You are on page 1of 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 12/ 2014

HBMT4303_V2

PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH TINGGI BAHAGIAN II


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 1.0 Pengenalan 3

2 2.0 Tinjauan literatur mengenai pembezaan dan 5


pengamiran

3 3.0 Analisis strategi penyelesaian masalah 7


pengajaran dan pembelajaran pembezaan dan
pengamiran

4 4.0 Cadangan strategi penyelesaian masalah 12


pengajaran dan pembelajaran pembezaan dan
pengamiran

4 5.0 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran 12


pembezaan dan pengamiran dan justifikasi
untuk penambahanbaikan

5 6.0 Penutup 14

6 Rujukan 15

1.0 PENGENALAN
Pembezaan dan pengamiran merupakan dua tajuk yang sukar dan sering kali
menjadi rungutan kepada pelajar dalam matapelajaran Matematik Tambahan bagi
pelajar di sekolah menengah atas. Oleh yang demikian, pelajar memang telah sekian
lama diajar dan diasuh untuk berfikir dan menggunakan kemahiran dan pengetahuan
serta tektik-teknik yang tepat dalam meyelesaikan masalah dalam Matematik.
Mengikut Model Polya (1957), ianya menggariskan 4 fasa penyelesaian bagi
menyelesaikan masalah untuk penguasaan pelajar iaitu memahami masalah,
merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak semula.
Menurut Skemp pula, terdapat 3 jenis kefahaman iaitu kefahaman instrumental,
kefahaman relasional dan kefahaman logik bagi mendiagnosis penguasaan konsep
dan kaedah dalam Matematik. Berlainan pula kepada Newman, analisisis untuk
kesalahan lazim yang kerap dilakukan mempunyai 5 jenis kesalahan, iaitu kesalahan
pemahaman, kesahalan pengertian, kesalahan transformasi, kesalahan memproses dan
kesalahan kecuaian.
Dengan mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam tajuk
pembezaan dan pengamiran ini,ianya dapat mengubah persepsi para pelajar terhadap
kedua-dua tajuk ini dan tidak lagi merasakan topik ini merupakan topik yang sukar
untuk dipelajari. Selain daripada itu, ianya juga dapat membantu para guru mengatasi
masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar dan berusaha untuk mengelak
kesilapan yang sama akan terus berulang. Apabila guru telah mengenalpasti punca
dan kelemahan para murid, guru akan mencari idea dan kaedah pengajaran yang
sesuai dan terbaik bagi membantu para pelajar untuk merasa seronok apabila
mempelajari Matematik.

