You are on page 1of 35

1.

0 PENGENALAN

Pada era modenisasi ini, bidang sains dan teknologi berkembang pesat dan telah
menyumbangkan berbagai-bagai sumbangan dalam semua bidang. Melalui sains dan
teknologi, taraf kehidupan manusia semakin meningkat dan selesa. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga, teknologi bermaksud kaedah atau proses menangani sesuatu
masalah teknikal, manakala sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur
(sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya dan cabang ilmu
pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti fizik,
kimia, biologi, dan lain-lain.

Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia


berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan
makanan perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan
bantuan sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan
pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, pelbagai
jenis makanan juga dapat dihasilkan untuk memenuhi permintaan konsumer.

Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Menurut Sayyid Sabiq


(tahun 1915-2000), makanan merupakan sesuatu yang boleh dimakan oleh manusia
dengan tujuan menjaga kesihatan, mendapatkan tenaga, kekuatan dan sebagainya. Oleh
itu, terdapat pelbagai jenis makanan dicipta oleh nenek moyang kita sebagai contohnya
mi, kuih muih dan biskut.

Heong Peah, merupakan makanan tradisional (Kantonis: Heong Peng, Hokkien:


Heong Peah) dalam masyarakat Cina di Malaysia terutamanya pastri, dalamnya
terdapat maltosa. Kulit Heong Peah ini adalah rangup dan serbuk biskut mudah jatuh
semasa makan. Pada masa yang lalu, biskut ini berbentuk seperti kuku kuda, oleh itu
nama biskut ini dinama sebagai kek ladam. Selain itu, apabila membakar biskut ini, bau
yang wangi akan menarik orang ramai untuk menikmatinya.

Heong Peah adalah campuran pelbagai bahan penaik lalu membakarnya


menjadi biskut. Menurut legenda pada asalnya, biskut ini merupakan makanan istana
pada Dinasti Tang, di China. Semasa isteri pertama Maharaja Tang Tai Zhong, kembali
ke Shaa Xi untuk melawat saudara-mara, biskut ini adalah dibawa bersamanya.
Seterusnya, pencuci mulut istana ini tersebar kepada orang awam. Terdapat perubahan

1
dalam pelbagai bentuk dan perasa telah diperkenalkan bersesuaian dengan peredaran
masa.

Di sekitar Malaysia, Heong Peah berasal dari kawasan Fujian Tongan. Pada
abad yang lalu, terdapat pendatang dari Fujian datang ke Semenanjung Tanah Melayu
untuk mencari rezeki. Cara-cara pembuatan Heong Peah ini mula tersebar ke
Semenanjung Tanah Melayu oleh mereka terutamanya orang bangsa Fujian yang
berkumpul di Perak. Heong Peah menjadi makanan popular di bandar-bandar Perak
khususnya, seperti Teluk Intan, Taiping, Gunung Rapat, misalnya Teluk Intan adalah
paling terkenal dalam penghasilan Heong Peah.

Selepas masa seratus tahun, terdapat perbezaan yang besar di antara Malaysia
dan di kawasan Fujian Tongan dalam pembuatan Heong Peah. Heong Peah yang dibuat
di Malaysia adalah menggunakan tepung, maltosa dan gula sebagai bahan mentah, dan
melampirkan Heong Peah pada dinding relau penaik untuk membakarnya. Kini, lebih
banyak orang memilih membakar Heong Peah di dalam ketuhar.

Di samping, maltosa merupakan rasa asal Heong Peah. Terdapat juga pelbagai
perasa seperti durian, kopi, dan daun pandan dihasilkan pada masa kini. Selain Perak,
kedai biskut Heong Peah juga terdapat di tempat-tempat lain seperti Pulau Pinang,
Kedah, Melaka dan Johor. Hal ini demikian, biskut Heong Peah telah menjadi salah
satu makanan tradisional arus perdana tempatan.

Untuk meningkatkan penghasilan Heong Peah, sains dan teknologi telah dibawa
masuk ke dalam bidang ini. Kaedah ini telah mengubah proses pembuatan Heong Peah
daripada cara pembuatan tradisional, iaitu menggunakan mesin automatik. Dengan
menggunakan mesin atomatik ini, tenaga manusia yang diperlukan dalam membuat
Heong Peah telah dikurangkan berbanding dengan cara tradisional. Bukan begitu
sahaja, masa penghasilan Heong Peah dapat dikurangkan dan kuantitinya dapat
ditingkatkan dengan efektif.

Kajian ini dijalankan atas rasional generasi muda kini semakin melupakan
makanan tradisional dan tidak mempunyai pengetahuan tentang penghasilan makanan
tradisional. Hal ini demikian kerana, teknologi pada zaman ini berkembang semakin
pesat, dan ramai generasi muda leka akan perubahan teknologi yang baru ini sehingga
tidak mengambil tahu akan makanan tradisional yang melambangkan identiti bangsa
sendiri. Senario ini akan menyebabkan kewujudan makanan tradisional seperti biskut
2
Heong Peah akan dilupakan dalam generasi yang akan datang. Justeru, tajuk kajian ini
dipillih adalah untuk membuat pendedahan kepada generasi muda terutamanya bangsa
Cina tentang kewujudan biskut Heong Peah.

Selain itu, kajian ini juga dijalankan atas sebab masyarakat kini kurang
pengetahuan dan tidak mengambil tahu tentang proses membuat makanan tradisional
dan kepentingan aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan makanan. Mereka
hanya tahu membeli makanan dari pasar raya dan bagi mereka, proses membuat
makanan sangat senang sahaja. Fenomena ini memyebabkan masyarakat kini tidak
menghargai makanan yang sedia ada pada mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap proses membuat makanan tradisional
dan bagaimana sains dan teknologi membantu dalam proses membuat makanan.

Heong Peah merupakan makanan tradisional dalam kalangan kaum Cina di


Malaysia. Makanan tradisional ini melambangkan identiti bangsa dan sebagai keunikan
di Malaysia. Justeru, generasi muda harus menghargai makanan tradisional di Malaysia
supaya ia dikekalkan turun-temurun.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3
Objektif kajian dibentuk adalah untuk mendapat tujuan dapatan dan hasil kajian.
Masalah yang kita menjangkakan akan dihadapi dan dibentuk melalui rangka kerja
teoritikal atau konseptual maka secara tidak langsung. Kita dapat membentuk objektif
kajian supaya kajian mampu dicapai dan diukur.

