You are on page 1of 10

Tingkatan 4 - Bab 5:

Kerajaan Islam di Madinah


- Madinah terletak di utara Makkah. Sebelum peristiwa hijrah,Madinah dikenali sebagai Yathrib.
Madinah menjadi tumpuan pedagang Arab sejak Zaman Jahiliahlagi. Kedudukannya strategik di
tengah-tengah perjalanan dagang antara Makkah dengan Syam .

-Terdapat 3 golongan penduduk di Madinah Nasrani , Yahudi danArab .


Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Qunaiqadan Bani Nadhir. Golongan Arab
terdiri daripada suku Aus dan Khazraj .

-Kehidupan di Madinah karang aman kerana sering berlaku pergeseran antarasuku Arab dan
penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi .

Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua

1) Perjanjian Aqabah Pertama

- Ketika di Makkah,beberapa orang suku Khazraj berjumpa nabi dan memeluk Islam ,selepas
kembali mereka menyebarkan Islam di Madinah.
-Pada tahun berikutnya (621M), suku Aus dan Khazraj menemui nabi lagi dan membuat Perjanjian Aqabah
Pertama.

- Isi kandungan Perjanjian Aqabah 1:

i. Suku Aus dan Khazraj bersetuju beriman kepada Allah dan Rasul .

ii. Mereka berjanji akanmembantu Nabi Muhammad s.a.w.

iii. Mereka berjanji akan meninggalkan amalanjahiliah seperti mencuri, minum arak dan membunuh
bayi perempuan.

- Melalui Perjanjian Aqabah 1, dakwah Islamiah tersebar ke Madinah.

- Selepas perjanjian ini, Nabi Muhammad s.a.w menghantar Musab bin Umair ke Madinahdanmenyebarkan
Islam di sana.

2) Perjanjian Aqabah Kedua

-Pada tahun 622 M, suku Ausdan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah 2.

- Isi kandungan Perjanjian Aqabah 2:

i. Suku Aus danKhazraj bersetujumemeluk Islam .

ii. Mereka mengukuhkan lagi taat setia kepada nabi.


iii. Suku Aus dan Khazraj menjemput nabi dan orang IslamMakkah berhijrah ke Madinah.

iv. Mereka berjanjiakan menyediakan tempat tinggal secara sukarela kepada umat Islam
yang berhijrah ke Madinah.

v. Mereka bersetuju menjaga keselamatan Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam Makkah yang
berhijrah ke Madinah.

vi. Mereka menyatakan kesediaan untuk mempertahankan Islam.

Hijrah

- Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622M.


- Ia berlaku secara senyap dan berperingkat-peringkat .
- Nabi berhijrah selepas penghijrahan orang Islam lain.
-Perjalanan hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar selama 12 hari.
-Umar bin al-Khattab berhijrah dengan terang-terangan , bersendirian dan dengan berani .

1) Konsep Hijrah

-Hijrah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud berpindah .

- Hijrah merujuk kapada perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain .

- Dalam konteks sejarah Islam, hijrahmerujuk kepada perpindahan umat Islam dari kota Makkah ke Madinah
untuk mengukuhkan Islam danmenyebarkan Islam .
-Hijrah juga merujuk kepada perjuangan seseorang untuk menegakkan kebenaranserta meninggalkan
keburukan dan kejahatan.

- Pengertian hijrah juga merujuk kepada semangat ingin berubah dari segi sikap, cara berfikir, dan tingkah
laku.

-Tafsiran orientalis Barat ,hijrah ialah pelarian . Pendapat ini disangkal oleh Islam
kerana orang Islam dijemput oleh penduduk Madinah, ketibaan disambut rela dan meriah penduduk Madinah,
orang Islam diberikan tempat tinggal dan dijamin keselamatan, Nabi Muhammad s.a.w diterima kesemua
golongantermasuk orang bukan Islam.

2) Peristiwa Hijrah (Nabi )

- Hijrah bermula apabila nabi melepasi kepungan Quraisy di rumah baginda.

