You are on page 1of 10

PYZAM.

COM
CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

NOTA ILHAMKU-GB5023
S U N D A Y, M A Y 2 4 , 2 0 0 9

TugasanTiga(PerbandinganArtikelJournal)
MELAKUKAN PERBANDINGAN ( PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ), PENGANALISISAN,
PENILAIAN, PERUMUSAN,DAN PENGSISTESISAN DARI
SEGI SAMPEL, SETTING,PROSUDER KAJIAN TINDAKAN, PENGUMPULAN DAN
PENGANALISISAN DATA YANG DILAKUKAN OLEH PENULIS ARTIKEL

ARTIKEL

1. Menarik Minat Pelajar Lelaki yang Lemah; Meningkatkan Persekitaran Pengajaran


menggunakan kelebihan fizikal (strength-based learning) di kalangan pelajar
lelaki peringkat Sekolah Menengah (Oleh; Mary Ann Clark, Ph.D.,is an associate
professor with the Department of Counselor Education,University of
Florida, Gainesville. E-mail:maclark@coe.ufl.edu Kelly Flower is a
school counselor with the School Board of Alachua County, FL. Jonathan Walton,
M.Ed., Ed.S., is with Frederick County PublicSchools, MD. Erin Oakley is a doctoral
student at theUniversity of Florida, Gainesville)

2. Kesan Penggunaan Gambar & (sebarang bentuk bantuan yang boleh


meningkatkan kefahaman pelajar) dalam Penulisan Pelajar Tadika (pelajar di
peringkat awal): Kajian Tindakan oleh Pelajar Siswazah di Universiti State
California, Northridge (Oleh; Marilyn Joshua California State University,
Northridge With William E. Andrade, Sara Garber-Budzyn, Victoria Greene,
Elana Hassan, Nicole M. Jones, Lisa Palinigiano, Magdalena Romero-
Horowitz, Violet Rostami, and Suzanne Valentine)

3. Eksplorasi Kajian Tindakan Dalam Pengintegrasian Pemilihan Pelajar dan


Aktiviti Seni Dalam Kelas Tahun 6 Pengajian Sosial (Oleh; Courtney Kosky,
West Virginia University Reagan Curtis, West Virginia University)

FOKUS KAJIAN

Menentukan fokus kajian yang ingin dijalankan.

1. Artikel pertama menyatakan bahawa kajian yang dijalankan adalah untuk


mengatur strategi bagi pihak guru kaunselor sekolah untuk membantu pelajar-
pelajar lelaki di sekolah menengah untuk meningkatkan tahap kefahaman
pembelajaran dan menggalakkan sikap positif mereka dalam pencapaian
akademik dan perancangan masa depan.
2. Artikel kedua adalah kajian mengenai keberkesanan apabila guru menggunakan
kaedah gambar untuk membantu pelajar-pelajar tadika membuat penulisan
dengan baik. Melihat sejauhmana keberkesanannya dapat membantu pelajar
tadika dan pelajar yang menggunakan dua bahasa dalam proses pembelajaran
mereka serta kanak-kanak yang masih kecil.

3. Artikel ketiga menerangkan mengenai perubahan pelajar-pelajar sains sosial yang


membuat pilihan untuk melakukan aktiviti kesenian di dalam proses
pembelajaran. Matlamat utama projek ini dijalankan adalah untuk memberi
peluang kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam
pengajian mereka dengan menggunakan pelbagai kaedah yang menggabungkan
Multipele Teori Kecerdasan. Menggunakan kaedah aktiviti kesenian dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar dan meningkatkan
motivasi pelajar serta keberkesanan dalam pelajaran.

SAMPEL

1. Artikel 1

Pelajar lelaki di peringkat sekolah menengah

2. Artikel 2

165 Orang pelajar tadika (83 orang pelajar lelaki dan 82 orang pelajar
perempuan)
Pelajar yang menggunakan bahasa kedua dalam pembelajaran

3. Artikel 3

Pelajar-pelajar sekolah di kelas Sains Sosial


650 orang murid tahap 6 hingga 8
Huraian
Sampel kajian yang digunakan oleh dalam artikel pertama, kedua dan ketiga adalah baik
kerana bersesuaian dengan fokus kajian yang dijalankan.