Terdapat dua objektif yang ditetapkan untuk kajian ini iaitu:


i. Mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan biskut
Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang.

ii. Mengkaji kesan sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan dan
pemasaran biskut Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang.

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta Negeri Pulau Pinang

4
Peta 1 : Pulau Pinang, Malaysia

Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/Penang

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat


laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat
Melaka. Ibu negeri Pulau Pinang ialah George Town. Kepadatan penduduk di
negeri Pulau Pinang ialah 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan
865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai.

3.2: Peta Sungai Jawi, Pulau Pinang

5
Peta 2: Sungai Jawi, Pulau Pinang

Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/Sungai+Jawi,+Pulau+Pinang/

Jawi adalah sebuah bandar di Seberang Perai Selatan. Ia mengambil namanya


selepas sungai yang berjalan melalui kawasan itu, Sungai Jawi. Perkampungan utama
di kawasan itu juga dikenali sebagai Sungai Jawi, yang terletak di timur laut dari
Nibong Tebal. Antara kampung-kampung dan penempatan di kawasan Jawi termasuk
Kampung Jawi, Pekan Sungai Jawi, Taman Jawi Jaya, Kampung Makau Suah, Taman
seruling Emas, Taman Kesuma dan Kampung Changkat Diam. Kawasan ini hanya 5
km dari sempadan Kedah.

3.3: Peta Kampung Valdor

6
Peta 3: Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang

Sumber https://www.google.com.my/maps/place/Kampung+Valdor,+Sungai+Jawi,
+Pulau+Pinang

Terdapat sekira-kiranya 10,000 orang penduduk di Kampung Valdor, antaranya


99.5% orang kaum cina. Kampung Valdor merupakan ketiga besar kampung orang
cina. Ekonomi Kampung Valdor adalah tertumpuan dalam pertanian dan perternakan.

3.4: Gambar Kampung Valdor

7
Foto 1 : Kampung Valdor
Sumber: Kajian Lapangan 2015

Terdapat pelbagai kedai perniagaan di Kampung Valdor. Kegiatan ekonomi


utama kampung ini adalah seperti pertanian dan perternakan. Kampung Valdor juga
mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)
Valdor sebagai tempat penduduk untuk mendapat ilmu.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

8
4.1 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem


yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak
dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang
digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Antara
perkara penting yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara mendapatkan
responden, cara mendapatkan maklumat dan data responden serta teknik memproses
dan mempersembahkan data.

4.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu perkara yang amat penting dalam
melakukan sesuatu penyelidikan. Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk
bukan eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan
boleh dibezakan kepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan
deskriptif boleh digunakan dalam kajian kuantitatif dan kualitatif dan biasanya
bertujuan untuk memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi
peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-
soalan tinjauan. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan.
Bentuk kajian tersebut digunakan untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang
digunakan dalam penghasilan biskut Heong Peah dan mengkaji kesan sains dan
teknologi yang digunakan dalam penghasilan biskut Heong Peah di Kampung Valdor.

4.3 Instrumen Kajian

Dalam metodologi kajian ini terdapat beberapa kaedah termasuk soal selidik,
temu bual, pemerhatian dan rujukan. Soal selidik adalah tujuan menepati objektif kajian
dan dapat mengumpulkan maklumat secepat mungkin dengan soalan yang ringkas dan
mudah dijawab oleh responden. Temu bual dijalankan melalui perbualan bersemuka
atas tujuan mendapatkan persepsi, pendapat dan sikap terhadap kajian yang dijalankan.
Pemerhatian pula kaedah memerhatikan perlakuan responden atau penduduk di lokasi
kajian. Rujukan merupakan bahan-bahan yang dirujuk untuk menjalankan kajian
dengan tepat, seperti buku ilmiah, internet , ensaiklopedia, majalah dan akhbar.
4.4 Cara Mendapatkan Responden

9
Tajuk kajian ini adalah penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan
Heong Peah di Kampung Valdor. Objektifnya ialah untuk mengenal pasti sains dan
teknologi yang digunakan dalam pnghasilan biskut Heong Peah dan mengkaji kesan
sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan dan pemasaran biskut Heong
Peah di Kampung Valdor. Pengkaji telah memilih 30 orang responden dari Kampung
Valdor untuk menjawab soal selidik. Maklumat demografi seperti umur ,bangsa dan
jantina, tahap pendidikan dan perkerjaan akan disediakan dalam borang soal selidik.
Terdapat 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi soal
selidik ini. Hal ini demikian, pemilihan jantina yang seimbang amat diperlukan untuk
mengenal pasti hasil kajian yang diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina
sahaja.

4.4.1 Persampelan Rawak Mudah

Persampelan rawak mudah merupakan satu prosedur di mana setiap


elemen dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
sampel. Pengkaji akan memilih 30 orang sebagai responden untuk menjawab
soal selidik manakala dalam bahagian temu bual, 3 orang telah dipilih dalam kajian
ini.

4.5 Cara Mendapatkan Maklumat Dan Data Responden

4.5.1 Data Primer

Data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung


dari sumber asli seperti dari lapangan melalui mengkaji dan pemerhatian. Metod
yang digunakan untuk mendapatkan data primer iaitu kaedah soal selidik, temu bual
dan pemerhatian.
(i) Kaedah soal selidik

Kaedah soal selidik terdapat 3 bahagian iaitu Bahagian A merupakan


maklumat diri responden manakala Bahagian B terdapat 10 soalan mengenai
kesan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan dan pemasaran biskut
tradisional, Heong Peah. Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji akan
mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden di Kampung Valdor.
Terdapat 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi

10
soal selidik ini. Hal ini demikian, pemilihan jantina yang seimbang amat diperlukan
untuk mengenal pasti hasil kajian yang diperolehi ini adalah tidak bias terhadap
satu jantina sahaja. Aspek umur juga terdapat di dalam borang soal selidik
bahagian A. Aspek ini dipilih oleh pengkaji kerana pandangan daripada pelbagai
peringkat umur amat penting supaya dapatan kajian yang diperolehi lebih tepat.

