You are on page 1of 8

1.

0: PENGENALAN

Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang sangat penting bagi masyarakat Melayu
sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.Pada tahun1978, British telah menawan Pulau
Pinang.Ini memberi

Ekonomi dagangan ialah pertanian dan perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran
untuk pemasaran.Ekonomi dagangan juga dikenali sebagai ekonomi komersial.Terdapat
beberapa ciri-ciri yang signifikan terdapat dalam ekonomi dagangan.Pertamanya, hasil
pengeluaran barangan dalam skala yang besar.Kedua, ekonomi dagangan ini memerlukan
buruh yang ramai untuk
2.0: Pengajaran hasil daripada tindakan British memperkenalkan Ekonomi Dagangan.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa pengajaran dapat diambil daripada tindakan
British memperkenalkan ekonomi dagangan di Tanah Melayu demi memajukan tamadun
negara bangsa Malaysia.

Pengajaran yang pertama yang dapat melalui tindakan British memperkenalkan


ekonomi komersial ialah kita hendaklah mempelbagaikan ekonomi negara kita.Hal ini
demikian kerana pada masa kependudukan British, masyarakat lebih hidup dalam sara
diri.Sara diri ini ialah masyarakat yang mencari pendapatan yang hanya secukup untuk
hidup.Sebagai contoh, ekonomi sara diri ialah melombong, cucuk tanam, memungut hasil
hutan dan menangkap.Walaubagaimanapun, masyarakat Melayu telah menanam padi,
masyarakat India telah telibat dalam penorehan getah malah masyarakat Cina telah terlibat
dalam perlombongan semasa berlakunya Revolusi Perindustrian.Oleh itu, kita tidak
sepatutnya bergantung kepada pertanian seperti pertanian komersial sahaja malah kita juga
boleh mengusahakan pertanian getah dan juga bijih timah.

Kesan ialah Revolusi Perindustrian ialah muncul pelbagai industri.Hal ini secara tidak
langsung menyebabkan perubahan ekonomi berlaku.Contohnya, masyarakat Malaysia pada
zaman tersebut hanya terlibat dalam ekonomi tradisional yang mengutamakan sara
diri.Selepas munculnya ekonomi dagangan masyarakat mula terlibat dalam pelbagai
ekonomi.Contohnya, dalam kegiatan perlombongan, penorehan getah, dan industri.Melalui
perubahan-perubahan ekonomi ini secara tidak langsung ekonomi Tanah Melayu mula
berkembang.

Perusahaan perlombongan bijih timah muncul di Tanah Melayu pada pertengahan


kurun ke-19.Masyarakat Cina telah memasuki Tanah Melayu untuk terlibat dalam
perlombongan.Selepas Revolusi Perindustrian muncul di Eropah, permintaan bijih timah
meningkat dalam industri-industri seperti industri pengetinan, kenderaan, wayar, kereta api
dan sebagainya.Hal ini sangat menguntungkan pihak British dalam perusahaan
perlombongan bijih timah dan ia juga memberikan hasil yang lumayan kepada pihak
British.Pemodal daripada Eropah mula melabur di Tanah Melayu secara besar-besaran
seawal dekad pertama abad ke-20 misalnya Straits Trading Company, Syarikat Messrs,
Osborne dan Chapel di Tanjung Rambutan dan Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu
Gajah, Perak. Kesemua syarikat ini memperkenalkan teknologi perlombongan moden
misalnya pam kelikir, monitor dan kapal korek seperti yang digunakan di New Zealand dan
Australia.
Di samping kemunculan perusahaan industri, sistem pertanian komersial mula
berkembang.Contoh-contoh tanaman komersial ialah ubi kayu, tebu, lada hitam,
gambir,tembakau, kopi dan yang terutamanya tanaman getah.Pemodal-pemodal Eropah
dan juga China telah menguasai pertanian komersial.British hanya memberi tumpuan
kepada kopi dan tembakau manakala pemodal China mengusahakan gambir, lada hitam
dan ubi kayu.Manakala, tanaman getah diperkenalkan pada abad ke-20.