PERBANDINGAN ( PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ), PENGANALISISAN, PENILAIAN, PERUMUSAN, DAN PENGSISTESISAN

Persamaan bagi ketiga-tiga artikel ini menggunakan sampel pelajar sekolah. Bezanya
hanyalah artikel pertama menggunakan sampel pelajar-pelajar di sekolah menengah ,
artikel kedua menggunakan sampel pelajar di sekolah tadika manakala artikel ketiga
menggunakan sampel dari pelajar-pelajar di kelas sains sosial sahaja.

SETTING (KEDUDUKAN KAJIAN)

1. Artikel 1

Kajian dijalankan di dalam bilik darjah dan di kawasan sekolah


Pusat Media Sekolah

2. Artikel 2

Sekolah tadika

3. Artikel 3

Sekolah
Di dalam bilik darjah
Ketika proses pengajaran dilakukan / waktu persekolahan

Huraian

Setting kajian juga disebut didalam ketiga-tiga artikel ini, walaupun dalam artikel
pertama tidak menerangkannya secara khusus.

PERBANDINGAN ( PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ), PENGANALISISAN, PENILAIAN, PERUMUSAN, DAN PENGSISTESISAN

Kajian yang dilakukan berdasarkan ketiga-tiga artikel ini , pengkaji-pengkaji membuat kajian di sekolah dan
disekitar kawasan sekolah sahaja. Apa yang dapat dilihat disini pengkaji lebih memberi fokus untuk mengkaji
bagi melakukan penambahbaikkan tahap pencapaian pelajar disekolah dari sudut akademik khususnya .
PROSUDER KAJIAN

1. Artikel 1

a) Mengenal pasti masalah yang mana tahap pencapaian yang lemah dikalangan
pelajar lelaki

b) Fokus kajian mengenai meningkatkan tahap kefahaman pembelajaran dan


menggalakkan sikap positif mereka dalam pencapaian akademik dan
perancangan masa depan.

c) Memahami dengan jelas punca berlakunya masalah

d) Mengumpulkan data

e) Menganalisis data

f) Melakukan tindakan setelah mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah


(motivasi secara berkumpulan)

g) Melakukan perubahan

h) Melihat kesan perubahan yang berlaku

i) Merefleksi atau menilai dan mengamalkan secara berterusan

2. Artikel 2

a) Merancang untuk menjalankan satu kajian yang mana menilai samaada


gambar dapat mempengaruhi penulisan kanak-kanak.

b) Fokus kajian yang ingin dijalankan

c) Membuat hipotesis sama ada menggunakan gambar ataupun lisan

d) Bertindak mengikut perancangan (contoh; menggunakan gambar buah


strawberi sebagai bahan)

e) Melihat perubahan yang berlaku berkesan ataupun tidak


f) Refleksi dan penilaian semula

3. Artikel 3

a) Merancang dan memberi fokus kepada kajian yang ingin dijalankan

b) Mengumpulkan data

c) Menganalisis data

d) Bertindak melakukan perubahan

e) Melihat perubahan yang dilakukan itu berkesanataupun tidak

f) Membuat refleksi dan penilaian semula

Huraian

Prosuder kajian yang dijalankan didalam ketiga-tiga artikel ini kurang jelas dan tidak
diterangkan secara khusus apakah prosuder kajian tindakan yang digunakan oleh
penulis artikel. Walaupun dalam artikel kedua ada menerangkan tajuk prosuder kajian
tapi saya tak dapat memahami prosuder kajian tindakan yang digunakan. Saya menilai
prosuder kajian ketiga-tiga artikel ini mengikut tahap perkembangan kajian tinadakan
yang dijalankan.

PENGUMPULAN DATA

1. Artikel 1

Pencapaian akademik pelajar


Teknik temubual
Perkongsian maklumat diantara guru dan pelajar yang mana pelajar
menceritakan masalah mereka dan apa keperluan sebenar yang mereka
inginkan
Teknik Pemerhatian

2. Artikel 2

Mengira dan menjumlahkan bilangan perkataan yang ditulis oleh pelajar


Peperiksaan melalui penulisan pelajar

3. Artikel 3

. Teknik pemerhatian

Pelbagai sumber yang digunakan dalam proses pengumpulan data. Guru


mengumpul data ketika proses pengajaran berlaku yang mana guru mengajar
dan melakukan perubahan.

