You are on page 1of 5

UJIAN PASCA

BAHAN SUMBER PdP MATEMATIK

STATISTIK
Masa: 20 minit

Nama Murid:

Tingkatan:

Nama & Alamat Sekolah:

Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.


Jawab semua soalan berikut.

1 Markah peperiksaan akhir tahun Naim ialah 58, 67, 82, 48, 67 dan 89. Tentukan nilai
(a) min
(b) mod
(c) median
bagi markah Naim.

2 Markah tiga ujian Joe ialah 78, 76 dan 74. Markah mary pula ialah 72, 82 dan 74. Bagaimanakah min
markah Joe berbanding min markah Mary?
A Min markah Joe adalah 1 markah lebih tinggi
B Min markah Joe adalah 1 markah lebih rendah
C Keuda-dua min markah mereka adalah sama
D Min markah Joe adalah 2 markah lebih tinggi
E Min markah Joe adalah 2 markah lebih rendah

3 Seorang jurujual meletakkan iklan di suart khabar: Kereta baharu dan lama untuk dijual, harga yang
pelbagai, purata harga ialah RM5000:. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
A Harga kebanyakan kereta yang dijual berharga kurang daripada RM40 000 dan RM50 000
B Separuh daripada kereta yang dijual berharga kurang daripada RM50 000 dan separuh berharga lebih
daripada RM50 000
C Sekurang-kurangnya satu daripada kereta yang dijual berharga RM50 000
D Sebahagian daripada kereta berharga kurang daripada RM50 000.

4 Ibrahim ingin mengetahui sama ada murid-murid di dalam kelasnya suka membaca majalah atau novel.
Dia menemubual 12 orang murid menggunakan skala berikut untuk menentukan tahap kesukaan mereka.

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak Suka Sangat
tidak suka suka pasti suka
Jadual berikut menunjukkan keputusan yang diperoleh.

Murid Majalah Novel


Kim 3 1
Faiz 3 2
Katerina 5 4
Vimala 2 3
Hasni 4 4
Shaz 3 5
Julia 3 2
Joe 2 3
Azri 5 4
Leong 4 2
Guna 3 5
Firdaus 4 5

(a) Hitung min kesukaan murid bagi


(i) majalah,
(ii) novel.

(b) Berdasarkan nilai min yang diperoleh di (a), apakah kesimpulan yang boleh anda buat?
5 Jalinan Mesra Sinar
Bilangan
Jawatan Sdn Bhd Mentari
pekerja
(RM) (RM)
Pengurus 1 200 000 10 000
Penolong Pengurus 1 140 000 80 000
Pegawai Pemasaran 4 30 000 60 000
Pembantu Pegawai
8 25 000 35 000
Pemasaran
Kerani 6 15 000 20 000

Syarikat Jalinan Mesra Sdn. Bhd. menyatakan bahawa purata gaji pekerja syarikatnya adalah lebih tinggi
berbanding dengan syarikat Sinar Mentari.

(a) Atas alasan apakah Syarikat Jalinan Mesra Sdn. Bhd. menyatakan sedemikian? Adakah anda
bersetuju dengan kenyataan Syarikat Jalinan Mesra Sdn. Bhd.? Berikan justifikasi anda.

(b) Sekiranya anda diberi pilihan untuk bekerja di salah sebuah syarikat tersebut, syarikat yang manakah
akan anda pilih? Berikan justifikasi anda.
JAWAPAN
1 Min = 68.5, Mod =67, Median = 67

2 C

3 D

4 (a) Min majalah = 3, Min novel = 2.75

(b) Membaca majalah lebih digemari. Terima kesimpulan lain yang sesuai.

5 Jalinan Mesra Sdn Bhd Sinar Mentari


Purata
(RM) (RM)
Min 37 500 42 500
Mod 15 000 35 000
Median 15 000 35 000
Julat 290 000 175 000

(a) Syarikat Jalinan Mesra Sdn. Bhd. menggunakan nilai min bagi menerangkan purata gaji pekerja
syarikatnya, manakala nilai mod digunakan bagi menerangkan purata gaji pekerja Syarikat Sinar
Mentari. Perbandingan ini adalah mengelirukan dan tidak tepat. Sekiranya perbandingan adalah
berdasarkan nilai purata yang sama, iaitu min, maka didapati purata gaji bagi Syarikat Sinar Mentari
adalah lebih tinggi.

(b) Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah Penolong Pengurus dan ke atas, maka adalah lebih
menguntungkan sekiranya bekerja di Syarikat Jalinan Mesra Sdn. Bhd.
Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah Pembantu Pegawai Pemasaran dan ke bawah, maka adalah
lebih menguntungkan sekiranya bekerja di Syarikat Sinar Mentari.

You might also like