You are on page 1of 6

Minit Mesyuarat

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Tahun 2013


Tarikh : 1 Oktober 2013
Jam mula : 1.50 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Puan Noorizah Shuid
Guru Besar
Kehadiran
1. Pn. Noorizah Shuid (Pengerusi)
(Guru Besar)
2. En. Mohd. Nadzari Baharom
(Penolong Kanan Pentadbiran)
3. En. Osman Omar
(Penolong Kanan HEM)
4. En. Chatri a/l Sing
(Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Pn. Ainun Kamaliyah Kamarul Zaman
(Guru Data)
6. Pn. Athiyah Shuid
7. Pn. Azizah Hasan
8. Pn. Fauziah binti Musa
(Guru Pemulihan)
9. Pn. Hasniyanti binti Mohd. Hanafiah
(Guru Aset)
10. Pn. Hayati bin Yahaya
(Guru SPBT)
11. En. Isa bin Mat
(Guru B&K)
12. Pn. Jamalulhaslina binti Fuad
(GPM)
13. Pn. Juniza binti Hashim
14. En. Mohammad Sofi bin Hassan
15. En. Muhammad Ridzuan bin Hj Ismail
(SU Sukan)
16. Pn. Noreiza binti Seron
17. Pn. Norliza binti Kadir
(Guru Disiplin)
18. Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzil
(Guru Prasekolah)
19. En. Ramlee bin Hussain
20. En. Rosli bin Hassan
21. Pn. Salihah binti Abd Kadir
(SU Kurikulum)
22. Pn.