Manakala Bagi Bahagian B, kajian ini menggunakan skala permarkahan


likert tiga mata yang mengandungi tiga aras, iaitu 1= tidak setuju, 2=setuju,
3=sangat setuju. Kaedah soal selidik yang digunakan dalam kajian ini berbentuk
soal selidik tertutup. Dengan ini, pengkaji dapat mengumpul dan
menganalisiskan data dengan lebih cepat dan efektif. Selain itu, data juga dapat
dipersembahkan dengan lebih jelas dan mudah difahami. Pengkaji akan
menunggu responden menjawab soal selidik sehingga selesai. Hal ini demikian,
semasa pengkaji berada di sisi responden bukan sahaja dapat mengumpul semua
borang soal selidik malah boleh memberi bantuan jika responden tidak faham
akan soalan dalam borang soal selidik. Semua responden telah memberi
kerjasama yang baik .

(ii) Kaedah temu bual

Kaedah temu bual adalah untuk mengenal pasti kebenaran melalui temu
bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka atau temu bual bantuan
komputer. Kaedah temu bual bersemuka digunakan dalam kajian in untuk
mendapat kebenaran tentang penggunaan sains dan teknologi dalam
penghasilan Heong Peah daripada 3 informen yang dipilih dari Kampung Valdor.
Mereka adalah pemilik kilang Heong Peah, Encik Khor Bao Keng, pekerja
Kilang Heong Peah, Puan Ng Geik Choo dan penduduk Kampung Valdor, Encik Lim
Shun Wan. Masa temu bual ialah pada 14 March 2015 dan 15 March 2015 dan
tempoh temu bual ini akan memakan sekurang-kurang 15 minit setiap responden.
Pengkaji telah mengemukakan 5 soalan yang berkaitan dengan penggunaan sains
dan teknologi dalam penghasilan biskut tradisional Heong Peah. Pengkaji juga akan
meminta pendapat responden tentang kajian ini untuk mengukuhkan dapatan
kajian yang diperoleh.
Analisis kaedah temu bual yang telah dilakukan oleh pengkaji dan telah
dipaparkan dalam jadual.

11
Bil Nama Pekerjaan Tarikh Masa Tempoh

1 Khor Bao Pemilik kedai Biskut 14/3/2015 10.30 pagi 15 minit


Keng Heong Peah
2 Ng Geik Choo Pekerja Di Kedai 14/3/2015 11.20 pagi 12 minit
Biskut Heong Peah
3 Lim Shun Wan Penjaja 15/3/2015 2.30 petang 10 minit

Jadual 1 : Analisis Temu Bual

Sumber: Kajian Lapangan 2015

(iii) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah terawal dalam penyelidikan.


Kaedah ini dijalankan bertujuan memahami dan mengetahui situasi lapangan
kajian dan memperoleh semua maklumat secara langsung. Pengkaji akan
melihat sendiri teknologi moden atau mesin-mesin yang digunakan dalam
penghasilan Heong Peah. Proses penghasilan biskut Heong Peah yang menggunakan
teknologi moden juga akan diperhatikan oleh pengkaji. Gambar-gambar akan
diambil dari tempat kajian semasa pemerhatian dibuat sebagai bukti dalam
kajian ini.

4.5.2 Data sekunder

Data sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperoleh


peneliti secara tidak langsung melalui media perantara. Pengkaji telah
menggunakan kaedah rujukan sebagai data sokongan.

Rujukan merupakan satu hubungan di antara objek-objek dalam mana


satu objek dirangka dengan mengaitkan dengan objek yang lain. Pengkaji telah
mencari pelbagai bahan rujukan seperti surat khabar Dong Fang Jit Poh dan
Utusan Malaysia serta Kamus Dewan Edisi Keempat dari perpustakaan sekolah
dan perpustakaan awam. Bahan akhbar telah digunakan untuk memperoleh
maklumat tentang aplikasi sains dan teknologi dalam makanan manakala
Kamus Dewan Edisi Keempat pula digunakan untuk mencari definisi perkataan

12
dalam kajian ini. Bahan laman web juga digunakan oleh pengkaji untuk
mencari maklumat yang mengenai penggunaan sains dan teknologi dalam
penghasilan Heong Peah. Kaedah ini dijalankan untuk mendapat bukti dalam
dapatan kajian dan dapat dikukuhkan oleh pengkaji.

4.6 Teknik Memproses Dan Mempersembahkan Data

Selepas borang soal selidik siap dikumpul, menganalisis kajian akan dilakukan.
Dalam borang soal selidik Bahagian A, data yang diperoleh dibahagikan kepada
jantina, kelas umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan.
Dalam Bahagian B, kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis data yang
berbentuk skala likert. Analisis deskriptif bertujuan untuk memberikan gambaran
tentang sesuatu data. Untuk memudahkan proses menganalisis data, Skala Likert 3
peringkat digunakan untuk mendapatkan perspesi responden tentang persoalan yang
dikaji, skor 1 untuk tidak setuju, 2 untuk setuju dan 3 untuk sangat setuju. Skala likert
ini akan dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 .

Skor 1 2 3
Skala Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Jadual 2: Skala likert


Sumber 1: Kajian Lapangan 2015

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas


responden terhadap kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan
13
biskut tradisional, Heong Peah. Soal selidik yang dijalankan berkaitan perspesi
penduduk terhadap penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan biskut
tradisional, Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang. Data yang
telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min
purata dan kekerapan.

5.1 Demografi Responden

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Kampung Valdor


telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina,
kelas umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan telah
disembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

5.1.1 Jantina

Jantina Kekerapan (orang) Peratus ( %)


Lelaki 15 50
Perempuan 15 50

Jadual 3: Demografi Responden Berdasarkan Jantina


Sumber: Kajian Lapangan 2015

JANTINA

Lelaki Perempuan
50% 50%

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina


Sumber: Kajian Lapangan 2015

14
Dapatan kajian menunjukkan daripada 30 orang responden yang dipilih seramai
15 orang lelaki (50%) dan 15 orang perempuan (50%) dipilih dari Kampung Valdor.
Jadual 2 dan rajah 1 telah menunjukkan maklumat yang lebih jelas bahawa tiada
perbezaan jurang dalam pemilihan jantina oleh pengkaji. Hal ini demikian, pemilihan
jantina yang seimbang amat diperlukan untuk mengenal pasti hasil kajian yang
diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina sahaja.

