You are on page 1of 92

Secara umumnya, modal iaitu modal semula jadi

(sumber alam seperti tanah dan galian), modal


fizikal (seperti jentera dan bangunan) dan modal
manusia (tahap pendidikan, kemahiran dan latihan)
hanya menentukan sebahagian daripada proses
pertumbuhan ekonomi kerana terdapat satu lagi
modal iaitu modal sosial yang merangkumi cara
aktor ekonomi berinteraksi dan menguruskan diri
mereka untuk menjana pertumbuhan dan
pembangunan.
Modal sosial juga sering kali dilihat sebagai penunjuk
kecekapan sesuatu masyarakat. Ini kerana, sesebuah
masyarakat yang dikatakan sihat dan berfungsi
didapati mempunyai modal sosial yang lengkap.
Manakala dalam masyarakat yang terpisah-pisah,
boleh dikatakan bahawa fenomena kurang
kepercayaan, kurang perhatian kepada sivik, kurang
rangkaian yang positif dan kurang kerjasama
kumpulan telah berlaku antara ahli masyarakat (Print
dan Coleman, 2003).
Justeru itu, kajian ini akan cuba mengupas tentang
pengaruh modal sosial ke atas pencapaian
pendidikan pelajar-pelajar di luar bandar. Ciri-ciri
modal sosial yang dilihat ialah kumpulan dan
jaringan, kepercayaan dan perpaduan, tindakan
kolektif dan kerjasama, maklumat dan komunikasi,
perpaduan dan penyertaan sosial, serta
pendayaupayaan. Manakala aspek pencapaian
pendidikan pelajar pula dilihat berdasarkan kepada
keputusan peperiksaan terkini.
Di Malaysia, secara umumnya penekanan
modal sosial dalam dasar pendidikan masih
lagi kecil berbanding dengan modal manusia
dan modal fizikal. Secara umum, penekanan
modal sosial masih lagi kecil disebabkan
modal sosial masih berada di peringkat baru
perkembangan disiplinnya.
Sebagai contoh dalam konteks dasar
pendidikan Negara sepertimana termaktub
dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
untuk prospek tahun 2006-2010
memfokuskan kepada modal manusia dan
modal fizikal kerana modal ini lebih nyata
(tangible) dan boleh dilihat dengan mata
kasar. Manakala modal sosial lebih bersifat
intangible.
Dalam konteks penyertaan pelajar dalam persatuan
pula, berdasarkan kajian oleh Tuan Haji Hussein
Mahmood (1985), didapati 70 peratus guru dalam
tinjauan beliau menyatakan bahawa sambutan
pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum sekolah adalah
sederhana manakala 23 peratus menyatakannya
baik. Kira-kira 47 peratus daripada pelajar sangat
berminat dalam ko-kurikulum pasukan pakaian
seragam, persatuan atau kelab dan kumpulan
kegiatan sukan, manakala 38 peratus hanya berminat
dan selebihnya kurang atau tidak berminat.
Kira-kira 30 peratus penduduk di setiap negeri
di Malaysia yang menamatkan pendidikan
mereka hanya di peringkat sekolah rendah dan
20 peratus penduduk di setiap negeri di
Malaysia menamatkan pendidikan mereka
hanya di peringkat sekolah menengah rendah.
Kajian ini cuba menjawab persoalan-
persoalan berikut:
1. Bagaimanakah corak modal sosial di
kalangan pelajar luar bandar?
2. Bagaimana modal sosial boleh
mempengaruhi pencapaian dalam
pendidikan?
3. Adakah kesan modal sosial ke atas
pendidikan berbeza di kalangan
individu yang berlatar belakang
sosioekonomi berbeza?
4. Adakah aktor individu dalam
rangkaian iaitu jaringan dan
kumpulan boleh mempengaruhi
pencapaian pendidikan pelajar?
5. Bagaimanakah corak modal sosial di
kalangan pelajar sekolah di luar
bandar?
6. Apakah corak modal sosial berbeza
mengikut latar belakang pelajar
sekolah di luar bandar?
7. Apakah dimensi-dimensi modal
sosial yang mempengaruhi
pencapaian pendidikan pelajar?
8. Bagaimanakah dimensi-dimensi
modal sosial mempengaruhi
pencapaian pendidikan?
9. Adakah wujud hubungan pemboleh
ubah modal sosial dan pencapaian
pendidikan dengan memegang
(mengawal bagi) pemboleh ubah
modal sosial?
10. Adakah kesan modal sosial ke atas
pendidikan berbeza di kalangan
individu yang berlatar belakang
sosioekonomi berbeza?
a. Menentukan corak modal sosial di kalangan
pelajar sekolah.
Fakta yang dikutip melalui objektif ini adalah
berkenaan dengan corak modal sosial di kalangan
pelajar sekolah kajian merangkumi kumpulan dan
jaringan, kepercayaan, tindakan kolektif dan
kerjasama, maklumat dan komunikasi, perpaduan dan
penyertaan sosial, pendayaupayaan, ikatan sosial,
jambatan sosial, hubungan sosial, interaksi sosial,
agregat sosial, autoriti sosial, peranan sosial, status
sosial, norma sosial, entropi sosial, bentuk modal
sosial dan dimensi modal sosial.
b. Membandingkan pembolehubah latar belakang
pelajar sekolah kajian dan pembolehubah modal
sosial.
Mendapatkan fakta berkenaan perbezaan latar
belakang pelajar seperti jantina, bangsa, sektor
pekerjaan bapa, sektor pekerjaan ibu dan lain-lain.
