You are on page 1of 35

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEMESTER JANUARI / 2017

HMEF 5083_V2
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
NAMA : KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG

NO. MATRIKULASI : CGS01367106

NO. KAD PENGNEALAN : 921022 13 5245

NO. TELEFON : 017-9576191

E-MEL : favine9293@gmail.com

NAMA PENSYARAH : Dr. Baljinder

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK


BAHAGIAN A
Tajuk : Cabaran Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Senarai Kandungan Muka


Surat
1.0 Pengenalan 12
2.0 Integrasi Teknologi Dalam Bilik Darjah 34
3.0 Faktor-Faktor Guru Tidak Dapat Mengintegrasikan Teknologi 57
Dengan Efektif Di Dalam Bilik Darjah
4.0 Penutup 8
5.0 Bibliograf 9
1.0 PENGENALAN

Tugasan ini merupakan satu penulisan yang membincangkan isu-isu


mengenai pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di bilik darjah. Di samping itu, dalam penulisan ini juga dibincangkan
juga beberapa faktor yang menyumbang kepada ketidakupayaan guru dalam
mengintegrasikan teknologi secara efektif di dalam bilik darjah.

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan
perubahan daripada era masyarakat industri kepada era masyarakat
bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan.
Perkembangan ini telah mempengaruhi dunia pendidikan terutamanya
kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan teknologi memberi
impak yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan
pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Dengan
penubuhan MSC, wawasan teknologi ialah memacu Malaysia menjadi negara
yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era
teknologi maklumat. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan
teknologi memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping
kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan
martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke-
21.

Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan teknologi


memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara
membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan
bidang teknologi. Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan
paradigm bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakan dan berkebolehan
mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Abdul Rahim (2014)
menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa
sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan dan
pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global
yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan
TMK melalui pengawalan dan penyeliaan, dan peranan efektif guru dalam
memajukan dunia pendidikan.

Penggunaan komputer yang semakin hari menjadi lebih penting dalam


kehidupan. Kita perlu mendedahkan kepada pelajar supaya mereka dapat
membiasakan diri dengan penggunaan komputer. Tetapi malangnya, dalam
situasi di sekolah sekarang, kebanyakan guru kurang mahir menggunakan
perisian-perisian seperti perisian Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft
1
Powerpoint dan Microsoft Publisher. Inilah antara contoh yang menunjukkan
ketidakupayaan guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan.
Perisian-perisian seperti yang disenaraikan amat penting untuk dikuasai
kerana dapat membantu dalam penyediaan bahan bantu mengajar seperti
gambar dan animasi serta membantu dalam hal-hal pentadbiran sekolah.

Kesimpulannya, pengetahuan mengenai komputer menjadi satu


perkara yang wajib untuk dikuasai bagi membolehkan kita mengintegrasikan
teknologi bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi dalam hal-hal yang lain
juga. Guru-guru alaf baru perlu bersiap sedia dengan pengetahuan mengenai
komputer manakala guru-guru senior perlu mempelajari sedikit sebanyak
kemahiran untuk meningkatkan produktiviti mereka dalam profesion
keguruan.
2.0 INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM BILIK DARJAH
2
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang
diperkenalkan oleh KPM telah meletakkan matlamat memanfaatkan
teknologi dalam PdP. Sejajar dengan itu, pihak kementerian berusaha untuk
memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan kecekapan cara penyampaian
pendidikan. Sejak internet diperkenalkan dalam sistem pendidikan di
Malaysia, banyak perubahan telah berlaku. Ianya telah mengubah corak
kehidupan komuniti dan masyarakat seantero dunia dalam penggunaannya
di bidang pendidikan. Penggunaan internet terus berkembang dari semasa
ke semasa (Noraini et al., 2010). Pembelajaran maya yang merupakan
proses PdP berasaskan internet adalah bidang yang turut berkembang dalam
era teknologi ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) menyatakan bahawa setiap


pelajar perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan integrasi
dunia teknologi masa kini. Bagi merealisasikan inisiatif tersebut, KPM telah
bekerjasama dengan pihak YTL Communications dan memperkenalkan
1BestariNet. Di bawah projek berkenaan, sebanyak 10 000 buah sekolah
rendah dan menengah telah dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan
tinggi tanpa wayar 4G yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pentadbiran dilaksanakan di sekolah.