5.1.2 Umur

Umur Kekerapan orang Peratus (%)


15-24 tahun 7 23
25-34 tahun 5 17
35-44 tahun 10 33
45 tahun ke atas 8 27
Jadual 4: Demografi Responden Berdasarkan Umur

Sumber: Kajian Lapangan 2015

UMUR

27% 23%
15- 24 tahun 25-34 tahun 35-44 tahun 45 tahun ke atas

17%
33%

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Daripada Jadual 4 dan Rajah 2 di atas, terdapat 5 golongan umur dalam


kalangan 30 orang responden. Golongan umur yang berbeza ini dipilih sebagai
responden adalah untuk mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini.
Responden 35-44 tahun merupakan majoriti dalam kajian ini dengan seramai 10 orang
(33%) manakala golongan 15-24 tahun dan 45 tahun ke atas pula terdapat bilangan
reponden yang lebih kurang sama iaitu 7 (23%) dan 8 (27%) orang. Reponden 25-34
15
tahun pula mempunyai 5 (17%) orang sahaja dalam kajian ini. Pandangan golongan
muda sangat penting kepada pengkaji untuk mengetahui pendapat mereka tentang
biskut tradisonal ini.

5.1.3 Pekerjaan

Pekerjaan Kekerapan orang Peratus (%)


Kerajaan 7 23
Swasta 4 13
Sendiri 10 34
Pelajar 5 17
Tidak bekerja 4 13
Jadual 5: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

Sumber: Kajian Lapangan 2015

PEKERJAAN

13%
23%
Kerajaan Swasta Sendiri Pelajar Tidak bekerja
17%
13%

33%

Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Sektor pekerjaan responden yang dipilih dari Kampung Valdor telah


dianalisiskan dalam Jadual 5 dan Rajah 3. Rajah 3 telah menunjukkan kebanyakkan
responden daripada 30 responden ini bekerja sendiri di Kampung Valdor iatu 10 orang
(34%). Manakala terdapat bilangan responden yang sama iaitu seramai 4 orang (13%)
dalam golongan yang bekerja di sektor swasta dan tidak bekerja. Selain itu, terdapat 7
(23%) orang responden mencari nafkah dalam sektor kerajaan dan bakinya pula ialah
pelajar dengan peratusan sebanyak 17% (5 orang). Sektor pekerjaan yang berbeza telah

16
mencerminkan berbagai-bagai status golongan responden dan aspek ini penting untuk
mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini.

5.2 Mengenal Pasti Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut
Heong Peah

Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia


berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan
makanan perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan
bantuan sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan
pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Pembangunan produk adalah berasaskan kepada permintaan industri dan


menekankan kepada keperluan pengguna menerusi penciptaan produk-produk atau
proses-proses baru, membuat perubahan pada keluaran produk yang sedia ada ataupun
meningkatkan lagi.

Aplikasi sains dan teknologi telah digunakan dalam penghasilan biskut Heong
Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang.

Pembungkusan makanan merupakan salah satu rangkaian yang terlibat dalam


penghasilan produk makanan. Penghasilan pembungkusan yang baik banyak
dipengaruhi oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna.
Beberapa tahun kebelakangan ini, pembungkusan makanan telah melalui beberapa fasa
perubahan pembangunan yang signifikan.

5.2.1 Penggunaan Mesin Untuk Memproses Biskut Heong Peah

Dalam proses membuat biskut Heong Peah yang lama terdapat banyak
tenaga yang diperlukan dalam menyediakan bahan-bahan membuat biskut
Heong Peah, misalnya menggadun doh dengan kedua-dua belah tangan dengan
masa yang lama lalu menggadun bahan-bahan perasa dalam kuali. Dengan
kaedah membuat biskut Heong Peah yang lama ini, kuantiti biskut tidak dapat
ditingkatkan dan masa menghasilkan biskut amat panjang. Kini, terdapat
beberapa jenis mesin telah digunakan.

i. Mesin Pengadun Doh

17
Apabila membuat kulit biskut, pengusaha akan menjerang air
dulu dan menyediakan tepung lalu mengadun menjadi doh dengan mesin
pengadun. Mesin ini adalah untuk menggantikan kaedah manual yang
mengadunkan doh tepung dengan sumber tenaga manusia.

Foto 2: Mesin Menggadun Doh


Sumber : Kajian Lapangan 2015
ii. Mesin Penggelek Doh

Doh tepung tersebut akan masuk dalam ke mesin penggelek doh.


Doh tepung yang nipis dan sesuai untuk membuat biskut akan
dihasilkan.

Foto 3: Mesin Mesin Penggelek Doh

Sumber: Kajian Lapangan 2015

iii. Mesin Penggadun Elektrik

18
Seterusnya, bahan perasa biskut akan disediakan. Bahan-bahan
seperti gula, bawang merah, garam, bijian dan maltosa akan dimasukkan
ke dalam penggadun makanan elektrik. Dengan mesin penggadun
elektirk, bahan perasa biskut dapat disediakan dalam masa beberapa minit
dan dapat memastikan semua bahan dapat menggadun dengan seimbang.

Foto 4: Mesin Penggadun Elektrik


Sumber: Kajian Lapangan 2015

iv. Ketuhar Pembakar Elektrik

Selepas bahan-bahan perasa dibalut oleh kulit tepung yang disediakan,


biskut-biskut tersebut akan dibakar oleh ketuhar pembakar elektrik dalam 160
kelsius dalam masa 23 minit. Kalau menggunakan cara yang lama adalah
melampirkan Heong Peah pada dinding relau penaik untuk membakarnya
beberapa jam.