Juga mendapatkan fakta berkenaan persamaan dan
perbezaan antara bangsa dengan jantina, bangsa dan
agama, sektor pekerjaan dan jantina, dan lain-lain
perbandingan latar belakang pelajar. Mendapatkan
fakta berkenaan perbezaan dan persamaan antara
pembolehubah modal sosial mengikut kategori indek.
c. Menentukan pertalian latar belakang pelajar
dengan modal sosial.
Objektif ini cuba mendapatkan fakta berkenaan
hubungan antara pembolehubah latar belakang
pelajar seperti pembolehubah modal sosial
seperti pertalian kumpulan dan jaringan dengan
emel, jantina, agama dan lain-lain.
d. Membandingkan latar belakang
pelajar mengikut modal sosial.
Objektif ini cuba mendapatkan fakta
berkenaan perbezaan dan persamaan
antara pembolehubah modal sosial dengan
pembolehubah latar belakang pelajar
seperti kumpulan dan jaringan dengan
bangsa, agama dan lain-lain.
e. Menentukan kesan (perkaitan) modal sosial ke atas
pencapaian pendidikan pelajar sekolah kajian.
Fakta yang cuba diperolehi dari objektif ini adalah
berkenaan kesan (pertalian atau hubungan) modal
sosial ke atas pencapaian pendidikan seperti kesan
kumpulan dan jaringan, kepercayaan dan lain-lain
pembolehubah modal sosial ke atas pencapaian atau
kecemerlangan pelajar; kesan kumpulan dan jaringan,
kepercayaan, tindakan kolektif dan kerjasama ke atas
keputusan peperiksaan terkini pelajar dan lain-lain.
f. Membandingkan modal sosial dengan
pencapaian pendidikan pelajar sekolah.
Objektif ini cuba mendapatkan fakta berkenaan
persamaan dan perbezaan antara modal sosial
dengan pencapaian pendidikan pelajar seperti
kumpulan dan jaringan dengan keputusan
peperiksaan terkini pelajar, kepercayaan dengan
keputusan peperiksaan terkini pelajar dan lain-
lain.
g. Menentukan kesan satu pembolehubah modal
sosial ke atas pembolehubah modal sosial yang
lain dan kemudian kesannya ke atas pencapaian
pendidikan.
Fakta yang diperolehi dari objektif ini adalah
berkenaan dengan fenomena modal sosial yang
mempengaruhi atau memberi kesan ke atas pencapaian
pendidikan seperti kumpulan dan jaringan melalui
kepercayaan dapat mempengaruhi pencapaian atau
kecemerlangan pelajar, kumpulan dan jaringan melalui
tindakan kolektif dan kerjasama dapat mempengaruhi
pencapaian atau kecemerlangan pelajar dan lain-lain.
Kajian ini dilakukan ke atas sekolah
menengah kebangsaan (dikategorikan
sekolah luar bandar) iaitu sekolah harian
biasa di Kedah.
Dua buah sekolah luar bandar telah
dipilih berdasarkan kepada prestasi
peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR)
Pembolehubah bebas iaitu modal sosial yang
dikaji ialah bentuk atau jenis modal sosial
(ikatan sosial/modal sosial ikatan, jambatan
sosial/modal sosial merapatkan dan hubungan
sosial/modal sosial yang menghubungkan)
dan enam dimensi (kumpulan-kumpulan dan
jaringan-jaringan, kepercayaan dan
perpaduan, tindakan kolektif dan kerjasama,
maklumat dan komunikasi, perpaduan dan
penyertaan sosial dan pendayaupayaan).
Pembolehubah bersandar iaitu
pencapaian pendidikan pula dapat
diperoleh melalui soalan berkenaan
pencapaian/kecemerlangan pelajar dan
soalan keputusan peperiksaan yang
terkini dalam borang soal selidik.
Kajian ini merupakan penyelidikan
asas bertujuan untuk menjelaskan
kenapa modal sosial mempengaruhi
pencapaian pendidikan masyarakat
desa dan kenapa modal sosial keluarga
dan komuniti berbeza mempunyai
kesan yang berbeza.
Jenis kajian ini ialah causal research
iaitu kajian hubungan sebab akibat yang
menyiasat kesan satu atau lebih
pemboleh ubah ke atas satu atau lebih
pemboleh ubah akibat.
Kajian ini ialah pendekatan
deskriptif bertujuan untuk
mengumpulkan pengetahuan
tentang objek kajian. Dimensi masa
dalam kajian ini ialah kajian kes
pendekatan kuantitatif.
Pendekatan kajian ini ialah pragmatisme di
mana menggunakan kaedah campuran untuk
mengutip dan menganalisis data. Unit
analisis kajian ialah terdiri daripada tahap
mikro iaitu pelajar sekolah-sekolah
menengah kerajaan dan bantuan kerajaan di
Kedah yang hanya melibatkan pengutipan
data pada satu level/tahap sahaja.
Pendekatan Kuantitatif (Fasa 1) -
kerangka persampelan, saiz sampel
kajian, kadar response, analisis
menghasilkan output berbentuk
deskriptif dan inferensi.
Pendekatan Kualitatif (Fasa 2)
Kerangka persampelan
Pengukuran Modal sosial
Dua elemen utama untuk mengukur modal
sosial ialah jenis (bentuk) modal sosial dan
dimensi-dimensi modal sosial.
Bentuk-bentuk modal sosial ialah ikatan
sosial (modal sosial ikatan), jambatan sosial
(modal sosial merapatkan) dan hubungan
sosial (modal sosial yang menghubungkan).
Pengukuran Modal sosial
Dimensi-dimensi modal sosial pula ialah
kumpulan-kumpulan dan jaringan-jaringan,
kepercayaan dan perpaduan, tindakan kolektif
dan kerjasama, maklumat dan komunikasi,
perpaduan dan penyertaan sosial dan
pendayaupayaan.