2.0 TINJAUAN LITERATUR MENGENAI PEMBEZAAN DAN PENGAMIRAN


Dalam kajian yang bertajuk diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam
tajuk pembezaan di kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Johor Bahru yang
dihasilkan oleh Ismail Kailani dan Ruslina Ismail dari Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia telah mendiagnosis penguasaan pelajar dalam tajuk pembezaan dan
mengenalpasti kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar. Kajian ini telah
menggunakan tiga model dalam mendiagnosis kajiannya iaitu model Skemp(1987),
Model Polya(1957) dan Model Newman. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tidak
dapat menguasai tajuk pembezaan sepenuhnya. Pelajar-pelajar didapati melakukan
kesalahan lazim yang sama yang mana boleh dikategorikan kepada tiga jenis kesalahan
lazim, iaitu kesalahan cuai, kesalahan sistematik dan kesalahan rawak. Bagi mengatasi
masalah yang dihadapi oleh pelajar beberapa cadangan pemulihan telah dikemukakan.
Bagi mendiagnosis tahap penguasaan terhadap tajuk pembezaan dan
mengenalpasti jenis kesalahan lazim yang dilakukan pelajar, hanya satu jenis instrumen
yang digunakan. Instrumen yang dibina terdiri daripada soalan-soalan yang diuji
mengikut subtopik yang terdapat dalam tajuk pembezaan. Subtopik yang diuji ialah
pembezaan peringkatan pertama bagi fungsi algebra, mencari titik pegun dengan
menggunakan pembezaan, mencari kadar perubahan, mencari tokokkan kecil dan
penghampiran.
Pengenalan Kalkulus merupakan salah satu bidang matematik yang melibatkan
pengiraan atau perhitungan kuantiti-kuantiti yang tidak diskrit. Ia mengandungi
pembezaan dan pengamiran yang menggunakan algebra dan geometri koordinat.
Kalkulus Pembezaan pula melibatkan penentuan kadar perubahan yang mana konsep
kadar perubahan persamaan boleh diperoleh daripada persamaan kecerunan. Dengan lain
kata, kalkulus mempunyai kaitan dengan konsep geometri dalam menentukan kecerunan
lengkung pada titik, seterusnya membolehkan penentuan tangen pada titik. Ia kerap
digunakan meliputi pelbagai bidang dalam kehidupan seharian. Beberapa masalah dalam
kalkulus memerlukan mencari kadar perubahan dua atau lebih pemboleh ubah yang
berkaitan dengan pemboleh ubah yang sama, iaitu masa. Untuk menyelesaikan masalah
ini,kadar perubahan yang sesuai ditentukan oleh pembezaan tersirat terhadap masa.
Kajian menyatakan bahawa kadar perubahan akan positif jika pemboleh ubah bersandar
meningkat selari dengan masa dan negatif jika pemboleh ubah bersandar menurun selari
dengan masa. Inibermaksud kadar perubahan pemboleh ubah penyelesaian terhadap masa
juga akan mengukur sama ada pemboleh ubah semakin meningkat atau berkurangan
terhadap masa. Persamaan kecerunan juga dikenali sebagai persamaan kadar perubahan .
Boleh dikatakan bahawa kadar perubahan dan kecerunan saling berkait rapat antara satu
sama lain. Konsep ini juga telah diberikan rumus yang tepat yang berkaitan dengan
konsep fizikal seperti halaju pada pecutan segera, di kelengkungan segera pada satu titik,
ketumpatan pada satu titik, haba tertentu pada sebarang suhu dan sebagainya. Semua ini
mewujudkan kadar perubahan serta-merta serta kadar perubahan purata. Sebagai contoh,
apabila kita melempar batu ke atas permukaan air, terjadinya riak yang jejarinya akan
meningkat untuk beberapa saat. Itu adalah kawasan kenaikan bulatan yang merupakan
kenaikan jejari. Oleh itu, kita melihat bahawa terdapat peningkatan dalamkawasan
bulatan kerana terdapat peningkatan dalam radius atau jejari tersebut. Oleh itu, jejari
adalah pemboleh ubah bebas dan kawasan adalah pemboleh ubah bersandar. Itu adalah
antarakadar perubahan yang terjadi dalam kehidupan ini. Namun begitu banyak lagi
situasi lain yang melibatkan kadar perubahan yang tanpa sengaja kita melaluinya setiap
hari.

Kajian yang seterusnya dengan menggunakan model kaedah diagnosis yang sama,
kajian yang bertajuk diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk pengamiran
di kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Johor Bahru mengkaji dan hasil dapatan
itu mendapati pelajar tidak dapat menguasai tajuk pengamiran sepenuhnya. Kajian yang
ditulis oleh Zurilawati binti Harun dari Falkulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia mendapati para pelajar melakukan kesalahan lazim yang sama yang mana boleh
dikategorikan kepada tiga jenis kesalahan lazim iaitu kesalahan cuai, kesalahan
sistematik dan kesalahan rawak.

3.0 ANALISIS STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PEMBEZAAN DAN PENGAMIRAN
Secara umumnya, sebelum memasuki aras yang lebih tinggi, seseorang pelajar itu
patut memahami kesemua asas terlebih dahulu. Pengajaran dan pembelajaran Matematik
telah mengalami perubahan ketara bukan sahaja melibatkan perubahan sukatan bahkan
dari segi pendekatannya. Ini adalah dalam usaha untuk mewujudkan pembelajaran
berkesan dan penguasaan pemahaman konsep Matematik di kalangan pelajar. Pelajar
perlu dibawa keluar dari kepompong pemikiran yang sempit terhadap Matematik kepada
bentuk yang lebih praktikal dan analitik yang memerlukan pemahaman konsep. Dalam
usaha ke arah itu, pelajar perlu dikaji bukan sekadar tentang cara mereka belajar dan
menjawab soalan bahkan perlu mendalami cara mereka berfikir serta berinteraksi dalam
memahami sesuatu konsep Matematik.

