You are on page 1of 125

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN HURUF BESAR

MELALUI TEKNIK E-GEOMETRI BAGI MURID TAHUN 4

NOOR FATHIYYAH BINTI ISMAIL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
2015
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN YANG
MENGANDUNGI HURUF DIGRAF MENGGUNAKAN TEKNIK E- 2 L
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 BESTARI

FATIN ATHIRAH BINTI AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH

2015
PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya
karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pergurusan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Tandatangan :

Nama Penyelia : ENCIK MOHD TAUFIK BIN HJ. AHMED

Tarikh : 2015

1
PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan :

Nama Penulis : FATIN ATHIRAH BINTI AHMAD

Tarikh : 2015

2
DEDIKASI

Teristimewa buat ayah dan ibu tersayang,

Allahyarham Ahmad bin Hamid dan Fatimah Ton Zarok

Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan,

semangat dan nasihat yang kalian titipkan...

Buat sahabat-sahabat, Khasnya PISMP Bahasa Melayu Ambilan 2012,

Terima kasih kerana menjadi teman yang setia yang sentiasa menceriakan hidup ini,

Sesungguhnya memori yang pernah kita cipta bersama akan terus hidup

di dalam kotak ingatan buat selama-lamanya...

Teristimewa buat pensyarah penyelia, ,

Encik Mohd Taufik bin Hj Ahmed

terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini.

3
PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia


saya telah berjaya menyiapkan laporan penyelidikan tindakan ini dalam tempoh yang
ditetapkan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah.

Jutaan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan


Bahagian Pendidikan Guru (BPG) atas peluang yang telah diberikan kepada saya
untuk melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Encik Mohd Taufik bin Haji Ahmed selaku pensyarah
penyelia penyelidikan tindakan atas segala bimbingan, bantuan, nasihat serta tunjuk
ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini. Segala ilmu
yang diberikan amat berharga dan akan dikenang sehingga akhir hayat.

Akhir sekali ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjalankan kajian ini, hanya Allah
S.W.T sahaja yang dapat membalas budi baik kalian.

4
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid tahun 3 Bestari dalam
meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf
dengan betul. Kajian ini melibatkan 5 orang responden yang terdiri daripada 3 orang
murid perempuan dan 2 orang murid lelaki dalam kalangan murid tahun 3 Bestari
yang menghadapi masalah dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf
digraf yang dijalankan di sebuah sekolah di Taiping, Perak. Kajian ini menggunakan
tiga instumen iaitu ujian pra dan ujian pos, pemerhatian dan temubual. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian responden dalam ujian pos
berbanding ujian pra. Daripada 5 orang responden, 4 orang responden menunjukkan
lonjakan prestasi yang sangat baik iaitu 100 % manakala seorang responden
mendapat 92% dalam ujian pos. Hal ini terbukti apabila berlaku peningkatan
peratusan purata pada ujian pos sebanyak 45 % % daripada ujian pra. Berdasarkan
data pemerhatian pula didapati murid-murid lebih berminat dan seronok untuk
mengikuti aktiviti pembelajaran, keadaan kelas juga menjadi hidup dan ceria.
Responden juga menunjukkan perubahan positif. Berdasarkan data transkipsi
temubual pula didapati responden dapat mengaplikasikan teknik e- 2 L dengan
baik. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, terbukti bahawa penggunaan teknik
e- 2L dapat meingkatkan kemahiran murid dalam membaca perkataan yang
mengandungi huruf digraf. Namun begitu, ada beberapa cadangan penambahbaikan
yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi kajian ini iaitu menambah bilangan
responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain dapat memanfaatkan
keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid. Tempoh kajian yang lebih lama
serta koloborasi di antara ibu bapa dan guru juga difikirkan sebagai satu cadangan
yang sesuai. Selain itu, responden dapat mengaplikasikan kemahiran membaca
perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan betul selepas teknik ini
dilaksanakan.

Kata Kunci: meningkat, minat, e- 2 L, huruf digraf, aplikasi

5
ABSTRACT

The aim of this research was to help Year 3 Bestari pupils in improving their reasung
skill, which is reading words that contain digraph letters correctly. This study
involved 5 pupils consisted of 3 female and 2 male pupils of Year 3 Bestari in a
school in Taiping, Perak who were having problem in reading words that contain
digraph letters. There were three instruments used namely pre-test and post-test,
observation and and interview. The result showed a there was increment ini post-test
as compapred to the pre-test. Of the 5 respondents, 4 respondents showed a very
good increment in their performance which is 100%, meanwhile there was one
respondent who obtaine 92% in post test. This is evident when there was an
increment in the average percentage 45% during the post test. Based on the
observation data, it was found that pupils were more interested and excited to
participate in the learning activity, and the classroom environment became lively and
cheerful as well. The respondents also showed positive changes. Based on the
interview data transcription, the respondents were able to apply the e- 2 L
technique. Based on the research findings, it is evident that the use of e- 2 L
technique can improve pupils ability in reading words that contain digraph letters.

Keywords: increase, interest, apply, digraph letters, e- 2 L technique

6
KANDUNGAN
Muka surat
PENGESAHAN PENYELIA i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 4
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 8

2.0 FOKUS KAJIAN 11


2.1 Isu Kajian 11
2.2 Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian 16
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 24
3.1 Objektif Umum 24
3.2 Objektif Khusus 24
3.3 Soalan Kajian 25

4.0 KUMPULAN SASARAN 26

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 29


5.1 Model Kajian yang Digunakan 29
5.2 Tindakan yang Dijalankan 35

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 41


6.1 Ujian Pra dan Pos 41
6.2 Pemerhatian 42
6.3 Temubual 45

7.0 KEPUTUSAN/ ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI 47


7.1 Analisis Data Ujian Pra Pos 47
7.2 Analisis Data Instrumen Pemerhatian 63
7.3 Analisis Data Transkrip Temubual 77

8.0 REFLEKSI 87
8.1 Rumusan Dapatan Kajian 87

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 94

RUJUKAN 97
SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

1 Jadual Perkataan Digraf 36

2 Teknik Permainan 38

3 Analisis Ujian Pra Perkataam Digraf 48

4 Analisis Ujian Pos Perkataan Digraf 50

5 Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Pos 51

6 Analisis Ujian Pra Ayat Digraf 55

7 Analisis Ujian Pos Ayat Digraf 58

8 Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Pos 61

9 Protokol Murid 1 64

10 Protokol Murid 2 66

11 Protokol Murid 3 70

12 Protokol Murid 4 73

13 Protokol Murid 5 76

14 Protokl Murid 9 47

15 Protokol Murid 10 48

16 Transkrip temubual 1 77

17 Transkrip temubual 2 80

18 Transkrip tembual 3 83

19 Transkrip temubual 4 85
SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

1 Modal Tindakan Kurt Lewin 30


2 Teknik e-Geometri 21
3 Graf Perbandingan Ujian Pra dan Pos Perkataan 53
4 Graf Ujian Pra Bacaan Ayat Digraf 57
5 Graf Ujian Pos Bacaan Ayat Digraf 60
6 Graf Perbandingan Ujian Pra dan Pos Bacaan Ayat
Digraf 62

SENARAI LAMPIRAN
Lampiran

A Instrumen Ujian Pra da n Pos

B Instrumen Pemerhatian

C Instrumen Analisis Temubual

D LampiranTeknik e- 2 L

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang sangat penting di semua

sekolah.Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, semua sekolah iaitu rendah

mahupun menengah perlu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

ilmu. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana ia mempunyai ciri-ciri

keintelektualan bahasa dan ciri-ciri kesempurnaan bahasa. Pengajaran bahasa Melayu

sekolah rendah memberikan tumpuan kepada murid untuk menguasai hasil pembelajaran

bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Selain itu, Bahasa Melayu juga merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan

negara kita dan dituturkan oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Bahasa

Melayu memiliki sifat dinamik. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2003) menyatakan

bahasa ini telah berkembang dengan begitu pesat dan mendadak dari semasa ke semasa
sehingga ramai penutur dan pengguna bahasa Melayu sendiri mengalami kesulitan untuk

mengikuti perkembangan tersebut. Dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan

harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, Kurikulum Bahasa Melayu

juga telah digubal. Melalui Kurikulum Bahasa Melayu, murid disediakan untuk
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan penggunaan tatabahasa

yang betul dan tepat.

Tambahan lagi, pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan

penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan, kaedah serta

teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Kaedah dan

teknik perbincangan, simulasi, projek dan inkuiri berasaskan pembelajaran kajian masa

depan, kecergasan pelbagai dan konstruktivisme umpamanya dapat meningkatkan minat

murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan

teknik dan penggunaan bahan bantu dan teknologi yang dapat merangsang dan

menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir secara kritis dan kreatif (Shahril Marzuki

& Habib Mat Som, 1999).

Salah satu usaha penting dalam konteks perkembangan profesionalisme

keguruan ialah meningkatkan teknik pengajaran di dalam bilik darjah.Dalam hal ini

sudah tentu guru-gurulah yang memainkan peranan terpenting memandangkan klien

utama mereka ialah pelajar-pelajar yang saban hari datang ke sekolah dan menjalani

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik-bilik darjah.Seharusnya guru-guru sentiasa

bersedia membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran

demi meningkatkan prestasi profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan

menguasai kaedah-kaedah asas penilaian seperti menjalankan kajian terhadap

keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan di dalam bilik-


bilik darjah. Antara aspek penilaian yang membawa kesan yang baik ialah menjalankan

kajian tindakan. (Shahabudin Hashim, etl. al. (2003).

Aktiviti permainan bahasa di dalam bilik darjah amat digalakkan. Menurut Siti

Hajar, permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini

sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat

sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah.Teknik ini juga adalah satu

strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid.

Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-

mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat

memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari

di dalam bilikdarjah.Tambahan lagi, permainan bahasa merupakan aktiviti yang

dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran

secara langsung atau tidak langsung.

Saya telah menunjukkan contoh membaca perkataan yang mengandungi huruf

digraf kepada murid. sehingga mereka dapat membaca perkataan tersebut dengan agak

baik. Murid juga menunjukkan penyertaan aktif mereka di dalam kelas tetapi ketika sesi

soal jawan di akhir pelajaran, saya mendapati bahawa kebanyakan murid masih belum

mahir membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf.. Mereka hanya mampu

membaca dengan baik apabila mendapat bantuan daripada guru. Pepatah Cina ada

menyebut aku mendengar dan aku lupa, aku melihat dan aku ingat, aku lakukan dan

aku mengerti. Dalam konteks ini jelaslah bahawa mesej utama yang ingin disampaikan
ialah bahawa pengalaman mendapatkan melalui hanya satu akal tidak cukup untuk

mencapai pemahaman.. Konsturuktivisme adalah teori yang menyatakan pengetahuan

yang tidak dapat wujud di luar fikiran tetapi dibina dalam minde berdasarkan

pengalaman nyata. (Hiang, 2005).

Tuntasnya, dalam konteks pendidikan di negara kita Malaysia, setiap kanak-

kanak berhak mendapat fizikal, mental, rohani, emosi, minat,bakat, latar belakang sosial

dan sebagainya. Oleh itu, mereka haruslah diberi layanan dan kemudahan pembelajaran

yang sesuai dengan kemampuan dan kebolehan peluang pendidikan yang sama rata

untuk semua. Abd Rahim Bin Talib, (2006 ).Peluang dan hak ini tidak boleh dinafikan.

Bagaimanapun, para pelajar ini merupakan manusia biasa yang mempunyai pelbagai

perbezaandari segi mereka.


1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya merupakan seorang guru pelatih PISMP Pengajian Melayu Ambilan Januari 2012

yang menjalani program praktikum fasa tiga yang bermula pada 2 Februari sehingga 30

April 2015.Saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan A yang terletak di daerah Taiping,

Perak dan merupakan sekolah kategori Bandar.Suasana persekitaran Sekolah A yang

tenang menimbulkan suasana yang amat menyeronokkan.Namun, situasi yang mencabar

bagi saya ialah apabila diamanahkan untuk mengajar tahun 3 Bestari yang mempunyai

22 orang murid dengan bermacam ragam dan tahap penguasaan.Lima orang daripada

murid kelas ini merupakan murid pemulihan.Tahun 3 Bestari merupakan satu-satunya

kelas tahun tiga di sekolah tersebut.Majoriti murid di dalam kelas ini terdiri daripada

kaum India.

Selain itu, kebanyakan murid di dalam kelas ini mempunyai aras pengetahuan yang

sederhana dan kebanyakan daripada mereka juga berasal daripada keluarga yang

berpendapatan sederhana. Di samping itu, terdapat sebilangan daripada mereka yang

masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.Kemahiran

membaca dan menulis amat ditekankan dalam subjek Bahasa Malaysia terutama bagi

murid tahap 1.Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis

dengan baik akan mempunyai masalah apabila mereka memasuki tahap 2

kelak.Tambahan lagi, murid-murid di dalam kelas ini juga sering ponteng sekolah kerana

faktor keluarga dan lokaliti.


Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya

menggunakan kad imbasan perkataan untuk mengajar kemahiran membaca.Saya

menunjukkan gambar bagi perkataan tersebut terlebih dahulu dan seterusnya

menayangkan kad imbasan perkataan bagi gambar tersebut. Saya menyebut perkataan

tersebut sambil diikuti oleh murid. Kemudian, saya bersama-sama murid membaca

perkataan tersebut berulang kali dan idapati bacaan murid tidak mengikut sebutan,

intonasi dan jeda yang betul seperti sebelumnya.Murid membaca secara tersekat-sekat

dan tidak menyebut perkataan dengan betul apabila disuruh membaca secara individu.

Penggunaan kad imbasan perkataan memberi impak yang positif dalam membantu

murid dalam kemahiran membaca.Murid dapat membaca perkataan dengan betul dan

lancar apabila apabila ditunjukkan kad imbasan perkataan.Penggunaan gambar dalam

kad imbasan membantu murid membaca perkataan dibantu oleh gambar.Murid dapat

mengecam gambar seterusnya dapat membaca perkataan.

Setelah melakukan pembacaan dengan murid, saya mendapati murid tersebut

lebih gemar mengeja suku kata bagi perkataan tersebut terlebih dahulu sebelum

membunyikannya.Walaupun secara dasarnya murid dapat menguasai kemahiran awal

bagi peringkat membaca iaitu membunyikan suku kata, namun secara keseluruhannya

saya masih gagal membantu mereka untuk membaca secara lancar.


Saya telah mengajar murid kelas 3 Bestari kemahiran membaca perkataan yang

mengandungi digraf seperti ng, ny, sy dan kh.Mereka menghadapi kesukaran untuk

membaca perkataan digraf.Murid menyebut perkataan yang dieja walaupun agak

lambat.Saya juga terpaksa mengajar beberapa orang murid yang masih tidak dapat

menyambung suku kata dalam perkataan. Mereka dapat membaca perkataan yang

dibacakan setelah dibantu untuk mengeja.Secara tuntasnya, saya mendapati beberapa

orang murid di dalam kelas 3 Bestari tidak dapat membaca perkataan digraf dengan

lancar dan cepat.Di samping itu, mereka juga tidak dapat membaca suku kata dengan

perkataan digraf dengan betul.