Ujian Rintis
Validiti (validiti kandungan) - Pengkaji
mengedarkan borang soal selidik kepada
pakar-pakar dalam bidang sosiologi, ekonomi
dan pendidikan di universiti-universiti seperti
Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia
dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ujian Rintis
Analisis Reliabiliti - alpha Cronbach bagi
keseluruhan 81 item ialah 0.867 di
sekolah berprestasi sederhana (Sekolah
Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Kota
Sarang Semut, Alor Star) dan sebuah sekolah
berprestasi kurang baik (Sekolah Menengah
Kebangsaan Hosba, Jitra)
Dimensi kajian yang difokuskan oleh pengkaji-
pengkaji lepas dalam fenomena pertalian antara
modal sosial dan pendidikan kanak-kanak atau
remaja dalam lebih kepada kajian berbentuk
penerokaan yang bertujuan mendapatkan
pengetahuan asas tentang proses-proses pengaruh
modal sosial terhadap pendidikan kanak-kanak dan
remaja. Coleman, J. S. (1988) antara pengkaji awal
dalam aspek ini dan diikuti oleh pengkaji-pengkaji
seterusnya seperti Furgeson (2006); Beaulieu et al.
(2001); dan lain-lain.
Pengkaji-pengkaji ini telah memfokuskan
kepada hubungan antara modal sosial dengan
pendidikan kanak-kanak dan remaja. Kajian
penerokaan tersebut telah menyediakan
pengetahuan asas tentang pembolehubah-
pembolehubah modal sosial yang
mempengaruhi pendidikan.
Persoalan-persoalan yang difokuskan oleh
pengkaji-pengkaji lepas antaranya ialah apakah
potensi modal sosial keluarga, sekolah dan
komuniti dalam mempengaruhi pendidikan kanak-
kanak atau remaja, apakah ciri-ciri modal sosial
keluarga, sekolah dan komuniti yang boleh
mempengaruhi pendidikan kanak-kanak dan
remaja?
Fokus permasalahan pula adalah pelbagai
mengikut ruang lingkup kajian pengkaji, meskipun
persoalan kajian berlegar-legar dalam aspek yang
sama tetapi tumpuan permasalahan adalah
berbeza-beza antara pengkaji seperti terdapat
pengkaji yang memfokuskan kepada masalah
kanak-kanak bekerja dan tidak bekerja (Furgeson,
2006), kanak-kanak bandar dan luar bandar (Israel,
Beaulieu dan Hartless, 2001), kanak-kanak
daripada keluarga pendatang (Abbas, 2002;
Bankston III dan Zhou, 2002; Goyette dan
Conchas, 2002) dan lain-lain lagi.
Kunci utama kepada konsep modal sosial ialah siri
jaringan (networks) yang mengandungi
perhubungan sesama manusia dengan matlamat
tertentu bagi faedah manusia sendiri. Setiap
jaringan (seperti jaringan berbentuk kekeluargaan,
rakan sekerja, kejiranan dan lain-lain) berbeza dari
segi penghasilan faedahnya dan manusia yang
menganggotai sesuatu jaringan mengetahui tentang
matlamat atau tujuan setiap jaringan perhubungan
yang diciptakan.
Bentuk-bentuk modal sosial
Bonding merujuk kepada ikatan antara orang
yang sama dalam situasi yang sama dari segi latar
belakang sosioekonomi, kelas, etnik dan
kepentingan seperti keluarga terdekat, kawan rapat,
jiran atau kumpulan etnik.
Bridging merujuk kepada ikatan jauh orang yang
sama seperti hubungan dengan kawan yang jauh
atau tidak rapat, dan rakan sekerja.
Linking merujuk kepada ikatan dengan orang
yang tidak serupa dalam situasi yang berbeza atau
hubungan antara lapisan sosial berbeza dalam satu
hierarki di mana kuasa (seperti polis dan parti
politik), status sosial dan kekayaan dicapai oleh
kumpulan berbeza.
Elemen-elemen utama ikatan sosial
adalah interaksi sosial, agregat sosial,
autoriti sosial, peranan sosial, status
sosial, norma sosial, dan entropi sosial.
Enam dimensi modal sosial
1. Kumpulan-kumpulan dan jaringan-jaringan
Kategori ini sangat berkaitan dengan modal sosial.
Ia bertujuan untuk melihat bagaimana dimensi
modal sosial ini membantu penyebaran maklumat
dan memudahkan pembuatan-keputusan kolektif.
Penjelasan tentang kumpulan adalah berasaskan
kepada kepadatan keahlian, kepelbagaian keahlian,
batasan menjalankan demokrasi dan batasan
perhubungan dengan kumpulan-kumpulan lain.
2. Kepercayaan
Kategori ini bertujuan mendapatkan data tentang
kepercayaan terhadap rakan dan orang yang tidak
dikenali serta bagaimana persepsi ini berubah
melalui masa. Kepercayaan merupakan konsep
yang abstrak dan sukar diukur dalam konteks
borang soal selidik isi rumah kerana makna
kepercayaan mungkin berbeza mengikut individu
berbeza.
3. Tindakan kolektif dan kerjasama
Kategori ini meneroka bagaimana pelajar
bekerjasama dengan orang lain dalam komuniti
semasa projek bersama atau semasa bertindak balas
kepada krisis. Maklumat dan data yang boleh
dikutip dalam dimensi ini seperti batasan tindakan
kolektif, jenis aktiviti yang ditanggung secara
kolektif dan penilaian keseluruhan terhadap
kesediaan untuk bekerjasama dan menyertai
tindakan kolektif.
4. Maklumat dan komunikasi
Capaian kepada maklumat telah dikenali sebagai
pusat untuk membantu komuniti miskin supaya
mempunyai suara yang lebih berkuasa dalam aspek
yang mempengaruhi kesejahteraan mereka.
