You are on page 1of 2

Pusat Tuisyen KPPIA mempelawa anda yang komited dan berdedikasi untuk

menyertai pasukan kami, dan sama-sama memajukan diri dan Pusat Tuisyen. Anda
bakal menjadi sebahagian dari pasukan pelopor syarikat ini.

Kami ingin menjemput TUTOR untuk :

>Pusat Tuisyen Kelas Projek Pandai Ibnu Abbas

>Projek Pandai Home Tuition

Syarat dan Kelayakan

Meminati dan ingin memperhalusi/mengasah seni mengajar


Berdedikasi dan komited
Memiliki kenderaan sendiri
Sanggup hadir ke kursus dan sesi perjumpaan secara berkala
Bonus jika memiliki pengalaman mengajar

Kawasan

Balok-Sungai Karang-Beserah,dan seluruh daerah Kuantan

Subjek :

1.Sekolah Rendah (UPSR)

BM
English
Matematik
Sains

2.Sekolah Menengah (PT3 dan SPM)

BM
English
Matematik
Sains
Dan lain-lain

Apa manfaatnya untuk saya?

Waktu kerja yang fleksibel. Masa bekerja dapat saya tentukan sendiri untuk
home tuition.
Jaminan pendapatan. Setiap jam yang di luangkan untuk mengajar akan
dibayar.
Lokasi mengajar yang dekat dengan diri sendiri. Lokasi boleh dipilih
mengikut kemampuan membawa diri :D
Peluang memperhalusi seni mengajar, menimba pengalaman dan skil-skil
kemanusiaan (Soft-skills).
Jana saham akhirat dengan amalan menyebarkan ilmu.
Diserap sebagai pasukan sokongan Pusat Tuisyen KPPIA. Dibayar lagi!
Menerima kemaskini sistem pendidikan arus perdana semasa ke semasa,
melalui mentoring peribadi, kursus-kursus percuma, perkongsian sesama ahli
pasukan dan pelbagai sumber lagi.
Urusan permit mengajar akan diuruskan oleh pihak pengurusan.

Cara memohon :

Hantarkan resume anda secara atas talian ke :

kppiatutor@gmail.com

anda akan dihubungi untuk sesi mock-teaching pada tarikh yang akan dimaklumkan
:)

You might also like