You are on page 1of 1

Seni Anyaman

Masyarakat Malaysia kaya dengan warisan seni


halus. Mereka pandai menganyam, mengukir, menyulam,
menenun, membatik dan menekat. Mereka mewarisi seni
halus ini sejak berzaman-zaman.
Salah satu daripada kesenian halus ialah seni
anyaman buluh. Mereka membuat pelbagai alatan
daripada buluh seperti bekas barang, tikar, nyiru dan
hiasan. Terdapat pelbagai cara menganyam seperti
corak bunga durian, bunga kundur dan pucuk rebung.
Hasil seni anyaman masyarakat Malaysia sungguh cantik
dan kemas sekali. Hasil anyaman ini boleh dijual di pasar
tani.
Kita sepatutnya mempelajari kemahiran seni halus
ini agar tidak pupus ditelan zaman.

You might also like