You are on page 1of 12

TEKS PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG 2017

DISEMPURNAKAN OLEH :

Yang Berbahagia Encik Md. Bahaman bin Ibrahim


Head, Technical Division, Johor Port Berhad.

TARIKH:

1 APRIL 2017 (SABTU)

Assalamualaikum w.b dan Salam Sejahtera.

1 Mesyuarat Agung PIBG 2017


Pengumuman :
Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan program perasmian
Mesyuarat Agung Majlis Guru Cemerlang Negeri Selangor yang akan
berlangsung sebentar lagi.
1. Tuan/Puan diminta menambil tempat duduk masing-masing dan memenuhkan kerusi-kerusi yang
berada dihadapan.

2. Tuan/Puan diminta untuk memastikan telah melakukan pendaftaran di kaunter yang telah disediakan.

3. Apabila Yang Berusaha Tn Hj Abdul Talib bin Hamid sampai di Dewan, tuan/puan diminta bangun dan
kita akan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

4. Majlis kita akan dibahagikan kepada 3 slot iaitu :

Slot 1 : Mesyuarat Agung PIBG

Slot 2 : Majlis Perasmian

Slot 2 : Majlis Wacana Ilmu

5. Majlis mengharapkan kerjasama daripada semua guru agar dapat bersama-sama sehingga mesyuarat
Agung kita selesai

6. Sila matikan telefon bimbit atau letakan telefon tuan/puan dalam mode senyap

7. Para hadirin dipersilakan duduk untuk kita memulakan majlis perasmian.

8. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan pada hari ini sangat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, harap maklum. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima
kasih.

2 Mesyuarat Agung PIBG 2017


TEKS PENGERUSI MAJLIS
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI SEANGOR
2014
MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAI
Ketibaan tetamu khas Mengumumkan ketibaan:

Yang Berbahagia Encik Md Bahaman bin Ibrahim


Head of Technical Division, Johor Port Berhad.

diiringi oleh Yang DiPertua PIBG , Puan Guru Besar


dan tetamu-tetamu jemputan.

Nyanyian lagu Para hadirin dipohon untuk berdiri.

Kita mulakan majlis dengan nyanyian lagu Bangsa


Johor dan Lagu Negaraku beserta iringan muzik
Para hadirin diminta bersedia.
( Nyanyian lagu dimainkan)

Tetamu duduk Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk


Ucapan aluan pengerusi majlis Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang saya ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

3 Mesyuarat Agung PIBG 2017


Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam
muafakat Johor dan salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia,
Encik Md Bahaman bin Ibrahim
Head of Technical Division, Johor Port Berhad.

Yang Berusaha
Pn Samsiah binti Hussein
Puan Guru Besar, SK Bukit Lintang.

Yang Dipertua PIBG SK Bukit Lintang


Encik Jumat bin Aman dan Kepimpinan Ahli
Jawatankuasa PIBG SK Bukit Lintang sesi 2016.

Yang Dihormati lagi dikasihi,


Saf Kepimpinan Penolong Kanan,
Encik Rajendran a/l Kannan PK Pentadbiran.
Pn Rashidah binti Rashid PK Hal Ehwal Murid
Pn Masita binti Ali PK Kokurikulum
guru-guru, para ibu bapa, dan hadirin sekalian

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan


kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta
limpah rahmat Nya, kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK
Bukit Lintang untuk sesi 2017 dan secara tidak

4 Mesyuarat Agung PIBG 2017


langsung kita dapat bersua muka, berkenal mesra dan
dapat menyatukan idea untuk membina kecemerlangan
pendidikan anak bangsa dan memantapkan mutu
pendidikan negara.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang


Berbahagia,
Encik Md Bahaman bin Ibrahim
ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG sesi 2017.

Saya juga melahirkan rasa bangga dan mengucapkan


ribuan terima kasih dengan kehadiran tetamu-tetamu
jemputan dan para ibu bapa ke majis ini.

Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk


kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik
persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan
sistem pendidikan negara.

Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak


dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,

justeru itu, kalau kita dapat satukan minda, selaras


pandangan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan
menjadi milik kita bersama.

Bacaan doa Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-


sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi,

5 Mesyuarat Agung PIBG 2017


agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis
dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Encik
Mohamad Najdi bin Abdul Majid untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

Selesai bacaan doa Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz
Mohamad Najdi bin Abdul Majid atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.

Persembahan Hadirin yang dikasihi,


Kita buka tirai majlis perasmian pada hari ini dengan
acara persembahan daripada para pelajar SK Bukit
Lintang. Untuk itu saya tampilkan kumpulan koir SK
Bukit Lintang untuk menyampaikan sebuah lagu yang
bertajuk .

Dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas alunan


suara mengusik jiwa yang disampaikan oleh anak-anak
kita itu tadi.