Foto 5: Ketuhar Pembakar Elektrik


Sumber: Kajian Lapangan 2015

19
5.2.2 Bahan Perasa dan Warna Kulit Heong Peah
Dengan aplikasi sains dan teknologi, biskut Heong Peah yang
mempunyai pelbagai perasa telah dihasilkan. Perasa biskut ini bukan hanya
terdapat perasa maltosa sahaja malah perasa kacang merah, bijian hitam dan
juga pes biji teratai juga dihasilkan.

Foto 6: Biskut Heong Peah


Sumber: Kajian Lapangan 2015
5.2.3 Pembungkusan Biskut Heong Peah
Dalam pembungkusan biskut Heong Peah, pengusaha kilang ini telah
membeli beg plastik yang dicustomkan. Dengan beg plastik yang diubahsuai
dengan penggunaan sains dan teknologi, beg plastik ini berwarna merah dan
lebih menahan panas daripada beg plastik yang biasa. Oleh itu, beg plastik ini
sesuai untuk memasukkan biskut Heong Peah yang baru
dihasilkan .Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi oleh
faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna.

20
Gambar 7: Pembungkusan Biskut Heong Peah
Sumber: Kajian Lapangan 2015

5.2.4 Pemasaran Biskut Heong Peah


Selepas biskut Heong Peah diubahsuai dengan aplikasi sains dan
teknologi, pemasaran biskut ini telah dipertingkatkan. Hal ini demikian, perasa
biskut telah diperbaik dan beg plastik yang digunakan lebih menarik perhatian
konsumer.

5.3 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan dan Pemasaran
Biskut Heong Peah

5.3.1 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut


Heong Peah

Kesan-kesan pengunaan Sains dan Skor Min


1 2 3
Bil teknologi dalam penghasilan biskut
(F) (%) (F) (%) (F) (%)
tradisional, Heong Peah.
1 Proses membuat Heong Peah menjadi 5 17 15 50 10 33 2.2
lebih bersih.
2 Penggunaan teknologi dalam 2 7 10 33 18 60 2.5

21
penghasilan Heong Peah dapat
menjimatkan masa.
3 Terdapat pelbagai perasa biskut Heong 0 0 15 50 15 50 2.5
Peah kesan daripada penggunaan
teknologi.
4 Kos penghasilan biskut Heong Peah 6 20 12 40 12 40 2.2
dapat dikurangkan dengan aplikasi
sains dan teknologi.
5 Kuantiti penghasilan biskut Heong 3 10 12 40 15 50 2.4
Peah menjadi lebih banyak.

Jadual 4: Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut Heong
Peah

Sumber: Kajian Lapangan 2015

KESAN-KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN BISKUT TRADISIONAL,


HEONG PEAH
20
18
16
14
12
10
8
6
4
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Kekerapan 2
0

Kesan-kesan dalam Penghasilan


R
ajah 4: Kesan-Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Penghasilan Biskut
Tradisional Heong Peah
Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Jadual 4, sebanyak 15 orang (50%) responden setuju akan proses


penghasilan biskut Heong Peah menjadi lebih bersih dengan bantuan sains dan
teknologi manakala terdapat 10 (33%) orang sangat setuju akan penyataan ini. Bagi

22
kategori yang tidak setuju pula terdapat 5 orang (17%) daripada keseluruhan responden
yang dipilih. Namum min purata 2.2, iaitu skala likertnya bernombor 2 iaitu mereka
telah memilih setuju akan proses penghasilan menjadi lebih bersih.

Kebanyakan responden dengan seramai 18 orang (60%) sangat setuju akan


penggunaan sains dan teknologi dalam biskut Heong Peah dapat menjimatkan masa.
Manakala 10 (33%) orang responden turut setuju akan kesan ini yang dibawa, dan
hanya 2 orang (7%) memilih tidak setuju. Min keseluruhan ini ialah 2.5, skala likert
bernombor 3 iaitu menunjukkan kebanyakan orang sangat setuju akan penggunaan
sains dan teknologi dapat menjimatkan masa dalam penghasilan Heong Peah.

Di samping itu, terdapat 6 orang bersamaan 20% daripada semua responden


berpendapat bahawa kos penghasilan Heong Peah tidak dapat dikurangkan dengan
aplikasi sains dan teknologi dan selebihnya memilih setuju dan sangat setuju terdapat
bilangan orang responden yang sama iaitu 12 orang dengan masing-masing terdiri 40%
daripada keseluruhan. Tidak banyak responden sangat setuju akan soalan ini kerana bil
elektrik semakin meningkat dari semasa ke semasa. Penyataan ini disokong oleh Puan
Ng Geik Choo, pekerja dari kedai Heong Peah di Kampung Valdor.

Seterusnya, terdapat bilangan orang responden yang sama dalam ketegori setuju
dan sangat setuju dalam soalan tentang terdapat pelbagai perasa biskut Heong Peah
kesan daripada penggunaan teknologi. Justeru, terdapat 15 orang responden iaitu 50%
memilih dalam kategori setuju dan sangat setuju masing-masing. Tiada orang
berpendapat tidak setuju akan soalan ini. Hal ini demikian, kedai biskut Heong Peah ini
telah menghasilkan pelbagai perasa selain maltosa.

Seramai 15 orang sangat setuju akan kuantiti biskut Heong Peah telah
meningkat kesan daripada penggunaan sains dan teknologi iaitu 50% daripada semua
responden. Dalam kategori setuju pula terdapat 12 orang (40%) manakala hanya 3
orang (10%) tidak setuju akan kuantiti biskut Heong Peah telah meningkat. Encik
Khor Bao Keng pengusaha kilang biskut Heong Peah telah berpendapat bahawa
kuantiti biskut ini telah banyak meningkat kerana pada masa dahulu sentiasa perlu
menunggu lama untuk membelinya semasa menggunakan kaedah manual dalam
penghasilan biskut kerana kuantitinya terhad.