Seterusnya kajian ini juga dapat membantu para guru mengatasi masalah ini jika
guru mengetahui terlebih dahulu kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar. Guru
memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika guru mengetahui
kelemahan pelajar tersebut, guru akan mencari idea ataupun kaedah pengajaran yang
berkesan dan terbaik bagi membantu pelajar mengelakkan daripada melakukan kesalahan
ataupun mengulangi kesalahan yang sama dalam tajuk Pembezaan.
Tajuk Pengamiran merupakan salah satu tajuk yang sering
menjadi rungutan kebanyakan pelajar. Mereka susah untuk memahami
konsep pengamiran dengan betul. Ada di antara mereka yang
mendakwa memahami konsep pengamiran, namun apabila tiba sesi
menjawab soalan berkaitan, mereka hanya mampu melihat
sahaja.Agaknya sampai bila fenomena ini akan berlarutan tanpa ada
usaha yang jitu untuk membanterasnya?
Menurut Ng See Ngean (dalam Baharudin Moktar, 1991, m.s.2), Matematik
adalah satu mata pelajaran yang bersifat hierarki, iaitu pembelajaran secara berperingkat-
peringkat. Sehubungan itu, pelajar yang menghadapi masalah penguasaan bagi sesuatu
tajuk pada awal proses pembelajaran dan pengajaran akan menghadapi masalah pada
masa akan datang atau penguasaan pada bab yang mendatang. Hal ini perlu diberi
penekanan atau dijadikan fokus utama kepada pelajar yang bermasalah supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Bruechener (dalam Idris Zainal Abidin, 1991, m.s.4) menegaskan bahawa semua
kesalahan yang terdapat di dalam kerja-kerja adalah sangat penting dianalisis. Melalui
penganalisisan kesalahan serta kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid kesahan ujian
diagnostik tersebut dapat ditentukan. Dengan erti kata lain, pelajar yang membuat
kesalahan yang terdapat dalam kerjanya adalah sangat penting dianalisis untuk
menentukan kesahan ujian pencapaian. Sehubungan itu, kesalahan yang berulang kali
dilakukan pelajar dapat dielak pada masa mendatang.

Menurut Biggs (1990), perbezaan ini berlaku kerana proses


pembelajaran melibatkan teknik yang kompleks, strategi dan
pendekatan yang mana diarah oleh nilai dan sikap yang relevan.
Elemen-elemen yang terdapat dalam proses belajar merangkumi motif,
matlamat, sumber, kekangan, maklumat kemaskini, kebolehan,
strategi pemantauan dan finalising. Kesemua elemen ini memaparkan
satu jaringan kerja yang kompleks yang mana ia akan membawa
kepada pendekatan pembelajaran yang berbeza bagi individu. Suasana
pengajaran yang sistematik dan harmoni juga merupakan salah satu
faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan pengajaran dan
pembelajaran. Ini dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian
dalam Matematik.
4.0 CADANGAN STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PEMBEZAAN DAN PENGAMIRAN

Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti


melalui kajian ini. Pertama, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aspek aplikasi
pengetahuan dan kecekapan pelajar dalam menjawab soalan pembezaan dan pengamiran
masih lagi pada peringkat sederhana keseluruhannya dalam beberapa asas pengetahuan
sedia ada . Para pelajar ini belum pernah mempelajari konsep dan kaedah bagi melakukan
operasi pembezaan dan pengamiran.

Bagi tajuk-tajuk lain, kebanyakkannya adalah rentetan daripada tajuk sebelumnya.


Ada diantaranya mengggunakan asas-asas daripada tajuk-tajuk daripada Matematik
moden dan sebagainya. Contohnya pengetahuan asas pelajar tentang pecahan akan
membantu mereka menguasai ilmu aljabar. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar
usaha untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan pengetahuan sedia ada di kalangan
pelajar perlu diperbanyakkan dan diperluaskan ke semua peringkat melalui kelas
tambahan dan sebagainya secara konsisten dan memberi penekanan kepada aspek
penilaian pengetahuan dan kemahiran.

Kedua, di samping usaha peningkatan pengetahuan dan kecekapan melalui kelas


tambahan, aspek pembudayaan pembinaan formula secara efektif harus diberikan
penekanan dalam perancangan dan pelaksanaan matlamat sesebuah panatia di sekolah.
Pembudayaan ini dapat dilakukan melalui pengagihan kerja yang melibatkan keseluruhan
pelajar secara lebih sistemetik dengan bantuan para pengajar bagi meningkatkan kadar
kebolehcapaian dan pemahaman asas pembezaan dan pengamiran yang lebih mantap dan
mapan di kalangan pelajar.

Ketiga, pada waktu yang sama, prasarana dan kemudahan bagi membolehkan
pelajar mendapatkan sumber dan rujukan tentang pembezaan dan pengamiran harus
dipertingkatkan khususnya di perpustakaan setiap sekolah menengah.

