You are on page 1of 6

Sistem Unit

KOMPONEN UNIT SISTEM

Port Input / Output (I/O Port)

Port Input / Output (I/O Port)

Port adalah titik di mana periferal bersambung kepada unit sistem supaya perifer
al boleh menghantar data kepada atau menerima maklumat dari komputer

Peranti luaran seperti papan kekunci, monitor, tetikus, dan pencetak sering
disambungkan oleh kabel ke port pada unit sistem

Di bahagian belakang unit sistem mempunyai banyak port untuk peranti input da
n
output. Namun terdapat juga komputer yang mempunyai port di bahagian depan
sistem unit.

Port mempunyai pelbagai jenis penyambung.

Penyambung tersebut akan disambungkan menggunakan kabel kepada periferel.


Satu hujung kabel akan disambung kepada penyambung pada unit sistem dan sa
tu lagi hujung kabel akan disambung kepada penyambung pada peripheral.

Butang Reset

Butang reset

Mengarahkan komputer untuk melakukan proses menutup


di mana memori dan semua peranti akan berada dalam
keadaan seperti permulaan proses dimulakan. Ia hanya membuang kuasa serta-
merta sahaja.

Pemacu CD-ROM

Pemacu CD-ROM

Peranti yang membaca bunyi daripada CD, CD-ROM, CD-R dan CD-RW

Pemacu Cakera Liut

Pemacu Cakera Liut

Peranti yang membaca daripada dan menulis pada cakera liut

Pemacu Cakera Keras

Pemacu cakera keras

Jenis peranti storan yang mengandungi satu atau lebihfleksibel, cakera


keras yang menyimpan data, arahan dan maklumat.
Pemacu cakera keras

**********************************************************************************
*******************************************

KOMPONEN PAPAN INDUK

Papan Induk

A) Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

CPU

Merupakan nadi kepada sesebuah komputer.

Unit Pemprosesan Pusat atau memproses adalah satu cip mikroproses.

Ia adalah koleksi litar elektrik yang kompleks dan mengandungi beribu-ribu atau
mungkin berjuta-juta transistor yang dipasang di atas litar terkamir.

Cip kecil yang bertugas dalam memproses data pada kelajuan yang tinggi.

CPU dilekatkan pada soket yang telah ditetapkan mengikut jenis CPU bagi
sesebuah komputer.

Biasanya lokasi CPU terletak ditengah-tengah papan induk dan dilitupi sistem
penyejuk kipas.

Fungsi CPU adalah menerima arahan daripada perisian komputer kemudian


menterjemahkan segala arahan menggunakan data pemproses dan juga
mengawal semua komponen komputer.
B) Ingatan Capaian Rawak (RAM)

RAM

RAM juga dikenali sebagai ingatan kerja di mana ingatan untuk dibaca (dicapai)
dan ditulis (disimpan).

RAM adalah ingatan sementara. Ia boleh melaksanakan proses baca dan tulis
dan tidak kekal dalamnya sebaik saja komputer ditutup.

RAM digunakan untuk memegang arahan sementara dan menyelesaikan tugasan


yang diperlukan. RAM menyimpan data semasa dan selepas pemprosesan.

Cip yang menyimpan aturcara dan data yang sedang diproses oleh CPU.

Storan sementara kerana apabila suis elektrik dimatikan, semua data yang
disimpan dalam RAM akan hilang.

Fungsi RAM :-

i- Simpan aturcara OS dan perisian sistem

ii- Simpan aturcara perisian aplikasi yang digunakan

iii- Simpan data secara sementara

iv- Simpan data yang diperlukan semasa pemprosesan

v- Sedia ruang storan tambahan

C) Ingatan Baca Sahaja (ROM)


ROM

ROM disimpan secara kekal di dalam cip memori dan hanya untuk dibaca sahaja.

ROM ialah non-volatile di mana ingatan ini juga memegang atau menyimpan
data,jika komputer terpadam data di dalam komputer akan kekal.

Kebanyakan fungsi kompleks seperti memulakan arahan operasi,


menterjemahkan bagi bahasa high level dan sistem operasi ditempatkan di
memori ROM.

Capaian ROM masih berbentuk capaian rawak. Semua aturcara yang digunakan
semasa menghidup dan mengebut komputer disimpan dalam ROM.

Program yang terdapat dalam ROM boleh dicapai dan dibaca tetapi tidak boleh
berubah.

Mempunyai atur cara yang dimuatkan semasa pengilangan

Tidak meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguna

Baca sahaja bermaksud CPU boleh membaca atau mencapai atur cara yang
ditulis dalam cip ROM

Fungsi ROM adalah menyimpan arahan yang rumit dan penting seperti :-

i- Arahan menghidupkan komputer

ii- Bahasa penterjemah aras tinggi

iii- Sistem pengoperasian

D) Slot dan Papan Pengembangan (Slots dan Expansion Cards)

Slot dan papan pengembangan

Merupakan papan litar sokongan yang boleh ditambah kepada motherboard


bagi sesebuah komputer.

Fungsinya untuk menambahkan keupayaan sesebuah komputer dari pelbagai


sudut yang berbeza.
Slot pengembangan adalah soket pada papan induk yang membolehkan kad
pengembangan dipasan

Kad pengembangan disebut papan tambahan atau adapter atau kad. Ia


merupakan papan litar yang memberikan lebih kawalan untuk peranti input dan
memberi hasil yang lebih kepada peranti output

Antara kad pengembangan yang biasa dipasang :-

i- Kad Penalaan TV Papan televisyen yang mengandungi penalaan TV dan


penukar video

boleh menukar isyarat TV kepada bentuk yang boleh dipapar pada monitor.

Ini membolehkansiaran TV boleh ditonton pada skrin komputer.

ii- Kad Grafik Prestasi Tinggi Membolehkan computer mengeluarkan


piawaian grafik yang tinggi.

Ia digemari oleh mereka yang bekerja dengan grafik seperti pereka

grafik atau mereka yang menggemari permainan video

iii- Kad Bunyi Menterjemahkan data kepada output bunyian yang berkualiti
tinggi.

Ia disambungkan pada pembesar suara

iv- Kad Rangkaian tanpa Wayar Menghubungkan computer kepada rangkaian


komputer

tanpa menggunakan kabel rangkaian. Ini membolehkan pengguna

boleh berkongsi data, aturcara dan perkakasan.

You might also like