1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Dalam menghadapi era globalisasi pada masa kini, sistem pendidikan di Malaysia

bertanggungjawab menyediakan generasi akan datang bagi memenuhi Wawasan 2020

dan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan pada abad ke-21, menuntut para guru

supaya mampu menguasai pelbagai kemahiran generik, kemahiran belajar, pembelajaran

koperatif dan konstruktivisme

Nilai pendidikan amat penting dan perlu dimiliki oleh setiap guru. Nilai

pendidikan ini bertujuan untuk memastikan setiap proses pengajaran dan pembelajaran

yang berlaku mencapai objektif yang dikehendaki. Dengan adanya nilai pendidikan

juga, hasil pembelajaran akan tercapai dan murid dapat menguasai sesuatu topik dengan

baik. Menurut Abdul Fatah Hassan (1994), menyatakan bahawa nilai pendidikan yang

dipegang ini mempengaruhi cara pemikiran, amalan serta cara pengendalian sesuatu sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) juga merupakan

usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS). Kesemua elemen yang ditekankan dalam

FPK dapat memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan perlu dijadikan

matlamat utama bagi meningkatkan lagi penguasaan murid dalam pelajaran. Oleh itu,

bagi memastikan matlamat FPK tercapai, guru perlu mengubah sikap ke arah yang lebih
positif dan berdaya saing serta memberikan komitmen sepenuhnya terhadap

tanggungjawab sebagai seorang pendidik.Tambahan lagi, guru juga hendaklah

berinovasi dalam mereka bentuk kaedah pengajaran yang dapat membantu murid

memahami isi pelajaran yang telah diajar. Pendapat ini selaras dengan kenyataan Abdul

Rahman Abdul Majid Khan (2008), yang menyatakan sikap guru yang professional

mampu melahirkan murid berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan mempunyai

disiplin tinggi.

Di samping itu, FPK juga membantu sistem pendidikan Megara berganjak

kepada kedudukan yang lebih baik dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai

asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat

yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan

bahawa tujuan dan matlamat pendidikan adalah untuk individu dan negara.Kedua-dua

tujuan ini selaras, iaitu untuk melahirkan insan berilmu, berakhlak mulia dan

bertanggungjawab sekaligus menjadi seorang warganegara yang baik, seimbang dan

bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama serta untuk menjayakan

hasrat dan cita-cita negara.

Guru bahasa Malaysia perlu mempunyai iltizam yang kuat untuk menghadapi

cabaran globalisasi pendidikan pada masa kini. Melalui penyelidikan pendidikan yang

terarah serta mempunyai sasaran yang bermanfaat dalam memanta


pkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia, guru berperanan penting untuk

memperkasakan bahasa Malaysia kepada murid-murid dan bukannya tertumpu kepada

peperiksaan semata-mata, malah lebih utama adalah untuk memantapkan jati diri

nasional serta landasan utama dalam membangunkan bahasa Malaysia pada masa

hadapan.

Peningkatan profesionalisme guru bahasa Melayu merupakan pemangkin yang

mengangkat bangsa dan bahasa Melayu.Tambahan lagi, penyelidikan pendidikan

memberi banyak maklumat berkaitan kaedah, teknik dan isu-isu utama berkaitan

penyelidikan pendidikan bahasa Melayu dan secara tidak langsung membantu murid-

murid untuk lebih memahami setiap topik dalam sukatan mata pelajaran bahasa

Malaysia seterusnya mencapai matlamat FPK.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Semasa saya menjalani proses menyiapkan kajian tindakan ini, saya mengambil

kesempatan untuk berbincang dengan guru kelas serta guru pembimbing bagi subjek

Bahasa Malaysia. untuk mendapatkan maklumat mengenai murid-murid di dalam kelas

3 Bestari. Tujuan saya berbincang dengan guru kelas dan guru pembimbing ialah untuk
mengenal pasti masalah sebenar anak murid saya. Selain itu, saya juga mengambil

kesempatan yang ada dengan menyemak fail mata pelajaran bahasa Malaysia KSSR

tahun tiga. Melalui itu, saya berjaya mendapatkan maklumat mengenai standard prestasi

berkenaan sejauh mana pencapaian murid-murid terhadap mata pelajaran ini.

Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tahun 3 Bestari,

saya mendapati terdapat sebilangan murid menghadapi kesukaran dalam membaca

perkataan digraf.Murid didapati sukar untuk membaca perkataan yang mengandungi

huruf digraf dengan betul.Murid didapati sukar untuk membaca dengan betul.Tambahan

lagi, murid juga tidak dapat menyebut perkataan yang mengandungi digraf dengan

lancar. Contohnya, murid-murid akan membaca perkataan khemah sebagai

kemah.Secara umumnya, huruf digraf boleh diklasifikasikan kepada lima iaitu sy,

ny, ng, st dan kh. Dalam kajian ini, saya akan mengkaji kelima-lima huruf digraf

tersebut.

Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk membantu murid-murid yang

bermasalah dalam pembelajaran untuk menguasai sesuatu kemahiran yang diajar

terutama dalam kemahiran membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf. Oleh

itu, saya telah membuat ujian kemahiran membaca perkataan yang mengandungi huruf

digraf dan juga ayat yang mengandungi perkataan digraf.


Semasa sesi interaksi bersama guru, saya terlebih dahulu membaca perkataan digraf

yang diajarkan kepada murid.Murid mengikut bacaan guru. Setelah itu, murid pula akan

membaca perkataan tersebut tanpa bantuan daripada guru. Murid didapati sukar untuk

membaca perkataan yang diajarkan tanpa bantuan daripada guru.Mereka tidak dapat

membaca perkataan digraf secara terus. Mereka akan mengeja perkataan digraf terlebih

dahulu sebelum membacanya.

Di samping itu, terdapat sebilangan kecil murid-murid di dalam kelas ini yang

mempunyai masalah dalam membatangkan suku kata yang mengandungi digraf. Saya

telah membantu murid-murid ini dengan meletakkan segmen pada setiap suku kata

dalam perkataan bagi membantu murid-murid ini membaca ayat mudah dengan lancar.

Dengan kata lain, penggunaan segmen ini sedikit sebanyak dapat membantu murid

membaca dengan menggunakan intonasi dan hentian dengan betul terutamanya

perkataan digraf.

Walaupun murid dapat membaca dengan baik, namun mereka gemar mengeja

terlebih dahulu sebelum membunyikan perkataan tersebut.Situasi ini amat

bertentangan dengan pegangan saya iaitu kelancaran membaca merupakan aspek

yang perlu diberi penekanan selepas murid-murid dapat menguasai kemahiran

membaca seperti mengenal abjad dan membunyikan suku kata.

Fokus utama kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan penguasaan dan

minat murid-murid dalam membaca perkataan yang mempunyai huruf digraf dengan

menggunakan bahan bantu belajar e- 2 L. Murid yang telah mendapat perhatian

daripada saya akan cuba dipulihkan oleh saya dengan cara mengajar murid melalui

inovasi alat bantu mengajar saya yang menarik bagi meningkatkan minat dan
penguasaan murid dalam kemahiran membaca bagi perkataan yang mengandungi

huruf digraf.

Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menjadi penyumbang kepada

wujudnya masalah kelancaran membaca perkataan digraf dalam kalangan murid

tahun 3 Bestari. Antara aspek yang dikenalpasti ialah tempoh masa yang tidak

mencukupi untuk pengajaran Bahasa Malaysia di dalam kelas, kekurangan bahan

bacaan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid dan kekangan masa oleh guru

untuk melaksanakan aktiviti bacaan di dalam kelas dan guru tidak menggunakan

teknik pengajaran yang sesuai bagi memastikan murid lancar membaca.

Selain itu, majoriti murid di dalam kelas saya terdiri daripada kaum India

sekaligus menyebabkan kesukaran mereka untuk membaca perkataan digraf

.Majoriti murid di dalam kelas ini juga merupakan bekas murid pemulihan ketika

mereka berada di tahun 2. Walaupun, mereka tidak lagi berada di dalam kelas

pemulihan ketika di tahun 3, namun prestasi mereka dalam kemahiran membaca

masih lemah.

Berdasarkan senarai faktor-faktor di atas, pengkaii memlilih untuk berfokuskan

kepada kelemahan saya sendiri iaitu dalam penggunaan teknik pengajaran yang

sesuai semasa pengajaran membaca di kelas. Bagi mengatasi masalah dan kelemhan

tersebut,saya telah mengaplikasikan teknik e-latih tubi berbentuk permainan Lontar

dan Lompat dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membaca

perkataan digraf. Rasional, saya menggunakan pengaplikasian permainan adalah

bertujuan untuk memupuk pemikiran kreatif dan kritis murid semasa belajar sambil

bermain. Di samping itu, permainan ini dapat membantu meningkatkan lokomotor


murid seperti perbuatan melompat yang perlu dilakukan oleh murid untuk

menjalankan permainan ini.

Selain itu, saya juga telah menggunakan pendekatan bacaan berulang melalui

teknik latih tubi untuk membantu murid-murid ini meningkatkan kemahiran

membaca perkataan digraf dalam membaiki teknik pengajaran semasa di dalam kelas

agar murid-murid ini dapat membaca dengan lancar. Saya juga menggunakan alat

bantu interaktif berasaskan komputer bagi membantu murid mengetahui cara-cara

untuk mengeja perkataan yang mempunyai huruf digraf melalui bunyi ejaan dan

sebutan perkataan tersebut.

Di samping itu, alat bantu interaktif berasaskan komputer ini bertujuan untuk

membolehkan murid tahun 3 Bestari yang tidak dapat mengeja perkataan digraf

untuk mendengar terlebih dahulu cara-cara mengeja dan sebutan bunyi perkataan

tersebut. dengan cara ini, murid dapat mempelajari kemahiran membaca perkataan

yang mempunyai huruf digraf melalui proses mendengar dan mengeja mengikut

bunyi suku kata yang telah disediakan melalui media interaktif berasaskan komputer.

Tuntasnya, kelancaran membaca banyak dipelajari murid sewaktu sesi interaksi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang biasanya bermula pada peringkat

rendah lagi. Justeru itu, sebarang masalah yang berkaitan dengan kelancaran atau

kemahiran membaca di peringkat ini akan mempengaruhi pencapaiannya pada

peringkat lebih tinggi.


2.2 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), digraf bermaksud dua huruf berturut-

turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, nygh dan sy. Digraf juga boleh dieertikan

sebagai dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. Selain itu, digraf juga bermaksud dua

huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Dalam

konteks ini, digraf juga dikenali sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap.

Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nyamuk, khemah, pisang dan

syampu. Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran

membaca perkatan yang mengandungi huruf digraf dalam kalangan murid tahun 3

Bestari.

Globalisasi pendidikan menuntut guru untuk membuat perubahan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran agar selari dengan perubahan zaman. Salah satu elemen

penting dalam perubahan ialah inovasi dan kreativiti. Menurut Yong, L.M.S. dan

Biramiah, K. (1996). seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada

kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam

setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disampaikan. Kaedah pengajaran

yang kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar,

malah dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata

pelajaran tersebut.
Kelancaran merupakan satu matlamat akhir pembacaan.Pembaca yang lancar

mampu membaca secara spontan serta memahami pembacaannya.Sepatutnya kelancaran

membaca ini diberikan penekanan sebagai matlamat akhir dalam bilik darjah.Namun

tidak ramai guru menetapkan matlamat kelancaran bacaan sebagai matlamat akhir tahun

bagi setiap kanak-kanak. Setakat ini tumpuan lebih diberikan kepada sama ada kanak-

kanak prasekolah sama ada boleh membaca atau tidak dan bukannya sama ada kanak-

kanak telah lancar atau tidak. Hal ini mungkin disebabkan kerana istilah kelancaran ini

tidak berapa jelas kerana ramai guru menganggap jika kanak-kanak telah boleh

membaca dengan laju, mereka telah lancar membaca.Walaupun kanak-kanak membaca

dengan laju dengan penyebutan yang betul, tidak semestinya mereka dapat memahami

pembacaan secara spontan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kelancaran mempunyai dua

maksud iaitu kecepatan melakukan sesuatu perkara atau berkata-kata dan kelicinan

mengusahakan sesuatu. Membaca menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula

membaca mempunyai tujuh maksud iaitu memerhatikan isi sesuatu yang tertulis dan

memahamkan makna sesuatu seperti tanda atau huruf tidak dengan mata tetapi dengan

jari-jari, melihat dan mencatatkan angka yang ditunjukkan pada meter, membuat

kesimpulan tentang sifat seseorang secara luaran sahaja, mengucapkan baris-baris sajak

dengan penuh perasaan di hadapan penonton.


Berdasarkan semua maksud di atas, kelancaran membaca boleh didefinisikan

sebagai kecepatan berkata-kata ketika memerhatikan apa yang tertulis di bahan bercetak

buku atau papan tanda dan memahamkan apa yang tertulis. Ketika ini, ramai murid yang

gagal membaca dengan baik dan lancar.Ini adalah berdasarkan kepada kenyataan artikel

yang bertajuk 100 000 orang murid tahun 2 hingga 6 tidak tahu membaca. Zamri

Mohamad (2005), mengatakan bahawa:

Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020,

terdapat lebih 100, 000 murid tahun dua hingga enam sekolah

rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis

dan mengira.

Kelancaran membaca juga bergantung kepada perkataan yang terdapat sama ada

telah diketahui oleh murid dan juga bilangan latihan yang telah dilakukan terhadap teks

tersebut. Oleh itu, didapati pembaca mahir sekali pun, jika diberikan teks yang bukan

dalam pengetahuan atau pengalamannya akan membaca dengan perlahan.

Sawpi Lawi (1998), menyatakan kemahiran membaca merupakan salah satu

daripada aspek kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh seorang murid. Dengan

menguasai kemahiran membaca ini, seseorang boleh memperoleh ilmu pengetahuan

dengan mudah.Walaubagaimanapun, kemahiran membaca bukanlah satu kemahiran

yang semulajadi.Menurut Sawpi, ia perlu dibentuk dengan asas-asas yang baik. Terdapat
sesetengah pembaca yang boleh mengenali perkataan dengan mudah secara berasingan,

namun mereka mungkin tidak dapat membaca lancar perkataan yang sama di dalam teks.

Menurut Safiah Osman (1990), perbezaan individu dalam perlakuan membaca

adalah satu perkara biasa. Satu perkara yang perlu diakui dan sesuatu yang tidak dapat

dihindari.Perbezaan individu bukan sahaja dari segi kebolehan memecahkan kod iaitu

dari segi mengenal huruf dan perkataan-perkataan tetapi juga dari segi

pemahaman.Setiap murid mempunyai kemahiran membaca yang berbeza mengikut

tahap bacaan mereka.Namun begitu, guru boleh membantu meningkatkan kemahiran

membaca murid-murid dengan membina strategi membaca yang lebih sesuai dan

berkesan.

Klien (dalam Faridah Rahim, 2005:3) telah mengemukakan bahawa definisi

membaca mencakupi beberapa proses. Hal ini bermaksud informasi dari teks dan

pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam

membentuk makna. Menyedari bahawa kepentingan penguasaan kemahiran membaca

kepada kanak-kanak, maka kemahiran ini perlu diajar di peringkat awal dengan

menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dengan kebolehan mereka.Antara langkah

untuk menggalakkan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak bagi

meningkatkan kelancaran dan kefahaman ialah menggunakan kaedah bacaan latih tubi

atau bacaan berulang.


Menurut kajian yang dilakukakn oleh Harison Othman (2005), yang

membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan

murid tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan

menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam

terhadap ingatan kanak-kanak. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan masalah membaca

daripada membelenggu kehidupan mereka kelak/

Selain itu, penggunaan BBM yang menarik bersesuaian dengan tahap kebolehan

perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsang

minat murid dan bermotivasi untuk belajar. BBM yang telah digunakan secara optimum

dalam pembelajaran juga dapat menghasilkan pembelajaran yang bermaknsa dan

meninggalkan kesan positif dalam diri murid-murid. Hal ini disokong oleh Carl Rogers

(1970), yang dinyatakan dalam Boon Pong Ying,, Noriati Abdul Rashid dan Sharifah

Fakhriah Syed Ahmad (2009), dalam kenyataanya iaitu guru perlu menyedikan aktiviti

yang lebih menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap perkembangan murid.