23
5.3.2 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Pemasaran Biskut
Heong Peah

Kesan-kesan pengunaan Sains dan Skor Min


1 2 3
Bil teknologi dalam pemasaran biskut
(F) (%) (F) (%) (F) (%)
tradisional, Heong Peah.
1 Pembungkusan biskut Heong Peah 2 7 20 66 8 27 2.2
menjadi lebih kemas.
2 Biskut Heong Peah menjadi popular 10 33 12 40 8 27 1.9
dalam kalangan generasi muda.
3 Kuantiti jualan biskut Heong Peah 5 17 15 50 10 33 2.2
semakin meningkat.
4 Biskut Heong Peah menarik minat 5 17 12 40 13 43 2.3
pengunjung luar datang ke kampung
untuk membeli.
5 Biskut Heong Peah dapat bersaing 10 33 15 50 5 17 1.8
dengan makanan moden yang lain.
Jadual 5: Kesan penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pemasaran Biskut Heong Peah
Sumber: Kajian Lapangan 2015

24
KESAN-KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PEMASARAN BISKUT TRADISIONAL, HEONG PEAH
25
20
15
10
5
0

Kekerapan
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Kesan-kesan dalam Pemasaran

Rajah 5: Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pemasaran Biskut Heong Peah
Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Jadual 5, terdapat bilangan orang responden yang tinggi dalam


ketegori setuju dalam soalan tentang pembungkusan biskut Heong Peah menjadi lebih
kemas kesan daripada penggunaan teknologi iaitu 20 orang responden (66%) . Justeru,
terdapat 8 orang responden iaitu 27% memilih dalam kategori sangat setuju dan 2 orang
berpendapat tidak setuju akan soalan ini. Namum, secara puratanya min purata 2.2 iaitu
skala likert bernombor 2 yang menunjukkan kebanyakkan responden telah memilih
setuju akan pembungkusan biskut lebih kemas. Bukan begitu sahaja, akhbar Utusan
Malaysia pada 24 Julai 2014 telah membuktikan pernyataan ini. Akhbar ini
menyatakan bahawa perkembangan sains dan teknologi telah meningkatkan kualiti
pembungkusan makanan dan lebih kemas daripada pembungkusan yang lama.

Di samping itu, terdapat 10 orang bersamaan 33% daripada semua responden


berpendapat bahawa biskut Heong Peah tidak popular dalam kalangan generasi muda
walaupun dengan aplikasi sains dan teknologi dalam pemasaran biskut Heong Peah dan
yang selebihnya memilih setuju dan sangat setuju iaitu 12 orang (40%) dan 8 orang
(27%) orang dengan masing-masing daripada keseluruhan responden.Hal ini demikian

25
kerana kebanyakkan pemuda hanya leka akan alat komunikasi yang canggih pada
masa kini. Penyataan ini disokong oleh Encik Lim Shun Wan, informan temu bual.

Seramai 15 orang setuju akan kuantiti jualan biskut Heong Peah telah
meningkat kesan daripada penggunaan sains dan teknologi iaitu 50% daripada semua
responden. Dalam kategori sangat setuju pula terdapat 10 orang ( 33%) manakala hanya
5 (17%) orang tidak setuju akan kuantiti jualan biskut Heong Peah telah meningkat.
Encik Asman, penduduk di Kampung Valdor berpendapat bahawa kuantiti jualan biskut
ini telah meningkat berbanding dengan masa dahulu kerana perasa biskut Heong Peah
kini juga sesuai dimakan oleh kaum lain.

Seterusnya, kebanyakan responden dengan seramai 13 orang (43%) sangat


setuju akan penggunaan sains dan teknologi dalam biskut Heong Peah dapat menarik
pengunjung luar datang ke kampung untuk membeli. Manakala 12 (40%) orang
responden turut setuju akan kesan ini yang dibawa, dan hanya 5 orang (17%) memilih
tidak setuju. Min keseluruhan ini ialah 2.3, iaitu skala likert bernombor 2 dan ini
menunjukkan kebanyakan orang setuju akan penggunaan sains dan teknologi dapat
menarik pengunjung luar datang untuk membeli biskut ini. Pernyataan dapat dibuktikan
daripada surat khabar Oriental Daily pada 21 Januari 2015 . Dalam akhbar ini telah
menyatakan bahawa pengeluaran makanan tradisional seperti kuih muih dan biskut
dapat menjadikan sesuatu tempat menjadi tempat tarikan kepada pengunjung.

Sebanyak 15 orang (50%) responden setuju akan biskut Heong Peah dapat
bersaing dengan makanan moden yang lain atas bantuan sains dan teknologi manakala
hanya 5 orang (17%) orang sangat setuju akan penyataan ini. Bagi kategori yang tidak
setuju pula terdapat 10 orang (33%) berganding dua kali daripada orang yang memilih
sangat setuju. Namum, banyak orang telah memilih setuju akan Biskut Heong Peah
dapat bersaing dengan makanan moden dengan min purata 1.8 iaitu skala likert yang
bernombor 2 iaitu setuju akan pernyataan ini

6.0 Rumusan

26
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang
digunakan dalam pnghasilan biskut Heong Peah dan kesan-kesannya daripada aplikasi
sains dan teknologi ini. Kini, aplikasi sains dan teknologi telah menyebabkan bidang
pemakanan di Malaysia berkembang dengan pesat.

Kajian ini telah meningkatkan pengetahuan pengkaji dan memberi pendedahan


kepada masyarakat tentang makanan tradisional dan cara penghasilan makanan
tradisional. Bukan itu sahaja, kajian ini turut memberi maklumat yang lebih terperinci
tentang kepentingan sains dan teknologi terhadap makanan tradisional. Untuk
meningkatkan penghasilan Heong Peah, sains dan teknologi telah dibawa masuk ke
dalam bidang ini. Kaedah ini telah mengubah proses pembuatan Heong Peah daripada
cara pembuatan tradisional, kepada penggunaan mesin automatik. Dengan
menggunakan mesin automatik ini, tenaga manusia dan masa yang diperlukan dalam
membuat Heong Peah dapat dikurangkan berbanding dengan cara tradisional.
Manakala kuantitinya dapat ditingkatkan dengan efektif.

