You are on page 1of 9

SMISTA MAIWP 2016 1

Bahagian A

JAWAB SEMUA SOALAN

1. Garisan bermula daripada __________


A. Jalinan C. Bentuk
B. Rupa D. satu titik

2. Garisan dapat digunakan untuk menimbulkan unsur-unsur yang berikut, kecuali..


A. Warna C. rupa
B. Jalinan D. bentuk

3. Yang berikut merupakan warna-warna sekunder, kecuali.


A. Hijau C. ungu
B. Jingga D. perang

4. Warna-warna harmoni terletak_______________ di antara satu dengan yang lain pada


roda warna.
A. Berselang seli
B. Bersebelahan
C. Berjauhan
D. Bertentangan

5. Warna-warna penggenap merupakan warna-warna yang terletak _______________ di


antara satu dengan yang lain pada roda warna.
A. Berselangseli
B. Bersebelahan
C. Berjauhan
D. Bertentangan

6. Warna-warna tertier dihasilkan dengan mencampurkan dua jenis warna, iaitu


____________ dan _____________
A. Warna panas, warna sejuk
B. Warna asas, warna sekunder
C. Warna asas, warna neutral
D. Warna sekunder, warna panas.

7. Apakah yang dimaksudkan dengan tona warna?


A. Hasil karya yang berwarna-warni
B. Darjah kegelapan pada sesuatu hue
C. Darjah kecerahan dan kegelapan pada sesuatu hue
D. Darjah kecerahan pada sesuatu hue (warna)

SMISTA MAIWP 2016 2


8. Yang berikut ialah pernyataan-pernyataan yang benar tentang jalinan, kecuali
.
A. Rupa yang kosong tidak mempunyai jalinan
B. Sekeping cermin mempunyai jalinan yang licin
C. Jalinan hanya wujud dalam bentuk-bentuk maujud sahaja
D. Jalinan menjadikan sesuatu karya itu lebih dramatic dan menarik

9. Jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai oleh deria sentuhan dikenal
sebagai _______________.
A. Jalinan tampak
B. Jalinan sentuh
C. Jalinan lihat
D. Jalinan rasa

10. Jalinan sentuh terdapat pada permukaan objek-objek berikut, kecuali


A. Pasu bunga
B. kain batik
C. Hulu keris
D. Tayar

11. Bentuk-bentuk yang berikut mempunyai jalinan tampak kecuali


A. Rama-rama
B. Kuda belang
C. Tembikai
D. Tikar mengkuang

12. Apakah fungsi jalinan yang bercorak pada badan rama-rama?


A. Untuk kelihatan lebih cantik
B. Untuk melindunginya daripada dimakan haiwan lain
C. Untuk melindunginya daripada ditangkap oleh manusia
D. Untuk menarik perhatian haiwan-haiwan lain.

13. Rupa dihasilkan apabila___________sesuatu garisan bertemu dengan


___________permulaannya.
A. Titik, penghujung
B. Penghujung, titik
C. Permulaan, titik
D. Permulaan, penghujung

14. Logo Bank Negara Malaysia mempunyai rupa-rupa yang berikut, kecuali
A. Segitiga
B. Sang kancil
C. Anak bulan
D. Bulatan

15. Antara motif-motif yang berikut, manakah merupakan Rupa Organik?


A. Bulan
B. Piramid
C. Ikan

SMISTA MAIWP 2016 3


D. D. kotak

16. Rupa Geometri biasanya mempunyai ___________________ yang tetap


A. Garisan
B. Jalinan
C. Bentuk
D. Sempadan

17. Unsur seni visual mempunyai dua jenis bentuk iaitu


A. Bentuk positif dan negatif
B. Bentuk konkrit dan ilusi
C. Bentuk organic dan geometri
D. Bentuk penambahan dan pengurangan.

18. Kraf di bawah ini boleh mewujudkan bentuk kecuali


A. Anyaman
B. Ukiran
C. Wau
D. Catan batik

19. Objek buatan manusia yang manakah di bawah ini adalah bentuk ilusi?
A. Basikal
B. Kapal terbang
C. Lukisan rumah
D. Bas sekolah

20. Ciri-ciri yang jelas menunjukkan bentuk ilusi ialah


I bersifat tiga dimensi
II bersifat dua dimensi
III dibuat di atas kertas
IV perlu menggunakan unsur-unsur seni yang berkesan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

21. Ruang yang manakah menunjukkan ruang terbuka?


A. Pemandangan di tepi pantai
B. Catan di sawah
C. Lukisan di tasik
D. Ruang dapur.

22. Terdapat dua jenis ruang iaitu

SMISTA MAIWP 2016 4


A. Ruang fizikal dan ruang konkrit
B. Ruang cetek dan ruang dalam
C. Ruang rata dan ruang konkrit
D. Ruang fizikal dan ruang ilusi.

23. Warna apakah yang dikatakan warna asas?


I Biru
II Merah
III kuning
IV hijau
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

24. Pernyataan yang berikut berkaitan dengan warna asaskecuali


A. Warna ini tidak akan terhasil melalui campuran warna lain
B. Warna ini terdiri daripada warna biru, merah dan kuning
C. Warna ini juga dikatakan sebagai warna utama
D. Warna-warna ini hanya bersebelahan di dalam roda warna.