Pengintegrasian teknologi dalam bilik darjah memerlukan kemahiran


dan komitmen guru secara tepat dan berfokus. Proses pembelajaran pasti
menjadi lebih mengembirakan jika murid-murid dapat memahami isi
pelajaran dengan lebih mudah menerusi pengalaman mereka menggunaan
TMK. Peranan guru dalam mengintegrasikan teknologi terlibat dalam semua
peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum
pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi PdP. Kegagalan guru dalam
membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan
proses PdP kurang berkesan.

Menurut Noor Aini Ahmad (2014), pengintegrasian teknologi dalam


bilik darjah dapat merangsang dan mendorong kanak-kanak awal umur
untuk belajar dengan lebih berkesan. Penggunaan gambar, animasi dan
bunyi boleh membantu kanak-kanak belajar dengan lebih seronok tentang
domain pengetahuan yang baharu. Menurut Noor Aini Ahmad (2014) juga,
terdapat elemen yang boleh diterapkan dalam pengajaran iaitu teks, grafk
dan audio. Teks ialah elemen asas multimedia yang digunakan secara
3
meluas untuk menyampaikan maklumat. Teks berfungsi untuk memberi
maklumat yang tidak boleh dijelaskan dengan terperinci oleh grafk. Teks
menerangkan konsep dan idea dalam sesuatu persembahan multimedia agar
dapat memberikan kejelasan imej kepada murid. Elemen grafk pula
merupakan elemen yang paling banyak digunakan kerana elemen ini dapat
menarik perhatian murid-murid semasa aktiviti pembelajaran berlaku.
Elemen grafk boleh berbentuk gambar, animasi, rajah dan lakaran. Di
samping itu, penggunaan audio seperti muzik latar, lagu dan suara dalam
sesuatu rakaman multimedia amat penting kerana dapat melengkapkan
sesebuah persembahan multimedia. Kesan audio juga merupakan salah satu
daya penarik perhatian yang berkesan.
Dengan mengintegrasikan teknologi dalam PdP, tugas guru dapat
diringankan. Hal ini kerana pengajaran boleh diulang mengguna bahan bantu
mengajar yang telah dibina mengikut keperluan pelajar. Noor Aini (2013)
menggunakan fungsi sistem multimedia dalam kajian beliau dan didapati
bahawa kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun boleh melakukan
aktiviti padanan, perbandingan dan puzzle yang dibangunkan secara
interaktif dengan baik. Dalam sistem multimedia, pendidik boleh
membimbing pembelajaran kanak-kanak dan elemen multimedia yang
terkandung dalam sistem akan menjadi penggerak kepada kanak-kanak
untuk belajar kerana secara lumrahnya, kanak-kanak khususnya menyukai
sesuatu yang bersifat interaktif dan menarik.

Pengintegrasian teknologi di dalam bilik darjah merupakan salah satu


elemen penting yang terkandung dalam pembelajaran abad ke-21.
Pembelajaran berasaskan teknologi bukan sahaja perlu diajar kepada pelajar-
pelajar di peringkat tinggi, namun kemahiran TMK ini juga perlu didedahkan
kepada murid-murid di peringkat rendah termasuklah prasekolah. Hal ini
demikian bagi menyahut hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
untuk melahirkan modal insan celik IT dan mampu berdaya saing dengan
negara lain.