Hasil analisis telah menunjukkan keseluruhan responden setuju bahawa


penggunaan teknologi dalam penghasilan biskut Heong Peah dapat menjimatkan masa
dan kuantiti penghasilan biskut turut menjadi lebih banyak. Data ini juga disokong
adalah pemilik kilang Heong Peah, Encik Khor Bao Keng dan pekerja Kilang Heong
Peah, Puan Ng Geik Choo. Hal ini demikian, sumber tenaga manusia dapat
dikurangkan kerana bantuan mesin automatik yang digunakan. Selain itu, kuantiti
biskut Heong Peah juga meningkat. Manakala, menurut akhbar Oriental Daily, untuk
berkembang bidang makanan tradisional ini, aplikasi sains dan teknologi amat
diperlukan untuk mengurangkan sumber tenaga manusia dengan efektif.

Terdapat sebahagian kecil daripada responden yang berpendapat bahawa


walaupun dengan aplikasi sains dan teknologi, biskut Heong Peah masih tidak popular
dalam kalangan pemuda dan tidak dapat bersaing dengan makanan moden yang
semakin banyak dari semasa ke semasa. Melalui proses temu bual, penduduk Kampung
Valdor, Encik Lim Shun Wan telah menyatakan masalah tentang kelekaan pemuda
disebabkan makanan moden daripada makanan tradisional seperti Heong Peah.

Cara membuat biskut Heong Peah mestilah dikekalkan dan diwarisi secara
turun-temurun maklumat tentang makanan tradisional seperti biskut Heong Peah harus
dipaparkan dalam laman web dan juga boleh menyebarkan melalui program televisyen.

27
Program tentang biskut Heong Peah ini boleh menceritakan tentang asal usul biskut
tradisional ini dan proses penghasilannya. Dengan kaedah ini, golongan pemuda akan
lebih tertarik akan makanan tradisional dan cuba membeli untuk menikmatinya.

Kini, sains dan teknologi pada zaman ini berkembang semakin pesat, oleh itu
pihak kerajaan harus menggalakkan pengusaha-pengusaha kilang membuat pelaburan
dalam perniagaan mereka supaya aplikasi sains dan teknologi dalam proses membuat
makanan tradisional ini dapat diperbaikkan.

Konklusinya, makanan tradisional yang melambangkan identiti bangsa sendiri,


kita harus menghargai makanan tradisional seperti biskut Heong Peah supaya biskut ini
tidak akan menjadi pupus pada masa hadapan.

Lampiran 1

Rujukan

28
Foo Yong He, Keunikan Makanan Tradisional Bangsa Cina, dlm Oriental Daily
(Dong Fang Jit Poh), 21 Januari 2015

https://www.google.com.my/maps/place/

Kamaludin A. Rashid, Kepentingan industri logistik kepada negara , dlm Utusan


Malaysia, 27 Julai 2014

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2009. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laupa Junus, Melahirkan Pakar Proses Makanan, dlm Utusan Malaysia, 8


September 2014

Mei Ling, Sieh Lee (2006). Menangani Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di
Malaysia. Karya terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. (Teks
asal dalam Bahasa Inggeris).

Mzulfadli (2009). Teknologi Makanan. Dicapai pada Mac ,20, 2015 daripada
http://www.slideshare.net/mzulfadli.binchezabri/teknologi-makanan

Makluman Kepada Responden


Boring soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus untuk mata
pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan
sains dan teknologi dalam penghasilan
SEKOLAH MENENGAH biskut tradisional, Heong
KEBANGSAAN CHIOPeah
MINdi Kampung
Valdor Sungai Jawi, Pulau Pinang. Segala maklumat yang diberikan adalah rahsia dan
29
hanya akan digunakan untuk kepentingan kajian ini sahaja.
* kerjasama anda amatlah dihargai
BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN
ARAHAN: Sila tandakan ( / ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.
1. JANTINA
Lelaki ( ) Perempuan ( )
2. UMUR
15 24 tahun ( ) 35 44 tahun ( )
25 34 tahun ( ) 45 tahun ke atas ( )
3. BANGSA
Melayu ( ) Cina ( ) India ( )
4. TAHAP PENDIDIKAN
PMR ( ) IJAZAH ( )
SPM ( ) Lain-lain :
STPM ( )
5. PEKERJAAN
Kerajaan ( ) Sendiri ( ) Tidak bekerja ( )
Swasta ( ) Pelajar ( )
6. STATUS PERKAHWINAN
Berkahwin ( ) Belum berkahwin ( )
BAHAGIAN B: SKALA LIKERT
ARAHAN : Tandakan ( / ) mengikut skala yang dinyatakan di bawah.

1 2 3
Tidak Pasti Tidak Setuju Setuju

Bilanga Kesan-kesan pengunaan Sains dan teknologi 1 2 3


n dalam penghasilan biskut tradisional, Heong Peah.

30
1 Proses membuat Heong Peah menjadi lebih bersih.

2 Penggunaan teknologi dalam penghasilan Heong


Peah dapat menjimatkan masa.
3 Terdapat pelbagai perasa biskut Heong Peah kesan
daripada penggunaan teknologi.
4 Kos penghasilan biskut Heong Peah dapat
dikurangkan dengan aplikasi sains dan teknologi.
5 Kuantiti penghasilan biskut Heong Peah menjadi
lebih banyak.
Kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi
dalam pemasaran biskut Heong Peah.
1 Pembungkusan biskut Heong Peah menjadi lebih
kemas.
2 Biskut Heong Peah kini telah menjadi popular
dalam kalangan generasi muda.
3 Kuantiti jualan biskut Heong Peah semakin
meningkat.
4 Biskut Heong Peah menarik minat pengunjung
luar datang ke kampung untuk membeli.
5 Biskut Heong Peah dapat bersaing dengan
makanan moden yang lain.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Temu Bual

Informan 1: Encik Khor Bao Keng

Soalan Jawapan
1. Bolehkah Encik Khor Terdapat empat mesin yang digunakan dalam
menyatakan apakah mesin kilang ini terdapat, iaitu mesin mengadun doh,
automatik yang terdapat di dalam mesin penggelek doh, mesin penggadun bahan
kilang biskut Heong Peah ini ? perasa dan ketuhar pembakar elektrik.

2. Mengapakah Encik Khor Saya menggunakan mesin-mesin automatik ini


menggunakan mesin ini dalam adalah untuk meningkatkan produktiviti dalam
penghasilan biskut Heong Peah? perniagaan saya ini.
3. Apakah fungsi-fungsi mesin Mesin pengadun doh adalah untuk membuat
31
automatik ini dalam penghasilan kulit biskut dengan mengadun tepung dan air
biskut Heong Peah? panas menjadi doh dengan mesin pengadun.

