You are on page 1of 6

GARIS PANDUAN MENGHADAPI

KEBAKARAN DAN KECEMASAN DI


SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-
HAFIDZ, BANDAR SIERRA

Unit 3K
Bahagian Hal Ehwal Murid
GARIS PANDUAN MENGHADAPI KEBAKARAN DAN
KECEMASAN

1. TUJUAN

1.1 Garis panduan ini disediakan bagi meningkatkan kesedaran dan


kefahaman guru, kakitangan dan pelajar bagi menghadapi sebarang
insiden kebakaran dan kecemasan di SRI Al-Hafidz.

2.0 STRUKTUR ORGANISASI


PENGERUSI
USTAZ MOHAMAD RAZLIE

TIMBALAN PENGERUSI
USTAZ SALMAN

PENGACARA MAJLIS
USTAZ SAHRIE NIZAM

AJK URUSETIA AJK SIARAYA / JURUGAMBAR


USTAZ JUNAIDY USTAZAH RUZANNA SUHIMAN

AJK DISIPLIN DAN KESELAMATAN


PELAJAR
SEMUA GURU YANG TIADA
JAWATAN KUASA

AJK RONDAAN
USTAZAH DAHLIE, USTAZ
NAZRAN, USTAZ DILMAN
USTAZ SAIFURRAHMAN

AJK PERHUBUNGAN
USTAZAH SUZILAWATI (DONE)

TAKLIMAT PELAJAR
GURU KELAS
2.1 BIDANG TUGAS AHLI JAWATAN KUASA

PENGACARA MAJLIS

a) Membunyikan lonceng kecemasan selama 10 minit.


b) Mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan pengosongan
bangunan.

Contoh Skrip
" Semua guru, kakitangan dan pelajar di arah untuk
mengosongkan bangunan dengan segera dan harap bertenang.
Gunakan laluan kecemasan yang telah ditetapkan dan berkumpul
di tempat berkumpul"

AJK URUSETIA

a) Memberi arahan kepada pelajar agar berkumpul di tempat berkumpul


mengikut kelas masing-masing.
b) Mengawal pelajar semasa di tapak berkumpul.
c) Memberi arahan yang perlu semasa kejadian.

AJK SIARAYA

a) Menyediakan laporan untuk dimuat naik di web dan FB sekolah untuk


memaklumkan aktiviti sekolah.

AJK DISIPLIN DAN KESELAMATAN PELAJAR


(Guru yang sedang mengajar dan semua guru)

a) Membantu menentukan keselamatan pelajar semasa kejadian.


Berdasarkan laluan yang telah ditetapkan.
b) Membantu mengeluarkan arahan untuk mengosongkan bangunan.
c) Membantu mengawal dan mententramkan keadaan pelajar serta
meminta pelajar ke Tapak berkumpulsecara teratur dan cepat.
d) Bergerak bersama pelajar ke tempat berkumpul namun, menjadi
orang terakhir meninggalkan kelas @ kawasan.
e) Bagi pelajar OKU ( Guru wajib memimpin pelajar sehingga ke tempat
berkumpul.

AJK RONDAAN

a) Memeriksa dan mengesahkan kejadian serta melaporkan kepada


Timbalan pengerusi.
b) Memastikan semua penghuni mengosongkan semua kawasan sekolah.
c) Melaporkan bilangan orang yang berada di kawasan larangan selepas
10 minit (Waktu kecemasan)
d) Memastikan semua pintu, tingkap, suis dan lain-lain ditutup.

GURU KELAS

a) Memberi taklimat kepada pelajar tindakan yang perlu dilakukan


sekiranya menghadapi kebakaran mengikut pelan yang telah disediakan.
b) Meminta pelajar senyap dan keluar dari kelas berdasarkan carta aliran
pergerakan yang telah ditetapkan.
c) Memaklumkan kepada pelajar supaya tidak mengambil kasut masing-
masing.
d) Serta meminta Pelajar beratur mengikut kelas masing-masing ketika
berada di tempat berkumpul.
e) Merekod bilangan pelajar.
f) Menegaskan kepada pelajar ketika berlaku kecemasan jangan
bermain-main, walaupun hanya latihan kebakaran kerana dikuatiri akan
mendatangkan kecederaan.

3.0 carta alilran kebakaran dan kecemasan

3.1 Semasa kejadian kebakaran dan kecemasan, setiap guru dan


kakitangan memainkan peranan masing-masing dalam mengawal situasi
supaya mengikut prosedur dan ketetapan dilaksanakan mengikut aturan.
Carta aliran kebakaran dan kecemasan terbahagi kepada 2 carta aliran
iaitu mengikut aras 1 dan aras 2.

Rujuk gambarajah 2 (Excel)

4.0 TEMPAT BERKUMPUL (ASSEMBLY POINT)

a) Satu tempat yang lapang, jauh daripada sebarang struktur binaan,


tiang-tiang elektrik/telefon serta pokok-pokok besar. HEM SRI Al-
Hafidz telah menetapkan tempat berkumpul SRI Al-Hafidz di belakang
kawasan tapak perhimpunan.

5.0 PENUTUP

Dalam menghadapi suasana sebarang krisis atau bencana, semua guru,


kakitangan dan pelajar perlu peka dan berhati-hati semasa ingin
menyelamatkan diri masing-masing. Latihan dan kursus pengurusan
krisis perlu diadakan bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran setiap
ahli apabila berhadapan dengan sebarang bencana.

PERJALANAN PROGRAM
1. Apabila lonceng kecemasan dibunyikan. Guru yang sedang mengajar
meminta pelajar keluar secara teratur dan guru tersebut adalah orang
terakhir keluar dari kelas.

2. Keluar tanpa memakai kasut ke tapak ke tapak berkumpul baris


mengikut kelas masing-masing.

3. Guru yang tiada kelas bertindak sebagai mengawal keselamatan


pelajar dan berada di laluan utama/keluar untuk mengawal dan
mengelak jika ada sebarang kemalangan yang berlaku.

4. Setelah semua orang berada di tapak berkumpul AJK rondaan akan


bertindak mengikut bidang tugas yang telah ditetapkan.

5. Timbalan pengerusi akan menerima laporan daripada AJK Rondaan


dan akan membaca laporkan sepanjang latihan kebakaran.

You might also like