3.0 FAKTOR-FAKTOR GURU TIDAK DAPAT MENGINTEGRASIKAN


TEKNOLOGI SECARA EFEKTIF DI DALAM BILIK DARJAH.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan guru tidak dapat 4


mengintegrasikan teknologi secara efektif di dalam bilik darjah ialah guru
kurang mahir mengendalikan komputer. Faktor ini dapat dilihat dalam
pelaksanaan Web 2.0 dalam PdP. Web 2.0 adalah salah satu pendekatan
pembelajaran yang bersesuaian dengan sistem pendidikan kini. Selain itu,
aplikasi ini dapat menarik minat pelajar untuk meningkatkan penguasaan
dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, kajian mengenai Web 2.0 dalam PdP
Bahasa Melayu belum dijalankan secara meluas. Hal ini kerana terdapat
beberapa kekangan yang menyebabkan guru Bahasa Melayu tidak
menerapkan PdP berasaskan teknologi. Hal ini disokong dengan kajian yang
dilakukan oleh Yahya dan Roselan (2012) mengenai komputer dalam
pengajaran bahasa, penguasaan guru dan kekekangan dalam pelaksanaan.

Penggunaan teknologi mempunyai hubungan signifkan dengan


pelbagai kecerdasan atau multiple intelligences yang mencorakkan budaya
pembelajaran yang tidak terikat kepada pembelajaran konvensional.
Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu
kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif,
kreatif dan inovatif, reka cipta, reka bentuk, visual dan pembelajaran maya.
Namun, tidak ramai pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu
alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat
membantu memantapkan bahan PdP. Dalam kajian Suzlina Hilwani
Baharuddin dan Jamaludin Badusah (2016) mendapati bahawa tahap
kekangan penggunaan internet dalam kalangan guru adalah pada tahap
sederhana. Guru-guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
melayari internet, memberi sumbangan kepada laman web sekolah dari
semasa ke semasa, tidak mempunyai kemudahan internet di rumah dan
tidak tahu menggunakan internet. Dalam kajian Nor Zaira Razali, Zolkefli
Bahador dan Mohd Kasri Saidon (2016) iaitu Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Penggunaan VLE FROG Dalam Kalangan Guru Di Sekolah
Menengah mendapati bahawa tahap kemahiran teknologi dan tahap
kemudahan teknologi yang terdapat di sekolah adalah rendah. Guru-guru
merumuskan program VLE FROG adalah kurang berkesan walaupun pada
awalnya program ini diiktiraf dapat memanfaatkan para guru. Guru-guru juga
merasakan adalah sangat sukar dan membuang masa mempelajari
kemahiran teknologi maklumat terutamanya bagi guru-guru yang sudah
berusia.

Selain itu, kekangan dalam menghabiskan silibus juga merupakan


faktor yang menyumbang kepada ketidakupayaan guru mengintegrasikan
teknologi dalam pendidikan. Guru-guru selalunya berlumba-lumba untuk
menghabiskan silibus bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini demikian
kerana mereka ingin memastikan murid dapat menjawab soalan-soalan ujian
dengan baik. Kebanyakan sekolah sekarang sangat mementingkan kuantiti
murid yang mendapat A bagi sesuatu mata pelajaran. Guru-guru kurang
menitikberatkan pendekatan dan strategi pengajaran untuk meningkatkan
motivasi murid untuk belajar. Shulman (1986) dalam Noor Aini Ahmad (2014)
mengemukakan tentang pengetahuan kandungan dan pengetahuan
pedagogi di mana guru perlu memahami berkaitan isi kandungan setiap
mata pelajaran yang diajar. Shulman juga mengemukakan tentang
pengetahuan kandungan pedagogi yang menekankan tentang kepentingan
guru mempelajari pelbagai cara untuk menyampaikan pengetahuan
kandungan kepada kanak-kanak. Walaupun Shulman tidak memfokuskan
kepada pengetahuan teknologi, tetapi teknologi dan media sememangnya
menawarkan peluang untuk belajar secara lebih berkesan dalam
persekitaran kanak-kanak. 5

