You are on page 1of 6

1.

PENGENALAN

Sekalung Tahniah kepada anda dan keluarga di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Memandangkan Konvokesyen adalah upacara yang amat bererti kepada anda dan
kaum keluarga, maka pihak Universiti memohon anda untuk bekerjasama sepenuhnya agar majlis yang
penuh istiadat dan bermakna ini dapat berjalan lancar. Semoga Buku Panduan ini dapat membantu anda.

2. ISTIADAT KONVOKESYEN

Istiadat Konvokesyen Kelapan Belas Universiti akan diadakan pada 20 hingga 24 September 2016
bertempat di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3. ETIKA PAKAIAN GRADUAN

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

Lelaki :
Berbaju Melayu lengkap bersamping, atau
Lounge suit termasuk seluar panjang berwarna hitam, atau
Baju kemeja berlengan panjang warna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna
hitam dan
Kasut kulit hitam dan sarung kaki hitam. (Kasut sukan tidak dibenarkan)

Wanita :
Baju kurung/Baju kurung moden atau kebaya labuh dengan kain tanpa belah (split). Graduan
mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
Gaun dan skirt hendaklah labuh ke bawah paras lutut.
Warna pakaian adalah bebas.
Kasut sarung dengan tinggi tumit sekurang-kurangnya 1 inci. (Selipar adalah tidak dibenarkan)

4. PEMINJAMAN PAKAIAN AKADEMIK GRADUAN

4.1 Anda boleh meminjam pakaian akademik iaitu jubah, hood dan topi (mortar board/bannet)
mengikut tarikh, masa dan tempat seperti yang dipaparkan dalam laman web konvokesyen UPSI.

4.2 Peminjaman selepas dari tarikh dan waktu yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan kecuali
bakal graduan Borneo.

4.3 Anda dikehendaki melengkapkan mengesahkan kehadiran ke Istiadat Konvokesyen, membuat


pilihan saiz jubah dan mencetak Borang Pinjaman Jubah melalui Sistem Jemputan Konvokesyen.

4.4 Panduan saiz jubah boleh dirujuk ketika membuat pilihan saiz jubah.

4.5 Semua bakal graduan sama ada hadir atau tidak dikehendaki membuat pengesahan kehadiran.

4.6 Bakal graduan yang mewakilkan rakan untuk membuat peminjaman pakaian akademik juga harus
membuat pengesahan kehadiran dan membuat pilihan saiz jubah. Borang Pinjaman Jubah yang
dicetak melalui sistem perlu diserahkan kepada wakil bersama slip bayaran yuran konvokesyen,
slip pengesahan kajian pengesanan graduan dan borang kebenaran wakil untuk pinjaman jubah
semasa datang membuat peminjaman pakaian akademik.

4.7 Seorang rakan hanya boleh mewakilkan seorang rakan lain sahaja untuk membuat pinjaman
pakaian akademik.
Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

5. BAYARAN

5.1 Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran yuran konvokesyen sama ada hadir atau
tidak ke Istiadat Konvokesyen UPSI.

5.2 Ijazah dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan masih belum
menjelaskan bayaran yuran konvokesyen.

5.3 Jumlah dan kaedah bayaran yuran konvokesyen boleh dirujuk di laman web konvokesyen UPSI.

5.4 Bayaran yuran konvokesyen bagi graduan francais bolehlah dirujuk kepada universiti/kolej
masing-masing.

6. RAPTAI

6.1 Semua bakal graduan adalah dialu-alukan untuk hadir ke sesi raptai Istiadat Konvokesyen bagi
mendapatkan gambaran sebenar istiadat yang akan berlangsung.

6.2 Tarikh dan lokasi raptai boleh dirujuk di laman web konvokesyen UPSI.

7. MELAPORKAN DIRI UNTUK PERARAKAN GRADUAN

7.1 Semua bakal graduan diwajibkan melaporkan diri lengkap dengan pakaian akademik untuk
perarakan graduan di Panggung Percubaan pada sesi masing-masing yang boleh dirujuk di laman
web konvokesyen UPSI.

