You are on page 1of 7

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBPE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
SEMESTER JANUARI 2015
________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak
kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan
dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12
Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk
rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin
soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan
yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di
penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan


menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 13hb - 15hb Mac 2015 atau Tutorial 4. Serahan
selepas 15hb Mac 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda
juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan
seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di
myVLE).

1
PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan
diberikan.

2
SOALAN TUGASAN

Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang sangat penting dalam pendidikan
menyeluruh bagi kanak-kanak bermula dari peringkat prasekolah hingga ke Tahun 6. Justeru,
setiap kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam program
Pendidikan Jasmani yang berkualiti bagi membantu mereka mengamalkan gaya hidup yang
sihat, berdaya saing dalam pergerakan, merangsang pemahaman kognitif dan membentuk
sikap yang positif terhadap aktiviti fizikal. Di samping itu, Pendidikan Jasmani turut
menyediakan pengalaman pembelajaran yang diperlukan untuk proses tumbesaran yang
menyeluruh dari segi kecergasan mental, prestasi akademik, kesediaan dan semangat untuk
belajar.

Dalam usaha untuk memantapkan kefahaman warga sekolah termasuk guru, pelajar dan ibu
bapa tentang peranan Pendidikan Jasmani, anda berhasrat untuk menyediakan satu manual
yang lengkap supaya dapat diedarkan kepada semua yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki melaksanakan perkara berikut:

(a) Menyediakan manual yang lengkap berkaitan dengan Pendidikan Jasmani meliputi
perkara-perkara berikut:
i. Pengenalan
ii. Kepentingan dan peranan Pendidikan Jasmani
iii. Komponen kecergasan
iv. Contoh aktiviti fizikal

(b) Dalam bentuk PowerPoint, cadangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi
perhatian oleh guru untuk mengelak kemalangan atau kecederaan berlaku semasa
kelas Pendidikan Jasmani atau semasa menjalankan sebarang aktiviti fizikal.

[Jumlah: 40 markah]

Catatan / Panduan Pelajar:

3
1. a) Anda dikehendaki menyediakan manual yang lengkap (lebih kurang 8-10 muka surat)
dengan pelbagai maklumat berkaitan dengan Pendidikan Jasmani :
i. Pengenalan : Definisi, konsep dan domain dalam Pendidikan Jasmani
ii. Objektif, kepentingan dan peranan Pendidikan Jasmani dalam proses pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak
iii. Komponen kecergasan berlandaskan perlakuan dan berlandaskan kesihatan
iv. Contoh aktiviti fizikal yang baik

b) Cadangkan sekurang-kurangnya 10 persembahan powerpoint berkaitan dengan langkah-


langkah keselamatan sebelum, semasa atau selepas melakukan sebarang aktiviti fizikal untuk
mengelak kemalangan atau kecederaan berlaku.

2. Anda dikehendaki menyenaraikan bahan rujukan yang berkaitan. Cadangan bahan rujukan
adalah seperti di bawah:

i. OUM (2012). HBPE 1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani


ii. OUM (2007). HBPE 1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani
iii. OUM (2007). HBPE 1203 Kecergasan Fizikal

3. Penulisan bibliografi perlu mengikut format APA. Perlu berbincang dengan tutor tentang cara
menulis bibliografi yang betul.

4. Penyusunan maklumat berkaitan dengan tugasan adalah amat penting. Anda perlu menyertakan
gambar-gambar yang sesuai bagi menghasilkan tugasan yang kreatif dan menarik.

4
Rubrik Tugasan

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI


SEMESTER JANUARI 2015

Markah
Tidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang
Penuh
Kriteria Wajaran
0 1 2 3 4
Manual Pendidikan 1.5 Tiada pengenalan Sebahagian besar Sebahagian Sebahagian besar Semua 6
Jasmani (PJ): pengenalan tidak pengenalan agak pengenalan jelas. pengenalan
Pengenalan jelas. jelas. Sebahagian besar sangat jelas.
Sebahagian besar Sebahagian pengenalan Pengenalan yang
pengenalan pengenalan agak sistematik dan sangat sistematik
bercelaru. sistematik. menarik. dan sangat
menarik.

Kepentingan PJ 1.5 Tiada penjelasan Kebanyakan Sebahagian Sebahagian besar Semua penjelasan 6
kepentingan dari segi penjelasan penjelasan penjelasan kepentingan PJ
JERIS. kepentingan PJ kepentingan PJ kepentingan PJ sangat lengkap
tidak lengkap dari lengkap dari segi lengkap dari segi dari segi JERIS.
segi JERIS. JERIS. JERIS. Semua penjelasan
Kebanyakan Sebahagian Sebahagian besar PJ dikaitkan
penjelasan PJ tidak penjelasan PJ penjelasan PJ dengan FPN.
dikaitkan dengan dikaitkan dengan dikaitkan dengan
Falsafah Pendidikan FPN. FPN.
Kebangsaan (FPN).

Komponen 1.5 Tiada huraian Sebahagian besar Sebahagian huraian Sebahagian besar Semua huraian 6
Kecergasan berkaitan komponen huraian komponen komponen kecergasan huraian komponen komponen kecergasan
kecergasan. kecergasan tidak agak lengkap. kecergasan lengkap dan sangat lengkap dan
lengkap. menarik. sangat menarik.
Markah
Tidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang
Penuh
Kriteria Wajaran
0 1 2 3 4
Contoh aktiviti 1.6 Tiada contoh aktiviti. Kebanyakan contoh- Beberapa contoh-contoh Kebanyakan contoh- Semua contoh-contoh 6
contoh aktiviti tidak aktiviti agak selari contoh aktiviti selari aktiviti selari dengan
selari dengan objektif dengan objektif PJ. dengan objektif PJ. objektif PJ.
PJ.

Persembahan 1.5 Tiada persembahan Sebahagian besar Sebahagian dari Sebahagian besar dari Semua bahagian 6
manual manual. persembahan tidak persembahan persembahan persembahan
Ciri-ciri mengemukakan ciri-ciri mengemukakan ciri-ciri mengemukakan ciri-ciri mengemukakan ciri-
persembahan: persembahan yang persembahan yang persembahan yang ciri persembahan
Menarik dikehendaki. dikehendaki. dikehendaki. yang dikehendaki dan
Kreatif sangat menarik.
Tersusun
Sistematik

Persembahan 1.5 Tiada persembahan Sebahagian besarnya Sebahagiannya tidak Sebahagian besarnya Semua penghasilan 6
PowerPoint (10 atau PowerPoint tidak mempunyai aspek mempunyai aspek yang mempunyai aspek yang slaid mempunyai
lebih slaid) yang dikehendaki. dikehendaki. dikehendaki. aspek yang
dikehendaki.
Aspek
Penghasilan:
Menarik
Kreatif
Susunatur
Markah
Tidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang
Penuh
Kriteria Wajaran
0 1 2 3 4
Kesinambungan 1 Tiada kesinambungan Keseluruhan Sebahagian Sebahagian besar Semua 4
kesinambungan kesinambungan kesinambungan kesinambungan
persembahan persembahan agak persembahan sistematik, persembahan sangat
mengelirukan. sistematik, sistematik,

JUMLAH MARKAH 40

You might also like