Faktor guru tidak dapat mengintegrasikan teknologi dalam PdP yang


seterusnya ialah sikap negatif guru untuk mempelajari sesuatu yang
baru. Selain guru merasa terbeban dan membuang masa, Becker & Watt
(1996) dalam Suzlina Hilwani Baharuddin et al. (2016) menyatakan bahawa
sebahagian guru sudah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk
membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Ledakan teknologi
memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan di
sekolah yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi
pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital,
e-learning dan sebagainya. Penggunaan teknologi di sekolah telah membuka
perspektif baharu tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak terikat
kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan
teknologi membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasi
dalam pembelajaran maya dengan menggunakan internet dan melayari
laman web. Berdasarkan analisis secara deskriptif yang dilakukan oleh
Suzlina Hilwani Baharuddin et al. (2016) untuk melihat tahap sikap guru
terhadap penggunaan internet, didapati bahawa tahap sikap guru berada
pada tahap sederhana bagi item Internet boleh menggantikan buku teks di
dalam bilik darjah manakala bagi tahap rendah pula Internet membuang
masa. Secara keseluruhannya, tahap sikap guru dalam kajian tersebut
adalah pada tahap sederhana.

Selain itu juga, tahap kemudahan teknologi juga menjadi salah satu
faktor penyumbang kepada guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam
bilik darjah dengan efektif. Meluaskan literasi komputer menjadi agenda
penting pendidikan selaras dengan dasar teknologi negara pada abad ke-21.
Pembelajaran abad ke-21 mementingkan pengintegrasian teknologi dalam
PdP. Namun demikian, kemudahan teknologi yang terdapat di sekolah-
sekolah di Malaysia masih kurang. Di televisyen sering menunjukkan 6
sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan dan prasarana teknologi yang
lengkap, tetapi secara realitinya, jika kita ke sekolah-sekolah yang lain
terutamanya di luar bandar, kebanyakkan kemudahan seperti komputer dan
internet sekolah dalam keadaan yang rosak. Senario ini juga telah
membantutkan hasrat guru untuk mengintegrasikan teknologi dalam bilik
darjah. Sebagai contoh, keadaan di tempat saya mengajar, terdapat subjek
Reka Bentuk dan Teknologi. Disebabkan semua komputer yang terdapat di
Pusat Akses sekolah rosak, guru hanya mengajar tajuk mengenai komputer
menggunakan buku teks sahaja di bilik darjah. Senario yang saya berikan ini
disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Zaira Razali et al. (2016)
yang mana melalui hasil kajian beliau, didapati tahap kemudahan teknologi
yang terdapat di sekolah adalah rendah. Dalam kajian tersebut, majoriti guru
mengatakan bahawa capaian internet yang rendah membantutkan minat
guru dan pelajar untuk mengaplikasikan VLE FROG di dalam kelas. Mereka
hanya boleh mengakses VLE FROG jika berada di makmal komputer namun
bilangan komputer yang terhad dan peralatan teknologi (LCD Projektor) yang
kurang memuaskan menyebabkan ramai guru memilih untuk mengajar
secara konvensional yang pada pendapat mereka lebih mudah dan berkesan.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada 7

ketidakupayaan guru untuk mengintegrasikan teknologi di dalam bilik darjah


secara efektif. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi mengatasi cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh guru untuk mengintegrasikan teknologi di dalam
bilik darjah secara efektif. Sejajar dengan langkah pembestarian pendidikan
ini,guru perlu bersikap proaktif dan inovatif dalam dunia pendidikan yang
serba mencabar. Guru juga perlu sentiasa bersedia mengambil dan
menyahut cabaran baharu serta melengkapkan diri mereka dengan
kemahiran teknologi dan melaksanakannya di sekolah agar inisiatif
Kementerian Pendidikan Malaysia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
serta dapat melahirkan generasi murid yang mampu menghadapi cabaran
dalam era globalisasi tanpa sempadan ini.
5.0 BIBLIOGRAFI
8
Abdul Rahim (2014). Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). 1BestariNet. Dicapai pada 24


Januari 2017, daripada http://1Bestari.Net/.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013 2015. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Ismail dan Jamil Ahmad (2010). Tahap
Penerimaan Inovasi EduWebTV Dalam Kalangan Guru. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan 3(5): 118 128.
Nor Zaira Razali, Zolkefli Bahador dan Mohd Kasri Saidon (2016). Faktor-
Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan VLE FROG Dalam
Kalangan Guru Di Sekolah Menengah. International Seminar on
Generating Knowlegde Through Research, UUM-UMSIDA, 25 27
October 2016, Universiti Utara Malaysia.