Kategori soalan ini meneroka cara dan makna
golongan pelajar menerima maklumat dan batasan
capaian mereka kepada kemudahan komunikasi.
Bahagian ini adalah berkaitan sumber maklumat
dan maksud komunikasi.
5. Perpaduan dan penyertaan sosial
Perkara-perkara dalam dimensi ini ialah inclusion
(tindakan memasukkan seseorang dalam satu
kumpulan, perkiraan, dokumen dan sebagainya. Ia
juga bermaksud kepercayaan bahawa semua orang
harus berasa bahawa mereka dimasukkan ke dalam
masyarakat, walaupun mereka tidak mempunyai
beberapa kelebihan (Inclusion, n.d.)), sociability
(kecenderungan relatif atau kecenderungan untuk
menjadi suka bergaul atau bersekutu dengan rakan-
rakan seseorang (Sociability, n.d..)), konflik dan
ketidaktenteraman.
6. Pendayaupayaan
Soalan dalam bahagian ini meneroka perasaan
pelajar merangkumi kegembiraan, kecekapan
membuat keputusan peribadi dan keupayaan untuk
mempengaruhi peristiwa tempatan.
Teori rangkaian mempunyai nama silih ganti iaitu
analisis rangkaian dan teori rangkaian sosial. Teori
rangkaian sosial melihat hubungan sosial dari segi
nod dan ikatan. Nod merupakan aktor manusia
dalam rangkaian, dan ikatan merupakan hubungan
antara aktor. Ada pelbagai pengkelasan ikatan antara
nod, dan bentuk yang paling mudah satu rangkaian
sosial ialah satu peta dari semua ikatan yang
berkaitan antara nod yang dikaji.
Pertalian pembolehubah modal sosial
dengan Teori Jaringan (nod dan ikatan)
dan pencapaian pendidikan.
Latar belakang responden:
Pelajar perempuan sekolah kajian adalah
lebih ramai (53.7 peratus) berbanding
pelajar lelaki sekolah kajian yang menjadi
responden.
Pelajar Melayu sekolah kajian (89.6
peratus) lebih ramai menjadi responden
berbanding dengan pelajar sekolah kajian
bangsa lain.
Pelajar Islam sekolah kajian (90.8
peratus) lebih ramai berbanding dengan
pelajar sekolah kajian dari agama lain yang
menjadi responden.
Pelajar sekolah kajian yang tidak pernah
mendengar tentang modal sosial (54.3
peratus) adalah lebih ramai berbanding
dengan pelajar sekolah kajian yang pernah
mendengar tentang modal sosial yang
menjadi responden.
Pelajar sekolah kajian yang tidak tahu
maksud modal sosial (77.3 peratus) adalah
lebih ramai menjadi responden daripada
pelajar sekolah kajian yang tahu maksud
modal sosial.
Corak Modal Sosial Di Kalangan
Pelajar Luar Bandar:
Taburan dan kecenderungan memusat
item-item modal sosial
Peratusan item-item modal sosial ialah
antara 40 peratus hingga 64 peratus.
Analisis Hubungan Antara Dua
Pembolehubah: Membandingkan
Pembolehubah Latar belakang Responden
Kumpulan 1 (jantina lelaki) pelajar sekolah kajian
ialah 368 orang, lebih rendah daripada Kumpulan 2
(iaitu 466 orang jantina perempuan dan 33 orang
yang tidak menentukan jantina) pelajar sekolah
kajian dan ia akan muncul daripada satu
penyemakan dari jadual ini bahawa nisbah lelaki ke
perempuan ialah hampir 1:1 daripada 3:1. Hipotesis
bahawa nisbah lelaki ke perempuan ialah 0.75 ialah
ditolak kerana kebarangkalian tentang memperoleh
keputusan ini melalui peluang ialah sangat tidak
mungkin dengan p sama dengan 0.000.
Ujian Kolmogorov-Smirnov: Ujian Satu
Sampel (Membandingkan Pembolehubah
Modal Sosial)
Ujian Kruskal-Wallis Sampel Bebas (Ujian
Median Untuk Dua atau Lebih Sampel
Tidak Berkaitan) (Membandingkan Modal
Sosial Dengan Pencapaian Pendidikan)
Ujian Kruskal-Wallis H untuk Tiga atau
Lebih Sampel Tidak Berkaitan
(Membandingkan Latar belakang Pelajar
Dengan Modal Sosial)
ANOVA (One-way Analysis of
Variance/Analisis varian sehala) Untuk
Tiga atau Lebih Min Tidak Berkaitan
(Membandingkan Latar belakang Pelajar
Dengan Modal Sosial)
Ujian Levene Untuk Tiga atau Lebih
Varian Tidak berkaitan/Berhubungan:
Membandingkan Latar belakang Pelajar
Dengan Modal Sosial
Analisis Hubungan Antara Dua
Pembolehubah
4.6.1 Analisis Bivariat: Meneroka
hubungan antara dua pembolehubah
(Crosstabulation) (Pertalian Latar Belakang
Pelajar Dengan Modal Sosial Dan Kesan
Modal Sosial Ke atas Pencapaian
Pendidikan)
Rank Correlation: Kesan Modal Sosial Ke
atas Pencapaian Pendidikan
Gamma (): Ukuran Perhubungan
(Penggabungan) - Petunjuk Kekuatan dan
Arah Perhubungan (Penggabungan)
(Kesan Modal Sosial Ke atas Pencapaian
Pendidikan)
Analisis Multivariate Jadual Kontigensi
(Kesan Satu Pembolehubah Modal Sosial
Ke atas Pembolehubah Modal Sosial Yang
Lain Dan Kemudian Kesannya Ke atas
Pencapaian Pendidikan)
Kajian ini dapat menyumbangkan pengetahuan baru tentang
pengaruh modal sosial ke atas pencapaian pendidikan.