Mesin penggelek doh pula berfungsi untuk


menggelek doh yang akan masuk dalam mesin
ini. Doh tepung yang nipis dan sesuai untuk
membuat biskut akan dihasilkan.

Seterusnya, bahan perasa biskut akan disediakan


dengan memasukkan bahan-bahan perasa ke
dalam penggadun makanan elektrik. Dengan
mesin penggadun elektirk, bahan perasa biskut
dapat disediakan dalam masa beberapa minit dan
dapat memastikan semua bahan-bahan dapat
menggadun dengan seimbang.

Selepas bahan-bahan perasa dibalut oleh kulit


tepung yang disediakan, biskut-biskut tersebut
akan dibakar oleh ketuhar pembakar elektrik
dalam 160 kelsius dalam masa 23 minit.
4. Apakah perubahan dalam Kalau berbanding dengan kaedah yang manual,
proses penghasilan biskut Heong banyak tenaga akan digunakan dalam membuat
Peah selepas Encik Khor biskut ini, misalnya proses mengadun dan
menggunakan mesin-mesin menggelek doh tepung. Selepas saya mula
automatik ini? menggunakan mesin-mesin ini, tenaga kerja saya
dapat dikurangkan dan masa menghasil biskut
ini turut dapat dijimatkan.
5. Adakah jualan biskut Heong Saya tidak dapat nafikan bahawa, prestasi jualan
Peah ini meningkat selepas Encik biskut ini memang lebih baik daripada masa
Khor menggunakan mesin-mesin dahulu semasa saya menggunakan kaedah
ini ? manual dalam penghasilan biskut Heong Peah,
kerana kuantiti biskut ini terhad dengan masa
yang tidak cukup.

Informen 2Puan Ng Geik Choo


32
Soalan Jawapan
1. Apakah perubahan dalam Tenaga kerja saya telah dikurangkan sebanyak
kerja puan berbanding dengan 1/3 selepas tauke mula menggunakan mesin-
masa yang dahulu? Apakan mesin automatik daripada kaedah manual. Hal
sebabnya? ini demikian, mesin-mesin automatik telah
banyak membantu dalam proses membuat
biskut Heong Peah yang memerlukan banyak
tenaga seperti mengadun dan menggelek doh
tepung.
2. Apa kesan yang lain daripada Kesannya adalah masa membuat biskut Heong
mengurangkan beban kerja Peah pada kuantiti yang sama dapat dijimatkan
dalam penghasilan biskut ini dan kita dapat masa yang terluang untuk
dengan aplikasi mesin-mesin membuat kuantiti yang lebih banyak untuk
automatik ini? dijual. Oleh itu, jualan biskut ini turut
meningkat berbanding dengan masa yang
dahulu.
3. Adakah puan setuju dengan Saya tidak setuju akan penyataan ini, aplikasi
kos proses penghasilan biskut mesin automatik memang dapat mengurangkan
Heong Peah dapat dikurangkan tenaga kerja kita dan pekerja yang perlu diupah,
dengan aplikasi mesin tetapi kos penghasilan masih tidak dapat
automatik ini ? dikurangkan. Hal ini demikian, bil elektrik
semakin meningkat dari semasa ke semasa dan
kos bahan turut ditingkatkan mengikut harga
petrol yang semakin tinggi.
4. Adakah Biskut Heong Peah Ya, terdapat juga pengunjung yang dari luar
menarik minat pengunjung luar negeri datang ke kampung ini selepas
datang ke kampung untuk mengetahui di sini terdapat kilang menjual
membeli biskut Heong Peah dan mereka akan membeli
dengan kuantiti yang banyak setiap kali datang
ke kedai.
5. Apakah cadangan puan boleh Saya berasa kami boleh memaparkan proses
beri bagi meningkatkan penghasilan biskut ini di surat laman web,
perhatian dan pengetahuan khabar atau majalah supaya lebih ramai orang

33
generasi muda terhadap biskut mengenali biskut ini terutamanya generasi
Heong Peah? muda. Selain itu, kami juga boleh
menggalakkan pihak sekolah menganjur
rawatan sambil belajar ke kilang ini.

Informan 3: Encik Lim Shun Wan

Soalan Jawapan
1. Adakah jualan biskut Heong Saya tidak dapat nafikan bahawa, prestasi jualan
Peah ini meningkat selepas biskut ini memang lebih baik daripada masa
berbanding dengan masa yang dahulu. Kuantiti biskut ini memang terhad pada
dahulu? masa itu kerana mereka membuat biskut tanpa
menggunakan mesin automatik.

2. Bagaimanakah pembungkusan Pembungkusan biskut telah menjadi lebih


biskut Heong Peah kini kemas daripada masa dahulu. Kini, terdapat beg
berbanding dengan masa dahulu? plastik yang melambangkan kilang dan kedai
mereka yang berwarna merah.
3. Adakah biskut Heong Peah ini Sya tidak rasa begitu, walaupun biskut ini masih
menjadi popular dalam kalangan terdapat konsumer generasi muda tetapi juga
generasi muda pada masa kini? terdapat kebanyakkan pemuda tidak gemar akan
biskut ini.
4. Apakah pendapat anda tentang Bagi pendapat saya, biskut ini tidak menarik
biskut ini masih tidak popular perhatian mereka disebabkan mereka hanya leka
dalam generasi muda? akan alat teknologi sekarang sperti telefon
bimbit dan komputer. Mereka lebih rela
menghadap dengan alat komunikasi ini daripada

34
cuba menikmati biskut ini.
5. Adakah encik berpendapat Saya tidak berpendapat sebegitu, walaupun
bahawa biskut Heong Peah ini perasa biskut Heong Peah telah diperbanyakkan
dapat bersaing dengan makanan dengan aplikasi sains dan teknologi, tetapi
moden yang dihasilkan pada kaedah ini masih tidak cukup untuk bersaing
zaman sekarang ? dengan makanan moden yang sentiasa
menghasilkan perasa yang baru dari semasa ke
semasa.

35

You might also like