Gambir dan lada hitam telah diperkenalkan oleh Maharaja Abu Bakar melalui Sistem
Kangcu di Johor.Maharaja Abu Bakar telah membawa masuk banyak orang Cina dari
negara China untuk mengusahakan tanaman gambir dan juga lada hitam.Lada hitam telah
diusahakan pada mulanya di Riau dan selepas itu di Singapura.Seterusnya, pengusaha
berpindah ke Johor kerana kekurangan tanah di Singapura.Temenggung Ibrahim telah
membawa masuk peladang dari Singapura untuk meneruskan usaha penanaman lada hitam
dan juga gambir.Penanaman lada hitam menggunakan sistem Kangcu dan ladang yang
diusahakan dipanggil sebagai kangkar malah surat tauliah itu dikenali sebagai surat
sungai.Ladang gambir dan lada hitam yang pertamanua dibuka di sepanjang Selat Teberau
di antara tahun 1840 hingga 1950.Kedua-dua hasil ini telah menjadi eksport yang sangat
signifikan sehingga awal kurun ke-20.

Orang-orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui beberapa kaedah.Kaedah


yang pertama yang digunakan ialah melalui sistem tiket kredit.Melalui sistem ini, banyak
buruh Cina telah terpaksa datang ke Tanah Melayu untuk bekerja di negeri-negeri
Melayu.Buruh Cina datang ke Tanah Melayu atas sebab kemiskinan dan penderitaan di
negara China, sistem ekonomi dan politik yang tidak stabil dan juga masalah penduduk
yang banyak melalui sistem kredit ini.Namun sistem ini, hanya mengakibatkan penderitaan
dalam kalangan buruk Cina.

Selepas itu, sistem tersebut telah ditukarkan dengan sistem pengambilan personel
oleh majikan yang memerlukan buruh Cina.Selepas itu, sistem tersebut dimansuhkan dan
ditukarkan kepada sistem pengambilan rumah kongsi.Sistem tersebut diletakkan di bawah
pentadbiran British apabila pihak British memberi perhatian terhadap kemasukan buruh
China.Masyarakat Cina pula menubuhkan sebuah pertubuhan iaitu Badan Pelindung
Cina.Hal ini adalah untuk melindungi buruh-buruh Cina dieksploitasi oleh mana-mana
pihak.Ordinan Buruh Kontrak telah diluluskan pada tahun 1882 bagi melindungi dan
membaiki keadaan pekerja pada zaman tersebut.

Di Sabah, pengambilan buruh Cina telah dijalankan secara sistematik.Charted


Company telah memberi sejumlah wang dan sebidang tanah kepada buruh Cina yang
hendak berhijrahke Sabah untuk mengusahakan lada hitam dan gambir.Buruh Cina juga
ditawarkan tambang percuma untuk berhijrah ke Sabah.Di Sarawak imigran keturunan
China Foochow secara berkumpulan dibenarkan masuk melalui persetujuan Charles Brooke
dan dan Wong Nai Siong iaitu ketua Foochow di Sibu.Orang-orang Cina dibawa masuk itu
menjadi buruh gambir dan lada hitam.

Mereka dibawa masuk atas pemodal China dan Eropah telah menguasai pertanian
komersial kerana mereka mempunyai banyak ciri-ciri.Contoh ciri-ciri yang menyebabkan
pemodal China dan Eropah untuk menguasai pertanian sebegini ialah kerana mereka
mempunyai modal, teknologi, konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama.Hal-
hal ini yang menyebabkan pemodal China dan Eropah untuk mengusahakan tanaman-
tanaman ini.Pada masa itu, masyarakat Melayu giat dalam menjalankan ekonomi sara diri.

Perusahaan getah mula meningkat apabila berlakunya Revolusi Perindustrian di


Eropah.Pada mulanya, pokok getah ditanam di negara kita berasal dari Brazil.Pada tahun
1877, sebanyak 22 batang anak getah dibawa masuk ke Singapura dan ditanam di
Botanical Garden.Dari Singapura, beberapa batang pokok getah dibawa ke Kuala
Kangsar.Di Kuala Selangor, ditanam di halaman kediaman Residen Perak iaitu Sir Hugh
Low sebagai tanaman hiasan.Pada awal abad ke-20 getah dijadikan tanaman komersial
oleh pihak British.

