat Melayu kerana mereka sangat taat
kepada raja. Contohnya, pengislaman Sultan Megat Iskandar Syah Melaka diikuti oleh pengislaman
keluarga diraja, pembesar dan rakyat Melaka. Di Pasai, pengislaman Raja Malik al-Salih menjadikan Islam
cepat berkembang dan Pasai menjadi kerajaan Islam yang kuat.

You might also like