You are on page 1of 1

1.

Pihak pertama bersetuju untuk membekal 1 orang Buruh Asing dari negara MYANMAR
nama seperti di bawah :

1.NAMA : MR. CHIT NO PASSPORT :

2. Pihak Kedua akan mendahului atas bayaran LEVI kepada pekerja dan akan potong balik
daripada gaji pekerja dalam 12 kali bayaran. Pihak Kedua juga bersetuju membayar
pengangkutan mengambil buruh asing di pintu masuk untuk dibawa ke tempat kerja.

3. Pihak Kedua tidak dibenarkan mengguna khidmat Pekerja Asing selain dari bidang
tugas yang telah ditetapkan dalam Perjanjian. Sekiranya terdapat skop kerja yang lain
dari Perjanjian, rundingan perlu di adakan serta skil gaji dan caj perkhidmatan lain
secara bertulis perlu di buat di antara kedua-dua pihak.

4. Pihak pertama tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang hutang yang melibatkan
Pekerja Asing dan pihak majikan atau pihak pertama dan kedua.

5. Perjanjian ini adalah sah berkuatkuasa selama tiga tahun bermula dari tarikh Perjanjian
ini di tandatangani.

6. Buruh Asing yang akan dibekalkan oleh Pihak Pertama kepada Pihak Kedua dalam
konteks Perjanjian ini hanya untuk kegunaan sector PEMBINAAN sahaja. Pihak kedua
hendaklah memastikan bahawa kerja-kerja atau tugasan-tugasan yang diberikan
mestilah mengikut dan tertakluk kepada bidang tugas yang dipersetujui di sini.

7. Pihak Pertama bertanggungjawab untuk menhantar balik Buruh asing yang disahkan
tidak sihat, tidak cergas atau tidak sesuai dengan jenis perkerjaan serta melanggar
undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.

8. Peruntukan-Peruntukan mengenai waktu bekerja, cuti kerja lebih masa dan


sebahagianya yang bersesuaian hendaklah tertakluk dan mengikut peruntukan yang
terkandung di dalam Undang-undang Buruh Malaysia 1955.

You might also like