7.2 Masa melapor diri bagi graduan sesi pagi ialah 7.15 pagi dan bagi graduan sesi petang ialah 1.30
tengah hari.

7.3 Bakal graduan akan disusun mengikut nombor giliran menerima Ijazah (nombor giliran adalah
seperti yang tercatat dalam kad nama graduan). Kad nama graduan akan diberikan kepada setiap
bakal graduan semasa bakal graduan melapor diri di Panggung Percubaan pada Hari
Konvokesyen. Kad nama yang diberi perlu disimpan dengan baik untuk diserahkan kepada
petugas semasa anda berdiri untuk naik ke pentas di dalam dewan bagi menerima ijazah.

7.3 Bakal graduan yang mempunyai ketidakupayaan untuk berdiri lama boleh dikecualikan daripada
mengikuti Perarakan Graduan. Bakal graduan perlu memaklumkan ketidakupayaan kepada
pegawai bertugas semasa melapor diri di Panggung Percubaan.

7.4 Sebuah bilik solat ada disediakan di dalam Panggung Percubaan bagi kemudahan graduan muslim.

8. PANDUAN DAN TATACARA MENERIMA IJAZAH

8.1 Semua bakal graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian
Akademik di Panggung Percubaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

8.2 Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda (tagging) di Panggung
Percubaan dan Dewan Besar mengikut nombor giliran masing-masing seperti yang tercatat dalam
Kad Nama Graduan.

8.3 Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa Dekan mengumumkan penganugerahan Doktor
Falsafah/ Sarjana/Diploma Pendidikan/Sarjana Muda/Diploma.

8.4 Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima
ijazah masing-masing. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Para
graduan diminta mematuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen
berlangsung.

2
Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

8.5 Apabila nama graduan diumumkan;


i) graduan diminta berjalan terus ke arah DYMM Tuanku Canselor / Pro Canselor.
ii) tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas).
iii) terima Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma Pendidikan
dengan kedua belah tangan.
iv) beri ucapan Menjunjung Kasih Tuanku kepada Tuanku Canselor dan Terima kasih
kepada Pro Canselor.
v) undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali
ke tempat duduk asal.
vi) bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima Ijazah dikehendaki duduk di
tempat duduk yang disediakan iaitu di sebelah hadapan kiri dewan (menghadap pentas).

8.6 Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai.

9. PERARAKAN GRADUAN MASUK DAN KELUAR DEWAN

9.1 Semua bakal graduan akan bergerak dalam barisan mengikut nombor giliran masing-masing untuk
masuk ke Dewan Besar.

9.2 Bakal graduan adalah diingatkan untuk tidak meninggalkan dewan sepanjang istiadat berlangsung.

9.3 Graduan akan berarak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja juruacara mengumumkan
Perarakan Graduan Keluar Dewan.

9.4 Semua pergerakan graduan masuk dan keluar dewan hendaklah mengikut Pepandu Perarakan
dan arahan pegawai istiadat yang bertugas.

10. JEMPUTAN KEPADA TETAMU GRADUAN

10.1 Semua bakal graduan akan diberikan sekeping kad jemputan untuk 3 orang tetamu. Kanak-
kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Kad Jemputan dan
pelekat kenderaan akan diserahkan kepada graduan semasa membuat pinjaman pakaian
akademik.

10.2 Peraturan Istiadat dan Etika Pakaian tetamu graduan ada dijelaskan di dalam kad jemputan.
Tetamu graduan yang tidak mengikut panduan berpakaian yang ditetapkan boleh dihalang dari
masuk ke dalam dewan.

11. GAMBAR

Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh
Universiti. Syarikat ini akan mempamerkan gambar-gambar yang telah siap diproses selepas konvokesyen.
Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat
berlangsung.

12. PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK DAN TUNTUTAN SKROL/TRANSKRIP

12.1 Graduan boleh membuat pemulangan pakaian akademik selepas istiadat konvokesyen bagi
program masing-masing selesai atau selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja selepas itu mengikut
masa dan tempat seperti dalam laman web konvokesyen UPSI.

