You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

BIL 1/ TAHUN 2017

Tarikh : 28 Disember 2016

Hari : Rabu

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Sains

Pengerusi : Pn. Razuani bt Ariffin

Kehadiran : 8 orang

Yang hadir : Semua guru Sains SKBT

Tidak hadir : Tiada

1. Ucapan pengerusi : Pn. Razuani binti Ariffin.


1.1 Ucapan alu-aluan dan pengerusi merakamkan ucapan terima
kasih kepada guru-guru kerana sudi hadir pada mesyuarat kali
pertama ini.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 : Dicadangkan oleh: Pn. Siti Durrah bt Mahayuddin

2.2 : Disokong oleh : Pn. Siti Arfah bt Zainuddin

3. Perkara-perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit

4. Perkara-perkara Baru
4.1 Mesyuarat Panitia

4.1.1 Pn. Razuani bt Ariffin (Ketua Panitia Sains) memaklumkan bahawa


mesyuarat panitia 4 kali setahun.

4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan


4.2.1 Guru-guru yang menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan
(RPT) 2017

Tahun Guru
1 En. Mohammad Azmi bin Ag. Amin
2 Pn. Nur Ain binti Mat Salleh
3 Pn. Callavathy a/p Shathasivam
4 Pn. Siti Sharmila bt Abd Jamal
5 Pn. Siti Arfah bt Zainudin
6 Pn. Durrah bt Mahayuddin

4.2.2 Guru diminta menyediakan RPT selaras 36 minggu dan perlu dihantar
sebelum cuti perayaan Tahun Baru Cina.

4.2.3 Guru juga diminta menyediakan salinan RPT pada guru yang
mengajar sama tahun dan pada ketua panitia, Pn. Razuani.

4.3 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian, RPH.

4.3.1 Guru diminta menyediakan RPH berpandukan format terkini yang


dicadangkan oleh Pn. Siti Durrah.

4.3.2 RPH perlu dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu atau
selewat-lewatnya hari Isnin kepada pentadbir SKBT.

4.4 Penyediaan Kertas Ujian dan Peperiksaan.

4.4.1 Ketua Panitia menyediakan borang penggubal soalan untuk


diagihkan kepada guru- guru.

4.4.2 Soalan yang digubal haruslah mengikut format yang ditetapkan iaitu
font bagi tahap 1 adalah Comic Sans MS , 14 manakala font bagi tahap
2 adalah Times New Roman, 12.

4.4.3 Soalan yang digubal haruslah mengikut format UPSR Yang terbaru.

4.4.4 Guru yang mengajar tahun 1 perlu menggubal 1 set kertas soalan
sahaja yang kesemuanya mengandungi 50 soalan struktur (50 markah).

4.4.5 Guru yang mengajar tahun 2 perlu menggubal 1 set kertas soalan
sahaja yang mengandungi 20 soalan objektif (20 markah), subjektif (30
markah).
4.4.6 Guru yang mengajar tahun 3 perlu menggubal 2 set kertas soalan
yang mengandungi Bahagian A 20 markah iaitu 20 soalan objektif dan
Bahagian B iaitu 30 markah selama 1 jam.

4.4.7 Guru yang mengajar tahap 2 (4, 5 dan 6) diminta menyediakan 2 set
kertas soalan sama seperti format UPSR yang terkini iaitu kertas 1
mengandungi 40 soalan (40 markah) dengan masa menjawab 1 jam.
Manakala kertas 2 soalan berbentuk struktur 40 markah selama 1 jam.
Jumlah kedua-dua kertas 80 markah akan didarab dengan 1.25 untuk
mendapat markah /100.

4.5 Penggunaan Buku Sains

4.5.1 Berikut merupakan penggunaan buku Sains hasil perbincangan guru-


guru Sains.

Tahun Buku Sains


1, 2 Buku aktiviti dan buku tulis
3 Buku aktiviti, buku tulis dan buku praktikal sains.
4,5,6 Buku aktiviti, buku tulis, buku praktikal sains dan buku
latihan tambahan.

4.6 Papan Kenyataan Sains

Ketua panitia Sains, Pn. Razuani memberi peringatan supaya sentiasa


mengemaskini maklumat pada papan kenyataan Sains yang berada di kantin
sekolah. Jadual giliran untuk guru mengemaskini papan kenyataan Sains
dari semasa ke semasa akan diedar.

4.7 Belanjawan

Cadangan pembelian alatan sains adalah berdasarkan perbincangan dan


bajet panitia yang diperuntukkan.

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Guru-guru yang meyediakan soalan peperiksaan perlu berbincang


dengan guru yang mengajar tahun yang sama.

5.2 Penggunaan bilik sains perlu dicatat pada buku rekod keluar masuk.

5.3 Jika ada guru yang keluar sekolah atas sesuatu urusan, mereka
hendaklah menyediakan handout kepada murid-murid.
5.4 Guru-guru perlu menulis markah peperiksaan murid bagi setiap ujian
pada belakang buku RPH.

6.0 Ucapan Penangguhan

Ketua panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang


meluangkan masa menghadiri mesyuarat dan diharapkan semua guru Sains
dapat bekerja bersama-sama demi kecemerlangan subjek Sains sekolah ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan oleh

(NUR AIN BT MAT


SALLEH) Setiausaha
Panitia Sains
SK Bukit Tinggi

You might also like