Menurut Mook Soon Sang (2008), implikasi teori pelaziman pembelajaran J.B.

Watson dalam pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menggunakan rangsangan

yang boleh memotivasikan murid supaya berminat untuk belajar serta mengelakkan

penggunaan rangsangan yang membawa kesan negatif. Oleh itu, kaitan teori ini terhadap

kajian, teknik e- 2 L yang menyeronokkan dapat memotivasikan minat murid untuk

lebih fokus dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang diadakan. Secara
tidak langsung meiningkatkan lebarangkalian pencapaian objektof membaca perkataan

yang mengandungi huruf digraf.

Menurut Rahil Mahyuddin, etl. al. (2009), pelajar tidak akan dapat memahami

atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali

diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka

dalam situasi bermasalah. Kaedah main, apabila digunakan secara berkesan boleh

meningkatkan respon pelajar terhadap situasi, menambah repertoire respond dan

kepekaan kepada perasaan orang lain. Murid boleh meningkatkan kebolehan empati,

menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis situasi

secara objektif.

Berdasarkan pernyataan di atas, murid harus didedahkan dengan kaedah belajar

sambil bermain. Apabila menggunakan kaedah bermain ini, murid akan lebih seronok

untuk belajar disamping dapat memberikan fokus kepada pengajaran guru. Selain itu,

murid juga akan mudah mengingati perkara yang diajarkan. Contohnya, guru

menggunakan kaedah permainan untuk mengajar perkataan digraf. Murid akan mudah

mengingati bacaan yang dibacakan sepanjang permainan dijalankan. Kaedah belajar

sambil main juga akan memupuk semangat untuk belajar dalam kalangan murid kerana

murid berasa terhibur dan memupuk pemikiran kreatif.


Menurut Stone (2009), terdapat banyak kemahiran membaca yang bergantung

kepada kemahiran individu. Ini termasukklah keupayaan untuk menyelesaikan dan

menyebut perkataan yang tidak diketahui dan perkataan yang jarang digunakan,

parafrasa perenggan, menambah ekspresi dan nada suara yang sesuai dan menghasilkan

sebutan yang lancar. Apabila tindakan ini tidak dijalankan, kita akan mengatakan

bahawa kanak-kanak tersebut adalah sedang membaca. Kanak-kanak yang membaca

perkataan dari satu muka surat ke muka surat yang lain tanpa menggunakan nada suara

dan parafrasa yang tidak betul sebenarnya adalah tidak membaca. Mereka telah

kehilangan beberapa kunci utama dan ini akan memberikan kesan terhadap pembacaan

murid dalam teks.

Murid-murid perlu didedahkan dengan kaedah permainan di dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.Secara tidak langsung, murid dapat meningkatkan daya

pemikiran kreatif dan kritis dalam pembelajaran. Murid dapat bermain sambil belajar

dan ini akan menimbulkan minat murid untuk terus membaca perkataan digraf. Selain

itu, kanak-kanak perlukan latihan jasmani setiap hari untuk merangsang pertumbuhan

tulang dan otot yang kuat serta koronari jantung yang sihat.

Kaedah permainan fizikal dalam sesi pembelajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan oleh guru hendaklah memberi peluang kepada setiap kanak-kanak untuk

meningkat dan memelihara tahap kecergasan fizikal sepadan dengan keperluan fisiologi

mereka.Apabila kanak-kanak mencapai umur antara 7 hingga 9 tahun, mereka telah


memasuki peringkat pertengahan kanak-kanak.Mereka mula menyempurnakan

kemahiran-kemahiran motor yang asas dan membentuk kombinasi-kombinasi

pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang lebih kompleks. Kompleksiti motor

mereka ini terbentuk hasil daripada jalinan di antara kemahiran-kemahiran pergerakan

yang berbentuk lokomotor dengan yang bukan lokomotor serta kemahiran-kemahiran

yang bersifat manipulatif.

Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak dapat dipisahkan

dengan kehidupan seharian kanak-kanak, malahan pembelajaran mestilah berdasarkan

keperluan dan minat kanak-kanak. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran dalam

pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti

bermain kerana bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Bermain adalah

pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam

pendidikan awal kanak-kanak (Moyles, 2005).

Tuntasnya, permainan sebenarnya merupakan aktiviti yang menyeronokkan yang

dapat membantu memotivasikan dan menggalakkan murid mempelajari bahasa.Ia juga

dapat mengelakkan pembelajaran yang terlalu terikat pada buku-buku teks dan

pendekatan-pendekatan formal lain yang menimbulkan rasa jemu dan bosan dalam 3

kalangan murid, dan seterusnya memberikan kelegaan kepada murid daripada terlalu

dihantui latihan-latihan yang membosankan

3.0 OBJEKTF KAJIAN


Dalam kajian yang saya akan jalankan ini, terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai

pada akhir kajian saya. Terdapat dua bentuk objektif yang ditetapkan dalam kajian saya

ini, iaitu:

3.1 Objektif umum

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca

perkataan digraf menggunakan teknik e- 2 L.

3.2 Objektif Khusus

Pada akhir kajian, murid dapat:

i) Meningkatkan kemahiran murid dalam membaca perkataan yang

mengandungi huruf digraf menggunakan teknik e- 2 L

ii) Meningkatkan minat murid untuk membaca perkataan yang mengandungi

huruf digraf menggunakan teknik e- 2 L

iii) Murid dapat mengaplikasikan teknik e- 2 L dengan betul

3.3 SOALAN KAJIAN

Soalan kajian yang saya akan jalankan adalah seperti berikut:

i. Adakah teknik e- 2 L dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam

membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf?

ii. Adakah teknik e- 2 L dapat menarik minat murid untuk membaca perkataan

yang mengandungi huruf digraf?

iii. Adakah murid dapat memngaplikasikan teknik e- 2 L dengan betul?


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan ke atas murid tahun 3 Bestari di daerah Taiping, Perak.Setelah

melakukan pemerhatian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,

saya mendapati terdapat sebilangan murid di dalam kelas ini yang tidak dapat membaca

perkataan digraf dengan lancar.Bilangan murid di dalam kelas ini adalah seramai 22

orang dan terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina.Majoriti murid di dalam kelas

ini terdiri daripada kaum India.Terdapat beberapa orang murid di dalam kelas ini yang

dikenalpasti tidak dapat membaca perkataan yan mengandungi huruf digraf dengan baik.

Secara amnya, usia sampel ini adalah dalam lingkungan sembilan tahun.

Semua sampel ini adalah murid yang berada pada tahap pelbagai dalam

pencapaian akdemik iaitu sederhana dan lemah.Semua sampel ini juga mengikuti sesi
persekolahan seperti biasa waktu-waktu persekolahan. Murid-murid tahun 3 ini menetap

di sekitar kawasan sekolah dan taman perumahan di kawasan Aulong. Selain itu, rata-

rata daripada murid di sekolah ini berasal daripada golongan keluarga yang

berpendapatan rendah dan sederhana.Di samping itu, kebanyakan murid di dalam kelas

ini merupakan bekas murid pemulihan ketika berada di tahun 2. Meskipun kebanyakan

daripada murid di dalam kelas ini lemah, namun mereka bersemangat dan berkobar-

kobar untuk mengikuti sebarang sesi pembelajaran.

Sampel kajian yang dipilih berjumlah lima orang daripada jumlah murid Tahun 3

Bestari ini. Mereka terdiri daripada muird Melayu, Cina dan India.Kebanyakan mereka

tinggal di kawasan perumahan yang berdekatan dengan sekolah manakala

pengangukutan mereka ke sekolah ialah dengan menunggang basikal dan menaiki

kenderaan yang dihantar oleh ibu bapa mereka. Melalui pemerhatian saya, murid-murid

ini berasal daripada keluarga yang susah dan sederhana kebanyakan mereka merupakan

murid yang mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah dan

penerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Terdapat beberapa sebab saya memilih kelas Tahun 3 Bestari ini sebagai populasi

kajian. Hal ini kerana saya telah diamanahkan mengajar kelas ini bagi mata pelajaran

bahasa Melayu sepanjang menjalankan praktikum fasa ketiga selama tiga bulan. Dalam

tempoh ini, saya dapat menjalankan ujian dan juga pemerhatian dalam kalangan murid-

murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Di samping itu, secara tidak langsung,
saya dapat mengenal pasti masalah pembelajaran yang dialami mereka dan mencari

solusi yang berkesan.

Selain itu, antara sebab lain juga ialah kerana murid-murid tahun 3 Bestari ini

terdiri daripada latar belakang kaum yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Latar

belakang dan sosio ekomoni berbeza yang terdapat dalam kelas ini membolehkan saya

dapat mengetahui tahap keberkesanan teknik permainan bahasa ini dan tahap

penguasaan mereka dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf.

Tambahan lagi, lima orang sampel yang dipilih ini memberikan kerjasama dan

komitmen yang tinggi ketika di dalam kelas walaupun pencapaian pelajaran mereka

agak lemah dan berada pada tahap sederhana.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Model Kajian Tindakan Yang Digunakan

Menerusi kajian yang dijalankan, terdapat penggunaan model penyelidikan tindakan

yang digunakan untuk dijadikan panduan bagi melicinkan lagi tindakan yang

dijalankan.Terdapat pelbagai model penyelidikan tindakan yang boleh digunakan.Antara

model yang boleh digunakan ialah Model Kemmis, Model Elliot, Model Ebbutt, Model

McNiff, Model Whitehead dan Model Lewin. Saya telah memilih untuk menggunakan

model Lewin untuk dijadikan panduan agar perancangan dan pelaksanaan tindakan bagi

ajan ini berjalan dengan lancar.


Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan

dikenali sebagai Kurt Lewins Action Research Spiral yang mana menunjukkan

penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai perkara yang telah

dikaji. Kurt Lewin adalah ahli psikologi sosial yang mengkaji hubungan dan interaksi

manusia. Beliau mendapati cara yang paling sesuai untuk memperkembangkan potensi

diri adalah melalui inkuiri diri sendiri dan hubungannya dengan orang lain. dapatan

kajiannya, memberi gambaran terhadap penglibatan serta pertalian antara gaya hidup,

persepsi dan tingkah laku individu dengan sosial masyarakat. Setiap tahap mempunyai

beberapa langkah iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi

Tambahan lagi, sebab utama saya memilih Model Kajian Tindakan Lewin

adalah kerana model kajian ini yang paling ringkas berbanding model kajian yang lain.

Dalam model ini, Lewin menggalakkan para guru untuk bekerja secara kolaboratif dan

hal ini sebagai suatu yang penting dalam usaha menyiasat atau meneroka sesuatu isu.

Kekuatan model ini ialah proses penjelasan lebih mudah dilakukan terutamanya apabila

saya membuat penerangan kepada responden kajian.


Rajah 1 :

Model

Kajian

Tindakan

Kurt Lewin

Saya telah menjadikan model ini sebagai panduan dalam kajian saya

berdasarkan kerangka model ini yang mengandungi empat peringkat iaitu peringkat

perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

6.1.1 Fasa Perancangan

Saya telah merancang untuk melaksanakan penyelidikan tindakan tentang aplikasi e- 2

L untuk meningkatkan penguasaan membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf

dalam kalangan murid tahun 3 Bestari Sekolah A. Kajian ini dijalankan untuk

membetulkan kekeliruan murid-murid dalam membaca perkataan yang mengandungi

huruf digraf. Saya telah mengenalpasti masalah ini pada minggu keenam praktikum 3.

Pada minggu tersebut, saya telah mengajar murid-murid tahun 3 Bestari membaca

perkataan yang mempunyai huruf digraf. Kebanyakan murid, tidak dapat membaca
perkataan yang mempunyai huruf digraf dengan baik. Contohnya, perkataan khemah

dibaca sebagai kemah.

Saya telah mengambil beberapa langkah untuk menjalankan penyelidikan

tindakan ini. Setelah mengenal pasti kelemahan murid-murid, saya telah melakukan

perbincangan dengan guru pembimbing dan guru bahasa Malaysia tahun 3 Bestari.

Hasil perbincangan tersebut, ternyata murid-murid tahun 3 Bestari lemah dalam

menguasai kemahiran membaca terutama perkataan yang mengandungi huruf digraf.

Saya juga turut berbincang dengan pensyarah pembimbing mengenai masalah murid-

murid. Semasa perbincangan bersama pensyarah, saya mengusulkan untuk menjalankan

teknik e-2 L kepada responden. Teknik yang diusulkan ini lebih berfokuskan kepada

permainan. Cadangan tersebut disambut baik oleh pensyarah dan guru pembimbing.

Selain itu, fasa pertama ini merupakan fasa perancangan tindakan untuk

memperbaiki amalan sedia ada ke arah yang lebih baik lagi. Bagi fasa ini, saya telah

merancang untuk menambahbaik amalan P&P saya dari segi meningkatkan lagi

penguasaan membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf dalam kalangan murid.

Saya telah mengaplikasikan teknik e- 2 L iaitu teknik yang berfokuskan kepada

permainan dan mampu membantu murid-murid dalam membaca perkataan yang

mempunyai huruf digraf. Setelah beberapa kali sesi pengajaran dan pembelajaran

dijalankan, saya telah menjalankan ujian bacaan bagi mengetahui tahap pencapaian
murid setelah penambahbaikan dijalankan kepadanya. Saya juga menggunakan kad

perkataan dan kad bergambar sebagai bahan rangsangan bacaan.

5.1.2 Fasa Tindakan

Fasa ini ialah di mana, saya mula menjalankan langkah-langkah

penambahbaikan yang telah dirancang kepada murid-murid seperti yang telah

dirancangkan dalam fasa perancangan. Saya mengaplikasikan teknik e- 2 L kepada

murid-murid tahun 3 Bestari. Saya menjalankan intervensi teknik e- 2 L yang

mewakili permainan lontar dan lompat. Permainan ini lebih bertumpu kepada

penggunaan teknik latih tubi dalam menambah baik amalan P&P saya. Tambahan lagi,

permainan ini juga dapat membantu murid membaca dengan lebih baik. Hal ini kerana,

murid dapat bermain sambil belajar di samping mengukuhkan kelancaran membaca

mereka dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf. Murid juga dapat

melakukan pergerakan lokomotor dengan melompat dalam aktiviti permainan yang

dijalankan.

Selain itu, saya juga memberikan penerangan kepada murid terlebih dahulu

sebelum mengarahkan murid mengaplikasikannya. Saya juga memanfaatkan

penggunaan ICT iaitu menggunakan perisian Microsoft Power Point. Pada peringkat ini,

saya menjalankan beberapa instrument pengumpulan data melalui instrument ujian pra

dan pos, pemerhatian dan temubual. Setiap dapatan yang diperoleh daripada instrument
pengumpulan data ini akan dianalisis bagi membuktikan kebekesanan kajian yang

dijalankan.

5.1.3 Fasa Pemerhatian

Bagi fasa ini. saya memerhatikan penguasaan murid dalam kemahiran membaca

perkataan yang mempunyai huruf digraf mengalami peningkatan ataupun tidak dengan

menjalankan ujian bacaan. Terdapat peningkatan dalam skor markah ujian pos

berbanding ujian pra yang mereka telah duduki. Mereka mampu membaca perkataan

yang mengandungi huruf digraf dengan baik dan mengaplikasikannya pada latihan yang

diberikan. Kekeliruan penggunaan perkataan yang mengandungi huruf digraf juga

semakin berkurang dan mereka dapat membaca perkataan digraf tersebut dengan lancar.