3
Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

12.2 Graduan yang telah memulangkan pakaian akademik dengan lengkap akan diberikan sekeping Kad
Pemulangan Jubah yang perlu dikemukakan kepada petugas sewaktu membuat tuntutan
skrol/transkrip masing-masing.

12.3 Lokasi tuntutan skrol/transkrip adalah di Bangunan Pusat Pelajar yang terletak di belakang Dewan
Besar. Graduan boleh mengikut tanda arah yang telah disediakan.

12.4 Denda akan dikenakan dalam kes-kes berikut:

KADAR (RM)
BIL. PERKARA SARJANA MUDA /
IJAZAH LANJUTAN
DIPLOMA
1. Lewat pulang Pakaian Akademik (kadar sehari lewat) 10.00 10.00
2. Denda rosak/hilang jubah 400.00 300.00
3. Denda rosak/hilang mortar board (topi) 80.00 70.00
4. Denda rosak/hilang hood 50.00 40.00
5. Denda rosak/hilang semua pakaian akademik 450.00 350.00

12.5 Graduan yang tidak berkesempatan memulangkan Pakaian Akademik dalam tempoh yang
ditetapkan boleh mewakilkan kepada rakan lain untuk memulangkannya dengan menggunakan
borang kebenaran kepada wakil untuk memulangkan Pakaian Akademik.

12.6 Skrol/transkrip akademik tidak akan dikeluarkan kepada graduan yang gagal memulangkan
pakaian akademik yang lengkap dan graduan berhutang.

12.4 Skrol/transkrip akademik hanya akan dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak universiti tidak akan
bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas dokumen tersebut.

12.5 Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang
atau rosak dengan kadar berikut :

BIL. PERKARA KADAR (RM)


1 Bayaran Salinan Transkrip 10.00
2 Bayaran Salinan Ijazah 60.00

12.6 Permohonan bagi mendapatkan salinan dokumen berkenaan boleh dibuat kepada Unit
Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

12.7 Graduan juga boleh memberi kebenaran kepada pihak universiti untuk menguruskan
perkhidmatan pos skrol/transkrip. Borang kebenaran Pos Skrol/Transkrip akan mula dimuatnaik
dalam laman web konvokesyen UPSI dua minggu selepas Istiadat Konvokesyen berakhir.

13. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (ONLINE)

13.1 Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diarahkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan Kajian Pengesanan Graduan.

13.2 Semua graduan diwajibkan melengkapkan maklumat Kajian Pengesanan Graduan melalui
laman web http://graduat.mohe.gov.my yang akan dibuka satu (1) bulan sebelum tarikh
konvokesyen.

13.3 Graduan adalah diwajibkan untuk melengkapkan maklumat kajian ini dan membawa cetakan
slip pengesahan kajian yang telah dilengkapkan semasa mendaftar untuk membuat peminjaman
Pakaian Akademik. Graduan yang gagal melengkapkan maklumat ini tidak dibenarkan untuk
membuat pinjaman Pakaian Akademik.

4
Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

14. PERTANYAAN

Pertanyaan mengenai konvokesyen bolehlah dirujuk kepada:

17.1 Kehadiran, Pakaian Akademik, Skrol/Transkrip Akademik

Unit Pengijazahan
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05-450 6994 / 6313

17.2 Gambar

Rujuk laman web konvokesyen UPSI

17.3 Alumni

Pusat Perhubungan Alumni


Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tel : 05-450 5325

17.4 Kewangan

Unit Kewangan Pelajar dan Kolej


Jabatan Bendahari
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05-450 6309 / 015-4811 7744

5
Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

NOTA

Segala bentuk borang boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi Konvokesyen di
alamat url http://konvokesyen.upsi.edu.my

Maklumat yang terkandung di dalam buku ini adalah betul sewaktu buku ini dicetak.
Pihak Universiti berhak menambah, meminda dan membetulkan mana-mana
kandungan tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada graduan.

You might also like