Kejatuhan harga kopi menjadi sebab yang paling utama penanaman kopi ditukar
kepada penanaman getah.Hal ini demikian kerana pengeluaran kopi secar berlebihan oleh
negara Brazil.Sebab yang paling utama menyebabkan masalah ini ialah masalah penyakit
kopi disebabkan oleh serangan serangga perosak menyebabkan peladang bertukar kepada
penanaman getah.

Perkembangan Revolusi Perindustrian, mengakibatkan permintaan yang tinggi


dalam kalangan pengusaha-pengusaha Eropah.Hal ini demikian kerana getah digunakan
dalam pelbagai industri terutamanya dalam industri motakar, pembuatan kasut, pakaian dan
juga alat perubatan.H.N.Ridley memainkan peranan yang penting dalam membesarkan
penanaman getah.Beliau telah melakukan pelbagai kaedah untuk membesarkan
penanaman getah.Pertamanya, beliau berusaha untuk meyakinkan para peladang untuk
menanam getah.Beliau juga mengadakan pameran pokok getah untuk mempromosikan
penanaman getah dalam kalangan pengusaha-pengusaha getah.Ketiga, beliau juga
memberikan benih getah secara percuma untuk menggalakkan pengusaha-pengusaha
menanam getah.Sumbangan H.N.Ridley yang sangat penting dalam industri getah ialah
memperkenalkan cara penorehan yang betul yang tidak merosakkan pokok getah.Teknik
penorehan pokok getah itu dipanggil sebagai teknik ibedem atau teknik tulang ikan
herring.Tenaga buruh yang mencukupi merupakan satu penyebab penanaman getah
ditanam secara besar-besaran.

Buruh-buruh dari negara India Selatan dibawa untuk bekerja di ladang-ladang


getah.Mereka dibawa masuk melalui sistem buruh, sistem kontrak dan jua melalui sistem
kangani.Pelaburan yang besar dapat menjayakan tanaman getah sehingga modal yang
besar dikeluarkan oleh pemodal Eropah.Melalui penanaman getah tertubuhnya banyak
syarikat perwakilan di Tanah Melayu.Contonya, Guthrie, Boustead Buttery Agency, Guthrie
dan Sime Darby.Syarikat-syarikat ini juga membuka ladang secara besar-besaran dan
menguruskan eksport getah.Pihak British juga telah galakan dan sokongan terhadap
pemodal asing yang hendak mengusahakan tanaman getah.Mereka juga memberikan 4%
dividen kepada syarikat pengusaha getah pada tahun 1905.Mereka telah menyediakan
kadar sewa tanah yang rendah, memberikan takrif cukai yang rendah dan juga
pengecualian cukai eksport selama 50 tahun.

Pada zaman British, industri-industri dijalankan secara besar-besaran untuk


memperoleh hasil dan untung yang banyak.Contohnya, industri perkilangan , pemprosesan
getah , perusahaan kepingan getah dan juga meleburkan logam telah muncul.Ini dijalankan
secara besar-besaran.Mereka juga mengeluarkan hasil yang lebih untuk pemasaran.

Akhir sekali, banyak jenis ekonomi telah dijalankan oleh pihak British.Oleh itu, kita
perlulah mencontohi kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk meningkatkan
ekonomi negara kita yang merupakan nadi utama negara kita.Kita juga tidak perlulah
bergantung kepada satu ekonomi sahaja.Masyarakat Malaysia yang hanya terlibat dalam
bidang pertanian sahaja pada masa dahulu, malah selepas kedatangan pihak British ke
Tanah Melayu mereka mula memperkenalkan perlombongan dan juga
perindustrian.Sebagai contoh, kita perlulah terlibat dalam bidang petroleum dan pembinaan
dan bukan hanya dalam bidang pertanian sahaja.Kita dapat meningkatkan taraf kehidupan
negara Malaysia melalui peningkatan ekonomi.