1. Penerangan Alternatif Yang Wajar Ke atas Keputusan
Kajian:
Pemboleh ubah bentuk modal sosial, ikatan sosial, hubungan
sosial, interaksi sosial, agregat sosial, autoriti sosial, peranan
sosial, status sosial, norma sosial, entropi sosial, dimensi modal
sosial, kumpulan dan jaringan, kepercayaan, tindakan kolektif
dan kerjasama, maklumat dan komunikasi, perpaduan dan
penyertaan sosial, dan pendayaupayaan mempunyai pertalian
dengan pencapaian pendidikan kecuali pemboleh ubah
jambatan sosial.
Riegle-Crumb dan Callahan (2009), terdapat
bukti rangkaian persahabatan rakan etnik secara
positif berkaitan dengan pencapaian pelajar
Latin (Latino).
2. Pertalian Pemboleh ubah Dengan Teori
Jaringan Melalui Analisis Korelasi:
Ikatan kuat dan nod mempunyai hubungan yang
positif dengan pencapaian pendidikan. Ini
bermakna bahawa ikatan kuat dan nod
mempengaruhi pencapaian pendidikan secara
positif. Manakala ikatan lemah mempunyai
hubungan negatif dengan pencapaian pendidikan,
iaitu apabila seseorang pelajar sekolah mempunyai
ikatan lemah ia akan menyebabkan pencapaian
pendidikan lebih rendah.
Carbonaro (2010), menemui bahawa pelajar
yang mempunyai hubungan sosial lebih jauh
(ikatan lemah) lebih berpengaruh untuk
pencapaian dan keputusan pencapaian.
3. Pertalian Pemboleh ubah dengan Teori
Rangkaian/Jaringan Melalui Analisis
Multivariate Jadual kontigensi:
Pelajar sekolah yang mempunyai pemboleh ubah
bebas kedua juga mempunyai pemboleh ubah bebas
pertama. Pelajar sekolah yang mempunyai
pemboleh ubah bebas pertama dan juga mempunyai
pemboleh ubah bebas kedua menunjukkan
pencapaian pendidikan yang baik.
Kajian Goddard (2003), apabila hubungan
guru-pelajar dan guru-ibu bapa dicirikan oleh
kepercayaan serta sekolah-sekolah dicirikan
oleh norma akademik sokongan, hubungan
sosial mempunyai potensi untuk membantu
pelajar mencapai kejayaan akademik.
Cadangan kajian masa depan ialah
menjelaskan pertalian antara pembolehubah
pencapaian pendidikan dengan pembolehubah
modal sosial melalui kaedah analisis
multivariat menggunakan regresi dan teknik-
teknik yang lain. Kajian masa depan juga
dicadangkan menggunakan kaedah
persampelan kebarangkalian untuk tujuan
generalisasi.
Bagi tujuan mengembangkan teori rangkaian
dan pertaliannya dengan modal sosial, kajian
masa depan boleh menjelaskan bagaimana
ikatan dan nod dalam teori rangkaian boleh
berfungsi untuk meningkatkan pencapaian
pendidikan dengan membuat perkaitan dengan
modal sosial.
Konteks baru yang melibatkan latar belakang
kebudayaan yang berbeza juga boleh dijadikan
sebagai unit analisis seterusnya untuk
mengkaji pencapaian pendidikan dan
pertaliannya dengan modal sosial.
Kajian pencapaian pendidikan dan
pertaliannya dengan modal sosial juga boleh
dijalankan di lokasi-lokasi yang lain dan boleh
memeriksa pembolehubah-pembolehubah
kajian melalui menguji teori-teori yang
melibatkan rangka dan model yang berbeza.
Penilaian semula ke atas topik ini juga boleh
dijalankan pada masa hadapan melalui kajian
seterusnya.
Implikasi kepada dasar berkenaan dengan
pendidikan ialah sambungan dalam
rangkaian yang melibatkan ibu bapa, sekolah
dan rakan sebaya boleh digunakan dengan
sebaik mungkin untuk membantu pelajar
meningkatkan pencapaian pendidikan.
Entiti-entiti seperti persatuan, kumpulan dan
kelab adalah berguna sebagai satu ruang
yang membolehkan sambungan antara
pelajar-pelajar dengan ibu bapa, sekolah dan
rakan sebaya.
Abbas, T. (2002). The home and the school in the educational achievements of
south
asians. Race ethnicity and education, Vol. 5, No. 3, 291-316. Atas talian pada 23
Januari 2007 dari http:// web.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ ehost/pdf? vid=
4&hid=11&sid= 5c421cba -de11-44c0-8ae9-fcbf7d05ddeb%40sessionmgr106
Appalachian State University. (2005). Theories used in is research: Social network
theory.
Atas talian pada 27 November 2013, dari www.istheory.yorku.ca/socialnetwork
theory.htm
Bankole, R.A. (2011). Student trust in teachers and its relationship to student
identification with school, student perceptions of academic press, and achievement.
Dissertation Abstracts International Section A: Humanities and Social Sciences,
Vol. 72 (3-A), 2011, pp. 828. Atas talian pada 15 Ogos 2013, dari
web.ebscohost.com.erserv.uum. edu.my/ehost/detail?vid=3&sid=57e6d61e-6ff1-
4a33-a76a-e3ece5e6dbd4%40
sessionmgr13&hid=119&bdata=JnNpdGU9ZWhvc3QtbGI2ZSZzY29wZT1zaXRI
#db=psyh&AN=2011-99170-272
Bankston III, C. L. dan Zhou, M. (2002). Social capital and immigrant childrens
achievement. Dalam Fuller, B. dan Hannum, E. Schooling and social capital in
diverse cultures. Netherlands: Elsevier Science Ltd.