- Ali bin Abu Talib telah tidur di tempat tidur nabi dan menggunakan selimut nabi untuk
mengelirukan orang Arab Quraisy.

-Kemudian,nabi berjumpa Abu Bakar memeberitahu perintah Allah agar berhijrah.

- Nabi Muhammad s.a.w berhijrah bersama-sama Abu Bakar al-Siddiq.


- Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar al-Siddiq bersembunyi di Gua Thur selama
tiga hari sebelum hijrah ke Madinah.

- Mereka singgah di Quba dan mendirikan Masjid Quba.

- Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah dipandu oleh Abdullah
bin Arqat.

- Abdullah bin Arqat belum memeluk Islam semasa menjadi jurupanduhijrah.

- Umar bin al-Khattab berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat
keberaniannya.

3) Sebab dan Tujuan Hijrah

- Peristiwa hijrah umat Islam dari Makkah ke Madinah berlaku kerana perintah Allah S.W.T menerusi
wahyunya , iaitu surah al-Anfal yang menyatakan niat orang Quraisy ingin
membunuh nabi. Allah memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah.

-Penindasan orang Arab Quraisyterhadap umat Islam Makkah menjadi punca penghijrahan umat Islam ke
Madinah.

- Ancaman di Makkahmenjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman diMadinah


memudahkan penyebaran Islam.

- Hijrah berlaku kerana jemputan penduduk Madinah, iaitu suku Aus dan Khazraj. Suku Aus dan Khazaj sering
bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang Yahudi .Maka,mereka memerlukan pemimpin
yang berkaliber seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.

4) Kepentingan Hijrah

- Membolehkan dakwah Islam disebarkan secara aman dan terang.

- Persengketaan suku Arab di Madinah (sukuAus dan Khazraj) berjaya di tamatkan.

- Konsep perpaduan ummah atau hubungan persaudaraan sesama Islam dapat diperkukuhkan antara
orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah. Orang Islam Makkah tidak berasa
asing di Madinah.

- Orang Makkah yang berhijrah ke Madinahdigelar Muhajirin dan orang Madinah digelar
Ansar .

- Peristiwa hijrah telah berjaya menyatupadukan penduduk Madinahdaripada pelbagai suku,


budaya dan agama.
- Nabi membina masjid yang kedua, iaitu Masjid al-Nabawi masjid menjadi tempat beribadat
, belajar, bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh umat Islam . Di
persekitaran masjid, aktiviti harian dijalankan seperti jual beli.

- Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam danbermula dari
zamanpemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab.

- Nama Yathrib bertukar kepada Madinah al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya .

- Madinah berkembang sebagai pusat tamadun Islam.

- Agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi aspekpolitik, ekonomi dan sosial.

- Hijrah menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong ke arah


melahirkan masyarakat yang cemerlang. Contohnya, orang Islam Makkah dibantu oleh orang
Madinah.

- Hijrah membuktikan semangat dan pengorbanan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w bergadai
harta dan nyawa untuk melindungi baginda berhijrah ke Madinahseperti Abu Bakar, Ali bin Abu Talib
dan Abdul Rahman Auf.

- Wanita juga sanggup berkorban seperti Asmaputeri Abu Bakar menghantar makanan dan
menyampaikan berita gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w ketika berlindung di Gua
Thur.

- Hijrah menunjukan ketabahanhati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w


berkorban danmeninggalkan kesenangan hidup demi perjuangan Islam.

- Hijrah menunjukkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w mengatur strategi ketika berhijrah
dengan tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur kerana berpendapat laluan ke
Madinahmenerusi utara Makkah kurang selamat.

Piagam Madinah

- Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia.

- Piagam ini dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w berpandukan wahyu daripada Allah.

- Piagam Madinah menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara yang berdaulat .

- Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang merangkumi penduduk yang
beragama Islam dan bukan Islam.

- Piagam Madinah merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial yang dirangka berdasarkan persetujuan
orang Islam dan orang bukan Islam.
- Piagam Madinah turut menjelaskan tanggungjawab pemimpin dan rakyatnya kepada
kerajaan.