Selain itu, usaha memperbanyakkan bengkel tentang asas Matematik khususnya


bagi tajuk pembezaan dan pengamiran di samping ringkasan tentang asas-asas dan
konsep-konsep serta formula yang disediakan oleh guru perlu bagi memudahkan pelajar
mengetahui yang mana penting dan sebaliknya. Penggunaan pengetahuan sedia ada
Kalkulus di kalangan pelajar boleh dilaksanakan juga melalui pendekatan
individualization dalam latihan perkembangan individu di samping memberikan lebih
perhatian kepada perkembangan pencapaian mereka dari semasa ke semasa. Pihak
sekolah juga boleh menjemput guru-guru pakar untuk memberikan tips-tips yang berguna
kepada para pelajar.

Bagi menjamin kesemua cadangan perkembangan dan pelaksanaan memantapkan


pengetahuan asas sedia ada kalkulus dapat dilaksanakan, pengkaji ingin membuat
beberapa cadangan:

a) Mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran

b) Mengadakan Bengkel dan Teknik Menjawab Soalan

c) Penyemakan dan pemantauan yang berterusan

d) Peranan rakan sebaya


5.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMBEZAAN DAN PENGAMIRAN DAN JUSTIFIKASI
UNTUK PENAMBAHBAIKAN

Topik : 3.0 Pengamiran

Subtopik : 3.1 Pengamiran Tak Tentu


3.1.6

Objektif Pembelajaran: Murid dibimbing untuk:


Memahami dan menggunakan konsep kamiran tak tentu

Hasil Pembelajaran : Murid berupaya untuk:


i) Menentukan kamiran untuk ungkapanberbentuk integer, n 1.
ii) Menggunakan kaedah penukargantian.
Pengetahuan sedia ada : Telah mempelajari subtopik 3.1.1 sehingga 3.1.5.
KBKK :Menghubung kait,Merancang strategi,Menjana idea,Menyelesaikan masalah,Berkongsi idea
Penerapan nilai : Ketekunan, Kerjasama, Kegigihan
Alat Bantu Mengajar: i) Power point ii) Papan Putih
Kecerdasan Pelbagai: i) Kecerdasan Interpersonal ii) Logik Matematik
Media Pengajaran: i) Power Point ii) Papan Putih iii) Lembaran Kerja
Masa: (1 waktu)/ 40 minit
Langkah/ Kandungan Aktiviti pdp Kaedah/ BBB
Guru Pelajar
Masa Strategi
pengajaran
Set Induksi Menarik perhatian i.Guru mengarahkan pelajar Pelajar memberi -Kaedah Soal Buku Teks
(5minit) pelajar untuk bersedia sepenuhnya. respon terhadap soalan jawab
ii.Guru bertanya soalan guru
kepada pelajar konsep asas
pengamiran yang telah
dipelajari sebelum ini.

Perkembangan Menentukan i.Guru menunjukkan langkah -Kaedah -Slaid


(15 minit) kamiran untuk bagaimana terbentuknya penerangan powerpoint
ungkapan berbentuk rumus penukarangantian. -Kaedah -Papan
(ax + b) ii.Guru menerangkan kepada soal-jawab Putih
Integer, n = pelajar bagaimana untuk -Buku Teks
-1 menggunakan rumus tersebut
(ax + b ) dx -dx untuk menyelesaikan kamiran
untuk ungkapan berbentuk

(x+y)
Penilaian Pengukuhan i.Guru membahagikan pelajar i.Pelajar bekerjasama -Kaedah -Lembaran
(15 minit) terhadap pengajaran kepada 5 kumpulan dan untuk menjawab Perbincangan Kerja
memberikan lembaran kerja soalan yang diberikan. -Kaedah -Papan
yang mengandungi 5 soalan ii.Pelajar saling Penerangan Putih
ii.Setiap kumpulan berbincang dan
dikehendaki menjawab satu memastikan setiap ahli
soalan. kumpulan memahami
iii.Guru akan memilih wakil soalan dan mencari
setiap kumpulan untuk jalan penyelesaian
menerangkan jawapan mereka iii. Pelajar
di hadapan kelas. melengkapkan setiap
soalan di dalam
lembaran kerja setelah
mendengar penjelasan
daripada wakil setiap
kumpulan.
Penutup i.Guru meminta seorang i.Seorang pelajar
(5 minit) pelajar untuk merumuskan dengan sukarela
apa yang merela telah tampil ke hadapan
pelajari. kelas untuk
ii. Guru menamatkan sesi merumuskan apa yang
pdp. telah dipelajarinya.
6.0 CADANGAN DAN JUSTIFIKASI UNTUK PENAMBAHBAIKAN

Aktiviti yang saya cadangkan di atas telah mengambil kira strategi pengajaran
dan pembelajaran bagi mengatasi masalah pelajar dalam tajuk pengamiran. Seperti
yang kita sedia maklum, untuk mempelajari tajuk pengamiran, seorang guru perlulah
mahir dalam tajuk pembezaan terlebih dahulu.