Bearden, A. G. (2006). The effects of uncertainty and communnication on
cooperation in commons dilemmas. Master of Science, University of Victoria.
Atas talian pada 1 September 2013, dari
search.proquest.com.eserv.uum.edu.my/docview/304983255/fulltextPDF/1403C
919E5020D9B2BD/7?accountid=42599
Beaulieu, L. J., et al. (2001). For whom does the school bell toll? Multi-
contextual presence of social capital and student educational achievement.
Journal of Socio-Economics, Vol. 30, 121-127. Atas talian pada 23 Januari 2007
dari http:// web.ebscohost. com.eserv.uum.edu.my/ ehost/pdf? vid=
4&hid=118&sid=5c421cba-de11-44c0-8ae9-fcbfd05ddeb%40sessionmgr106.
Boyle, M. H., et al. (2007). Neighborhood and family influences on educational
attainment: Results from the Ontario child health study follow-up 2001. Child
Development. Vol. 78. No. 1, 168-189. Atas talian pada 15 Mac 2007 dari
http://www.blackwell-synergy.com.eserv.uum.edu.my/ doi/pdf/10.1111/j.1467-
8624.2007.00991.x
Bryk, A.S. dan Schneider, B. (n.d.). Trust in schools: A core resource for
improvement. Atas talian pada 31 Oktober 2013, dari www.muhsd.k12.ca.us/
cms/lib5/CAD 1001051/ Centricity/Domain/29/Article_-
_Relational_Trust_Chapter_4.pdf
Casper, D.C. (2013). The relationship between collective student trust and student
achievement. Dissertation Abstracts International Section A: Humanities and
Social Sciences, vol. 73 (8-A) (E), 2013. Atas talian pada 15 Ogos 2013, dari
web.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ehost/detail?vid=3&sid=57e6d61e-6ff1-
4a33-a76a-e3ece5e6db4%40sessionmgr13&hid=23&bdata= JnNpdGU9ZWhvc3
QtbGI2ZSZzY29wZT1zaXRI#db=psyh&AN=2013-99030-513
Chapter 5 Discussion. (n.d.). Atas talian pada 31 Oktober 2013, dari
nccuir.lib.nccu.edu.tw/bitstream/140.119/37208/10/5251031.pdf
Coleman, J.S. (1988). Social capital in the creation of human capital. Dalam
Ostrom, E. dan Ahn, T.K. (2003). Foundations of social capital.United Kingdom:
An Elgar Reference Collection.
Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and
evaluating, quantitative and qualitative research 2nd edition. New Jersey:
Pearson Merrill Prentice Hall.
Creswell, J. W. (2003). Research design: Qualitative, quantitative and mixed
methods approaches (2nd edition). United State of America: Sage Publications,
Inc.
Crosnoe, R. (2004). Social capital and the interplay of families and schools.
Journal of Marriage and Family. Vol. 66, Mei, 267-280. Atas talian pada 24
Januari 2007 dari http://www.blackwell-synergy.com.eserv.uum.edu.my/
doi/pdf/10.1111/ j.1741-3737.2004.00019.x.
Davis, J.L. (2009). The influence of social capital factors on African-Americam
and Hispanic high school student achievement. Tesis doctoral, University of
Central Florida. Atas talian pada 23 Jun 2013, dari
search.proquest.com.eserv.uum.edu.my/
docview/305091889/fulltextPDF/13ED3D0A6C4190A648/4?accountid=42599
Ferguson, K.M. (2006). Social capital predictors of children's school status in
Mexico. International Journal of Social Welfare, Vol. 15, 321-331. Atas talian
pada 24 Januari 2007 dari http://www.blackwell-synergy.com.eserv.uum.edu.my/
doi/pdf/ 10.1111/j.1468-2397.2006.00422.x.
Fox, C.K., et al. (2010). Physical activity and sports team participation:
Associations with
academic outcomes in middle school and high school students. Journal of School
Health, January 2010, Vol. 80, No. 1. Atas talian pada 24 Julai 2013, dari
ehis.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ehost/pdfviewer/pdfviewer?vid=3&sid=8
c9cdceb-3095-4e3a-a6e1-233a1059fce2%40sessionmgr15&hid=4
Giavrimis, P., Papanis, E. dan Roumeliotou, M. (2011). Social networks and trust
of immigrant students in Greek preliminary schools. International Journal of
Academic Research, Vol. 3, No. 5, September 2011, 1 Part. Atastalian pada 1
September 2013, dari web.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ehost/
pdfviewer/pdfviewer?vid=5&sid=4fc65119-9c2b-4e04-9b8c-95a3887e470
a%40sessionmgr114&hid=113
Goddard, R.D., Salloum, S.J. dan Berebitsky, D. (2009). Trust as a mediator of the
relationships between: poverty, racial composition, and academic achievement
evidence from Michigan's Public Elementary Schools. Educational Administration
Quarterly, Apr 2009, Vol. 45 Issue 2, pp. 292-311. Atas talian pada 15 Ogos 2013,
dari web.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ehost/detail?vid=3&sid=57e6d61e-
6ff1-4a33-a76a-
e3ece5e6dbd4%40sessionmgr13&hid=23&bdata=JnNpdGU9ZWhvc3
QtbGI2ZSZzY29wZT1zaXRI#db=aph&AN=37132654
Goyette, K. A. dan Conchas, G. Q. (2002). Family and non-family roots of social
capital among Vietnamese and Mexican American children. Dalam Fuller, B. dan
Hannum, E. Schooling and social capital in diverse cultures. Netherlands:
Elsevier Science Ltd.
