You are on page 1of 10

BAHAGIAN A

( 40 MARKAH )

1 Bahan bakar yang digunakan untuk menggerakkan kereta dan motosikal ialah.
A Asid
B Nafta
C Arang batu
D Minyak petrol

2 Di antara yang berikut, barang manakah yang dihasilkan oleh industri ringan?
A Kasut
B Kain batik
C Kain songket
D Keropok lekor

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

3 Pekerjaan dalam Gambar 1 merujuk kepada pekerjaan dalam bidang


A Pertanian
B Pembinaan
C Perkhidmatan
D Perlombongan
4 Kegiatan ekonomi yang tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kesan
terhadap alam sekitar kecuali
A Pencemaran
B Perubahan landskap
C Pertambahan penduduk
D Kepupusan flora dan fauna

5 Antara yang berikut, yang manakah merupakan langkah-langkah pemeliharaan


dan pemuliharaan alam sekitar?
I Mengawal pencemaran
II Mewartakan kawasan hutan dan hidupan liar
III Menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar
IV Memberi kelonggaran terhadap aktiviti penerokaan sumber alam
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6 Kaum Melayu, Cina dan India telah bersetuju menjadikan ______________


sebagai bahasa perhubungan antara kaum.
A Bahasa Cina
B Bahasa Tamil
C Bahasa Melayu
D Bahasa Inggeris

7 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1956) telah meletakkan bahasa


Melayu sebagai..
A Bahasa kedua
B Bahasa istana
C Bahasa daerah
D Bahasa Kebangsaan
8 Bagi menghadapi pilihan raya 1955, parti UMNO, MCA dan MIC telah bersatu
dan membentuk ______________.
A Parti Buruh
B Parti Perikataan
C Parti Demokrasi
D Parti Sosialis

Soalan 9 berdasarkan Rajah 1.

Rombongan Merdeka
Wakil Parti Perikatan

Tun Abdul Razak


Tunku Abdul Rahman
Tun H.S. Lee
T.H. Tan
X

Rajah 1

9 X dalam Rajah 1 di atas merujuk kepada


A Abdul Kadir
B Tun Dr. Ismail
C Tun Dr. Mahathir
D Tun V.T. Sambanthan

10 Peristiwa penurunan bendera Union Jack dan bendera Persekutuan Tanah


Melayu dinaikkan berlaku di
A Stadium Negara
B Stadium Merdeka
C Stadium Bukit Jalil
D Padang Kelab Selangor
11 Tokoh yang digelar Bapa Kemerdekaan merujuk kepada..
A Tunku Abdul Rahman
B Tun Abdul Razak
C Dato Onn bin Jaafar
D Tun Tan Cheng Lock

12 Selain negeri Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak, negeri manakah yang
turut dicadangkan dalam gagasan awal pembentukan Malaysia?
A Laos
B Thailand
C Singapura
D Indonesia

13 Bilakah Singapura keluar dari Malaysia?


A 27 Mei 1961
B 31 Ogos 1957
C 9 Ogos 1965
D 16 September 1963

Batu bersurat
Wang syiling lama
Tembikar

Rajah 2
14 Penemuaan barang-barang bersejarah dalam Rajah 2 merupakan penemuan
berbentuk
A Artifak
B Dokumen
C Senjata purba
D Bangunan bersejarah
15 Binaan Kota A Famosa di Melaka dikaitkan dengan penjajah
A British
B Belanda
C Perancis
D Portugis

16 Antara yang berikut, pasangan yang manakah benar?

Kaum Seni Pertahankan Diri


A Sikh Judo
B Melayu Karate
C India Silat
D Cina Wushu

17 Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan ______________ berparlimen dan


raja berperlembagaan
A Autokrasi
B Demokrasi
C Animisme
D Komunisme

18 Di antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa kerajaan negeri?


A Pertahanan
B Pendidikan
C Keselamatan
D Lesen hiburan
Soalan 19 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

19 Gambar 2 di atas menunjukkan kebebasan yang diberikan kepada individu dari


segi .
A Keagamaan dan kepercayaan
B Berani mengeluarkan pendapat
C Mengundi wakil untuk memimpin rakyat
D Menyertai mana-mana parti politik yang disukai

20 Sistem pengangkutan moden seperti monorel dan komuter dapat


A Menjimatkan masa perjalanan
B Mengurangkan pengangguran
C Meningkatkan pencemaran udara
D Meningkatkan penggunaan kenderaan di jalan raya
NAMA:.. TAHUN..

BAHAGIAN B

( 30 MARKAH )

SOALAN 1

A Suaikan aktiviti berikut dengan kesannya terhadap alam sekitar

1 Cari gali petroleum di Laut a) Kepupusan flora dan fauna

China Selatan. semakin terancam.

2 Pembakaran hutan untuk b) Air laut tercemar dan


pertanian kepupusan hidupan akuatik.

3 Pembalakkan di kawasan c) Pencemaran air sungai yang


tanah tinggi serius.

4 Semburan racun serangga d) Habuk dan debu


dan baja kimia di kebun berterbangan mengakibatkan
sayur-sayuran pencemaran udara

( 4 Markah )
B Isi ruang kosong di bawah ini dengan berpandukan jawapan yang diberikan
dalam kotak

kesejahteraan negara wakil rakyat adil dan telus

berpuas hati memimpin menang

Pilihan raya adalah suatu proses memilih (1) ___________________

untuk memerintah sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. Pilihan raya

penting diadakan bagi menjamin (2) __________________. Rakyat berhak

memilih wakil yang dianggap layak (3) __________________ negara. Melalui

pilihan raya, rakyat akan (4) __________________ dengan calon-calon yang

(5) ________________ kerana undian dilakukan secara (6) _______________.

( 6 Markah )

C Nyatakan SATU contoh bagi setiap jenis warisan kesenian di bawah

Bil Warisan Kesenian Contoh

1 Bidang Muzik

2 Bidang Seni Kraf

3 Bidang Seni Tari

4 Bidang Permainan Tradisional

5 Bidang Seni Mempertahankan Diri

( 5 Markah )
SOALAN 2

A Nyatakan BENAR bagi penyataan yang benar dan SALAH bagi penyataan yang
salah dalam kotak yang disediakan.

1 Di negara kita telekomunikasi berkembang pesat dengan


penubuhan Koridor Raya Multimedia

2 Sekolah bestari merupakan proses pembelajaran di sekolah


menggunakan papan putih

3 Kad Pintar mengandungi pelbagai maklumat yang boleh


digunakan sebagai kad elektronik dan kad kredit

4 Menara Kuala Lumpur adalah antara tempat yang


terangkum dalam Koridor Raya Multimedia (MSC)

5 Kemudahan Internet dan komputer hanya terdapat


di sekolah-sekolah di bandar sahaja

( 5 Markah )
SOALAN 3

Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan gambar yang diberi.

1. Apakah peristiwa yang ditunjukkan dalam gambar di atas?

________________________________________________________________

2. Bilakah tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?

________________________________________________________________

3. Di manakah berlangsungnya upacara di atas?

________________________________________________________________

4. Siapakah yang membacakan perisytiharan kemerdekaan?

________________________________________________________________

5. Mengapakah rakyat di negara kita berasa bangga dengan peristiwa di atas?

________________________________________________________________

( 10 Markah )

You might also like