You are on page 1of 3

Perhimpunan Khas Pendidikan Pencegahan Denggi

Sehingga 21 Jun 2014, sebanyak 82 kematian telah dilaporkan di


seluruh negara berbanding hanya 25 kematian bagi tempoh yang
sama tahun sebelumnya peningkatan sebanyak 228% (57
kematian).

Di Pahang, mengikut data hingga 21 Jun 2014, jumlah terkumpul


kes denggi ialah sebanyak 566 kes.

Oleh itu, kita sangat memandang serius tentang penyakit ini kerana
telah menunjukkan peningkatan kes Denggi secara mendadak dari
semasa ke semasa dan tiada ubat-ubatan yang khusus untuk
merawat demam denggi.

1) APAKAH ITU DENGGI?

Merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang

disebar oleh gigitan nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui

gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang

sihat.

2) JENIS-JENIS DENGGI

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:

a. Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit
otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian.

b. Demam denggi berdarah.

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti
demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi
padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan
(shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata
4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan
mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala
tidak khusus.

3) APAKAH TANDA-TANDA DEMAM DENGGI?


1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2. Bintik merah pada kulit
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5. Hilang selera makan
6. Muntah-muntah
7. Sakit perut
8. Rasa pahit pada lidah
9. Lemah dan tidak bermaya

3) Cara Pembiakan Nyamuk Denggi

Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam


dan di luar rumah.

Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.

4) BAGAIMANA MAHU MENCEGAH DEMAM DENGGI?

- Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

- Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

- Tutup rapat semua bekas air seperti baldi, tangki. Letak ubat jentik-jentik.

- Buang air dan basuh piring pasu bunga setiap minggu.


- Bersihkan persekitaran rumah. Buang tin atau botol yang boleh menakung air.

- Elak melawat kawasan berisiko tinggi pada siang hari. Ini adalah kerana

nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan

ialah di awal pagi dan awal senja.

- Lindungi diri daripada gigitan nyamuk. Contoh: pakai pakaian yang

menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari

gigitan nyamuk.

Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk

dari memasuki kawasan dalam rumah.

Nyamuk aedes tidak mengenal masa dan mangsa.

Kita perlu mengambil tahu tentang bahaya nyamuk Aedes yang boleh
membawa maut dengan melindungi diri kita dan orang yang kita sayangi.
TIDAK PEDULI?? MAUT MENANTI!!!

Jangan terkena pada batang hidung sendiri barulah sedar dan menyesal
tetapi semuanya sudah terlambat. Mengapa kita tidak sedar dari awal dan
sama-sama berusaha kerana mencegah adalah lebih baik daripada
mengubati.

You might also like