1) Kandungan Piagam Madinah

- Piagam Madinah mengandungi 47 fasal .


-23 fasal membincangkan hubungan dalam kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka.
-24 fasal adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasukorang Yahudi terhadap negara
Madinah.

i. Politik Nabi Muhammad s.a.w diiktiraf sebgai ketua negara /pemimpin semua
penduduk Madinah. Nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil .

ii.Agama menjamin kebebasan memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain,
dan tiada paksaan memeluk Islam.Setiap individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu
lain. Orang Yahudi bebas mengamalkan ajaran agama mereka.

iv.Sosial seluruh masyarakat Madinah dianggap satuummah yangbersatu padu


dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.Masyarakat Madinah dilarang bermusuhan antara satu sama
lain.

- Mengakui kedudukan orang Yahudi sebagai rakyat Madinah- mempunyai hak yang sama, hak
kebebasan, hak keselamatan selagi mematuhiPiagam Madinah .

v.Undang Undang-undang Islam dilaksanakan secara menyeluruh di Madinah. Hukuman


kepada pesalah dijalankan dengan adil. Peraturan keluarga dalam sesuatu kabilah masih dikekalkan
selagi tidak bertentangandengan Islam.

vi.Ekonomi Unsur-unsur penindasan dan riba dilarang . Tiada diskriminasi


untuk memperoleh ekonomi di Madinah.

vii.Pertahanan Semua penduduk diwajibkan mempertahankan Madinah dari ancaman musuh luar.

2) Kepentingan Piagam Madinah

- Model pemerintahan berasaskan Islam agama Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang
agama dan bangsa.

- Unsur-unsur Islam dipratikkan .


- Kandungannya merangkumi peraturan dunia dan akhirat .

- Sistem pemerintahan Islam meletakkan Allah SWT sebagai kuasa tertinggi.

- Syariah Islam yang adil diperkenalkansesuai diikuti oleh semua masyarakat.


- Kepintaran Nabi Muhammad s.a.w mengatur pemerintahan yang lengkap.

- Nabi Muhammad s.a.w menyusun perlembagaan negara dahulu sebelum membentuk


sebuahkerajaan.

-Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan. Sebaliknya, sifat
bertimbang rasa , amalan bersedekah digalakkan. Ekonomi Islam mementingkan keadilan ekonomi
.

- Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab yang lain.

-Nabi berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah. Nilai hidup yang ditanamkan berasaskansemangat
ukhuwah Islamiahdan persamaan hak.
-Konsep keadilan sosial Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam
masyarakat .

[*, ummah masyarakat yang hidup bersatu padu dan aman]

-Nabi mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, bantu-membantu.

-Semua bangsa mesti mematuhi peraturan . Semua penduduk bertanggungjawabmempertahankan


keselamatannegara.

Penyebaran Islam

1) Cara Penyebaran Islam

- Orang Arab Quraisy Makkah mencari sokongan orang Arab dan Yahudi diTanah Arab bagi
menentang Islam di Madinah.

- Strategi Nabi Muhammad s.a.w pula dengan menyebarkan Islam secara meluas seperti di Rom , Parsi
dan Mesir .
- Nabi menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah danwilayah di
sekitar Semenanjung Tanah Arab.
- Nabi menggunakan kaedah diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai baik.

- Menyeru mereka memeluk Islam menerusi warkah dan mewujudkan rasa persefahaman
dengan wilayah tersebut.

Reaksi terhadap warkah


i. Raja Qibti Mesir - menyambut baik, dakwah Islamiah tidak diterima.
ii. Maharaja Rom Timur - membincangkan isi kandungan warkah dengan pembesar.
iii. Raja Parsi - warkah ,.

2) Syarat & Garis Panduan Berperang

- Serangan Quraisy kepada kabilah Islam akhirnya membawa perang .Namun, perang
dalam ajaranIslam untuk mempertahankan maruah diri ,agama dan negara. Perang hanya dilakukan
selepas turunnya wahyu keizinan Allah setelah ditindas oleh orang Arab Quraisy.