Teknik perbualan secara tidak langsung

Nota-nota harian yang juga turut dijadikan sebagai rujukan

Kaji selidik mengenai sikap pelajar dari mula hingga berakhirnya projek kajian
tindakan

Meminta pelajar memberi respon kepada pengajaran selepas sesi pengajaran


tamat dengan memberikan pelajar skala 1 hingga 10. Di sini pelajar akan
menyatakan tahap bagi sesi pengajaran tersebut

Pelajar juga diminta untuk memberi maklum balas secara bertulis mengenai
teknik pengajaran yang digunakan oleh guru atau kegiatan aktiviti yang
dijalankan dalam pembelajaran samaada mereka berminat ataupun tidak

Huraian

Jika dibuat perbandingan diantara ketiga-tiga artikel ini hanya artikel yang ketiga
sahaja menyebut cara pengumpulan data yang digunakan oleh penulis, artikel pertama
dan kedua tidak menerangkan secara terperinci dan jelas bagaimana cara pengumpulan
data. Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam artikel ketiga amat baik dan saya
mudah untuk memahami teknik yang digunakannya.

PENGANALISISAN DATA

1. Artikel 1
Menggunakan pendekatan secara langsung untuk menaksir pelajar,
menganalisis data dengan kuantitatif dan kualitatif.

Melihat perbezaan yang ditonjolkan oleh pelajar selepas setiap sesi berkumpulan
dijalankan selama 12 sesi.

2. Artikel 2

Penulisan kanak-kanak telah digunakan :peringkat coretan, menconteng, surat


olok-olok, malabelkan gambar, menggunakan huruf pertama perkataan,
menggunakan tengah bunyi dan sebagainya. Kemudian, kertas-kertas ini
dianalisis untuk menentukan peringkat ejaan pelajar

Menganalisis data menggunakan graf

Dan penerangan diberikan berdasarkan perbezaan peratusan yang diperolehi


berdasarkan graf

Melihat perbezaan peratusan yang berubah-ubah dari fasa 1 dan fasa 2 melihat
perbezaan peratusan antara pelajar yang menulis apabila menerima arahan
melalui lisan dan gambar atau menulis dengan menerima arahan lisan guru
sahaja.

3. Artikel 3

Analisis data adalah proses yang dilakukan secara berterusan sepanjang kajian
dijalankan

Melalui pengajaran harian yang diajar dan data yang terkumpul dengan ini guru
merancang pengajaran seterusnya.

Input daripada pelajar amat bernilai sebagai panduan bagi meningkatkan


pengajaran bagi menarik minat pelajar untuk pengajaran seterusnya.

Komen daripada pelajar samaada mereka berminat ataupun tidak dengan


kegiatan atau tugasan yang diberikan oleh guru mempengaruhi samaada
teknik yang sama boleh digunakan ataupun tidak. Jika penyertaan pelajar
rendah dalam kegitan atau aktiviti yang dijalankan maka, teknik pengajaran
itu akan disingkirkan daripada pelan pengajaran berikutnya dan begitulah
sebaliknya.

Huraian

Bahagian menganalisis data yang digunakan diberitahu di dalam artikel hanya rtikel
pertama penganalisisan datanya tidak diterangkan dengan jelas sebagaimana yang
diterangkan dalam artikel kedua dan ketiga. Begitu juga didalam bahagian menganalisis
bagi pendapat saya artikel ketiga menjelas dan menerangkan dengan jelas teknik penulis
menganalisis data yang diperolehi.

HASIL KAJIAN / RUMUSAN KAJIAN

1. Artikel 1

Keputusan secara keseluruhannya adalah positif. Kehadiran pelajar-pelajar


sebagai peserta program pada setiap minggu adalah menunjukkan prestasi
yang baik. Respon yang positif diberikan oleh pelajar-pelajar lelaki terbabit
untuk meningkatkan pencapaian akademik dan mereka menyatakan lebih
memberi perhatian pada kepentingan untuk mencorak masa depan mereka.