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Ucapan Aluan
Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
1.2 SKPM ada dua versi, 2003 & 2010. SKPM 2010 terdapat 5 standard yang dinilai
dengan skor 6 adalah skor tertinggi dan perlu diberi justifikasi yang jelas.
2.0 UCAPAN / TAKLIMAT OLEH EN. MOHD NADZARI BIN BAHAROM.
2.1 Pengumuman
1. Pertandingan WEB 15-31 Oktober 2013
Tindakan :EN. YUSRIZAL BIN YUSOFF
2. Sila isi Ujian Kompetensi Guru secara on-line sebelum 2 Oktober 2013.
3. Salinan akujanji perlu dimasukkan dalam buku ringkasan mengajar.
4. Penilaian terbaru terhadap prestasi PPP akan menggunakan instrument Penilaian
Bersepatu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bermula 2013 dan akan
digunakan sepenuhnya pada 2015, untuk mendapat maklumat lanjut guru-guru
boleh melayari laman sesawang berkaitan di http://apps.moe.gov.my/smg/10/.
Walaubagaimanapun satu taklimat berkaitan akan diadakan pada 4 Oktober 2013
jam 3 petang.
5. Guru kelas hendaklah melengkapkan data murid di APDM.
6. Rekod kedatangan murid secara on-line, guru pertama masuk ke kelas mesti
menghantar slip kehadiran ke pejabat.
7. Buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu dilengkapkan dengan refleksi.
8. Laporan ke Sektor Pengurusan Akademik akan dihantar selewatnya 8 haribulan
setiap bulan, meliputi analisis pencerapan PdP, semakan buku murid dan analisis
penghantaran Buku Rancangan Mengajar guru.
Tindakan : SEMUA GURU
2.2 Taklimat SKPM
1. Terdapat 5 Standard yang dinilai. Skor 6 adalah skor tertinggi bagi setiap aspek
dinyata dengan diskripsi yang jelas.
2. Setiap aspek dalam SKPM 2010 lebih memfokuskan kepada keberhasilan murid
berbanding SKPM Versi 2003 yang lebih menumpukan kepada aspek
pengurusan guru.
3. STANDARD 1 : KEPIMPINAN DAN HALA TUJU, terdapat 8 aspek, antara
aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
1.1 Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk
menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat
sekolah.
1.2 Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi menjadi hala tuju seluruh
warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan.
1.3 Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk
perkongsian idea dan maklumat.
1.4 Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik untuk
mencapai matlamat dan objektif sekolah.
1.5 Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan
kualiti kerja.
1.6 Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah
1.7 Kepimpinan sekolah menerajui perlaksanaan kurikulum dan mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar
1.8 Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi
memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.
4 STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI terdapat 8 aspek, antara
aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
2.1 Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja warga sekolah.
2.2 Kemudahan prasarana diurus untuk memastikan keselesaan dan
keselamatan warga sekolah.
2.3 Kewangan, aset alih dan aset tidak alih kerajaan diurus untuk memastikan
setiap perbelanjaan memberi pulangan yang optimum.
2.4 Data dan maklumat diurus supaya mudah diakses dan dimanfaatkan.
2.5 Sumber pendidikan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi diurus bagi
menyokong peningkatan kualiti pembelajaran.
2.6 Persekitaran dan suasana yang kondusif diwujudkan bagi memastikan
kesejahteraan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab.
2.7 Permuafakatan strategik diwujudkan untuk memperoleh sumbangan dan
sokongan pelbagai pihak bagi manfaat sekolah.
2.8 Asrama diurus untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan
perkembangan sahsiah murid.
5 STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM,
SUKAN DAN HAL EHWAL MURID : 3.1 PENGURUSAN KURIKULUM
terdapat 5 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
3.1.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan
kurikulum kebangsaan.
3.1.2 Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan
pengajaran.
3.1.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus untuk menyokong
peningkatan prestasi murid.
3.1.4 Jadual waktu disediakan bagi membolehkan pembelajaran dan pengajaran
dilaksanakan dengan teratur.
3.1.5 Peperiksaan awam, pentaksiran dan penilaian diurus untuk mengesan
pencapaian dan masalah pembelajaran murid.
6 STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM,
SUKAN DAN HAL EHWAL MURID : 3.2 PENGURUSAN
KOKURIKULUM DAN SUKAN terdapat 6 aspek kritikal yang perlu dinilai
adalah seperti berikut:
3.2.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan
kokurikulum dan sukan.
3.2.2 Kelab dan Persatuan diurus untuk memastikan penglibatan murid secara
menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran di bilik darjah.
3.2.3 Badan Beruniform diurus untuk memastikan penglibatan murid secara
menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembangunan perwatakan
murid dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
3.2.4 Program Sukan untuk semua diurus untuk memastikan penglibatan murid
secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pengetahuan,
kemahiran dan pembangunan sahsiah murid.
3.2.5 Program sukan untuk kecemerlangan diurus untuk mengesan dan
memperkembangkan bakat serta potensi murid ke arah peningkatan
pencapaian sukan sekolah.
3.2.6 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan diurus untuk mengesan
pencapaian murid.
7 STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM,
SUKAN DAN HAL EHWAL MURID: 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL
MURID terdapat 4 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