6.1 Strategi yang dicadangkan


Guru menggunakan kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan aras para
pelajarnya seperti perbincangan, soal jawab dan kaedah penerangan. Para pelajar yang
mempunyai pengalaman sedia ada, akan cuba membantu rakan-rakan yang baru
mengetahui aktiviti yang diadakan di dalam kelas.
Guru haruslah menerangkan terlebih dahulu isi pengajaran agar setiap orang
pelajar dapat memahami tajuk yang diajar.

6.2 Aspek-aspek Penambahbaikan


Sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan soalan yang berbentuk masalah
dan perisian multimedia merupakan satu perancangan yang amat berkesan jika ianya
semua digabungjalinkan. Walaubagaimanapun, guru haruslah bijak membahagikan
masa yang ada agar proses pengajaran dan pembelajaran adalah mencukupi. Mungkin
jika ianya baru permulaan menggunakan bahan bantu mengajar seperti yang
dinyatakan, memang akan mengalami masa yang agak panjang dan tidak mustahil
langkah pengajaran bahagian memberi latihan tidak akan mencukupi.Tetapi jika guru
dan para pelajar sudah mahir, ianya akan menjadi lebih mudah dan berjalan dengan
lancar sekali.
Oleh yang demikian, masa merupakan aspek yang perlu ditambahbaikan. Pada
pendapat saya, mungkin guru perlu menyediakan buku manual penggunaan perisian
yang hendak diajar bagi sesuatu kelas. Oleh itu, mereka masih boleh menggunakan
perisian tersebut jika ketiadaan guru.
Apa yang kita sedia maklum, tidak semua sekolah mampu memiliki bilangan
komputer dalam makmal komputer sekolah mereka. Jika mencukupi pun, masalah lain
juga mungkin akan timbul seperti kerosakan komputer. Jika masalah ini terjadi,
pengajaran dan pembelajaran guru mungkin akan terganggu. Maksudnya, para pelajar
mungkin akan berkongsi menggunakan komputer. Jika hal ini terjadi, sebahagian
pelajar mungkin akan hanya menjadi pemerhati sahaja tanpa menggunakan perisian
tersebut dengan sendirinya. Oleh yang demikian, guru haruslah bijak menangani
keadaan ini. Pastikan para pelajar bergilir menggunakannya. Guru boleh mengadakan
kuiz untuk menentukan pemenang bagi aktiviti yang akan diadakan. Tindakan ini boleh
membuatkan semua pelajar akan mengambil bahagian dan pemenang kumpulan akan
diberikan hadiah.

6.3 Justifikasi tentang Penambahbaikan

Seperti yang telah saya nyatakan, sesuatu bahan bantu mengajar yang kita akan
gunakan mempunyai kelemahan dan kelebihan yang tersendiri. Setiap selesai
pengajaran kita di dalam kelas, pastinya kita akan menilai pengajaran kita pada hari
tersebut. Jika mempunyai kelebihan kita akan terus kekalkannya. Tetapi jika
mempunyai kekurangan, seorang guru haruslah mencari jalan penyelesaian yang baik,
agar pengajarannya pada masa akan dapat akan terus dapat diperbaiki.
Memang tidak dapat dinafikan, guru tidak akan dapat memberikan semua
perhatiannya kepada sekelompok pelajar sahaja. Akan berlaku terlepas pandang. Maka,
seperti yang dinyatakan, buku manual penggunaan sesuatu perisian adalah amat penting
agar para pelajar dapat menggunakan bahan bantu belajar dengan merujuk buku manual
tersebut.
Bagi masalah kekurangan komputer tersebut, ianya memang akan dihadapi oleh
semua sekolah. Guru perlulah memohon bantuan juruteknik komputer di sekolah untuk
membantu. Secara tidak langsung, guru mempunyai pembantu untuk sesi
pengajarannya.