Griffith, J. (1996). Relation of parental involvement, empowerment, and school
traits to
student academic performance. Journal of Educational Research, September 1.
Atas talian pada 28 Ogos 2013, dari web.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my.
ehost/pdfviewer/pdfviewer?vid=3&sid=ae4e70ef=e67e-4c57-b829-c640d85e045b
%40sessionmgr198&hid=122
Hartman, C. J. (n.d.). Social class and social capital: An integrated theory of
community college academic achievement. Tesis doctoral, South Dakota State
University. Atas talian pada 23 Jun 2013, dari
search.proquest.com.eserv.uum.edu.my/docview/
304817273/fulltextPDF/13ED3D0A6C4190AD648/3?accountid=42599
Igarashi, T., et al. (2008). Culture trust, and social networks. Asian Journal of
Social Psychology (2008), 11, 88-101. Atas talian pada 1 September 2013, dari
web.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ehost/pdfviewer/pdfviewer?vid=6&sid=4
fc65119-9c2b-4e04-9b8c-95a3887e479a%40sessionmgr114&hid=24
Imber, S. (1973). Relationship of trust to academic performance. Journal of
Personality and Social Psychology 1973, Vol. 28, No. 1, 145-150. Atas talian
pada 15 Ogos 2013, dari
web.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ehost/pdfviewer/pdfviewer?
vid=5&sid=57e6d61e-6ff1-4a33-a76a-
e3ece5e6dbd4%40sessionmgr13&hid=119
Introduction to Research Methods. (2013). About.com Psychology. Atas talian
pada 19 November 2013, dari psychology.about.com/od/researchmethods/ss/
expdesintro.htm
Israel, G.D., dan Beaulieu, L.J. (2004). Laying the foundation for employment:
The role of social capital in educational achievement. The Review Of Regional
Studies, Vol. 34. No. 3, 260-287. Atas talian pada 23 Januari 2007 dari http://
web. ebscohost. com. eserv. uum.edu.my/ ehost/pdf?
vid=4&hid=121&sid=5657932b-b867-416d-a051-
e64f6900b4d3%40sessionmgr7
Israel, G.D., Beaulieu, L.J. dan Hartless, G. (2001). The influence of family and
community social capital on educational achievement. Rural sociology. Vol. 66.
No. 1, 43-68. Atas talian pada 23 Januari 2007 dari http:// web.ebscohost.com.
eserv. uum.edu.my/ ehost/pdf? vid=4&hid=113&sid= 5657932b-b867-416d-
a051 -e64f6900b4d3%40sessionmgr7
John, P. (2005). The contribution of volunteering, trust, and networks to
educational performance. The Policy Studies Journal, Vol. 33, No. 4, 635-656.
Atas talian pada 9 Mac 2007 dari http://www.blackwell-
synergy.com.eserv.uum.edu.my/ doi/pdf/10.1111/j.1541-0072.2005.00136.x
Lin, C.H. (2008). The relationship of racial identity, psychological adjustment
and social capital, and their effects on academic outcomes of Taiwanese
aboriginal five-year junior college students. Tesis doctoral, University of North
Texas. Atas talian pada 23 Jun 2013, dari
search.proquest.com.eserv.uum.edu.my/docview/304544053/
fulltextPDF/13ED457974037094248/5?accountid=42599
Lee, S. (2007). The relations between the student-teacher trust relationship and
school success in the case of Korean middle schools. Educational Studies, vol.
33(2), Jun 2007, pp. 209-216. Atas talian pada 15 Ogos 2013, dari
web.ebscohost.com.eserv. uum.edu.my/ehost/detail?vid=4&sid=57e6d61e-6ff1-
4a33-a76a-e3ece5e6dbd4%
40sessionmgr13&hid=119&bdata=JnNpdGU9ZWhvc3QtbGI2ZSZzY29wZT1za
XRI#
Kubey, R.W., Lavin, M.J. dan Barrows, J.R. (2001). Internet use and collegiate
academic performance decrements. Early Findings. Journal of Communication,
51(2), pp. 366-382. Dalam Chen, Y. dan Lever, K. (n.d.). Relationships among
mobile phones, social networks, and academic achievement: A comparison of US
and taiwanese college students. Atas talian pada 31 Oktober 2013, dari
www.fil.hu/mobil/2005/Chen-lever.pdf
Laerd dissertaion. (2010). Purposive sampling: An overview. Atas talian pada 5
Jun 2012, dari dissertationlaerd.com/articles/purposive_sampling-an-
overview.php
Martin, N. D. (2009). Social capital, academic achievement, and postgraduation
plans at an elite private university. Sociological Perspective, Vol. 52, No. 2
(Summer 2009), pp. 185-210. Atas talian pada 20 Jun 2013, dari
http://www.jstor.org.eserv.uum.edu. my/stable/pdfplus/10
Marwell, G. dan Oliver, P. E. (1988). Social networks and collective action: A
theory of the critical mass. III. AJS Volume 94 Number 3 (November 1988); pp.
502-34. Atas talian pada 31 Oktober 2013, dari
www.scs.wisc.edu/~oliver/PROTESTS/Article
Copies/MarwellOliverPrahlCritMassIIICORRECTED.pdf
Massari, D.J. dan Rosenblum, D.C. (1972). Locus of control, interpersonal trust
and academic achievement. Psychological Reports, Vol. 31(2), Oct, 1972, pp.
355-360. Atas talian pada 15 Ogos 2013, dari
web.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ ehost/detail? vid=6&sid=57e6d61e-6ff1-
4a33-a76a-e3ece56dbd4%40sessionmgr13
&hid=119&bdata=JnNpdGU9ZWhvc3QtbGI2ZSZzY29wZT1zaXRI#db=psyh&
AN=1973-07894-001
Meier, A. (1999). Social capital and school achievement among adolescents.
