You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAM TUAN RADIN

KM 11, JALAN SEREMBAN 71010 LUKUT PORT DICKSON


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Telefon : 06-6514002 Fax : 06-6517040


Emel : smkl_lkt@streamyx Kod : NEA 2055

Ruj. Kami : Bil ( 7 ) dlm.SMKYTR 700-12/4


Tarikh : 28 Februari 2017
Ibu bapa / Penjaga
Semua Murid Tingkatan 3
SMK YAM TUAN RADIN

Tuan/Puan,

MAKLUMAN TENTANG PENDAFTARAN CALON SERTA TAKWIM PENTAKSIRAN TINGKATAN


TIGA (PT3) TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Merujuk kepada surat daripada Lembaga Peperiksaan (KPM.100-1/7/2 JLD.3 (23)) bertarikh 17
Januari 2017 dimaklumkan bahawa pendaftaran calon PT3 2017 secara dalam talian akan bermula 1
Mac hingga 31 Mac 2017. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar sekolah ini akan didaftarkan dan
semakan terhadap Kenyataan Kemasukan Peperiksaan calon akan dibuat oleh Setiausaha PT3, guru
tingkatan, guru mata pelajaran elektif dan ibu bapa serta penjaga calon.

3. Sekiranya terdapat sebarang pembetulan pada maklumat calon, pihak sekolah boleh membuat
pembetulan sehingga sebelum markah Ujian Bertulis dihantar sahaja iaitu pada bulan Oktober 2017.
Selepas markah Ujian Bertulis dihantar dan ada kesilapan lagi pada maklumat calon, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menetapkan calon perlu mengangkat sumpah di mahkamah. Sehubungan
dengan itu, ibu bapa serta penjaga calon diminta menyemak dengan teliti sebelum menandatangani
slip Kenyataan Kemasukan Peperiksaan calon.

4. Bersama ini disertakan Takwim Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2017 seperti yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat siaran Lembaga Peperiksaan
(KPM.100-1/7/2 JLD 3 (3)). Diharap tuan/ puan dapat memantau dan memastikan kehadiran anak tuan/
puan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

.................................................
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAM TUAN RADIN
KM 11, JALAN SEREMBAN 71010 LUKUT PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

TAKWIM

PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) TAHUN 2017

TARIKH JENIS UJIAN MATA PELAJARAN


BAHASA MELAYU DAN
2 30 APRIL 2017 UJIAN LISAN BERTUTUR
BAHASA INGGERIS
2 26 MEI 2017 UJIAN PELBAGAI INSTRUMEN SEJARAH
9 31 JULAI 2017 UJIAN PELBAGAI INSTRUMEN GEOGRAFI
22 OGOS 2017 UJIAN LISAN MENDENGAR BAHASA MELAYU
23 OGOS 2017 UJIAN LISAN MENDENGAR BAHASA INGGERIS
SEMUA SUBJEK KECUALI
9 12 OKTOBER 2017 UJIAN BERTULIS
SEJARAH DAN GEOGRAFI

Perincian susunan perjalanan Ujian akan dimaklumkan kepada pelajar kemudian.

You might also like