Ucapan aluan YDP Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kepimpinan diteladani,

6 Mesyuarat Agung PIBG 2017


Program dirancang dan direalisasi,
Muafakat kata menjadi paksi
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam
mimpi

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan


mempersilakan Yan Dihormati Encik Jumat bin
Aman selaku YDP PIBG SK Bukit Lintang untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Hormat dipersilakan.

Selesai ucapan YDP Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Dihormati
YDP PIBG Encik Jumat bin Aman. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.

Ucapan aluan Guru Besar Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput
Yang Berusaha Puan Samsiah binti Hussein, Guru
Besar SK Bukit Lintang untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.
Selesai ucapan GB Demikian tadi ucapan oleh Yang Berusaha Puan Guru
Besar. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Ucapan Perasmian Sidang hadirin yang budiman,

Kalau Tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;

7 Mesyuarat Agung PIBG 2017


Kepada Tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

majlis dengan sukacita dan penuh takzim


mempersilakan Yang Berbahagia, Encik Md
Bahaman bin Ibrahim, Head of Technical Division,
Johor Port Berhad
bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya
menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
PIBG SK Bukit Lintang sesi 2017.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Selesai ucapan perasmian Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


diucapkan kepada Yang Berbahagia,
Encik Md Bahaman bin Ibrahim atas ucapan
perasmian sebentar tadi.

Acara Selingan Kita alihkan sejenak ruang minda kita dengan


persembahan tarian zapin khas buat para hadiran dan
tetamu jemputan sekalian. Para hadirin, saya tampilkan
kumpulan zapin SK Bukit Lintang untuk membuat
persembahan. Majlis dengan segala hormatnya,

8 Mesyuarat Agung PIBG 2017


mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan itu tadi.

Penyampaian Cenderamata Biar Mati anak Jangan Mati Adat,


kepada Tetamu VVIP. Secekak bak padi, serumpun bak serai
Orang berbudi, Kita berbahasa.

Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan ini


mempersilakan ..

untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan


kepada Yang Berbahagia,
Encik Md Bahaman bin Ibrahim
atas kesudian menghadiri majlis perasmian Mesyuarat
Agung PIBG sesi 2017.
Terima kasih kepada YDP PIBG kerana
menyempurnakan penyampaian tanda hati kepada
perasmi.

Penyampaian Sijil Hadirin sekalian,

Seterusnya adalah acara penyampaian sijil


penghargaan kepada ahli jawatankuasa PIBG dan
KSIB bagi sesi 2016.
Untuk menyempurnakan majlis, dijemput

9 Mesyuarat Agung PIBG 2017


..
bagi menyampaikan sijil penghargaan tersebut.

Dipersilakan.
(baca senarai penerima sijil)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


........
Atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian
sijil tadi.
Penutup Acara kita sampai ke penghujung.
Saya bagi pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua tetamu. Ibu bapa, guru-
guru dan pelajar yang menghadiri program kali ini.

Seandainya, terdapat kekhilafan dan kesalahan dari


segi tuturkata, lengok bicara atau renungan mata
sepuluh jari disusun, seribu kemaafan dipohon.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Para tetamu jemputan, ibu bapa dan guru-guru
dijemput untuk menikmati jamuan yang telah
disediakan.

Disini terdapat pengumuman buat para ibu bapa.


Selepas selesai sesi jamuan, majlis kita akan
disambung dengan ceramah keibubapaan yang akan di

10 Mesyuarat Agung PIBG 2017


sampaikan oleh

Oleh itu, ibu bapa dipohon untuk kembali ke dewan


untuk menghadiri sesi ceramah.
Ceramah Keibubapaan Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Yang Berbahagia,
Tuan Haji Othman bin Mohamed,
Senior Manager of Human Resources and
Administration, Johor Port Berhad.

Yang Berusaha
Pn Samsiah binti Hussein
Puan Guru Besar, SK Bukit Lintang.

Yang Dipertua PIBG SK Bukit Lintang


Encik Jumat bin Aman dan Kepimpinan Ahli
Jawatankuasa PIBG SK Bukit Lintang sesi 2016.

Yang Dihormati lagi dikasihi,


Saf Kepimpinan Penolong Kanan,
Encik Rajendran a/l Kannan PK Pentadbiran.
Pn Rashidah binti Rashid PK Hal Ehwal Murid
Pn Masita binti Ali PK Kokurikulum
guru-guru, para ibu bapa, dan hadirin sekalian

Bertemu kita sekali lagi untuk majlis wacana ilmu iaitu

11 Mesyuarat Agung PIBG 2017


ceramah keibubapaan yang akan disampaikan oleh
Tuan Haji Othman bin Mohamed, Senior Manager of
Human Resources and Administration, Johor Port
Berhad.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


Tuan Haji Othman bin Mohamed
Atas kesudiaan berkongsi ilmu yang sangat berguna
buat para ibu bapa. Semoga kita semua mendapat
manfaat daripada ceramah tadi.

Sekian, majlis wacana ilmu berakhir disini. Majlis


diserahkan kembali kepada
Untuk menyambung mesyuarat agung PIBG.

12 Mesyuarat Agung PIBG 2017

You might also like