3.3.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan
Hal Ehwal Murid (HEM)
3.3.2 Disiplin murid diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif murid.
3.3.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disediakan untuk membantu dan
membimbing murid dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan kerjaya
murid.
3.3.4 Perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan keselamatan disediakan untuk
memastikan kesejahteraan murid.
8 STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN:
Aspek 4.1 Penglibatan murid - Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya
pembelajaran berkesan.
Aspek 4.2 Penguasaan pembelajaran murid - Penguasaan pembelajaran murid
selaras dengan objektif yang ditetapkan.
Aspek 4.3 Hasil kerja murid - Hasil kerja murid yang berkualiti dapat
mengukuhkan pembelajaran.
Aspek 4.4 Perancangan dan persediaan guru - Perancangan dan persediaan yang
rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran.
Aspek 4.5 Kaedah Penyampaian - Kaedah penyampaian yang sesuai
meningkatkan pencapaian objektif pelajaran.
Aspek 4.6 Kemahiran Komunikasi - Komunikasi berkesan memudahkan
pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.
Aspek 4.7 Penggunaan Sumber Pendidikan - Penggunaan sumber pendidikan
yang berkesan membantu mengukuhkan pembelajaran murid.
Aspek 4.8 Penilaian - Penilaian yang berterusan meningkatkan keberkesanan
P&P.
Aspek 4.9 Teknik Penyoalan - Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan
pemahaman murid.
Aspek 4.10 Penguasaan Isi Kandungan - Penguasaan isi kandungan yang
mendalam membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas
dan tepat.
Aspek 4.11 Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/Padang) -
Pengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang kondusif
untuk meningkatkan keberkesanan P&P.
Aspek 4.12 Amalan Profesionalisme Keguruan - Pematuhan etika kerja dan
amalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan
murid terhadap guru.
9 STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID : 5.1 KEMENJADIAN MURID
PRASEKOLAH terdapat 6 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti
berikut:
5.1.1 Peratus murid yang menguasai Tunjang Komunikasi dalam tahun terkini.
5.1.2 Peratus murid yang menguasai Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai dalam
tahun terkini.
5.1.3 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Sains dan Teknologi dalam
tahun terkini.
5.1.4 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Kemanusiaan dalam tahun
terkini.
5.1.5 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Fizikal dan Estetika dalam
tahun terkini.
5.1.6 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Ketrampilan Diri dalam
tahun terkini.
10 STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID: 5.3.1 KEMENJADIAN MURID
SEKOLAH RENDAH PKS terdapat 3 aspek kritikal yang perlu dinilai
adalah seperti berikut:
5.3.1.1 Peratus murid menguasai sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata
pelajaran Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) (Peperiksaan Akhir Tahun)
terkini.
5.3.1.2 Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKS
(Peperiksaan Akhir Tahun) terkini.
5.3.1.3 GPS dinyatakan dalam bentuk peratus bagi PKS (Peperiksaan Akhir
Tahun) terkini.
11 STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID: 5.3.2 KEMENJADIAN MURID
SEKOLAH RENDAH UPSR terdapat 3 aspek kritikal yang perlu dinilai
adalah seperti berikut:
5.3.2.1 Peratus murid menguasai sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata
pelajaran UPSR terkini.
5.3.2.2 Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran UPSR
terkini.
5.3.2.3 GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam UPSR terkini.
12 Setiap jawatankuasa telah menepati aspek-aspek SKPM, walaubagaimanapun
usaha untuk memperlengkapkan eviden harus dipertingkatkan.
13 Setiap program yang dilaksanakan mesti mempunyai kertas kerja, instrument
penilaian keberkesanan program dan laporan.
14 Perlu lihat instrumen dan buat tindakan untuk membentuk budaya pelajar.
15 Strategi untuk meningkatkan pencapaian SKPM antaranya memperbanyakkan
aktiviti berbentuk pertandingan sama ada aktiviti badan beruniform, kelab dan
persatuan dan sukan permaianan agar lebih ramai murid terlibat dan mencapai
kejayaan sekurang-kurangnya di peringkat sekolah.
16 Rekod penglibatan murid dan sijil pencapaian murid perlu difailkan.
17 Peruntukan Bantuan Kokurikulum (BKK) dan Bantuan Tambahan Persekolahan
(BTP) boleh digunakan oleh persatuan ko-akademik untuk menjalankan aktiviti.
18 Sahsiah murid termasuk sikap murid, mengamalkan ketepatan masa, pergerakan
kumpulan dan menjaga harta benda sekolah.
19 Semua data perlu dilengkapkan sebelum 30 November.
Tindakan : SEMUA GURU
3.0 HAL-HAL LAIN
3.1 Anugerah sekolah adalah anugerah untuk semua.
3.2 Ucapan cikgu Chatri;
a. Aisyah Hazwani murid tahun 6 telah menyertai Story Telling di Melaka
mewakili negeri Perlis peringkat kebangsaan diiringi oleh Pn. Nur Nasihah.
b. Mengucapkan terima kasih kepada Panitia Bahasa Inggeris di atas lawatan ke
Siam.
c. Panitia Bahasa Melayu membuat lawatan ke Sungai Petani.
d. Thanakwud telah dipilih wakil untuk menyertai Jambori Pengakap peringkat
antarabangsa.
MAKLUMAN
4.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat / taklimat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang dengan ucapan terima kasih dan
Salam.
Disediakan oleh: Minit ini dicatat oleh:
..
SALIHAH BINTI ABD KADIR SALIHAH BINTI ABD KADIR
Setiausaha Kurikulum Setiausaha Kurikulum
Sek. Keb. Guar Nangka, Perlis. Sek. Keb. Guar Nangka, Perlis

You might also like