Semasa sesi terakhir pelajar-pelajar lelaki yang terlibat telah membina matlamat
masa depan dan wawasan dalam diri mereka untuk jangka masa 10 tahun
akan datang. Merka mempunyai kekuatan dari berbagai aspek termasuk isu-
isu seperti organisasi, menulis, kemahiran pembelajran, pengurusan masa,
tanggungjawab dan kerjasama berkumpulan.

2. Artikel 2

Secara keseluruhan kajian ini menunjukkan terdapay satu penambaikkan yang


kecil dalam kualiti penulisan kanak-kanak apabila menggunakan gambar.
Namun, tidak ada perbezaan yang besar berlaku dalam kualiti menulis
walaupun tanpa menggunakan gambar.

Implikasinya pula adalah, walaupun gambar boleh memberikan konteks dan


maklumat dasar kepada kanak-kanak kecil menulis, kajian ini menunjukkan
bahawa arahan menggunakan gambar mungkin menghalang kreativiti kanak-
kanak untuk menulis kepada pelajar yang mempunyai pengetahuan bahasa
Inggeris. Gambar mungkin akan menghalang kreativiti mereka dalam lukisan
dan perkembangan penulisan.

3. Artikel 3

Hasil daripada teknik gabungan aktiviti kesenian dalam pengajaran dan


pembelajaran adalah berkesan dalam menarik minat pelajar untuk belajar
dan menagmbil bahagian dalam sesi pengajaran. Hasil kajian menunjukkan
pelajar-pelajar itu menunjukkan pencapaian gred yang lebih tinggi semasa
pelaksanaan penyelidikan tindakan ini. Purata peningkatan prestasi pelajar
secara menyeluruh sebelum dan selepas kajian adalah menunjukkan
peningkatan daripada 90.6% dan 89.0% meningkat ke 92.4% kedua-duanya.
Aspek penting kajian adalah hubungan komunikasi antara guru dan pelajar. Jika
pelajar tidak boleh menerima cara pengajaran guru mereka boleh untuk
bercerita dan berkongsi idea dengan guru.

HURAIAN KESELURUHAN

Secara keseluruhannya konsep kajian ketiga-tiga artikel ini membincangkan dan menfokuskan pada topic-topik
yang menarik. Walaupun ketiga-tiga artikel ini memperolehi hasil kajian yang positif namun artikel yang paling
berkesan adalah dalam kajian Eksplorasi Kajian Tindakan Dalam Pengintegrasian Pemilihan Pelajar dan
Aktiviti Seni Dalam Kelas Tahun 6 Pengajian Sosial dan diikuti kajian Menarik Minat Pelajar Lelaki yang
Lemah; Meningkatkan Persekitaran Pengajaran menggunakan kelebihan fizikal (strength-based learning) di
kalangan pelajar lelaki peringkat Sekolah Menengah. Walaupun artikel kedua juga berjaya dalam kajian yang
dilakukan namun terdapat kelemahan yang dikenalpasti kesan dari kajian tersebut.

P O S T E D B Y A R E - E I N AT 9 : 2 8 A M

0COMMENTS:

PostaComment

NewerPostOlderPost
Home

Subscribeto:PostComments(Atom)

ABOUT ME

ARE-EIN

ceriaceriaselaluorangnye...

VIEW MY COMPLETE PROFILE

BLOG ARCHIVE

2009(15)

o June(5)

o May(5)

TugasanTiga(PerbandinganArtikelJournal)
TugasanDuaULASANBUKU

NotaKuliahMingguke4

AktivitikumpulanMingguke3

RefleksiKuliahMingguKe3(4April2oo9)

o April(5)

B U T T E R F LY S TAR R A I N C L O C K

Therewasanerrorinthisgadget

H AWAI I P H O T O C L O C K

MY BLOG LIST

SINARMENTARISENJA

LAMANTEKNOLOGI&INOVASI

7YEARSAGO

T HE RE W A S A N ER RO R IN T HI S G ADG ET

You might also like