Mereka juga dilihat seronok belajar dan amat berminat untuk bermain dengan

permainan yang disediakan sekaligus mewujudkan suasana kelas yang ceria dan

menyeronokkan. Pemerhatian dibuat dari semasa ke semas

5.1.4 Refleksi

Langkah ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah dan mengimbas kembali kelebihan

dan kekurangan kajian agar penambahbaikan dapat dijalankan. Hasil kajian yang telah

diperoleh akan diteliti sebelum kesimpulan dibuat. Setelah menjalankan intervensi

sepertin yang dirancang, saya mendapati peratus pencapaian murid dalam kemahiran

membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf meningkat. Hal ini membuktikan

intervensi yang dijalankan dan penggunaan kad bergambar serta bahan bantu ICT amat

membantu murid membaca perkataan digraf dengan betul. Hal ini sangat
mempengaruhi minat murid ketika membaca perkataan digraf. Tambahan lagi, dengan

penggunaan ICT membuatkan mereka berasa seronok dan dapat menerima pelajaran

dengan mudah.

5.2 Tindakan yang Dijalankan

Setelah mengenal pasti masalah murid, saya berasakan satu tindakan segera perlu

dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, dalam melaksanakan kajian

tindakan ini, terdapat langkah-langkah yang telah dirancang dalam proses pengajaran

dan pembelajaran untuk mengaplikasikan teknik e- 2 L

Langkah 1

Proses pengajaran akan dimulakan dengan pengenalan mengenai teknik e- 2 L kepada

murid menggunakan slaid power point dan menunjukkan beberapa contoh yang

bersesuaian dengan teknik yang diaplikasikan ini. Cara ini memudahkan murid-murid

untuk mengingati garis panduan yang perlu dipatuhi untuk membaca perkataan digraf.
Selepas itu, saya akan menerangkan terlebih dahulu mengenai perkataan digraf.

Selain itu, saya akan memperkenalkan jadual perkataan digraf kepada murid-murid.

Jadual tersebut mengandungi senarai perkataan digraf yang terdiri daripada ng, ny, kh,gh

dan sy. Fokus utama saya ialah perkataan yang mengandungi huruf digraf ny, sy dan ng.

Murid-murid akan meneliti jadual tersebut dan saya akan bersama-sama dengan murid

membaca dan memahami jadual perkataan digraf tersebut. Jadual di bawah

menunjukkan jadual perkataan digraf:

Jadual 1: perkataan digraf

Huruf digraf Perkataan digraf


Ny Nyamuk,
Kh Khasiat, khemah
Sy Syarikat, syiling
Ng Benang, bangunan, bunga

Langkah 2

Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan memperkenalkan kad imbasan

perkataan dan juga kad bergambar yang mengandungi perkataan digraf. Saya akan

menunjukkan gambar bagi perkataan tersebut terlebih dahulu dan seterusnya

menayangkan kad imbasan perkataan bagi gambar tersebut. Saya akan menyebut

perkataan tersebut sambil diikuti oleh murid. Kemudian, saya bersama-sama murid

membaca perkataan tersebut berulang kali. Dengan bacaan berulang kali, diharapkan

dapat membantu murid yang bermasalah dalam membaca perkataan digraf untuk

mengingat dengan lebih mudah.


Selain itu saya juga akan meminta murid dengan meminta mereka membaca

perkataan yang terdapat pada kad imbasan tersebut berulang kali tanpa bantuan

daripada guru dengan intonasi dan jeda yang betul . Selepas itu, saya akan cuba

memperbetulkan bacaan murid yang didapat membaca perkaatan tersebut dengan salah.

Langkah 3

Sementara itu, selepas murid-murid berjaya membaca perkataan dan kad imbasan yang

ditunjukkan, saya akan meminta murid tersebut membaca kembali kad imbasan

perkataan tersebut tanpa bantuan guru. Saya akan menunjukkan contoh kad imbasan

perkataan yang berbeza mengikut huruf-huruf digraf yang disediakan. Contoh perkataan

yang akan diuji ialah nyamuk, khemah, bunga, syiling dan stokin. Murid juga akan diuji

dengan kad bacaan ayat yang mengandungi huruf digraf.

Langkah 4

Saya akan memperkenalkan pelaksanaan teknik permainan e- 2 L

Jadual 2: Teknik permainan e- 2 L

Kaedah / Teknik Teknik Latih Tubi berbentuk permainan Lontar dan

Lompat.
Cara Sebelum Bermain

perlaksanaan 1) Pastikan murid bersedia sebelum memulakan sesi

permainan.
2) Perkenalkan secara ringkas tentang peraturan

permainan.
3) Lakukan demonstrasi permainan ini di hadapan

murid bagi memberi gambaran awal tentang kaedah

perlaksaan aktiviti ini.


4) Pastikan murid bersedia sebelum memulakan

permainan.

Semasa Bermain

1) Murid perlu melontarkan dadu terlebih dahulu untuk

mendapatkan perkataan yang terdapat dalam

perkataan digraf. Antara perkataan yang terdapat

pada dadu tersebut adalah bunga, singa, nyamuk,

penyu, syiling, syampu


2) Murid perlu menyebut perkataan yang diperolehi

semasa melontar dadu secara kuat. Contohnya,

murid mendapat perkataan bunga. Murid perlu

menyebut bunga. Guru membuat pemerhatian

berdasarkan suku kata yang disebut oleh murid.


3) Seterusnya, murid akan mencari perkataan di dalam

kotak teng-teng yang terdapat perkataan bunga yang

telah diperoleh semasa langkah ke-2. Perkataan yang

mempunyai suku kata digraf nga adalah perkataan

bunga. Kotak perkataan tersebut disertakan dengan


gambar bunga.
4) Murid membawa kon bersama sambil melompat ke

dalam kotak perkataan bunga. Setelah itu, murid

membaca perkataan digraf tersebut secara berulang.

Guru membuat pemerhatian dan senarai semak

bacaan yang dibaca oleh murid. Jika murid tidak

dapat membaca perkataan tersebut, guru menyuruh

murid mengeja terlebih dahulu perkataan digraf

tersebut. Langkah ini diulang sehingga murid dapat

membaca dengan betul. Di sini, guru menggunakan

teknik latih tubi melalui pendekatan bacaan

berulang.
5) Murid melompat semula dalam kotak teng-teng

untuk kembali ke petak permulaan. Murid

melontarkan dadu bagi pusingan kedua untuk

memilih perkataan yang seterusnya.


6) Permainan e- 2 L ini diulang menggunakan teknik

latih tubi sehingga murid membaca semua perkataan

yang diuji.

Selepas Bermain

Selepas aktiviti permainan Lontar dan Lompat

dilaksanakan, murid akan diberi ujian pos bacaan perkataan

dan ayat. Guru menggunakan kad imbasan perkataan

digraf iaitu perkataan nyamuk, penyu, bunga, khemah dan

syiling untuk menguji kemahiran bacaan responden.


6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

Keberkesanan sesebuah kajian yang dijalankan dapat dinilai dengan cara pengumpulan

data yang berkesan. Tujuan utama pengumpulan data adalah untuk memberikan bukti-

bukti yang objektif berdasarkan data-data yang dikumpul.Selain itu juga, pengumpulan

data bertujuan untuk memberikan penambahbaikan kepada kajian yang dijalankan.

Prinsip yang ditekankan dalam pengumpulan data adalah mudah direkod, tidak

menimbulkan kesangsian dan mudah ditafsir. Antara instrumen pengumpulan data yang

akan digunakan oleh saya ialah dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos,

pemerhatian dan temubual.

Dengan menggunakan pelbagai instrument penilaian, pengkaji dapat

memastikan kesahan dan kebolehpercayaan analisis triangulasi data yang dikumpul.

Kaedah triangulasi yang digunakan dapat mengesahkan dapatan dan keputusan

penyelidkan secara kualitatif. Menurut Norman K, Denkin (1960), mendefinisikan

triangulasi sebagai gabungan atas kombinasi berbagai metode yang dipakai untuk

mengkaji fenomena yang saling berkait dari sudut pandang dan persepktif yang berbeza.

6.1 Ujian Pra dan pos

Menurut Ismail Ali (1985), ujian adalah cara terbaik untuk menilai prestasi murid. Saya

menggunakan senarai semak untuk menjalankan ujian ini kerana lebih mudah untuk
dianalisis dan memberi ruang kepada saya untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan

daripada orang lain.. Tambahan lagi, ujian pra dan pos merupakan instrumen yang boleh

digunakan untuk mengumpul data pencapaian murid sama ada melalui markah atau gred

ujian yang diperoleh responden. Keputusan ujian pra dan pos ini diukur melalui

frekuensi (f) dan peratusan (%) data yang dikumpul. Lazimnya, ujian pra ini diberikan

sebelum intervensi dijalankan. Selain untuk mencungkil masalah yang dihadapi oleh

murid, ujian pra ini juga dapat dijadikan bukti atau penanda aras keberkesanan sesatu

kajian yang dijalankan. Ujian pos pula diberikan selepas tamatnya intervensi teknik

nyanyian dijalankan. Ujian pos digunakan untuk menilai keberhasilan teknik yang

digunakan. Soalan yang sama digunakan bagi kedua-dua ujian untuk memastikan

kesahan ujian.

Tuckman (1975) pula mendefinisikan ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat

pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Menurut

Gagne (1970) pula, mendefinifisikan ujian adalah cara yang sisitemtik untuk mengukur

tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran). Ujian dijalankan

supaya saya dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia

ada pada responden-responden dalam perkara-perkara yang hendak diajar.

6.2 Pemerhatian

Teknik pemerhatian merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang sesuai

digunakan bagi mengenal pasti masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang
proses tindakan. Saya telah membuat pemerhatian awal di dalam kelas dan setiap kali

selepas pengujian dijalankan untuk merekod masalah yang dihadapi oleh murid tahun 3

Bestari. Menurut Sharifah Zaleha (2001), kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah

penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Menurut

Murphey. T. (1995), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal first

hand encounter tentang perkara yang hendak dikaji. Pemerhatian boleh dibahagikan

kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah pemerhatian di awal tindakan, pemerhatian

ketika tindakan berjalan dan pemerhatian di akhir tindakan.

Pemerhatian di awal tindakan adalah seperti melihat ujian pra yang

dilaksanakan iaitu murid harus membaca kad yang mengandungi perkataan digraf iaitu

nyamuk, stadium, bunga, penyu, syiling dan khemah. Murid dibimbing terlebih dahulu

sebelum saya melaksanakan ujian awal ini. Saya telah membuat pemerhatian berkaitan

kemahiran membaca murid pemulihan dalam membaca perkataan digraf secara lisan.

Saya juga dapat mengesan kekuatan dan kelemahan murid dalam membaca perkataan

digraf menggunakan senarai semak pemerhatian. Menurut Mohd. Majid Konting (2000),

seseorang pemerhati akan berada di tempat peristiwa berlaku untuk melihat tingkah laku

sebagaimana ia benar-benar berlaku dan mencatatkan diri menonjol bagi tingkah laku

subjek

Pemerhatian ketika tindakan pula adalah pemerhatian yang akan dilakukan

sepanjang proses tindakan itu berjalan. Ini bermaksud bermulanya semasa intervensi

teknik e-2 L dijalankan bermula daripada penerangan sehingga tamat menjalankan


teknik yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Hal ini disebabkan kerana

saya ingin melihat dan meneliti sebarang perkembangan dan perubahan yang berlaku

terhadap prestasi murid ketika menjalankan teknik tersebut. Ini adalah penting kerana

dapat mengenal pasti sama ada murid mampu membuat perubahan yang positif hasil

daripada teknik e- 2 L yang dijalankan. Bagi teknik pemerhatian ini, saya

menyediakan borang pemerhatian untuk diisi oleh guru pembimbing. sepraktikum

semasa beliau melakukan pemerhatian terhadap saya dan murid-murid sewaktu

intervensi berlaku.

Selain itu, bagi teknik pemerhatian semasa akhir tindakan pula.,

pemerhatian dilakukan bertujuan bagi memastikan murid-murid dapat menerima dengan

baik teknik tersebut atau tidak dan guru dapat menilai sama ada teknik yang digunakan

itu mampu dilaksanakan dengan jayanya atau pun tidak. Saya akan menilai keberhasilan

teknik tersebut melalui borang pemerhatian yang diisi sebentar tadi sama ada ada

intervensi yang dijalankan menepati item-item yang terdapat dalam borang pemerhatian

ataupun tidak. Proses pemerhatian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membuat

penilaian secara keseluruhan mengenai teknik e-2 L ke atas guru dan juga murid-

murid.

6.3 Temubual

Menurut Shaifol Bahari dan Hasnul (2008), temu bual adalah penilai menemui

responden secara bersemuka dan pada waktu yang sama mengemukakan soalan-soalan
yang telah disediakan terlebih dahulu. Saya telah menjalankan temu bual berstruktur

dengan responden.Temu bual yang dijalankan bertujuan untuk mengetahui kekerapan

murid membuat aktiviti membaca semasa di rumah. Di samping itu, saya juga

bertanyakan soalan berkaitan kemahiran membaca yang dikuasai oleh murid. Saya telah

menyuruh murid membaca ayat mudah yang mengandungi perkataan digraf secara

spontan.Ternyata, murid tidak dapat membaca perkataan digraf.Saya juga telah

menemubual guru kelas yang juga merupakan guru Bahasa Malaysia 3 Bestari untuk

bertanya dengan lebih lanjut tentang kemahiran membaca yang dikuasai oleh

responden.Selain itu, saya juga menemubual murid mengenai keberkesanan teknik yang

dilakukan oleh saya dalam membantu mereka membaca perkataan digraf.

Selain itu, temubual yang dijalankan dapat mewujudkan hubungan yang positif

iaitu hubungan yang baik di antara penemubual dam responden.Temubual yang

dijalankan terhadap guru lebih berfokuskan kepada kaedah pengajaran yang

diaplikasikan untuk mengajar responden. Temubual dijalankan selepas beliau membuat

penyeliaan atau pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah

saya kendalikan dalam kelas. Dengan ini, saya dapat melihat setiap kekuatan dan juga

kelemahan yang dikenalpasti sepanjang saya melaksanakan aktiviti.

Temubual dijalankan terhadap lima orang responden yang dipilih secara rawak

berfokuskan kepada perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti dan cara pengajaran

yang disampaikan oleh guru. Di samping itu, temubual bersama rakan guru juga
dijalankan. Saya telah meminta guru kelas tahun 3 Bestari untuk menjadi pemerhati.

Temubual yang dijalankan berkaitan dengan pendekatan pengajaran yang digunakan

dalam membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dan pendapat terhadap

keberkesanan teknik yang digunakan.

7.0 ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

Saya akan menerangkan tentang proses-proses penganalisian data yang

dilakukan ke atas data-data yang telah dikumpulkan menerusi penggunaan pelbagai

instrument penyelidikan. Data-data yang telah dikumpulkan sepanjang perlaksanaan

kajian tindakan ini akan dianalisis mengikut proses penganalisiannya. Data yang telah

dikumpul dalam kajian ini telah diananalisis mengikut jenis instrumen penilaian yang

telah saya gunakan dalam kaedah pengumpulan data seperti di bawah. Hasil dapatan

kajian yang diperoleh daripada instrumen penilaian telah dikumpulkan dan direkodkan.
Bil Perkataan Digraf Kod Responden
Saya telah
A B C D E
1 Kh Khemah / / / / /
2 Khasiat / x / / /
3 Ny Nyamuk / x / x x
4 Penyu x x / / x
5 Sy Syampu / x x / /
6 Syiling x x / x x
7 Gh Ghazal x x x x x
8 Ghaib x / / / /
9 Ng Bunga / / / / /
10 Singa / / / x /
11 St Stadium x x x / x
12 Stoking / x / x x
Jumlah 7/ 12 4/12 8/12 7/12 6/12
Peratus 58% 33% 67% 58% 50%
menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan pos, pemerhatian dan

temubual.