25. Garisan seolah-olah kelihatan bergerak apabila


A. Dilukis condong
B. Dilukis menegak
C. Dilukis rapat-rapat
D. Dilukis beralun

26. Antara berikut, yang manakah jenis-jenis garisan?


I beralun
II berlingkar
III berharmoni
IV berduri
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

27. Ulangan rupa dapat menghasilkan


A. Lukisan
B. Corak
C. Arca
D. Catan

28. Antara yang berikut, hasil seni yang manasatukah menggunakan rupa mukataip?
I Logo
II lambang
III papan iklan
IV corak
A. I, II dan III
B. I, II dan IV

SMISTA MAIWP 2016 5


C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

29. Rupa organik menunjukkan ciri-ciri yang berikut


I Rupa bebas
II Tidak mempunyai sempadan yang tepat
III Tidak bersudut
IV Mempunyai sudut yang tepat
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Soalan 30 berdasarkan gambar rajah di bawah

30. Rupa dalam gambar rajah di atas sesuai untuk menghasilkan bentuk apa?
A. Silinder
B. Piramid
C. Empat persegi
D. Bujur.

Soalan 31 berdasarkan pernyataan di bawah

Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam


akan berlaku apabila kita melihat objek tersebut
dari jarak jauh

31. Pernyataan di atas berkaitan dengan


A. Ton
B. Perspektif
C. Ilusi
D. Ruangfizikal

32. Bagaimanakah keharmonian boleh dilihat pada pokok pisang?


I Rupa daunnya yang hampir sama
II Hijau daunnya sewarna
III Susunan daun secara pancaran
IV Susunan buah pisang yang tidak kemas
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV

SMISTA MAIWP 2016 6


D. II, III dan IV

33. Yang manakah antara langkah mewujudkan ciri-ciri harmoni dalam perkara di bawah
ini tidak benar?
A. Aplikasi warna yang kontra
B. Aplikasi rupa yang sekata
C. Aplikasi susunan bentuk yang seimbang
D. Aplikasi objek dalam jenis yang sama

34. Jika warna hijau digandingkan dengan warna merah, pasangan tersebut dikenali
sebagai
A. Warna tertier
B. Warna harmoni
C. Warna sewarna
D. Warna penggenap

35. Jalinan sentuh boleh dipindahkan daripada satu objek ke permukaan rata melalui
teknik
A. Gosokan dan capan
B. Renjisan dan capan
C. Catan dan gosokan
D. Renjisan dan catan.

36. Pemilihan warna apakah yang boleh menimbulkan suasana yang selesa, menarik dan
seimbang?
A. Warna sekunder
B. Warna asas
C. Warna penggenap
D. Warna harmoni

37. Warna harmoni tidak sesuai untuk hasil kerja apa?


A. Logo
B. Kad ucapan
C. Mozek
D. Kertas dinding

38. Keseluruhan warna yang sesuai untuk menghasilkan sebuah poster yang
menampakkan suasana amaran dan bahaya ialah
A. Warna hitam
B. Warna hijau
C. Warna merah
D. Warna kuning

39. Apakah fungsi jalinan pada tayar kereta?


A. Air tidak akan meresap ke tayar
B. Memberi lebih cengkaman di jalan raya pada waktu hujan
C. Membantu kenderaan supaya lebih laju
D. Menunjukkan corak yang cantik

SMISTA MAIWP 2016 7


40. Fungsi jalinan pada objek yang manakah membantu lebih cepat penyerapan air?
A. Tikar
B. Tuala mandi
C. Kulit kayu
D. Bulu ayam

Bahagian B

Arahan :

1. Pilih satu soalan sahaja


2. Pelajar tidak dibenarkan berkongsi alat dan bahan melukis semasa peperiksaan
3. Lukisan perlu diwarnakan sama ada menggunakan cat air, krayon dan pensel
warna.
4. Bagi yang menggunakan cat air, air hendaklah disediakan awal sebelum
peperiksaan bermula
5. Pelajar tidak dibenarkan keluar kelas untuk membasuh tangan atau alat sebelum
masa peperiksaan tamat.

Pilih satu sahaja daripada soalan berikut untuk dijawab.

1. Hasilkan satu corak flora yang menarik untuk sarung bantal. Lukisan anda
hendaklah dihasilkan dalam ukuran 20cm x 20cm. Bentuk sarung bantal adalah
bebas.

2. Hasilkan sebuah poster bertemakan bulan membaca. Beri penekanan pada unsur
kontra.

3. Hasilkan satu pemandangan di tepi pantai pada waktu senja. Penegasan haruslah
diberi kepada kesan cahaya matahari terbenam pada latar yang cerah.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

..
Wan Azmahayati bt Wan Guru Kanan Mata .
Mahmud Pelajaran Pengetua / Guru

SMISTA MAIWP 2016 8


(Guru Subjek) Kemanusiaan Penolong Kanan I

SMISTA MAIWP 2016 9

You might also like