You are on page 1of 3

TAJUK 7: KHIDMAT KOMUNITI

Tujuan Umum
1. Kerja-kerja amal dan sukarelawan kepada masyarakat atau komuniti
2. Memupuk semangat gotong royong dan budaya kesukarelawan di
kalangan beliau dan generasi baru.
3. Menjalinkan hubungan dua hala yang baik dan mesra dengan pemimpin
dan masyarakat setempat
4. Merealisasikan tanggungjawab sosial syarikat-syarikat korporat yang
terlibat kepada masyarakat

Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema
tersebut, mengenal pasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat kerja
penambahbaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah;
1. Kejiranan
Perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga baru atau penduduk
di kawasan perumahan, kampung, kampung baru, lading, rumah panjang,
rumah pangsa, rumah orang asli, FELDA dan lain-lain.
2. Perkhidmatan sosial
Sumbangan kerja sukarela meliputi aspek kesihatan, pendidikan,
kebajikan, perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institute,
pertubuhan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan.
3. Alam sekitar
Membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasan
pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya.
4. Kemudahan awam
Kerja sukarela dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan
seperti taman rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif,
taman permainan, tandas awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan
lain-lain.

5. Penempatan di agensi kerajaan


Mendedahkan tentang peranan agensi kerajaan untuk pembangunan
negara dan peluang bagi pelatih memberikan perkhidmatan sukarela bagi
menjayakan misi agensi-agensi tersebut.
Dalam bidang pendidikan dan di Institut Pendidikan Guru
Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu
persekolahan
Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya
10 jam
Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau
komuniti luar sekolah

Program khidmat Komuniti atau Khidmat Masyarakat bertujuan untuk memberi


pendedahan kepada guru pelatih tentang ilmu kemasyarakatan di luar ruang
lingkup Institut masing-masing. Program ini merupakan sebahagian daripada
keperluan kursus yang wajib diikuti oleh setiap pelajar.

Dalam sukatan pelajaran bagi GERKO unit beruniform semester 4, kesemua


guru pelatih pada semester ini wajib untuk menjalankan program khidmat
komuniti bagi syarat wajib lulus. Ia bermula dengan memberi cadangan,
perancangan tarikh dan tempat, menghalusi serta membentangkan cadangan
program di hadapan pensyarah. Program ini merupakan satu platform kepada
guru pelatih untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan jaringan
interaksi sesama sendiri, antara guru pelatih dan pensyarah, jabatan dan institusi
serta dengan masyarakat luar selari dengan kepentingan menguasai soft skills di
kalangan guru pelatih.

Tujuan Pelaksanaan Khidmat Komuniti:

1. Mendedahkan peserta kepada amalan/protokol sebelum, semasa dan


selepas program dilaksanakan
2. Memupuk semangat sukarela di kalangan guru pelatih
3. Mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu sesuai
dengan objektif umum kursus.
4. Mengenal budaya dan cara hidup masyarakat terutamanya masyarakat
yang tinggal di pedalaman
5. Menyediakan forum perkongsian maklumat dan amalan terbaik dalam
pengurusan pentadbiran pendidikan.
6. Membincangkan cabaran dan peranan pemimpin dalam pembangunan
modal insan di era globalisasi
7. Merumuskan amalan terbaik dan mengemukakan strategi
memperkasakan pembangunan sistem pendidikan negara.
8. Memperkembangkan lagi pengalaman dan berkongsi idea baru
9. Perihatin terhadap insan lain yang kurang bernasib baik.

You might also like