7.1 Analisis ujian pra dan pos bacaan perkataan.

Ujian pra yang dijalankan dapat dijadikan sebagai bahan bukti terhadap kajian yang

dijalankan. Selain itu, ujian pra dan pos yang dijalankan mempunyai item soalan yang

sama. saya telah menjalnakn dua ujian iaitu bacaan perkataan yang mengandingi huruf

digraf dan ujian bacaan ayat digraf. Hasil daripada ujian pra yang dijalankan, skor bagi

pencapaian markah responden telah direkodkan untuk tujuan analisis sebelum saya

menjalankan proses intervensi

Jadual 3: Skor ujian pos


Jadual 3 di atas telah menunjukkan skor bagi ujian pra yang telah dijalankan

terhadap lima responden. Ujian ini memerlukan responden untuk membaca perkataan

yang mengandungi huruf digraf. Saya telah menguji 12 perkataan yang perlu dibaca

oleh responden di dalam ujian ini. Bagi memudahkan proses analisis, saya telah

mengubah skor ini kepada peratus.


Setelah ujian pra dijalankan, didapati kelima-lima responden tidak dapat

membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan baik. Kebanyakan

responden tidak dapat membaca perkataan dengan baik dan mereka akan mengeja

terlebih dahulu sesuatu perkataan tersebut. Tambahan lagi, setelah dianalisis hasil ujian

pra ini dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan respoden masih belum dapat membaca

perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan betul.

Oleh itu, saya telah menjalankan intervensi saya bagi melihat sama ada teknik

yang digunakan iaitu e-2 L mampu meningkatkan kemahiran murid dalam membaca

perkataan yang mengandungi huruf digraf. jadual berikut menunjukkan hasil skor bagi

ujian pos setelah intervensi dijalankan:

Jadual 4: Hasil analisis ujian pos


Bil Perkataan Digraf Kod Responden
A B C D E

1 kh khemah / / / / /
2 khasiat / / / / /
3 ny nyamu / / / / /

k
4 penyu / / / / /
5 sy syampu / / / / /
6 syiling / / / / /
7 gh ghazal / /. / / /
8 ghaib / / / / /
9 ng bunga / / / / /
10 singa / / / / /
11 st stadium / / / / /
12 stokin / / / / /
Jumlah 12/ 12 11/12 12/12 12/12 12/12
Peratus 100% 92% 100% 100% 100%

Hasil dapatan ujian pos menunjukkan berlaku peningkatan skor terhadap kelima-

lima responden, secara tidak langsung, perkara ini juga dapat menjawab soalan kajian

yang pertama iaitu adakah teknik e- 2 L dapat membantu meningkatkan kemahiran

murid dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf. Hasil dapatan juga

dapat membuktikan bahawa teknik ini dapat membantu murid-murid untuk membaca

perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan baik.


Berikut merupakan keputusan ujian pra dan pos setelah dianalisis dengan

merujuk keputusan markah responden dalam jadual di bawah. Jadual tersebut juga

merupakan jadual perbandingan pencapaian murid dan peningkatan peratus (%) di

dalam ujian pra dan pos.

Jadual 5: perbandingan peratus (%) ujian pra dan pos

BIL KOD MARKAH MARKAH PENINGKATAN

RESPONDEN UJIAN PRA (%) UJIAN POS (%) (%)


1 A 58 100 42
2 B 33 92 59
3 C 67 100 33
4 D 58 100 42
5 E 50 100 50
PURATA 53.2 98.4 45

PERATUSAN
Berdasarkan jadual tersebut, purata peratusan untuk ujian pra ialah sebanyak

53.2 % manakala jumlah peratusan untuk ujian pos ialah sebanyak 98.2%. Setelah

dianalisis, berlakunya peningkatan kadar purata peratusan markah responden sebanyak

45 %. Selain itu, berdasarkan analisis yang dibuat , markah ujian pra dan ujian pos yang

dijalankan ke atas lima orang responden, saya mendapati responden A meningkat

sebanyak 42%. Peningkatan ketara dapat dilihat pada responden B apabila berlaku

peningkatan sebanyak 58% manakala responden mencatatkan kenaikan sebanyak 33%,

Kenaikan bagi responden A dan D ialah sama iaitu sebanyak 42% dan responden E

mencatat peningkatan sebanyak 50%. Setelah menganalisisis markah kedua-dua ujian,

saya dapati berlaku peningkatan dalam markag kelima-lima responden. Untuk

memudahkan proses menganalisis data, perbandingan keputusan bagi kedua-dua ujian,


saya turut menterjemahkan dapatan hasil analisis di dalam bentuk graf yang berasingan

seperti di dalam graf di bawah:

120

100

80

60
PERATUS (%) Ujian pra
ujian pos
40
peningkatan

20

0
A B C D E

RESPONDEN
Rajah 2: Graf perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos.

Berdasarkan graf bar di atas, teknik e- 2 L berjaya meningkatkan penguasaan

murid dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf. Hal ini dibuktikan

melalui peningkatan markah ujian pos kelima-lima orang responden. Responden B

menunjukkan peningkatan yang mendadak iaitu sebanyak 58%. Walaupun responden B

belum memperoleh keputusan 100% di dalam ujian pos, namun responden B tetap

menunjukkan peningkatan daripada 33% ketika ujian pra kepada 91% ketika ujian pos.

Oleh itu, jelaskah bahawa teknik e- 2 L ini dapat membantu murid dalam menguasai

kemahiran membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf. Teknik ini yang

berunsur permainan juga dapat membantu minat murid untuk terus mempelajari

perkataan yang mengandungi huruf digraf.

Dapat dirumuskan bahawa permainan bahasa e- 2 L dapat meningkatkan

motivasi kesemua responden untuk mendapat markah yang tinggi. Oleh itu, perkara ini

juga merupakan antara sebab mengapa peningkatan yang tinggi dapat dicapai oleh

murid-murid setelah ujian pos dijalankan. Pendapat ini disokong oleh Harvey Craft

(2009), yang menyatakan bahawa motivation is very bit an important discipline. Good

motivation produces good learning. Students need to feel the enjoy and purpose of

learning process. Craft menyatakan motivasi penting untuk menghasilkan pengajaran

yang berkesan. Melalui motivasi, murid akan merasai pengajaran yang menyeronokkan

dan kerana mereka terlibat sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bil Ayat digraf Responden
A B C D E
1 kh Khemah itu dibina / / / x x
khas suntuk peserta
program ini.
2 Sayur mempunyai / x x x /
banyak khasiat
yang istimewa
3 ny Nyamuk aedes x x / / x
bahaya dan boleh
membawa penyakit.
4 Penyu itu x x x x x
merangkak menuju
ke pantai tanpa
mengeluarkan
sebarang bunyi.
5 Sy Syarikat itu x x / / x
memasarkan
syampu berjenama
Sunsilk.
6 Farhan bersyukur / / x x /
kerana duit
syilingnya yang
tercicir telah
dijumpai.
7 Gh Lembaga itu ghaib x / x / /
secara tiba-tiba
8 Ghazal merupakan x x x x x
muzik yang berasal
dari negeri Johor.
9 Ng Bunga itu harum / x / x /
mewangi.
10 Singa itu besar dan x x / x x
garang,
11 St Stadium dan stesen x x x / x
keretapi Bukit Jalil
dibina berdekatan
antara satu sama
lain.
12 Stokin kepunyaan / x / x x
Tan tertinggal di
dalam bilik stor.
Jumlah 5/ 12 3/12 6/12 4/12 4/12
Peratus 42% 25% 50% 33% 33%
Analisis j adual 6 ujian pra bacaan ayat yang mengandungi perkataan digraf.

Jadual 6 di sebelah menunjukkan keputusan ujian pra sebelum intervensi

dijalankan. Peratusan yang diperoleh daripada ujian pra membolehkan saya meneliti

dengan tepat tentang keberhasilan teknik e- 2 L untuk meningkatkan kemahiran

membaca perkataan dan ayat yang mengandungi huruf digraf. Hasil analisis ujian pra

juga menunjukkan bahawa kelima-lima responden tidak dapat membaca ayat yang

mengandungi perkataan digraf dengan baik.


Selain itu, berdasarkan jadual di sebelah menunjukkan seorang responden iaitu

responden B yang mendapat pencapaian paling lemah dalam membaca ayat yang

mengandungi perkataan digraf. Namun begitu, responden-responden lain juga turut

mengalami masalah yang sama terutama dalam membaca perkataan digraf. Oleh itu,

responden ini perlu diberi perhatian wajar dan teknik e- 2 L perlu diterapkan agar

responden lebih memahami cara sebenar untuk membaca perkataan yang mengandungi

huruf digraf dengan betul dan terperinci. Graf palang di sebelah menunjukkan skor

peratusan bagi ujian pra:

Markah Ujian Pra


60%

50%

40%

30% Markah Ujian Pra


Peratus (%)
20%

10%

0%
A B C D E

Responden

Rajah 3: Analisis ujian pra


Bil Ayat digraf Responden
A B C D E
1 kh Khemah itu dibina / / / / /
khas suntuk peserta
program ini.
2 Sayur mempunyai / / / / /
banyak khasiat
yang istimewa
3 ny Nyamuk aedes / / / / /
bahaya dan boleh
membawa penyakit.
4 Penyu itu / / / / /
merangkak menuju
ke pantai tanpa
mengeluarkan
sebarang bunyi.
5 sy Syarikat itu / / / / /
memasarkan
syampu berjenama
Sunsilk.
6 Farhan bersyukur / / / / /
kerana duit
syilingnya yang
tercicir telah
dijumpai.
7 gh Lembaga itu ghaib / X / / /
secara tiba-tiba
8 Ghazal merupakan / / / / /
muzik yang berasal
dari negeri Johor.
9 ng Bunga itu harum / / / / /
mewangi.
10 Singa itu besar dan / / / / /
garang,
11 st Stadium dan stesen / / / / /
keretapi Bukit Jalil
dibina berdekatan
antara satu sama
lain.
12 Stokin kepunyaan / / / / /
Tan tertinggal di
dalam bilik stor.
Jumlah 12/ 12 11/12 12/12 12/12 12/12
Peratus 100% 92% 100% 100% 100%
Jadual 7: Analisis ujian pos bacaan ayat yang mengandungi huruf digraf

Jadual 7 di sebelah menunjukkan analisis ujian pos yang dijalankan. Ujian pos

dijalankan untuk menilai tahap penguasaan responden terhadap kaedah yang telah

dilaksanakan. Ujian pos adalah ujian pengesahan terakhir yang dijalankan selepas teknik

e- 2 L dijalankan. Soalan bagi ujian pos ini merupakan set soalan yang sama dengan

ujian pra. Analisis ini jelas menunjukkan bahawa responden telah berjaya meningkatkan

markah setelah ujian pra dijalankan. Perkara ini dapat membuktikan bahawa kaedah

yang digunakan mampu membuat perubahan terhadap penguasaan responden dalam

membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf.

Rajah 4 di sebelah menunjukkan dengan jelas graf bagi keputusan

markah ujian pra. Responden menunjukkan peningkatan yang baik berbanding markah
sebelum ini. Terdapat empat orang responden mendapat markah penuh untuk ujian pra

dan seorang responden iaitu responden B mendapat markah 11 daripada 12 perkataan

yang diuji. Graf di bawah menunjukkan peratus markah bagi ujian pra:

Ujian Pos
102%

100%

98%

96%
Ujian Pos
Peratus (%) 94%

92%

90%

88%
A B C D E

Responden

Rajah 4: Analisis Ujian Pos


Bagi melihat perbezaan keputusan ujian pra dan ujian pos dengan lebih jelas lagi,

jadual di bawah dapat menunjukkan perbandingan keputusan antara kedua-dua ujian pra

dan pasca.

Jadual 8: Analisis ujian pra dan pos

BIL KOD MARKAH MARKAH PENINGKATAN

RESPONDEN UJIAN PRA (%) UJIAN POS (%) (%)


1 A 42 100 42
2 B 25 92 58
3 C 50 100 33
4 D 33 100 42
5 E 33 100 50
PURATA 36.6 98.4 45

PERATUSAN

Analisis tersebut jelas menunjukkan jumlah peningkatan markah bagi setiap

responden. Sebelum ini markah responden tidak melebihi 50% semasa ujian pos

dijalankan. Namun begitu, setelah intervensi dijalankan, responden telah menunjukkan


peningkatan sehingga 100%. Responden juga dapat menunjukkan perubahan yang

menggalakkan apabila teknik e- 2 L diperkenalkan.

Rajah di bawah menunjukkan graf perbandingan markah bagi ujian pra dan ujian

pos. Melalui graf, pemerhatian secara langsung dapat dilihat bahawa setiap responden

mengalami perubahan dan peningkatan semasa ujian pos.

120

100

80

60
lPeratus (%) Ujian pra
Ujian Pos
40 Peningkatan

20

0
A B CD E

Responden

Rajah 5 : Analisis perbandingan ujian pra dan pos


7.2 Analisis Instrumen Pemerhatian

Bagi menjalankan kaedah pemerhatian ini, saya telah menyediakan borang senarai

semak penglibatan murid bagi memudahkan pemerhati untuk melihat perkara-perkara

yang perlu diperhatikan. Pemerhatian akan dilakukan oleh pemerhati bagi melihat

keadaan murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca

perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan menggunakan teknik e- 2 L.

Bagi menjawab soalan kajian kedua, senarai semak penglibatan murid

digunakan. Data-data ini diperoleh bagi jawapan soalan kajian yang dibina iaitu

berkaitan dengan minat murid dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf

digraf. Pemerhatian yang dijalankan ialah berbentuk pemerhatian berstruktur. Menurut

Chua Yan Piaw (2006),, melalui pemerhatian berstruktur, pengkaji mengumpul data

berdasarkan tingkah laku yang diperhatikan. Bagi kaedah pemerhatian ini, pengkaji telah

menyediakan satu borang bagi kumpulan responden yang hendak dikaji. Borang

pemerhatian ini dibahagikan kepada enam item soalan yang merangkumi keseluruhan

aspek yang diperhatikan sebelum dan selepas pengajaran berlangsung. Saya

menggunakan khidmat Guru A merangkap guru pembimbing saya semasa praktikum 3.

Berikut merupakan hasil dapatan sebelum dan selepas proses pemerhatian dibuat.
Hasil pemerhatian sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi item satu iaitu

minat murid ditunjukkan dalam jadual di bawah :

Jadual 9: Protokol Pemerhatian 1

Fokus Aspek Pemerhatian


Sebelum Selepas

YA TIDAK YA TIDAK
1. Minat Memberikan sepenuh tumpuan semasa
/ /
proses PdP berlangsung.

Jadual di atas menunjukkan hasil pemerhatian sebelum dan selepas intervensi

dijalankan. Minat murid dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran membuktikan

bahawa seorang guru tersebut telah berjaya menyampaikan isi pembelajarannya dengan

baik dan jelas. Sebelum intervensi dijalankan, guru A menyatakan bahawa responden

tidak memberikan tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Setiap

responden tidak menunjukkan minat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Namun

begitu, setelah intervensi dijalankan dan apabila saya memperkenalkan teknik e- 2 L

responden mula memberikan tumpuan sepenuhnya dengan mendengar penerangan yang

diberikan oleh saya. Dalam konteks ini, penyampaian dan penerangan guru yang jelas
amat penting supaya murid dapat mendengar arahan yang diberikan serta dapat

memahami teknik tersebut dengan baik.