CDE Working Paper, No. 99-18. Center for Demography and ecology,
University of Wisconsin-Madison. Atas talian pada 24 Jun 2013, dari
www.ssc.wisc.edu/ cde/cdewp/99_18.pdf
Olivo, C. (2009). Social capital and Latino achievement. Tesis doctoral,
Claremont
Graduate University. Atas talian pada 23 Jun 2013, dari
search.proquest.com.eserv.uum.edu.my/docview/304863383/fulltextPDF/13ED5
35075159D20TE7/16?accountid=42599
Papanastation, E.C. dan Bottiger, L. (2004). Maths club abd their potentials:
Making mathematics fun and exciting. A case study of a math club. Int. J. Math.
Educ. SCI. Technol., 2004, Vol. 35, No. 2, 159-171. Atas talian pada 24 JUlai
2013, dari
ehis.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ehost/pdfviewer/pdfviewer?vid=3&sid=O
6a3dbd6-35d6-4cc1-b4la-f74c1f860125%40sessionmgr114&hid=115
Parcel, T.L. dan Dufur, M. J. (2001). Capital at home and at school: Effects on
child social adjustment. Journal of Marriage and Family, Vol. 63, Februari, 32-
47. Atas talian pada 24 Januari 2007 dari http://www.blackwell-
synergy.com.eserv. uum. edu.my/doi/pdf/10.1111/j.1741-3737.2001.00032.x
Purposive sampling. (2012). Answers. Atas talian pada 5 Jun 2012, dari
www.answers.com/ topic/purpoive-sampling
Putterman, L. (2009). Heterogenous perdispositions and the effects of sorting,
voting, and
communication in collective action dilemmas. Social Science Research Network.
SSRN Working Papaer Series, Jan 2012. Atas talian pada 1 September 2013, dari
search.proquest.com.eserv.uum.edu.my/results/1403c8429641715BAcc/1/5bquer
yType$3dbasiciOS$3b+sortType$3drelevan$3b+searchTerms$3d$5b$cAND$7cc
itationBodytags:collective...
Riegle-Crumb, C. dan Callahan, R.M. (2009). Exploring the academic benefits of
friendship ties for Latino boys and girls. Social Science Quarterly, Volume 90,
Number 3, September 2009. Atas talian pada 14 Ogos 2013, dari onlinelibrary.
wiley.com.eserv.uum.edu.my/doi/10.1111/j.1540-6237.2009.00634.x/pdf_
Rothon, C., Goodwin, L. dan Stansfeld, S. (2012). Family social support,
community "social capital" and adolescent' mental health and educational
outcomes: a longitudinal study in England. Soc Psychiatry Epidemiol (2012).47:
697-709. Atas talian pada 20 Jun 2013, dari
ehis.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ehost/ pdfviewer
/pdfviewer?vid=3&sid=72ac5272-cfd1-45d1-8ab2-aabebb4bb40a
%40sessionmgr111&hid=107
Sherman, H.J. dan Catapano, S. (2011). After-school elementary school
mathematics club: Enhancing achievement and encouraging future teachers.
Educational Reserach Quarterly September 2011. Atas talian pada 24 Julai 2013,
dari ehis.ebscohost.
com.eserv.uum.edu.my/ehost/pdfviewer/pdfviewer?vid=3&sid=05a3dbd6-35d6-
4cc1-b41a-f74c1f860125%40sessionmgr114&hid=115
Sil, S. (2009). The role of social ties of immigrant parents in determinig their
children's school success. Tesis doctoral, The Pennsylvania State University. Atas
talian pada 25 Jun 2013, dari
search.proquest.com.eserv.uum.edu.my/docview/900705803/
fulltextPDF/13EDE1078086AF57945/46?accountid=42599
Smith, M.H., Beaulieu, L.J. dan Israel, G.D. (1992). Effects of human capital and
social capital on dropping out of high school in the south. Journal of Research in
Rural Education, Vol. 8, No. 1, 75-87
Speer, P.W., Jackson, C.B. dan Peterson, N.A. (2001). The relationship between
social cohesion and empowerment: support and new implications for theory. Health
Education & Behavior, vol. 28(6), Dec 2001, pp.716-732. Atas talian pada 1
September 2013, dari web.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ehost/detail? vid=3
&sid=4db42e56-0b2a-483c-85ed-63fa1a8764b5%40sessionmgr10&hid=24
&bdata=JnNpdGU9ZWhvc3QtbGI2ZSZzY29wZT1zaXRI#db=psyh&AN=2001_0
5606-002
Teachman, J.D., Paasch, K. dan Carver, K. (1996). Social capital and dropping
out of school early. Journal of Marriage and Family, Vol.58, Ogos, 773-783.
Toussaint, J.G. (2008). Adoptive status, social capital and academic achievement.
Tesis Doctoral, Virginia Polytechnic Institute and University. Atas talian pada 23
Jun 2013, dari search.proquest.com.eserv.uum.edu.my/docview/1027595830/
fulltextPDF/13ED3D0A6C4190AD648/27accountid=42599
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. (2006). Rancangan Malaysia
Kesembilan 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Westbrook, L.A.G. (2011). The role of human capital and social capital on
incorporation
and Latino educational achievement at the post-secondary level. Master of Arts,
University of Nebraska at Oklahoma. Atas talian pada 23 Jun 2013, dari
search.proquest.com.eserv.uum.edu.my/docview/912025944/fulltextPDF/13ED53
5075159020FE7/13?accountid=42599
n/a. (n.d.). http://www2.uiah.fi/projekti/metodi/144.htm#desc

You might also like