- Peperangan antara orang Quraisy Makkah dengan orang Islam Madinah


berlaku. Antara siri perang Islam di Madinah seperti Perang Badar [
], Perang Uhud , Perang Khandak dan Perang Tabuk .

- Dalam Perang Khandak , orang Arab Quirasy Makkah Yahudi


orang Islam Madinah. Pihak Islam menggali parit di
sekeliling kota Madinah. Islam tentera mempunyai kesabaran
dan ketahanan diri yang tinggi.
- DalamPerang Badar , walaupun Islam menang , Nabi Muhammad
s.a.w mengampunkan tawanan Arab Quraisy. Tawanan wanita dan kanak-kanak
dibebaskan. Tawanan lelaki dibebaskan dengan syarat jika berjaya mengajar 10 orang kanak-kanak
Islam membaca dan menulis sehingga pandai.Kesannya lebih ramai memeluk Islam selepas
Perang Badar.

- Peperangan berlaku mengikut prinsip perang dalam Islam:


i. apabila diserang oleh musuh .
ii. untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terpelihara.

iii. pertempuran menentang kezaliman dan mempertahankan diri.

iv. memelihara harta benda .

v. melindungi manusia yang tidak berdosa .

vi. sekiranya musuh Islam inginkan pendamaian, maka umat Islam perlu memilih pendamaian.

- Perang antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak memaksa musuh memeluk Islam,
penerimaan agama Islam adalah secara suka rela .

- Garis panduan yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam yang berperang:

i. dilarang membunuh sesuka hati .

ii. tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, orang
yang sakit dan orang yang menyerah diri .

iii. tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan memusnahkan tanam-tanaman .

iv. dilarang merobohkan tempat ibadat kaum lain.

Perjanjian Hudaibiyah
1) Peristiwa yang Membawa kepada Termeterainya Perjanjian Hudaibiyah

- Pada tahun 628 M, umat Islam berhasrat menziarahi Makkah dan menunaikan umrah .
-Orang Islam telah disekat oleh Arab Quraisy di HudaibiyahkeranaQuraisy merasa maruah
mereka tercabar .
-Pihak Islam menghantar utusannya iaitu Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan sebenar
kedatangan mereka.

- Tetapi Quraisy enggan menerimanya.

- Orang Islam mendapat khabar angin menyatakan Uthman bi Affan telah dibunuh . Mereka bersumpah
taat setia dalam Baiah al-Ridwanuntuk menuntut bela.
-Kemudiannya Orang Arab Quraisy berasa bimbang dan bersetuju mengadakan rundingan denganNabi
Muhammad s.a.w.

- Nabi Muhammad s.a.w bersedia mengadakan rundingan di Hudaibiyah.

- Termeterai Perjanjian Hudaibiahantara Nabi Muhammad s.a.w dengan Suhail bin Amru (Quraisy).
-Mulanya para sahabat tidak menerima perjanjian ini yang dianggap berat sebelah ,tetapi
menerimanya sebagai pengajaran yang besar.

2) Kandungan Perjanjian Hudaibiyah

i. Persetujuan genjatan senjata selama 10 tahun.


ii.Kabilah Arab lain bebas memihak kepada orang Islam Madinah atau Arab Quraisy Makkah.
iii.Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa persetujuanpenjaganya tidak perlu dikembalikan.
iv.Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dikembalikan.
v.Umat Islamhanya dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya(7H).

3) Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah

- Umat Islam berpeluangmenunaikan haji dan umrah pada tahun berikutnya dengan aman.
-Memberi kebebasan kepada umat Islam memasuki kota Makkah dan beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.
-Tempoh pendamaian ini membolehkan Nabi Muhammad s.a.w merangka penyebaran dakwah Islamiah ke
seluruh Tanah Arab tanpa gangguan Quraisy.
-Perjanjian memberi gambaran Islam tersebar secara aman.

-Isi perjanjian Hudaibiah yang ketiga dan keempat kelihatan menguntungkan Arab Quraisy tetapi Nabi
Muhammad s.a.wyakin Islamakan memperoleh keuntungan dalam jangka masa panjang.