Guru A juga menyatakan bahawa responden berminat dengan teknik e- 2 L

yang diperkenalkan oleh guru. Saya amat bersetuju dengan komen Guru A ini kerana

sewaktu melakukan intervensi tersebut, saya sendiri dapat melihat kesemua responden

saya mata berminat dengan aktiviti yang dijalankan.

Jadual 10: Protokol Pemerhatian 2


Fokus Aspek Pemerhatian
Sebelum Selepas

YA TIDAK YA TIDAK
2. Tingkah Membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan

laku kemahiran yang diajar. / /

Menganggu rakan lain.


/ /

Bercakap atau bermain.


/ /

Mematuhi arahan guru.


/ /

Memberikan tumpuan ketika guru mengajar.


/ /

Jadual di atas menunjukkan hasil pemerhatian bagi item tingkah laku. Tingkah

laku yang ditunjukkan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga

menunjukkan bahawa murid tersebut berminat terhadap isi pembelajaran yang

disampaikan oleh guru. Sebelum intervensi dijalankan, responden menunjukkan tingkah

laku yang negatif. Ketika guru sedang mengajar, responden membuat kerja lain yang

tiada kaitan dengan kemahiran yang diajar. Hal ini mungkin disebabkan oleh pengajaran

guru yang membosankan atau sifat responden tersebut yang tidak minat untuk mengikuti

sesi pembelajaran. Namun begitu, selepas intervensi teknik e- 2 L diperkenalkan,

responden mula menunjukkan perubahan positif iaitu dengan tidak membuat kerja lain

yang tiada kaitan dengan kemahiran yang diajar. Mereka mulai fokus dengan kemahiran

yang diajar dan sentiasa berada dalam keadaan bersedia.


Aspek kedua yang terdapat dalam item tingkah laku ialah menganggu rakan lain.

Secara ringkasnya.teknik ini bukan sahaja dapat meningkatkan minat belajar, malah

ianya sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif

murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin dalam kalangan

muridHal ini jelas dapat dilihat sebelum berlakunya intervensi. Kebanyakan murid

sering menganggu rakan mereka yang lain terutama selepas 10 minit sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Perkara ini timbul akibat mereka tidak berminat dan mulai

bosan dengan isi pelajaran pada hari tersebut. Di samping itu, apabila murid tersebut

mula menganggu rakan yang lain, secara tidak langsung menyebabkan rakan mereka

yang lain turut hilang fokus terhadap isi pelajaran.

Selepas teknik e- 2 L diperkenalkan, murid ini menjadi seronok dan teruja

untuk meneruskan aktiviti yang disediakan. Mereka tidak lagi menganggu rakan mereka

dan mendengar penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh guru dengan baik.

Secara tidak langsung, murid-murid ini dapat mempelajari kemahiran yang ingin

dipelajari pada hari tersebut dengan baik sekaligus dapat menghidupkan suasana kelas

yang harmoni tanpa sebarang gangguan.

Aspek ketga yang terdapat di dalam item tingkah laku ialah bercakap atau

bermain. Sudah menjadi lumrah bagi kanak-kanak untuk bermain dan juga bercakap.

Pada pandangan saya, sesi pengajaran dan pembelajaran akan terganggu sekiranya

terdapat murid yang bermain dan bercakap di dalam kelas. Perkara ini juga jelas

menunjukkan bahawa murid tidak berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran
tersebut. Tambahan lagi, kemungkinan murid ini dapat memberikan tumpuan pada 30

minit pertama sesi pengajaran dan selepas itu murid tersebut mula bermain atau

bercakap dengan rakan di sebelahnya. Secara tidka langsung, rakan di sebelahnya turut

terganggu dengan tingkah laku murid tersebut. Murid mula menunjukkan perubahan

positif selepas intervensi dijalankan. Mereka tidak lagi bercakap atau bermain dengan

rakan sebelah sebaliknya mereka berasa teruja untuk bermain dengan permainan e- 2 L

tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa teknik yang diperkenalkan mampu mengubah

persepsi murid tersebut terhadap pembelajaran yang membosankan.

Aspek ketiga yang terdapat di dalam item tingkah laku ialah mematuhi arahan

guru. Perkara ini jelas dilihat sebelum intervensi dijalankan. Guru A juge menyatakan

bahawa murid tidak mematuhi arahan guru dan membuat tidak endah perkara yang

diperkatakan oleh guru. Bagi murid tersebut, segala arahan yang diberikan oleh guru

tidak perlu dipatuhi dan. Tambahan lagi, mereka tidak begitu berminat dengan isi

pelajaran yang disampaikan pada hari tersebut dan pengajaran guru yang membosankan.

Menurut pandangan guru A, murid mula menunjukkan perubahan dan mendengar arahan

yang diberikan oleh guru selepas saya memperkenalkan teknik e- 2 L kepada murid

tersebut. Murid juga mendengar arahan guru tentang aktiviti yang akan dijalankan.

Aspek kelima yang terdapat di dalam item tingkah laku ialah memberikan

tumpuan ketika guru mengajar. Aspek ini menyamai dengan item minat murid dalam

pemerhatain 1. Dalam konteks ini, cara penyampaian guru memainkan peranan penting

untuk terus menarik minat murid untuk memberikan tumpuan ketika berada di dalam
bilik darjah. Tidak memberikan tumpuan ketika guru mengajar merupakan salah satu

tingkah laku negatif yang perlu dielakkan. Guru A juga memberikan pendapat bahawa

murid di dalam kelas ini tidak memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar

terutama sebelum intervensi dijalankan dan mereka kelihatan bosan dengan cara

penyampaian yang hanya melibatkan komunikasi sehala semata-mata. Justeru itu,

selepas teknik e- 2 L diperkenalkan, murid-murid ini kelihatan lebih fokus ketika guru

mengajar terutama aktviti yang dijalankan melibatkan pergerakan fizikal.

Perubahan tingkah laku responden daripada negatif (-) kepada positif (+) telah

menunjukkan bahawa teknik yang digunakan telah berjaya. Dapatan ini selari dengan

Mok Soon Sang (2008), yang menyatakana bahawa peranan utama pendidikan adalah

mengubah tingkah laku manusia. Pendapat ini juga telah menyokong hujah beberapa

tokoh-tokoh pendidikan Timur. Contohnya, Confucius (551-479) SM dalam Mok Soon

sang (2008) yang menegaskan pendidikan ialah proses untuk memupuk kesempurnaan

tingkah laku manusia.

Jadual 11: Protokol Pemerhatian 3

Fokus Aspek Pemerhatian


Sebelum Selepas
YA TIDAK YA TIDAK
3. Penglibatan Menjawan soalan secara sukarela

/ /

Kekerapan murid bertanya


/ /

Melibatkan diri dalam semua aktviti di dalam


/ /
kelas

Jadual di atas menunjukkan hasil pemerhatian bagi item penglibatan murid. Item

ini pula dilihat berdasarkan tiga aspek yang diperhatikan terhadap murid. Penglibatan

murid di dalam kelas juga menunjukkan bahawa murid tersebut minat dan bersedia

untuk mengikuti sesi pengajran dan pembelajarn di dalam bilik darjah. Aspek pertama

yang terdapat dalam item penglibatan ialah murid menjawab soalan secara sukarela

apabila diajukan soalan oleh guru. Sebelum intervensi dijalankan, kebanyakan murid

apabila diajukan soalan oleh guru, lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu

menjawab soalan yang diajukan secara sukarela. Setelah saya memperkenalkan teknik e-

2 L barulah responden ini menunjukkan perubahan positif untuk menjawab soalan yang

diberikan secara sukarela. Tambahan lagi, teknik yang diperkenalkan juga memudahkan

murid untuk memahami kemahiran tersebut dengan lebih baik.

Aspek kedua yang terdapat di dalam item penglibatan ialah kekerapan murid

bertanya. Apabila murid bertanya dengan kerap, perkara ini menunjukkan bahawa guru

telah berjaya menarik minat murid untuk meneruskan sesi pengajaarn dan pembelajaran
tersebut. Menurut Guru A, beliau menjelaskan bahawa murid di dalam kelas ini agak

pasif terutama untuk bersoal jawab dengan guru megenai isi pelajaran. Hal ini jelas

dilihat sebelum saya menjalankan intervensi, hanya seorang murid yang bertanya

mengenai kemahiran yang diajar manakala murid yang lain lebih banyak mendiamkan

diri dan membuat aktviti lain. Selepas memperkenalkan teknik tersebut kepada murid-

murid, saya mendapati bahawa bilangan murid yang bertanya semakin meingkat

terutama mengenai aktiviti yang akan dijalankan serta cara membaca perkataan digraf

yang betul.

Aspek ketiga yang terdapat di dalam item penglibatan ialah melibatkan diri

dalam semua aktiviti di dalam kelas. Dalam konteks ini, guru berperanan bagi

memastikan setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas. Pada peringkat

ini, saya dapat perhatikan sebelum intervensi dijalankan, tidak semua murid melibatkan

diri dalam aktiviti yang dijalankan malahan terdapat beberapa orang murid yang

langsung tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang aktviti. Namun begitu, setelah

saya memperkenalkan teknik e- 2 L, responden-responden ini menjadi aktif dan mahu

melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Tambahan lagi, teknik yang digunakan

lebih berbentuk permainan dan menyebakan kesemua murid di dalam kelas tersebut

ingin melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan.


Jadual 12: Protokol Pemerhatian 4

Fokus Aspek Pemerhatian


Sebelum Selepas

YA TIDAK YA TIDAK
3. Suasana Kelas Suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan. / /
Suasana pengajaran dan pembelajaran yang
/ /
tenang dan kondusif.

Gangguan yang timbul dapat diselesaikan


/ /
dengan segera.

Jadual di atas menunjukkan butiran pemerhatian bagi item suasana kelas.

Suasana kelas boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama yang boleh mempengaruhi

minat murid. Aspek pertama yang diperhatikan ialah suasana pengajaran dan

pembelajaran yang menyeronokkan. Suasana pengajaran dan pembelajaran penting

kerana boleh mempengaruhi emosi dan minat murid tersebut. Sebelum saya

menjalankan intervensi, dapat dilihat bahawa suasana pembelajaran di dalam kelas ini

tidak begitu menyeronokkan.

Tambahan pula, apabila saya menggunakan komunikasi sehala kepada murid-

murid ini. Guru B memberi ulasan bahawa teknik e- 2 L yang diperkenalkan guru

mewujudkan suasana kelas yang menyeronokkan. Ulasan ini disokong dengan

kenyataan daripada Hermann, N. (1991) yang menyaratakan bahawa murid memberi

reaksi yang amat berbeza berbanding sebelumnya, murid lebih gembira dan menyertai

aktiviti pengajaran seterusnya.


Aspek kedua yang yang diperhatikan ialah suasana pengajaran dan pembelajaran

yang tenang dan kondusif. Tanpa suasana pengajaran yang tenang dan kondusif, tidak

mungkin bagi seorang murid itu untuk terus fokus. Tambahan lagi, dengan adanya

gangguan daripada luar seperti bunyi bising dan sebagainya. Pada pandangan saya,

suasana pengajaran dan pembelajaran tidak begitu tenang dan kondusif. Hal ini

disebabkan oleh gangguan daripada murid itu sendiri yang suka membuat bising.

Sebelum saya menjalankan intervensi, saya telah mengenal pasti beberapa orang murid

yang gemar membuat bising di dalam kelas. Mereka sendiri pernah menyatakan bahawa

mereka bosan dengan isi pembelajaran yang disampaikan. Namun begitu, setelah saya

memperkenalkan teknik e- 2 L, persepsi mereka terus berubah dan secara tidak

langsung menyebabkan suasana kelas menjadi tenang dan kondusif apabila beberapa

gangguan telah dikurangkan.

Aspek ketiga yang diperhatikan ialah gangguan yang timbul dapat diselesaikan

dengan segera. Dalam konteks ini, gangguan yang timbul bermaksud gangguan daripada

persekitaran bilik darjah itu sendiri terutama murid-murid. Pada pandangan saya,

sebelum saya menjalankan intervensi, saya tidak segera menyelesaikan gangguan yang

timbul dengan segera sebaliknya membiarkan gangguan tersebut kerana tumpuan saya

hanyalah untuk menghabiskan isi pelajaran da kemahiran yang diajar. Setelah saya saya

menggunakan teknik e- 2 L saya dapati bahawa gangguan terutama daripada murid


semakin berkurangan. Malahan, saya segera menyelesaikan sebarang gangguan yang

timbul untuk mengelakkan fokus murid hilang dan aktiviti dapat berjalan dengan lancar.

Jadual 13: Protokol Pemerhatian 5

Fokus Aspek Pemerhatian


Sebelum Selepas

YA TIDAK YA TIDAK
4. Prestasi Murid dapat membaca perkataan yang
/ /
mengandungi huruf digraf dengan betul

Jadual di atas menunjukkan hasil analisis pemerhatian bagi item prestasi. Prestasi

murid memainkan peranan penting untuk menilai keberkesanan teknik yang dijalankan

sama ada berkesan atau sebaliknya. Menurut Guru A, teknik yang diperkenalkan telah

membantu meningkatkan prestasi murid dalam membaca perkataan yang mengandungi

huruf digraf. Jika sebelum ini, murid akan membaca khasiat sebagai kasiat dan

ghaib sebagai gaib. Perkara ini menunjukkan peruabahan positif setelah intervensi

dijalankan.

7.3 Analisis Transkrip Temubual

Jadual di bawah menunjukkan salah satu transkrip temu bual yang telah saya

laksanakan bersama lima orang responden setelah teknik dijalankan. Jadual di bawah

menunjukkan item temu bual pertama.

Transkrip temu bual pertama


KOD SOALAN JAWAPAN

RESPONDEN
RA Adakah anda faham tentang teknik e- 2 Ya cikgu. Saya faham teknik

L? tersebut setelah cikgu

menerangkannya.
RB Adakah anda faham tentang teknik e- 2 Ya cikgu. Saya faham.

L?

RC Adakah anda faham tentang teknik e- 2 Ya cikgu, saya faham teknik

L? tersebut dan suka dengan teknik

yang diperkenalkan oleh cikgu.


RD Adakah anda faham tentang teknik e- 2 Pada permulaan, saya tidak berapa

L? faham dengan teknik tersebut.

setelah diterangkan oleh cikgu,

barulah saya faham teknik

tersebut.
RE Adakah anda faham tentang teknik e- 2 Ya cikgu, saya faham teknik

L? tersebut.

Transkrip temubual yang pertama ialah meminta responden memberikan

pendapat mereka mengenai kefahaman teknik e- 2 L. Secara tidak langsung, teknik ini

membantu mereka membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan betul.

Jawapan yang diberikan oleh RA menunjukkan bahawa responden sudah mempunyai

kefahaman tentang teknik tersebut setelah guru menerangkannya. Dalam konteks ini,

apabila responden sudah faham mengenai teknik tersebut, maka mudahlah bagi guru

untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Sementara RB pula memberikan jawapan yang


beliau memahami teknik tersebut. Walaupun jawapan yang diberikan oleh RB agak

umum walau bagaimanapun jawapan tersebut tetap dianggap sebagai positif. Bagi RC,

jawapan yang diberikan menggambarkan bahawa responden memahami teknik yang

disampaikan dan responden juga suka dengan teknik yang diperkenalkan. Seterusnya,

jawapan yang diberikan oleh RD juga menunjukkan berlaku perubahan positif kerana

pada peringkat permulaan responden tidak begitu memahami teknik yang disampaikan

sebelum diberi penerangan oleh guru. Namun begitu, setelah diterangkan oleh guru,

barulah responden dapat memahami teknik ini dengan baik.

