You are on page 1of 2

TEL: 06-2636217

SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT



77300 MERLIMAU,
FAKS : 06-2631491
E-Mel : MBA1029@moe.edu.my
MELAKA. Laman Web : www.skserkamdarat.edu.my

________________________________________________________________
Rujukan Kami : SKSD.700-08/08 (3/2016)
Tarikh : 21 November 2016

Ibu Bapa/ Penjaga

..
Kelas

Tuan / Puan ,
Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Serkam Darat

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan telah ditawarkan sebagai Pengawas
Pusat Sumber Sekolah Sesi 2017.

2. Untuk makluman pihak tuan, pakaian seragam pengawas sekolah adalah seperti berikut:-
i. Pakaian Pengawas Lelaki:
- Baju kemeja lengan panjang warna biru, seluar biru gelap, vest biru gelap, kasut dan stokin hitam,
tali leher berlogo sekolah.

ii. Pakaian Pengawas Perempuan:


- Baju kurung warna biru, kain biru gelap kasut dan stokin hitam dan bertudung biru gelap.

3. Sehubungan itu, kami memaklumkan bahawa anak / anak jagaan tuan / puan telah memenuhi kriteria
pemilihan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2017. Oleh yang demikian kami memohon jasa baik
pihak tuan/puan bagi melengkapkan borang kebenaran (Borang Pengawas 1) yang telah dilampirkan dan
diserahkan semula kepada Guru Pusat Sumber dan Media, Puan Rosnizam binti Awang selewat-lewatnya
pada 24 November 2016. Kegagalan pihak tuan/ puan menyerahkan borang tersebut pada masa yang
ditetapkan akan dianggap menolak tawaran ini.

4. Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,


(AZMAN BIN JANUDIN)
Guru Besar
Sk Serkam Darat

s.k 1. GPK HEM


2. Fail
Borang Pengawas PSS 1
.............................................

.............................................

..............................................

No. Telefon : ............................................

____________________________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Serkam Darat,
77300 Merlimau, Melaka.

Tuan,

LANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SK SERKAM DARAT SESI 2017

Adalah dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya ____________________________________ ibu / bapa / penjaga

kepada murid bernama ___________________________________________ Kelas _________________

bersetuju / tidak bersetuju anak saya dilantik sebagai PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2017.

3. Sehubungan itu, saya mengucapkan terima kasih dan berjanji akan memberi kerjasama kepada pihak
sekolah untuk memastikan anak saya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

....................................................
( )

You might also like