You are on page 1of 1

KENYATAAN MEDIA

LALUAN BAS BAHARU BAGI MENINGKATKAN AKSES


KE KLINIK KESIHATAN KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2017 - Bermula pada hari Selasa hadapan, 25 April 2017,
perjalanan bas RapidKL Laluan 402 akan disusun semula untuk memberikan perkhidmatan
sepanjang Jln Tun Razak - Jln Ipoh - Jln Pahang - Bulatan Pahang dan Jln Tun Razak
menuju ke KLCC. Penyusunan semula ini akan merangkumi empat hentian bas tambahan.
Salah satu daripada hentian itu merupakan hentian baru, di mana anggaran jaraknya kira-
kira 80 meter daripada pintu masuk belakang Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) bagi
membolehkan akses yang lebih mudah ke klinik.

Laluan bas baharu ini juga menyediakan sambungan ke Stesen LRT Titiwangsa dan Stesen
Monorel Chow Kit.

Selain daripada itu, SPAD sedang bekerjasama dengan DBKL untuk menambahbaik hentian
bas baru serta laluan pejalan kaki menuju ke KKKL itu di dalam jangka masa sederhana.

-Tamat-

Bagi sebarang pertanyaan media:


Bahagian Komunikasi,
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000/Faks: +603 2726 7007
Emel : communications@spad.gov.my

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)


Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
T: +603 2726 7000 F: +603 2726 7100 http://www.spad.gov.my

You might also like