Akhir sekali, RE memberikan respon jawapan yang sama dengan RB iaitu

jawapan yang diberikan agak umum. Responden memberikan jawapan yang

menunjukkan kefahamannya terhadap teknik tersebut. Namun, tidak dinyatakan sebab-

sebab responden memahami teknik e- 2 L. Tuntasnya, berdasakan item temu bual yang

dianalisis, jelaslah menunjukkan bahawa kelima-lima responden mempunyai kefahama n

tentang teknik e- 2 L dengan baik.. Kefahaman mengenai terknik ini, dapat membantu

responden untuk menjalankan aktiviti seterusnya dengan lebih baik. Selain itu, temu

bual berstruktur yang dijalankan juga dapat membantu saya untuk menegenal pasti

kelemahan-kelemahan yang dikesan sepanjang menjalankan intervensi tersebut.


Transkrip temu bual kedua

KOD SOALAN JAWAPAN

RESPONDEN
RA Adakah anda suka dengan cara Saya sangat suka pembelajaran pada hari

pembelajaran pada hari ini? ini. Teknik ini sangat menyeronokkan.

Saya sangat seronok dan lebih bersemangat

untuk belajar.
RB Adakah anda suka dengan cara Saya sangat suka pembelajaran pada hari

pembelajaran pada hari ini? ini kerana ia berunsurkan permainan.


RC Adakah anda suka dengan cara Saya suka main teng-teng, cikgu. Selepas
pembelajaran pada hari ini? itu boleh baca dadu dan baca perkataan.

Saya rasa saya sudah boleh membaca

perkataan yang mengandungi huruf digraf

dengan baik.
RD Adakah anda suka dengan cara Saya sangat suka dengan pembelajaran

pembelajaran pada hari ini? pada hari ini kerana teknik ini melibatkan

permainan dan saya suka dengan

pergerakan.
RE Adakah anda suka dengan cara Saya sangart suka pembelajaran pada hari

pembelajaran pada hari ini? ini. Kalau diberi peluang, saya ingin

bermain permainan ini sekali lagi.

Transkrip temubual yang kedua ialah berkaitan dengan minat responden

terhadap pembelajaran pada hari ini. Apabila murid berminat dengan sesuatu

pembelajaran, sudah tentulah keinginan murid untuk belajar akan bertambah dan

sekaligus membantu untuk memantapkan lagi kemahiran membaca murid. Respon yang

diberikan oleh RA menggambarkan bahawa responden seronok dengan cara pembelajran

yang disampaikan oleh guru. Selain itu, responden menyatakan bahawa dia menjadi

lebih bersemangat untuk belajar. Dalam konteks ini, teknik e- 2 L telah berjaya

mewujudkan perasaan seronok dalam diri responden sekaligus menyebabkan responden

lebih bersemangat untuk belajar. Seterusnya, RB juga menyatakan bahawa responden

amat menyukai sesi pembelajaran tersebut. Tambahan lagi, teknik yang diperkenalkan

ada menyelitkan unsur pemainan. Kanak-kanak dan main tidak dapat dipisahkan. Secara

tidak langsung, menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu responden dalam

membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan lebih baik.


Bagi RC, responden menyatakan bahawa unsur pemainan yang diselitkan

hampir menyerupai permainan teng-reng. RC juga menjelaskan bahawa responden amat

menyukai permainan teng-teng. Hal ini selaras dengan kenyaaan Vygotsky yang

mengatakan main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Main juga memberi

kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia

sebenar. Selepas itu, responden juga sudah boleh membaca perkataan yang

mengandungi huruf digraf dengan baik. Seterusnya RD juga amat menyukai

pembelajaran pada hari ini kerana teknik e 2- L melibatkan permainan dan juga

melibatkan pergerakan lokomotor. Dalam konteks ini, permainan dapat membantu

kanak-kanak meneroka dan membiasakan dirinya dengan alam sebenar, ruang dan

masa. Perkara-perkata, bentuk-bentuk binaan dan manusia. Akhir sekali, RE menyatakan

bahawa responden sangat menyukai pembelajaran pada hari ini dan jika diberi peluang

responden inigin bermain permainan tersebut sekali lagi. Secara keseluruhan, kelima-

lima responden memberikan maklum balas yang baik terhadap pembelajaran pada hari

ini.
Transkrip temu bual ketiga

KOD SOALAN JAWAPAN

RESPONDEN
RA Bolehkah anda memberikan contoh Khemah, ghazal, ghaib dan

perkataan yang mengandungi huruf syampu

digraf menggunakan teknik e- 2 L


RB Bolehkah anda memberikan contoh Syiling, khasiat, bunga dan singa

perkataan yang mengandungi huruf

digraf menggunakan teknik e- 2 L


RC Bolehkah anda memberikan contoh Ghaib, syiling, syampu dan bunga

perkataan yang mengandungi huruf

digraf menggunakan teknik e- 2 L


RD Bolehkah anda memberikan contoh Singa, nyamuk, ghaib dan stokin

perkataan yang mengandungi huruf


digraf menggunakan teknik e- 2 L
RE Bolehkah anda memberikan contoh Khemah, nyamuk, penyu dan

perkataan yang mengandungi huruf khasiat

digraf menggunakan teknik e- 2 L

Transkrip temubual yang ketiga ialah mengenai contoh perkataan digraf yang

boleh dibaca oleh murid. Responden yang pertama iaitu RA memberikan contoh singa,

nyamuk, ghaib dan stokin. Perkara ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa

responden RA sudah boleh membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan

baik. Responden kedua iaitu RB juga boleh memberikan contoh perkataan yang

mengandungi huruf digraf dengan agak baik. RB mempunyai keputusan pos dan

prayang rendah berbanding dengan responden-responden lain. Namun begitu, RB

menunjukkan perubahan positif apabila responden boleh memberikan contoh perkataan

yang mengandungi huruf digraf dengan betul. Hal ini juga menunjukkan jawapan yang

diberikan menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas teknik e- 2 L diaplikasikan.

Responden ketiga, RC pula memberikan contoh perkataan yang betul. RC juga boleh

memberikan contoh perkataan yang agak susah sepertighaib. Perkara ini menunjukkan

bahawa teknik yang dilakukan berkesan dan memberikan impak positif. Seterusnya, RD

juga dapat memberikan contoh perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan baik.

Responden kelima iaitu, RE juga dapat memberikan contoh perkataan yang

mengandungi huruf digraf dengan betul dan baik. Tuntasnya, teknik ini mampu

membantu kelima-lima responden memberikan co ntoh perkataan yang mengandungi

huruf digraf dengan baik sekaligus mampu membaca perkataan tersebut dengan baik.
Transkrip temu bual keempat

KOD SOALAN JAWAPAN

RESPONDEN
RA Adakah teknik e- 2 L dapat membantu Ya cikgu. Teknik ini sangat membantu

anda membaca perkataan yang saya membaca perkataan yang

mengandungi huruf digraf dengan mengandungi huruf digraf dengan betul

betul? dan saya tidak lagi keliru.


RB Adakah teknik e- 2 L dapat membantu Ya cikgu. Teknik ini sangat membantu

anda membaca perkataan yang saya membaca perkataan yang

mengandungi huruf digraf dengan mengandungi huruf digraf dengan betul

betul?
RC Adakah teknik e- 2 L dapat membantu Ya cikgu. Teknik ini sangat membantu

anda membaca perkataan yang saya membaca perkataan yang

mengandungi huruf digraf dengan mengandungi huruf digraf dengan baik.

betul?
RD Adakah teknik e- 2 L dapat membantu Ya cikgu. Teknik ini sangat membantu

anda membaca perkataan yang saya membaca perkataan yang


mengandungi huruf digraf dengan mengandungi huruf digraf dengan betul

betul?
RE Adakah teknik e- 2 L dapat membantu Ya cikgu. Teknik ini sangat membantu

anda membaca perkataan yang saya membaca perkataan yang

mengandungi huruf digraf dengan mengandungi huruf digraf dengan betul

betul?

Transkrip temubual yang terakhir lebih meminta responden untuk memberikan

pendapat mereka tentang sejauh manakah teknik e- 2 Lini dapat membantu mereka

untuk membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan betul dan RA juga

tidak lagi keliru. Jawapan yang diberikan oleh RA menunjukkan bahawa teknik e- 2 L

membantu RA untuk membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan betul.

Dalam konteks ini, sebelum teknik diperkenalkan, RA keliru dengan cara membaca

perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan betul. Setelah guru memperkenalkan

teknik ini, RA tidak lagi keliru dan dapat membaca dengan betul. Seterusnya, RB juga

memberikan respons yang positif iaitu teknik ini dapat membantu RB membaca

perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan betul. Perkara ini amat membantu RB

yang agak lemah dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf. hal ini

dapat membuktikan bahawa teknik ini memberikan impak yang positif. Responden yang

ketiga iaitu RC, memberikan maklum balas yang positif iaitu teknik ini dapat membantu

RC dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan baik.

Seterusnya, RD juga memberikan maklum balas yang sama seperti RC iaitu teknik ini

sangat membantu responden. Akhir sekali, RE juga memberikan respons yang positif

seperti responden-responden lain. Kesimpulannya, teknik yang diperkenalkan mampu


meninggalkan impak positif kepada kelima-lima responden sekaligus membuktikan

bahawa responden dapat menerima dan memahami teknik ini.

8.0 REFLEKSI

8.1 Rumusan Dapatan Kajian

Kajian ini mengutamakan penggunaan teknik yang berfokuskan kepada permainan

sebagai kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan

kepada hasil dapatan maklumat dan analisis data yang dijalankan, setiap persoalan yang

timbul sepanjang menjalankan kajian dapat dirungkai. Tujuan utama kajian ini

dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang

mengandungi huruf digraf dalam kalangan murid. Dalam kajian ini, saya menggunakan

lima orang responden yang terdiri daripada murid tahun 3.

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga jenis instrument kajian iaitu ujian

pra dan pos, pemerhatian dan temubual. Instrumen kajian dipilih berdasarkan kesesuaian

bagi menjawab persoalan kajian. Instrumen kajian pertama yang digunakan ialah ujian

pra dan pos. Instrumen ini dipilih bagi menjawab soalan kajian yang pertama iaitu

adakah teknik e- 2 L dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam membaca

perkataan yang mengandungi huruf digraf. Instrumen kedua yang saya gunakan di

dalam kajian ini ialah menggunakan senarai semak pemerhatian. Insturmen kedua yang

digunakan adalah untuk menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu adakah teknik e- 2

L dapat menarik minat murid untuk membaca perkataan yang mengandungi huruf

digraf. Bagi menjawab persoalan yang ketiga iaitu adakah murid dapat
memngaplikasikan teknik e- 2 L dengan betul, saya telah menggunakan kaedah

temubual untuk menjawab persoalan ini.

Bagi memperoleh kelancaran kajian yang dijalankan, seseorang itu haruslah

memastikan persoalan kajian dan instrumen yang digunakan berkaitan antara satu sama

lain. Hal ini juga untuk membolehkan saya mendapat dapatan kajian yang selari dengan

ketiga-tiga persoalan kajian yang dibuat. Apabila salah satu persoalan kajian atau

instrument yang digunakan tidak berkaitan antara satu sama lain, dikhuatiri akan

menghasilkan dapatan yang negatif terhadap kajian yang dijalankan oleh saya..

8.11 Adakah teknik e- 2 L dapat membantu meningkatkan kemahiran murid

dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf?

Setelah membuat penafsiran terhadap data-data analisis yang diperoleh, kajian

ini ini telah membuktikan bahawa teknik e- 2 L dapat membantu meningkatkan

kemahiran murid dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan

berkesan. Hal ini dibuktikan melalui peningkatan markah dalam ujian pos yang

menunjukkan murid yang memperoleh peratusan markah yang rendah dapat

ditingkatkan kepada peratusan markah yang lebih tinggi. Peningkatan markah murid

dalam ujian pos ini sekaligus membuktikan bahawa teknik e- 2 L dapat membantu

meningkatkan kemahiran murid dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf

digraf dengan berkesan, seterusnya dapat menjawab persoalan kajian saya yang pertama.
8.1.2 Adakah teknik e- 2 L dapat menarik minat murid untuk membaca

perkataan yang mengandungi huruf digraf?

Hasil dapatan kajian yang diperolehi juga menunjukkan bahawa teknik ini bukan

sahaja membantu responden untuk menigkatkan kefahaman mereka mengenai

kemahiran membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf tetapi juga dapat

menarik minat murid untuk terus membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf.

Apabila mruid mula menunjukkan minat terhadap sesuatu pembelajaran, sudah tentulah

suasana pengajaran akan menjadi lebih kondusif dan menyeronokkan. Secara tidak

langsung, minat murid dapat membantu guru untuk meningkatkan lagi keyakinan dirinya

ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini dapat dibuktikan dengan senarai semak pemerhatian yang telah diisi oleh

guru A yang merupakan guru pembimbing saya mengenai minat responden. Selain

daripada itu, saya juga melihat banyak perubahan yang berlaku dalam kalangan murid

saya antaranya ialah perubahan tingkah laku dan sikap murid. Murid mula menunjukkan

minat kepada pembelajaran. Menurut Guru A, iaitu guru pembimbing saya, kebanyakan

murid tahun 3 Bestari tidak semangat dan nampak mudah bosan serta tidak

menunjukkan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Walaubagaimanapun selepas intervensi teknik e- 2 L dilaksanakan, guru A dan saya

sendiri mendapati sikap mereka telah berubah daripada pasif kepada aktif. Mereka tidak
sabar ingin mengetahui pembelajaran yang akan dijalankan oleh guru seterusnya. Hal ini

mencetuskan suasana kelas yang hidup dan ceria.

Selain itu, penggunaan teknik e- 2L juga terbukti berkesan dalam meningkatkan

minat murid untuk belajar. Melalui pemerhatian saya, teknik ini bukan sahaja dapat

meningkatkan minat belajar, malah ianya sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku

pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat

meminimumkan masalah disiplin dalam kalangan murid. Selain itu, teknik ini yang

berunsurkan juga dilihat dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan

dan menghiburkan. Perkara ini dibuktikan melalui dapatan pemerhatian yang

menunjukkan pemerhati iaitu Guru A memberi respon yang murid dilihat amat seronok

dan berminat untuk bealajar sepanjang intervensi dilakukan. Hal ini disokong oleh

kenyataan. Abd. Fatah (1994), iaitu jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua

fungsi otak dengancara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan

akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi

akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih

aktif.

Secara keseluruhan, berdasarkan dapatan melalui pemerhatian ini membuktikan

bahawa teknik e- 2 L yang saya gunakan telah berhasil dan telah menjawab soalan

kajian yang kedua iaitu Adakah teknik e- 2 L dapat menarik minat murid untuk

membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf.


8.1.3 Adakah murid dapat memngaplikasikan teknik e- 2 L dengan betul?

Dapatan daripada kajian yang dijalankan juga menunjukkan bahawa kesemua

responden dapat mengaplikasikan teknik e- 2 L dengan betul. Apabila responden

tersebut dapat mengaplikasikan teknik dengan betul, perkara ini dapat membuktikan

bahawa mereka dapat menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi

huruf digraf dengan betul. Hal ini dapat dikukuhkan lagi dengan soalan temu bual yang

telah dijalankan oleh saya terhadap lima orang responden mengenai teknik tersebut.