7.0 PENUTUP
Secra keseluruhannya, pada umumnya asas amat penting dalam membina
sesuatu yang baru. Akan tetapi untuk memudahkan pelajar mencapai tahap
kemahiran dan pengaplikasian yang setinggi mungkin beberapa kekangan perlu
diatasi. Selagi kekangan-kekangan ini wujud, usaha untuk memperbaiki cara
pembelajaran pelajar masa kini mungkin akan terjejas. Kebanyakan pelajar kini
hanya menghafal setiap subtopik pelajaran dan ramai yang tidak memahami
konsepnya. Penyelidik juga menyarankan kepada para pengajar supaya menerapkan
pelbagai pendekatan pembelajaran dalaman semasa berada di kelas. Gaya
pengajaran seseorang pengajar amat mempengaruhi pendekatan pembelajaran
seseorang pelajar. Sebagai contoh, apabila pengajar mengajar sesuatu konsep
Matematik yang sukar, kebanyakan mereka menyuruh pelajar menghafal dan
meluahkan apa yang dihafal semasa peperiksaan.

Seseorang pengajar yang kreatif harus memilih cara penyampaian dan


kaedah yang sesuai agar pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan berdasarkan
objektif dan pelajar dapat memahami konsep pada akhir pengajaran.

Di samping itu, pengajar tidak hanya memberikan soalan-soalan berbentuk


latih tubi semata-mata tetapi memberikan soalan yang dapat menguji kefahaman
pelajar. Hasil-hasil kajian pendidikan telah menunjukkan bahawa satu cara
pengajaran yang lebih konsisten dan sesuai diperlukan untuk tiap-tiap pelajar agar
perbezaan pencapaian akademik di kalangan pelajar dapat diminimumkan. Ini
adalah selaras dengan kajian Bonham (1988) bahawa prestasi pelajar akan menjadi
lebih baik sekiranya kaedah pengajaran disesuaikan dengan mod pembelajaran yang
disukai pelajar.

2800 patah perkataan

Rujukan
Chin Yoon Poh (2009) Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Ee Ah Meng (1995) Murid dan Proses Pembelajaran, Asas Pendidikan 2, Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin, Sabri Ahmad (2007),Trend Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik : Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd.

Iskandar Ab Rashhid, Zaitun Ismail ( 2008) 20 Website Berguna Untuk Guru, Selangor :
Venton Publishing (M) Sdn Bhd

Ismail Zain (2004) Pembelajaran Berbantukan Komputer Integrasi Perisian Hot


Potatoes, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan: Bentong: PTS
Publication Sdn Bhd

Mok Soon Sang (2006) Peperiksaan PTK, Skim Perkhidmatan Guru, Bahagian II
Kompetensi Fungsi/Khusus (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran) Edisi
Kedua, Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mokhtar Ismail (2009), Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka

Noraini binti Idris (2001) Pegagogi Dalam Pendidikan Matematik, Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Rozinah Jamaludin (2000) Asas-asas Multimedia Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur :


Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992) Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Sharifah Alwiah Al-Sagoff (1987) Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa
dan Pustaka
Ting Len Siong, Dr Hj Muhamad Sidek Said (2007) Ingin Menjadi Guru :Selangor Darul
Ehsan: Ilmu Media Trade

Rujukan Internet

Ismail Kailani & Ruslina Ismail @ Nawi, Diagnosis Penguasaan Dan Kesalahan Lazim
Dalam Tajuk Pembezaan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Johor
Bahru Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh pada 1 Oktober
2014 di
http://eprints.utm.my/10677/1/Diagnosis_Penguasaan_Dan_Kesalahan_Lazim_DalamTaj
uk_Pembezaan_Di_Kalangan_Pelajar_Sekolah_Menengah_Di_Daerah_Johor_Bahru.pdf

Zainurul Zahar bin Zainol, Rafiza br Radzi & Azimah Omar, Kesan Pembelajaran
Koperatif Ke Atas Pelajar Matrikulasi Dalam MataPelajaran Matematik di peroleh pada 3
Oktober 2014 di http://azaiza.blogspot.com/2011/04/kesan-pembelajaran-koperatif-ke-
atas.html

Sahri, Muhammad Shahid and Bakar, Md Nor (2011) Kesukaran Pembelajaran Kalkulus
Di Kalangan Pelajar tingkatan Empat Dalam Tajuk Pembezaan. Masters thesis,
Universiti Teknologi Malaysia. di peroleh pada 4 Oktober 2014 di
http://kdcpgsrmt09.blogspot.com/2011_12_01_archive.html

School Based Research diperoleh pada 6 Oktober 2014 di


kajianberasaskansekolah.files.wordpress.com/2008/02/matematik.doc

You might also like