You are on page 1of 7

Kepelbagaian Biologi

Pengkelasan Haiwan

Haiwan boleh dibahagikan kepada 2 kategori:


1. Vertebrat 2. Invertebrata

Aspek Vertebrata Invertebrata


Tulang belakang Mempunyai Tidak mempunyai
tulang belakang. tulang belakang.
Sokongan badan Sokongan utama Sokongan utama
adalah rangka adalah
dalaman exoskeleton
(endoskeleton) (seperti kulit keras)
yang terdiri dan tekanan
daripada tulang. cecair/bendalir.

Vertebrat

Ikan

Hidup dalam air tawar atau laut.


Badan ditutup dengan sisik dan sirip berlendir .
Sirip gunakan untuk berenang dan mengimbangi badan.
Badan berbentuk torpedo (aerodinamik) untuk
mengurangkan rintangan air.
Berdarah sejuk (poikilothermic). Suhu badan berubah
mengikut suhu persekitaran.
Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk
persenyawaan.
Persenyawaan berlaku di luar badan, dimana sperma dan
telur bersatu di luar badan ikan betina.
Mempunyai garis deria untuk mengesan rangsangan luar.
Terdapat beberapa ikan jenis terdiri dari tulang rawan
(cartilaginous) seperti jerung.
Sesetengah ikan mempunyai beg udara dalam badan
untuk lebih mudah terapung.

Amfibia
Boleh hidup di atas darat dan di dalam air.
Mempunyai kulit yang lembap dan terdedah yang berfungsi
sebagai organ pernafasan tambahan kerana gas meresap
dengan mudah ke dalam sel-sel badan.
Berdarah sejuk (poikilothermic).
Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk
persenyawaan.
Persenyawaan berlaku di luar badan.
Mempunyai selaput renang pada kaki untuk membantunya
berenang.
Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
Contoh: katak, kodok, salamander, cicak.

Reptilia
Mempunyai kulit yang kering dan bersisik.
Sisik melindungi badan reptilia.
Persenyawaan berlaku dalam badan reptilia betina, dimana
sperma dan telur bersatu di dalam badan reptilia betina.
Berdarah sejuk (poikilothermic).
Kebanyakannya mempunyai dua pasang kaki, kecuali ular.
Mempunyai satu jenis gigi sahaja.
Giginya tajam dan berbentuk kon.
Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
Contoh: buaya, kura-kura, penyu, cicak, ular.

Burung
Tinggal di atas darat.
Badannya dilindungi oleh bulu pelepah.
Bulu pelepahnya adalah kalis air serta boleh memerangkap
haba.
Mempunyai sepasang sayap yang boleh laras, dari depan
badan.
Sesetengah burung boleh berenang, seperti itik dan
penguin.
Bertelur. Telurnya mempunyai cengkerang keras.
Persenyawaan berlaku di dalam badan.
Berdarah panas (homoiothermic). Suhu badan kekal/tetap
serta tidak berubah mengikut suhu persekitaran.
Tidak mempunyai gigi, tetapi menggunakan paruh untuk
mematuk makanan.
Mempunyai kaki bersisik keras serta kuku tajam.
Badannya berbentuk aerodinamik untuk mengurangkan
rintangan udara semasa terbang.
Contoh: burung kiwi, burung merpati, burung helang, burung
kakak tua, burung penguin.

Mamalia
Kebanyakkannya tinggal di atas darat, kecuali ikan paus
dan ikan lumba-lumba yang tinggal di dalam air.
Badan diliputi dengan rambut dan bulu .
Kulitnya mempunyai kelenjar peluh.
Mempunyai cuping
telinga.
Mamalia betina mempunyai kelenjar susu bagi
menyediakan susu untuk anaknya.
Persenyawaan berlaku di dalam badan.
Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk gigi untuk fungsi yang
khusus dan berbeza.
Contoh: manusia, monyet, arnab, anjing, lembu, zirafah, ikan
paus, kelawar.
Beberapa jenis mamalia menunjukkan ciri-ciri yang luar
biasa. Contohnya, kelawar mempunyai sepasang sayap,
landak mempunyai bulu berduri, platypus bertelur serta
mempunyai paruh seperti itik.
Kelas vertebrat Ciri
Ikan berdarah sejuk
- belut bertelur (kecuali ikan jerung)
- pari bernafas melalui insang
sisik berlendir
persenyawaan luar
Amfibia berdarah sejuk
- katak bertelur
- kodok bernafas melalui insang (berudu),
peparu & kulit (peringkat dewasa)
kulit lembap
persenyawaan luar
Reptilia berdarah sejuk
- cicak bertelur
- buaya bernafas melalui peparu
dilitupi sisik kering
persenyawaan dalam
Burung berdarah panas
- helang bertelur
- ayam bernafas melalui peparu
dilitupi bulu pelepah
persenyawaan dalam
Mamalia berdarah panas
- kucing melahirkan anak (kecuali
- tikus tenggiling & platipus)
bernafas melalui peparu
dilitupi bulu atau rambut (kecuali
ikan paus, ikan lumba-lumba,
landak)
Pengkelasan Tumbuhan

1. Tumbuhan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:


a) Tumbuhan berbunga
b) Tumbuhan tidak berbunga

2. Tumbuhan berbunga dibahagikan kepada:


a) dikotiledon b) monokotiledon
3. Tumbuhan tidak berbunga dibahagikan kepada:

Alga menjalankan fotosintesis


tiada daun, batang atau akar
Lumut menjalankan fotosintesis
mempunyai daun dan batang
tiada akar sebenar
paku-pakis seperti lumut tetapi
mempunyai akar sebenar
Kulat tiada daun, batang atau akar
menghasilkan spora

Kepentingan biodiversiti kepada alam sekitar


1. sumber makanan
2. sumber air bersih
3. sumber udara bersih
4. sumber bahan mentah
5. sumber herba dan ubat

You might also like