Selain itu, transkrip daripada temu bual juga menunjukkan bahawa teknik ini

sangat berkesan. Responden dapat mengaplikasikan teknik e- 2 L yang telah

dilaksanakan sekaligus dapat membantu mereka membaca perkataan yang mengandungi

huruf digraf dengan betul. Perkara ini dapat dibuktikan apabila saya meminta setiap

responden untuk memberikan dan membaca contoh perkataan yang mengandungi huruf

digraf. Selain itu, kelima-lima responden juga menyatakan bahawa mereka sangat

menyukai pembelajaran pada hari tersebut setelah teknik ini dilaksanakan dan dapat

membantu mereka membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf dengan betul.

Secara keseluruhan, berdasarkan analisis transkrip temu bual yang dijalankan dapat

menjawab persoalan kajian yang ketiga.


Selain itu, keputusan data yang diperoleh berdasarkan ketiga-tiga instrumen

menunjukkan keputusan atau kesan yang positif ke atas diri kelima-lima responden dan

berjaya meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf

dalam kalangan responden. Melalui penggunaan teknik tersebut, ia akan memudahkan

guru untuk mengajar pelajaran tersebut, manakala murid akan menjadi lebih terhibur dan

berminat untuk mengikuti pelajaran kerana teknik yang dilaksanakan lebih berunsurkan

kepada permainan. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa permainan dapat dijadikan

sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran untuk murid-murid. Kenyataan di

atas disokong oleh Rahil, Habibah dan Kamariah (2009) yang menyatakan murid tidak

akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan

dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai

hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah.

Kesimpulannya, kajian ini berjaya dilaksanakan. Jawapan kepada persoalan

kajian juga telah dibuktikan melalui hasil analisis dapatan kajian Teknik e- 2 L

yang berunsurkan permainan berjaya meningkatkan penguasaan murid tahun 3 Bestari

dalam membaca perkataan yang mengandungi huruf digraf. Di samping itu, tringulasi

data juga digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan kajian dan keputusan

penyelidikan yang dijalankan secara kualitatif. Menurut Gay & Airasian (2009),

triangulasi data juga bertujuan untuk membandingkan pelbagai cara menganalisis data.

Dalam konteks triangulasi data digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan

keputusan kajian yang diperoleh.


9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Penggunaan teknik berunsurkan permainan dalam proses P&P membaca perkataan yang

mengandungi huruf digraf sememangnya berkesan dalam membantu murid mengingat

fakta, meningkatkan minat serta menimbulkan keseronokan belajar. Secara

keseluruhannya kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun

begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya

kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan datang. Berdasarkan hasil kajian

yang telah dijalankan, saya mencadangkan pengaplikasian teknik e- 2 Lini

diperluaskan kepada kumpulan sasaran yang lebih besar. Pada pandangan saya, aktiviti

ini akan lebih menarik jika lebih ramai peserta menggunakan permainan ini. Di samping

itu, murid juga dapat membentuk kumpulan untuk menjalankan aktiviti ini.

Selain itu, guru boleh menambah bilangan perkataan dalam aktiviti yang

dijalankan. Jika sebelum ini hanya 12 perkataan digraf saja yang digunakan, guru boleh

memperbanyakkan lagi perkataan kepada 18 perkataan dalam satu permainan. Guru

boleh melakukan modifikasi kepada papan teng-teng dan meletakkan 3 perkataan pada

setiap petak teng-teng. Pertambahan perkataan digraf dalam permainan ini juga dapat

menguji sejauh mana murid dapat menguasai kemahiran membaca.


Di samping itu, guru juga boleh menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza.

Contohnya, menggunakan kaedah pandang sebut dan kaedah fonik untuk mengajar

perkataan digraf. Penggunaan pelbagai kaedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

dapat membantu murid menyesuaikan diri untuk belajar perkataan digraf walau dalam

apa kaedah yang digunakan oleh guru. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan

kemahiran membaca murid menerusi pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan.

Guru boleh mengukuhkan kefahaman murid dengan memasukkan kemahiran

menulis dalam permainan fizikal lontar dan lompat ini. Selepas murid selesai bermain

permainan ini, guru akan menguji sama ada murid mengingati apa yang diajarkan dan

murid harus menulis dalam kertas yang telah disediakan. Di sini, guru dapat menilai

kefahaman murid menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Di samping itu, saya juga mencadangkan jika tempoh masa pelaksanaan kajian

tindakan ini dilanjutkan kepada tempoh masa lebih lama sedikit. Rasional tempoh masa

dipanjangkan adalah untuk memberi peluang kepada guru untuk mempelbagaikan lagi

aktiviti dan kemahiran yang diuji. Contohnya, dalam pengaplikasian teknik ini, guru

dapat menambah kemahiran menulis dengan aktiviti menulis disamping mengutamakan

fokus kajian iaitu kemahiran membaca. Selain itu, guru dapat melihat pencapaian murid

dan dapat mengambil masa untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam subjek yang

diajarkan.
Tambahan pula, guru boleh mengadakan kolaborasi bersama ibu bapa dalam

meningkatkan kemahiran membaca murid. Guru boleh bekerjasama dengan ibu bapa

untuk memantau anak mereka semasa berada dirumah. Ibu bapa akan menjadi guru

apabila di rumah dan memantau aktiviti bacaan anak mereka. Guru juga boleh

mengambil inisiatif dengan membina jadual bacaan kepada murid semasa berada

dirumah dan ibu bapa perlu memberi kerjasama untuk membantu guru memantau

kekerapan anak mereka membaca semasa berada di rumah. Langkah ini dilihat dapat

membantu meningkatkan kemahiran membaca murid.

RUJUKAN
Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran:
Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publicators and
Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008), Guru Sebagai Penyelidik: PTS Professional:
Kuala Lumpur.

Abd. Rahim Talib. (2006). Pengenalan pendidikan khas masalah Pembelajaran. Kuala
Lumpur : Metcor Doc

Ahmad Khair Mohd Nor. (2003). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu, Tatabahasa :
Ayat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Alis Bin Puteh. (2006). Kajian tindakan di sekolah. Selangor : Penerbitan


Seri Kota.

Bloom B.S., Hastings J. T. dan Madaus G.F. (1971). Handbook on formative


and summative evaluation of student learning. New York : McGraw Hill
Chua, Y. P. (2008). Research Statistics: Data Analyses for Ordinal and Nominal Scales.
Shah Alam: McGraw-Hill Education.

Faridah Rahim. (2005). Pengajaran Membaca di Sekolah Dasar. Jakarta: Bumi Askara

Gagne R M. (1970). The conditions of learning. New York: Holt, Rinehart and Winston

Gay, L. R& Airasian, P. (2000). Educational research: Competencies for analysis and
application. Ed ke-6. New Jersey: Merrill

Harison Othman. (2005). Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Membaca


Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan. Perlis: Institut Pendidikan Guru Perlis

Hermann, N. (1991). The Creative Brain. Journal of Creative Behaviour. 25(4):275-295.

Husin Fateh Din & Nazariyah Sani. (2012). Bahasa Melayu II akademik.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ismail Ali. (1985). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Kuala


Lumpur : Longman.

Ismail Zain. (1995). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur.


Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Lee, W. R. (1979). Language teaching games and contests. New York:


Oxford English.

Mohd Majid Konting. ( 2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. ( 5th ed.).


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mook S. S. (1992). Pedagogi untuk kursus diploma perguruan. Kuala Lumpur:
Kompleks
Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar .
Puchong Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Moyles, J. (2005). The excellence of play. New York: Open Press University

Noriati A. Rashid, Boon Pon Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Ornstein, A.C. & Hunskin, F. P. (2004). Curriculum: foundation principles and issues.
USA: Pearson Education

Poh, Swee Hiang. (2005). KBKK kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif : mengikut
sukatan pelajaran kemahiran berfikir (Dinamika Guru) Diploma Perguruan
Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar. (2009). Amalan
pengajaran berkesan. Selangor. Karisma Publications Sdn. Bhd.

Safiah Osman. (1990). Membaca : Satu pengenalan. Kuala Lumpur: Berita


Publishing Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1994). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Selangor. Flo


Enterprise Sdn. Bhd.

Sawpi Lawi. (1998). Menguasai kemahiran membaca : Satu Keperluan


Manusia. Jurnal Jabatan Bahasa Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang.
Sharil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shaifol Bahary bin Sulaiman & Hasnul Faizal bin Hushin. (2008). Projek
kajian tindakan. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia (OUM).

Shahabudin Hashim, Rohizani Yaakob, Mohd Zohir Ahmad (2007).


Strategik & Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur : Profesional
Publishing.

Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jabatan Bahasa Melayu, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

Stone, R. (2009). Best practices for teaching : Reading. United Kingdom:


Corwin Press.

Syarifah Zaleha Syed Hassan. (2001). Islamisation and urban religious


identity : The middle class of Bandar Baru Bangi in Southeast Asian Middle
Class: Prospects for Sosial Change and Democratization. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Tuckman (1975), Analysing Sosial Educational Research Data. London : McGraw Hill.

Wellington J. (2004), Educational research, Continum, London-New York

Zamri Mohamad (2005) http://zamrimohamad.com/blog/100000-murid-tahun-2-hingga-


6-tidak-tahu-membaca/ diakses pada 01 April 2015 pada pukul 3.30 petang

Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). dalam Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan

Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd


LAMPIRAN

LAMPIRAN A

BORANG UJIAN PRA/ POS

TARIKH : ______________________

MASA : _____________________

TEMPAT : _____________________

Arahan : Tandakan (/) bagi perkataan yang boleh dibaca oleh responden

Bil Responden Huruf Digraf (ng) Jumlah

Bunga Singa

1. A /2

2. B /2
3. C /2

4. D /2

5. E /2

Bil Responden Huruf Digraf (ny) Jumlah

Nyamuk Penyu

1. A /2

2. B /2

3. C /2

4. D /2

5. E /2
Bil Responden Huruf Digraf (sy) Jumlah

Syiling Syampu

1. A /2

2. B /2

3. C /2

4. D /2

5. E /2
Bil Responden Huruf Digraf (kh) Jumlah

Khemah Khasiat

1. A /2

2. B /2

3. C /2

4. D /2
5. E /2

Bil Responden Huruf Digraf (gh) Jumlah

Ghaib Ghazal

1. A /2

2. B /2

3. C /2

4. D /2
5. E /2

Bil Responden Huruf Digraf (st) Jumlah

Stadium Stokin

1. A /2

2. B /2

3. C /2

4. D /2
5. E /2

Bil Perkataan Digraf Responden


A B C D E
1 kh khemah
2 khasiat
3 ny nyamu
k
4 penyu
5 sy syampu
6 syiling
7 gh ghazal
8 ghaib
9 ng bunga
10 singa
11 st stadium
12 stokin
Jumlah / 12 /12 /12 /12 /12
Peratus

REKOD PEMARKAHAN UJIAN PRA/ POS


LAMPIRAN A

BORANG UJIAN PRA/ POS

TARIKH : ______________________

MASA : _____________________

TEMPAT : _____________________

Arahan : Tandakan (/) bagi ayat yang boleh dibaca oleh responden

Bil Responden Huruf Digraf (ng) Jumlah

Bunga itu harum Singa itu


mewangi. besar dan
garang.
1. A /2

2. B /2

3. C /2

4. D /2

5. E /2

Bil Responden Huruf Digraf (ny) Jumlah

Nyamuk aedes Penyu itu


bahaya merangkak
dan boleh menuju ke
membawa pantai tanpa
penyakit. mengeluarkan
sebarang
bunyi.

1. A /2
2. B /2

3. C /2

4. D /2

5. E /2

Bil Responden Huruf Digraf (sy) Jumlah

Farhan Syarikat itu


bersyukur memasarkan
kerana duit syampu
syilingnya yang berjenama
tercicir telah Sunsilk.
dijumpai.
1. A /2
2. B /2

3. C /2

4. D /2

5. E /2

Bil Responden Huruf Digraf (kh) Jumlah

Khemah itu Sayur


dibina khas mempunyai
untuk peserta banyak khasiat
program ini. yang istimewa.
1. A /2
2. B /2

3. C /2

4. D /2

5. E /2

Bil Responden Huruf Digraf (st) Jumlah

Stadium dan Stokin


stesen keretapi kepunyaan
Bukit Jalil dibina Tan tertinggal
berdekatan di dalam stor
antara satu sukan.
sama lain.
1. A /2

2. B /2

3. C /2

4. D /2

5. E /2

Bil Responden Huruf Digraf (gh) Jumlah

Lembaga itu Ghazal


ghaib secara merupakan
tiba-tiba. muzik yang
berasal dari
negeri Johor.
1. A /2

2. B /2

3. C /2

4. D /2

5. E /2

BORANG REKOD PEMARKAHAN MURID UJIAN PRA/POS


Bil Ayat digraf Responden
A B C D E
1 kh Khemah itu dibina
khas suntuk peserta
program ini.
2 Sayur mempunyai
banyak khasiat
yang istimewa
3 ny Nyamuk aedes
bahaya dan boleh
membawa penyakit.
4 Penyu itu
merangkak menuju
ke pantai tanpa
mengeluarkan
sebarang bunyi.
5 sy Syarikat itu
memasarkan
syampu berjenama
Sunsilk.
6 Farhan bersyukur
kerana duit
syilingnya yang
tercicir telah
dijumpai.
7 gh Lembaga itu ghaib
secara tiba-tiba
8 Ghazal merupakan
muzik yang berasal
dari negeri Johor.
9 ng Bunga itu harum
mewangi.
10 Singa itu besar dan
garang,
11 st Stadium dan stesen
keretapi Bukit Jalil
dibina berdekatan
antara satu sama
lain.
12 Stokin kepunyaan
Tan tertinggal di
dalam bilik stor.
Jumlah / 12 /12 /12 /12 /12
Peratus

Tarikh : ____________________ LAMPIRAN B


Tempat : _____________________
Nama pemerhati : _____________________

Pemerhatian

Fokus Aspek Sebelum Selepas

YA TIDAK YA TIDAK

Memberikan sepenuh tumpuan semasa


1. Minat
proses PdP berlangsung.

Membuat kerja lain yang tiada kaitan


dengan kemahiran yang diajar.

Mengganggu rakan lain.


.2. Tingkah laku
Bercakap atau bermain.

Mematuhi arahan guru.


Memberikan tumpuan ketika guru mengajar.

Menjawab soalan secara sukarela.

3. Penglibatan Kekerapan murid bertanya.

Melibatkan diri dalam semua aktiviti di


dalam kelas.

Suasana pengajaran dan pembelajaran yang


menyeronokkan.

4. Suasana kelas Suasana pengajaran dan pembelajaran yang


tenang dan kondusif.
Gangguan yang timbul dapat diselesaikan
dengan segera.

Murid dapat membaca perkataan yang


5. Prestasi
mengandungi huruf digraf dengan betul.
LAMPIRAN C

BORANG TEMUBUAL MURID

TARIKH : __________________________

MASA : _________________________

TEMPAT : _________________________

BIL SOALAN JAWAPAN


1. Adakah anda faham tentang teknik e- 2 L

2. Adakah anda suka dengan cara pembelajaran pada


hari ini?

3. Bolehkah anda memberikan contoh perkataan


yang mengandungi huruf digraf mengikut teknik
e- 2 L

4. Adakah teknik e- 2 Ldapat membantu anda


menggunakan perkataan yang mengandungi huruf
digraf dengan betul?
LAMPIRAN D

You might also like