You are on page 1of 6

SMK DATUK MUHAMMAD YUSOF

LINGGI, NEGERI SEMBILAN

KEM MEMBACA 1MALAYSIA


(KM1M)
4 APRIL 6 APRIL 2016

NAMA PROGRAM

KEM Membaca 1Malaysia


PENGENALAN

Kem Membaca 1Malaysia 2016 merupakan salah satu program Kementerian


Pendidkan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina
tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang
hayat..Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009
sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam
melaksanakan program ini.

KM1M Tahun 2016 dilaksanakan bermula dari 4 April hingga 6 April 2016. Pada tahun
ini Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan telah menetapkan supaya semua
sekolah di negeri ini menjalankan aktiviti membaca buku selama 33minit : 35 saat
bermula pada pukul 9.30 pagi untuk ketiga-tiga hari tersebut.

OBJEKTIF

1. Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah

2. Menggerakkan program / aktiviti galakan membaca

3. Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa waktu cuti dan

juga sepanjang hayat )

4. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan

kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

TARIKH PELAKSANAAN:

4 April 2016 6 April 2016

2
MASA/TENTATIF

1. Sebelum perhimpunan pagi


2. 9.30 pagi (selama 33 minit 35 saat)

TEMPAT

1. Tapak Perhimpunan
2. Kelas masing-masing

SASARAN

Semua warga SMKDMY termasuk guru dan staf sekolah

JADUAL PENGISIAN/ PELAKSANAAN PROGRAM

Bil Nama Program Masa Tempat


1 Mendeklamasikan Sajak 7.15 7.30 pagi Tapak Perhimpunan
2 33 Minit Bersama Buku 9.30 10.10 pagi Kelas masing-masing
3 Syair 7. 15 7.30 pagi Tapak Perhimpunan
4 Kuiz Spontan 7.15 7.30 pagi Tapak Perhimpunan
5 Poem Recitation 7.15 7.30 pagi Tapak Perhimpunan
6 Laluan Iqra 7.10 7.25 pagi Tapak Perhimpunan

PENUTUP

Diharapkan program ini akan dapat memberi nilai tambah kepada pelaksanaan
aktiviti Galakan Membaca disamping Memartabatkan Bahasa Melayu
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dengan memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua Negara. Disamping itu, generasi masa kini dapat diterapkan dengan

3
nilai cintakan ilmu dan budaya membaca, merapatkan hubungan harmoni antara
masyarakat serta melahirkan masyarakat cerdas dan berilmu sebagai tunjang utama
kecemerlangan Negara.

PENGHARGAAN

Pihak Pusat Sumber Sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Tuan Pengetua, En. Azhar bin Ali, Penolong Kanan Pentadbiran, En Shafie bin Mohd
Noor, Penolong Kanan HEM, En Abdul Rahim bin Endot, Penolong Kanan KOKO, Pn
Mazni bt Malik, Guru-Guru Kanan MP, guru- guru dan semua pelajar SMKDMY kerana
telah memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan program Kem Membaca
1Malaysia bagi tahun 2016.

Disediakan oleh,

............................................

Pn. Suzy bt Haron


Penyelaras PSS
SMKDMY

Disahkan oleh,

....................................
En. Azhar bin Ali
Pengetua
SMKDMY

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
PELAKSANAAN

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016

4
5
6

You might also like