- Buktinya, pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy seperti Khalid bin al-Walid, Amru binal-Asdan
Uthman bin Talhah.

- Bilangan penganut Islam meningkat berlipat kali ganda selepas Perjanjian Hudaibiyah.

-Perjanjian juga menunjukkan ketokohan nabi sebagaipemimpin unggul , dikagumi dan berwawasan
.
- Perjanjian ini menunjukkan orangArab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islamdi Madinah.
- Menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah pada 630 M apabila orang Arab Quraisy melanggar
isi perjanjian.

Pembukaan Semula Kota Makkah

1) Peristiwa Pembukaan Semula Kota Makkah

- PerjanjianHudaibiyah hanya bertahan selama 2 tahun kerana orang Arab Quraisy sengaja mencabulinya
. Orang Arab Quraisy mencabuli syarat pertama Perjanjian Hudaibiyah.
-Orang Arab Quraisy memberikansokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah.
Bani Khuzaah ini berpihak kepada Islam di Madinah. BermaknaQuraisy melanggar perjanjian genjatan
senjata.

-Pihak Islam bertegas menghantar tentera ke Makkah. Nabi membuka semula Kota Makkah selepas hampir
8tahun tinggal di Madinah.

-Pembukaan ini ialah strategi jangka panjang Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam kerana baginda
berpendapat penguasaan Makkah akan memantapkan kedudukan kerajaan Islam di Madinah.
-Baginda dan tentera memasuki Makkahsecara aman.

- Kedatangan tentera Islam ke Makkah dikhuatiri oleh orang Arab Quraisy. Bapa saudara Nabi
Muhammad s.a.w, al-Abbas dan ketua Arab Quraisy, Abu Suffian memeluk Islam sebelum tentera Islam
menguasai Makkah.

- Nabi Muhammad s.a.w menyediakan empat pasukan tentera Islam yang terdiri daripada 10 000 orang.
Baginda melantik 4 orang panglima tentera yang terkenal untuk mengetuai gerakan , iaitu Kahlid bin al-
Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah danZubair al-Awwam.Keempat-empat pasukan tentera
memasuki arah yang berlainan , iaitu dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah.
Taktik ini memudahkan Makkah dikepung dan dibuka.

- Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islamberjaya membuka semula kota Makkah.

2) Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah

- Pembukaan Makkah menyebabkan Abu Suffian dan al-Abbas memeluk Islam diikuti Arab Quraisy
yang lain.
- Nabi memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung di dalam Kota
Makkah.
- Setelah berjaya, nabi bertawaf mengelilingi Kaabah dan berpidato
menyatakan pentingnya perpaduan antara pelbagai bangsa dan agama.
- Nabi memaafkan pihak Quraisy dan tidak berdendam . Sifat pemaaf Nabi Muhammad
s.a.wmenjadi kunci kajayaan penyebaran Islam seterusnya.

- Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah.

-Agama menyembah berhala dihapuskan dan digantikan dengan Islam.


- Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.
- Kota Makkah menjadi kota suci seluruh umat Islam.

-Kota Makkah menjadi tumpuan seluruh umat Islam di dunia untuk beribadat di sekitar Kaabah.
- Negara Islam dibentuk di Madinah.

-Pembukaan semula kota Makkah membuktikan pembentukan negara Islam Madinah begitu
kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

-Peristiwa ini menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran dakwah Islamiah ke seluruh Tanah Arab
secara aman.

-Penguasaan terhadap Makkahmewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kuat di Madinah.

-Kota Makkah dijadikan wilayah kerajaan Islam. Pelantikan seorang wakil di Makkah untuk
menjalankan urusan pentadbiran.

- Selepas itu, berlaku peristiwa haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w., dalam khutbah haji
terakhir itu nabi berpesan, pusaka yang nabi tinggalkan selepas wafat () ialahal- Quran
dan sunnah , umat Islam tidak akan sesat selagi tidak meninggalkan pusaka ini .
- Nabi wafat pada 632 M bersamaan 11 Hijrah.

You might also like