You are on page 1of 6

Kelab Doktor Muda

Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang

terpilih dan terlatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak

sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan

kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi

menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka

bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada

rakan-rakan di sekolah.

Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda

amat penting. Lazimnya, pelajar yang berminat, sihat, kemas,

berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggungjawab,

berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi

kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.

Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di

Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini,

program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan

bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya.


Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila

Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada

tahun 1991. Pada tahun 2000 Bahagian Pendidikan Kesihatan,

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor

Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di

peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan

program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan

Bahagian Sekolah.

Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan

program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah

rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.

Penerimaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti ko-kurikulum

merupakan satu pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada

program ini, yang sememangnya telah terbukti membawa faedah dan

kebaikan kepada murid sekolah.


Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah

rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas

kesihatan mereka agar mereka dapat :

Mengamalkan cara hidup sihat

o Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya

dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup

sihat.

o Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam

menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.

2. Menggalak ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian

wajar kepada kesihatan anak-anak.

3. Memperkukuh penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam

usaha meningkatkan kesihatan pelajar.

4. Mempertingkat kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan

Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang

baik di kalangan murid sekolah rendah.


AKTIVITI DOKTOR MUDA

Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.

Membimbing ke arah cara hidup sihat.

Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat

dan selamat.

Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti

perkhidmatan kesihatan sekolah.

Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.

Merawat kecederaan ringan.

Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan


FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA

Antara faedah yang boleh diperoleh dalam melaksanakan Kelab Doktor

Muda adalah:

Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat

sekolah rendah.

Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas

kesihatan.

Murid belajar menghargai kesihatan.

Doktor Muda memperoleh dan mengamalkan kemahiran

berkomunikasi.

Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan Doktor

Muda.
Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan

kesihatan sekolah.

Kesihatan asas murid, kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.

Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.

Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan

perkhidmatan kesihatan.

Sekolah bersih.

Sekolah bebas Aedes.

Imej sekolah meningkat

You might also like