You are on page 1of 1

BAB 2 ELEKTRIK

1. Tenaga elektrik yang digunakan dibayar mengikut jumlah berdasarkan


bacaan pada meter kilowatt jam (kWj).
2. Meter kilowat jam(kWj) digunakan untuk menyukat jumlah tenaga yang
digunakan.
3. Meter kWj jenis meter digital digunakan.
4. Tenaga disukat dalam unit ukuran kilowatt jam.

1 kilowatt = 1000 watt


1 kilowatt jam = 1000 watt x 1 jam (1000 watt diguna dalam 1 jam)
1 kilowatt jam = 1 unit (tenaga digunakan)
5. Meter kWj:-
a) Siri nombor mewakili 10 000, 1000, 100, 10,1 dan 0.1.
b) Dibaca mengikut digit besar ke digit kecil.
c) Digit terakhir tidak perlu dibaca kerana nilainya kurang dari 1 unit.

MOTOR ARUS TERUS (DC)

1. Motor DC menukar tenaga elektrik kepada tenaga sawat.


2. Digunakan pada alatan mudah alih seperti mesin gerudi cordless, skuter
elektrik, kereta mainan dan radio kaset.
3. Badan motor diletakkan plat perincian.
4. Maklumat pada plat perincian ialah jenis (type), voltan (volt), pusingan
seminit (rpm) dan kuasa (watt).

You might also like