You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN
Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya
kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan
sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan fizikal bagi murid-
murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para
peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap
perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat
membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya
tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat
jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat
memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam
pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.
2.0 MATLAMAT
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,
persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti
permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif
di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Disamping itu,
sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut
aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.
3.0 OBJEKTIF
1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.
5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui
aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.
6.Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
7.Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam
penghasilan kertas kerja.
8.Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi,
memperoleh
pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang
terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.

4.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 5 November 2015
Hari : Rabu
Masa : 8.00 11.00 pagi

6.0 TEMPAT
Padang Sk.Pengkalan Raja

7.0 KUMPULAN SASARAN


25 orang murid prasekolah

8.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : En. Hassan bin Mohd Eusoff (Guru Besar )
Naib pengerusi : En.Suardi bin Jasmin (GPK Ko-Kurikulum
Puan Naziah Binti Zailani (GPK Hal ehwal murid)
En. Latif bin Ahmad (GPK 1)
Setiausaha : Puan Suriani binti Kaskon
Bendahari : Puan Siti Hawa binti Sohod
AHLI JAWATANKUASA:
En.Ismali bin Ismail
Ustaz Nazaruddin bin Yusro
En.Bachok bin Ibrahim
Pn. Noriati binti Zainon
Pn. Samzatul Hazurah binti Samad
Pn. Nor Aziah binti Bachok

9.0 ACARA SUKANEKA


9.1 ACARA BERKUMPULAN
1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span
2. Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi kacang ke dalam bakul
3. Acara mencari gula-gula dalam tepung
4. Acara bowling padang

9.2 ACARA INDIVIDU


1. Acara memijak belon
2. Acara muzikal chair
3. Acara membawa sumi mengunakan sudu

10.1 Pembahagian kumpulan


Kumpulan A : 5 orang
Kumpulan B : 5 orang
Kumpulan C: 5 orang
Kumpulan D : 5 orang
Kumpulan E : 5 orang
Acara individu : 10 orang peserta setiap acara

10.2 Senarai Alatan


Alatan Kuantiti
1. Air 2 baldi
2. Baldi 2
3. Botol mineral 14 biji
4. Bola 2 biji
5. Gelung rotan 10 gelung
6. Skitel 15
7. Pinggan 4 biji
8. Gula-gula 40 biji
9. Tepung 2 bungkus
10. Guni 4
11. Belon 50 bij
12. Span 2
13. Batton 5
14. Kerusi 9 buah
15. Riben 1 gulung
16. healer 2

10.3 Anggaran Perbelanjaan


BI JENIS PERBELANJAAN KUANTITI HARGA JUMLAH
L
1. Hadiah 25 RM15.00 RM 375.00
2. Peralatan Sukaneka RM 100.00
3. Makan dan minum 25 RM 4.00 RM 100.00
JUMLAH RM 575.00

10.4 TENTATIF PROGRAM


7 :30 Pagi : Kehadiran guru, murid-murid dan ibu bapa
7:45 Pagi : Senaman aerobik
8:00 Pagi : Acara pertama (berkumpulan)
1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span
2. Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi
kacang ke dalam bakul
3. Acara mencari gula-gula dalam tepung
4. Acara bowling padang
Acara kedua (individu)
1. Acara memijak belon
2. Acara muzikal chair
3. Acara membawa sumi mengunakan sumi
4. Acara masukkan manik
10:00 Pagi : Acara sukaneka ibu bapa
1. Tarik tali
2. Meniup dan memecahkan belon
11:00 Pagi : Majlis penutup
1. Penyampaian hadiah
2. Nyanyian lagu kebangsaan
12.00Tengahari : Jamuan makan
-Majlis bersurai

Disediakan oleh:

( PUAN SURIANI BINTI KASKON )


Setiausaha sukaneka Prasekolah Sayangku,
SK.Pengkalan Raja.
Disahkan oleh:

..
(En. Hassan bin Eusoff)
Guru Besar,
SK.Pengkalan Raja.

SUKANEKA
PRASEKOLAH
SAYANGKU
SK.PENGKALAN
RAJA
KERTAS KERJA

You might also like