You are on page 1of 3

Interaksi bersemuka pengakap:

4.1.2017

Sekawan biru bertugas untuk menyempurnakan istiadat bendera.

Encik Mustafa bin Othman memberi taklimat mengenai aktiviti dan program yang akan
berlangsung sepanjang semester ini seperti Hari Pengakap Sedunia. Beliau juga
menitikberatkan terhadap pemakaian baju beruniform pada setiap harI Rabu. Selain itu,
beliau juga menegur para ahli pengakap bahawa kekemasan dan kelengkapan baju
beruniform.

Jurulatih iaitu Encik Mahadi Haji Khalid sebagai jurulatih untuk sekawan biru. Beliau
memberi taklimat mengenai aktiviti dan program yang akan berlangsung nanti dan juga
menegur kekemasan baju beruniform.

Kelemahan:

Kebanyakan ahli pengakap terutamanya lelaki tidak memakai baju beruniform yang lengkap
seperti memakai seluar yang bukan standard, tidak memakai tali pinggang pengakap dan
sebagainya. Hal ini disebabkan kemungkinan besar ahli-ahli pengakap tidak memakai baju
beruniform yang lengkap sepanjang semester yang lepas. Akibatnya, mereka tidak
mengetahui bahawa di mana menyimpan baju beruniform. Jadi, ahli-ahli pengakap perlu
sentiasa mengingati antara satu sama lain mengikut sekawan masing-masing dari aspek
kekemasan dan kelengkapan baju beruniform.

25.1.2017

Sekawan kuning bertugas untuk menyempurnakan istiadat bendera.

Encik Ahmadi Bin Amnan memberi taklimat mengenai tugas yang diamanahkan oleh setiap
sekawan semasa Hari Pengakap Sedunia. Beliau memberi teguran kepada beberapa ahli
pengakap bagi melengkapkan baju berunifrom yang seragam. Selepas itu, setiap sekawan
diamanahkan untuk mengemaskan tali jut dengan baik untuk digunakan kemudian.

Kelemahan:

Ketua Pek 1 telah lupa untuk mengingati ahli-ahli pengakap bahawa membawa tali putih
masing-masing untuk mempelajari ikatan pada hari berkenaan. Jadi, ketua pek harus
mencatat apa-apa pesanan daripada pensyarah pembimbing dan seterusnya
mempamerkan pesanan yang telah dicatat ke dalam kumpulan yang dibina dalam media
sosial (whatapps).
1.2.2017

Sekawan hijau bertugas untuk menyempurnakan istiadat bendera.

Encik Mustafa bin Othman menegur para ahli pengakap bahawa perlu adanya slip sakit atau
surat pengecualian kepada sesiapa yang tidak dapat hadir perjumpaan yang diadakan.

Ahli-ahli pengakap dibahagikan kepada dua kumpulan besar berdasarkan ketinggian


masing-masing. Ahli-ahli pengakap yang berbadan tinggi telah diketuai oleh Encik Mahadi
Haji Khalid untuk melibatkan diri dalam barisan kawad kaki bagi menyambut tetamu
kemudian. Manakala, ahli-ahli pengakap yang berbadan rendah telah diketuai oleh Encik
Kamarudzaman untuk menyanyi lagu pengakap kanak-kanak.

Kekuatan:

Ahli-ahli pengakap dapat mempelajari cara pembentukan barisan kawad kaki yang betul.
Selain itu, mereka juga boleh menghiburkan diri dengan menyanyi lagu pengakap kanak-
kanak.

8.2.2017

Saya tidak dapat hadir perjumpaan kali ini. Hal ini disebabkan saya perlu menyertai Kursus
Sains Sukan Tahap 1 yang diadakan di institut ini.

15.2.2017

Sekawan jingga yang bertugas untuk menyempurnakan istiadat bendera.

Ketua Pek 1 telah memberi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang semester 6 seperti Hari Pengakap Sedunia, perkhemahan dan PAK-21. Setiap
ahli pengakap telah diagihkan tugas masing-masing sebelum ini bagi memastikan aktiviti
yang dijalankan dengan lancar.

Encik Mustafa bin Othman juga memberi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang akan
berlangsung sepanjang semester ini. Kemudian, setiap sekawan membuat persiapan awal
dengan membuat gadjet dan model yang dikehendaki bagi menyambut Hari Pengakap
Sedunia yang akan datang.

Kekuatan:

Ahli-ahli sekawan biru yang mahir dalam membina ikatan telah mengajar ahli-ahli lain untuk
membina ikatan seperti ikatan manuk dengan cara yang betul.
Kelemahan:

Setiap sekawan tidak dapat membuat gadjet masing-masing untuk persiapan awal sempena
Hari Pengakap Sedunia disebabkan hujan lebat.

You might also like