You are on page 1of 3

Terima kasih pengerusi majlis

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YANG AMAT BERBAHAGIA, DATIN SRI DIRAJA DATO SRI HAJAH


JUNAINI BT KASSIM,
Pengetua Cemerlang SMK Pelindung

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah:


Pn Zuraida Bt Muhammad Penolong Kanan Pentadbiran
En Ahmad Sukri bin Abdullah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Siti Nor Azah binti Abu Bakar Penolong Kanan Kokurikulum.

Ketua-ketua bidang, kaunselor-kaunselor, guru-guru dan pelajar-pelajar sekelian.

Saya, Puan Nor Halawaty Bt Mustafa


merupakan guru yang bertugas pada minggu ini bersama-sama guru :
1) En Mohd Redza bin Mohamad kawal bahagian 3K
2) Pn Shalimah bt Hassan kawal bahagian Kantin
3) Pn Hasimah bt Hassan kawal bahagian solat
4) Pn Laili bt Omar membuat laporan

Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah atau kemusykilan bolehlah merujuk


kepada kami pada waktu rehat atau sebelum balik sahaja sepanjang minggu ini.

Sebelum saya mulakan bacaan tema pada minggu ini, saya mewakili semua guru
dengan bangganya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang
hadir pada hari ini. Semoga hari ini anda yang berada di depan kami bersedia
menerima ilmu dengan penuh semangat juang yang tinggi. Sekali lagi syabas dan
tahniah.

Baiklah untuk tema pada minggu ini saya diamanahkan untuk menyampaikan
perkongsian ilmu kepada kamu berkenaan Mencintai alam sekitar

Semua pelajar diminta untuk mengeluarkan buku catatan dan catat isi-isi penting
yang akan cikgu sampaikan.

Berikut 3 fasa yang saya akan huraikan untuk tema ini


Fasa 1
Bagaimana kita boleh menyemaikan rasa cinta kita kepada alam sekitar?
Sebenarnya ia perlu penerapan yang sama seperti cintanya kita kepada seseorang.

"Tak kenal maka tak cinta..." betul tak ? sebelum kita mencintai seseorang sudah
pasti kita perlu mengenalinya terlebih dahulu. Oleh itu untuk mencintai alam
sekitar, kita juga perlu mengenali dan memahami tentang alam sekitar.

1. Alam sekitar meliputi segala benda bernyawa dan tidak bernyawa


yang wujud secara semula jadi di bumi
2. meliputi dua komponen utama:
Unit landskap seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batuan, gunung-ganang
Sumber semula jadi seperti udara, air, api, iklim, tenaga, sinaran, cas elektrik dan
graviti

Fasa 2

Seterusnya "Dari mata turun ke hati..." Maka lihatlah akan keindahan alam ini.
Lihatlah alam disekelililng kita. Kenapa perlu ada pokok, binatang, lembah, bukit,
gunung, sungai, tasik dan sebagainya? Kenali fungsi setiap satu darinya. Lihat
pula kepada bencana-bencana alam yang berlaku. Kenapa dan bagaimana boleh
berlakunya bencana ini? Fahami kepentingan alam sekitar ini dalam kehidupan
kita.

Fasa 3

Apabila cinta sudah mula berputik dihati maka barulah timbulnya rasa sayang dan
ikhlas untuk menjaga dan memeliharanya.

Antara amalan mudah menjaga dan memelihara alam sekitar adalah :


Sampah dan sisa buangan dibuang di tempat yang betul.
Kurangkan pembaziran sisa buangan.
Mengasingkan sampah mengikut jenis dan amalkan kitar semula.
Mengindah dan menghijaukan kawasan sekitar rumah.
Menanam lebih banyak pokok dan berkebun untuk keperluan sendiri.
Gunakan baja kompos dan organik.
Penjimatan tenaga dan air
Gunakan peralatan mesra alam yang tidak mencemarkan.

Marilah bersama-sama kita mula menyemaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.

Diciptanya kita sebagai ciptaan teristimewa yang punya akal dan nafsu sebagai
khalifah di muka bumi ini. Adalah menjadi kewajiban kita untuk menjaga dan
memelihara setiap ciptaanNya. Maka mencintai alam sekitar samalah seperti kita
mencintai penciptanya. Hanya Dia yang satu... Maha Mencipta dan Maha
Bijaksana... Allah SWT.

Jadi, setakat itu saya kupas tema minggu ini. Di harap semua mendapat manfaat
dan sama-samalah kita aplikasikannya pada kehidupan kita bermula dari lungkah
keluar kita dari dewan ini.

Perhimpunan diteruskan dengan menjemputkan YANG AMAT BERBAHAGIA,


DATIN SRI DIRAJA DATO SRI HAJAH JUNAINI BT KASSIM, Pengetua
Cemerlang SMK Pelindung untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih DATIN SRI DIRAJA DATO SRI HAJAH JUNAINI BT KASSIM
atas ucapan yang telah disampaikan.

Disini ada beberapa pengumuman:

Semua pelajar diminta berdiri dalam keadaan senyap dan tenang.

Majlis diteruskan dengan menyerahkan kembali kepada pengerusi majlis.

You might also like