You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Khidmat sokongan dan bantuan merupakan satu keperluan dalam


membantu meningkatkan keberkesanaaan PdP MBK. Khidmat sokongan dan
bantuan merangkumi bantuan kewangan, bantuan peralatan khas dan bantuan
khidmat sokongan.

1. Bantuan Kewangan
a. Elaun Murid Khas (EMK)
b. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
c. Semua murid yang bukan penerima salah satu bantuan berbentuk
kewangan seperti
d. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
e. Bantuan Makanan Asrama

2. Anugerah Pembelajaran
a. MBK yang cemerlang dalam akademik dan memenuhi syarat yang
ditetapkan layak dikurniakan anugerah pembelajaran oleh KPM dan
dicalonkan untuk menerima biasiswa.

3. Bantuan Peralatan Khas


a. MBK hendaklah dibekalkan peralatan khas yang mencukupi bagi
membolehkan MBK mengikuti PdP dengan berkesan. Walau
bagaimanapun pembekalan, penggantian, penyelenggaraan dan baik
pulih peralatan khas bergantung kepada kedudukan kewangan dan
peruntukan semasa.
b. Peralatan khas yang dibekalkan adalah tertakluk kepada jenis dan
kategori murid sperti yang disenaraikan dalam Buku Panduan Nisbah
Peralatan Khas.

4. Bantuan Khidmat Sokongan


a. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) disediakan bagi membantu
pengurusan kelas pendidikan khas, prasekolah dan juga asrama yang
menempatkan MBK. Norma PPM bagi setiap perjawatan adalah
tertakluk kepada pekeliling semasa.
b. Guru resos adalah penting dalam proses PdP MBK terutamanya dalam
PPI. Guru resos dalam pelaksanaan PPi hendaklah bekerjasama dengan
guru kelas atau guru mata pelajaran dalam membantu pembelajaran
murid. Guru resos merupakan seorang guru pendidikan khas yang
berpengalaman dan mempunyai pengetahuan dalam pedagogi dan
strategi PdP di bilik darjah. Guru resos juga berperanan sebagai guru
pembimbing dan pendamping bagi meningkatkan kesediaan murid.
c. 3PK berperanan menjalankan program intervensi awal berkaitan
dengan kesediaan MBK terhadap pendidikan. Program intervensi ini
meliputi perkhidmatan pengurusan dan terapi kepakaran yang
ditawarkan kepada murid mengikut bidang sedia ada. Pihak sekolah
boleh mendapatkan khidmat bantuan kepakaran daripada 3PK yang
berhampiran.
d. JKM menjadi tempat rujukan KPM untuk mendapatkan bantuan khidmat
sokongan kepada MBK dari segi pendaftaran OKU dan penyelarasan
bantuan- bantuan kebajikan mengikut kelayakan murid. Murid boleh
memohon bantuan kebajikan yang disediakan oleh JKM jika mereka
menepati criteria yang telah ditetapkan.
e. JKM juga menjadi pusat perkongsian data dan maklumat murid
berkeperluan khas di bawah jaringan kerjasama bagi perkhidmatan dan
pengurusan berkesan.
f. KKM menjadi tempat rujukan KPM untuk mendapatkan khidmat
kepakaran dari segi pengesanan, diagnosis kecacatan mengikut
kategori, pengesahan dan rawatan susulan.

You might also like