Pengajaran kedua yang saya pelajari ialah kita patut mempunyai kemudahan jalan
raya yang baik dan maju.Pada masa kini, jalan raya penting bagi memudahkan perjalanan
seseorang.Seseorang manusia pada era ini perlukan jalan raya untuk mempercepatkan
perjalanan. Pada masa dahulu pula jalan raya ini digunakan untuk menghubungkan
kawasan perlombongan bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api.Contoh jalan
raya yang telah dibina pada masa dulu ialah jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur
dengan Ipoh dan Seremban.

Pada masa dahulu iaitu sebelum kedatangan British, masyarakat hanya


menggunakan kaedah jalan kaki dan juga lembu.Kebiasaannya, mereka menggunakan
perjalanan menggunakan kaki untuk pergi ke tempat kerja iaitu di lombong bijih timah dan di
ladang getah.Mereka menggunakan kaedah jalan kaki walaupun perjalanan mereka dekat
ataupun jauh.Hal ini kerana pada masa itu, tidak adanya kemudahan motokar yang akan
memudahkan perjalanan seseorang.

Selepas itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori, dan bas telah
meningkat pada tahun 20-an.Pembinaan jalan raya juga menjadi banyak pada ketika
itu.Kebanyakan jalan raya telah dibina untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi
dengan pelabuhan antara bandar besar dengan bandar-bandar kecil.Pada tahun 1939 pula,
adanya satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu.Pembinaan
jalan raya ini hanya terdapat di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi bagi British
dan juga memudahkan pentadbiran mereka di Tanah Melayu.

Oleh sebab itu, kita mesti mempunyai kemudahan jalan raya yang akan
memudahkan dan mempercepatkan perjalanan seseorang.Pembinaan jalan raya itu mesti
canggih untuk memberi keselesaan bagi pengguna jalan raya.Misalnya, kita perlulah
mempunyai jaringan jalan raya dari utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia bagi
mempercepatkan kemudahan pengakutan barangan.Jalan raya itu perlulah dibanyakkan di
seluruh Malaysia termasuk Sabah dan juga Sarawak yang banyak bergantung kepada
pengangkutan sungai.

Iktibar ketiga yang saya pelajari melalui ekonomi dagangan yang diperkenalkan oleh
British ialah kita perlulah mempunyai landasan kereta api yang yang moden dan
canggih.Pada era pascamodenisme, ramai orang tidak menggunakan kemudahan landasan
kereta api di Malaysia.Ramai orang menggunakan jalan raya sebaliknya tidak menggunakan
kereta api kerana kemudahan kerta api tidak selesa dan tidak moden.Oleh itu, kerajaan
Malaysia perlulah menambah baikkan dan memodenkan perkhidmatan kereta api seperti
negara-negara maju.

Pada mulanya British menggunakan landasan kereta api untuk mengeksploitasi


ekonomi.Perkhidmatan ini telah dimulakan dan diperkenalkan di Tanah Melayu pada akhir
kurun ke-19.Semasa pentadbiran British telah muncul tiga fasa atau peringkat
perkembangan landasan kereta api.
Peningkatan permintaan bijih timah menyebabkan kerajaan British membawa masuk
ramai pelombong-pelombong dari China kerana kepakaran, kerajinan dan kos bayaran yang
rendah. Tidak cukup dengan keuntungan dari cukai ekspot bijih timah, kerajaan penjajah ini
juga mengenakan cukai ke atas aktiviti orang Cina misalnya cukai arak, perjudian, kegiatan
pelacuran, kedai pajak, candu dan sebagainya. Bukan sahaja hasil keuntungan bijih timah
dikaut pihak British malah kepada pekerja yang memberi mereka keuntungan juga yakni
orang-orang Cina dibebankan dengan kepelbagaian cukai. Tidak ubah sikap penjajah British
ini bagai manusia kerakusan wang yang sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan
keuntungan.

You might also like