Noor Aini Ahmad (2014). Mengintegrasikan Teknologi Komunikasi dan


Maklumat Sebagai Media Pengajaran Bahasa Dalam Kalangan
Kanak-Kanak Awal Umur. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN:
2180-4842,Vol. 4, Bil. 2 (Nov. 2014): 36 43. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Noor Aini Ahmad (2013). Membangunkan Multimedia Interaktif Bagi


Membantu Kanak-Kanak Awal Umur Mempelajari Bahasa.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Suzlina Hilwani Baharuddin dan Jamaludin Badusah (2016). Tahap


Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Sekolah Menengah
Terhadap Penggunaan Web 2.0 Dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN: 2180 4842. Vol. 6, Bil. 2
(Nov. 2016): 22 43. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yahya Othman dan Roselan Baki (2012). Aplikasi Komputer Dalam


Pengajaran Bahasa: Penguasaan Guru Dan Kekangan Dalam
Pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational Technology
Convention.
9
BAHAGIAN B
Senarai Kandungan Muka Surat
1.0 Topik 1
2.0 Kumpulan Sasaran dan Maklumat Latar 1
Belakang Murid
3.0 Objektif Pembelajaran 2
4.0 Deskripsi Laman Web Yang Digunakan 24
Mengajar Topik Yang Dipilih.
5.0 Deskripsi Tiga Laman Web Yang Boleh Dirujuk 46
Oleh Murid Berdasarkan Topik Yang Diajar
6.0 Tugasan Murid Berdasarkan Topik Yang Diajar. 6
7.0 Dua Alatan Teknologi 7
8.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 8 10
9.0 Penutup 10
10.0 Bibliograf 11
Lampiran
Lampiran 1: RPH 12 16
Lampiran 2 : Soalan Tugasan 17

PENDAHULUAN

Tugasan bagi Bahagian B ini memaparkan keupayaan guru


mengintegrasikan teknologi di dalam bilik darjah. Dalam tugasan ini juga
mengandungi rancangan pengajaran harian (RPH) bagi subjek yang saya
pilih. Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah bahan-bahan seperti
video dan latihan interaktif yang diperoleh dari sumber internet. Tambahan
itu, murid diberikan satu tugasan yang mana akan mengintegrasikan dua
alatan berasaskan teknologi yang dapat merangsang pembelajaran murid
secara aktif dan menggalakkan kemahiran berfkir aras tinggi (KBAT).
Secara keseluruhannya, aktiviti PdP yang dirancang dan kemudiannya
dilaksanakan ini adalah berdasarkan kerangka Teori Pembelajaran Gagne
iaitu Nine Events of Instructions yang membantu guru memahami proses
belajar sehingga dapat mempengaruhi dan melancarkan proses PdP. Selain
itu, ia juga dapat mengembangkan proses dan isi pengajaran agar menjadi
pembelajaran menjadi lebih mudah difahami, seronok dan murid dapat
dilibatkan secara aktif. Sistem instruksional yang diperkenalkan oleh Gagne
ditakrifkan sebagai rangkaian peristiwa yang dirancang dari luar yang
mempengaruhi proses dan meningkatkan pembelajaran.

1.0 TOPIK

Dalam merancang PdP ini, saya telah memilih untuk mengintegrasikan


teknologi di dalam kelas Pendidikan Pemulihan Khas. Saya akan mengajar
mata pelajaran Matematik bersama-sama murid pemulihan Tahun 2, bagi
Kemahiran Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan mengintegrasikan
teknologi sebagai bahan dan alat dalam pengajaran saya.
2.0 KUMPULAN SASARAN DAN LATAR BELAKANG

Kumpulan sasaran saya bagi tugasan ini ialah murid-murid Kelas


Permata (Kelas Pendidikan Pemulihan). Sebagai seorang guru Pendidikan
Pemulihan, saya sering tercabar jika murid tidak dapat mencapai objektif PdP
yang telah dirancang. Tambahan itu, saya ingin mencuba sesuatu yang baru
terhadap murid-murid ini dengan mengintegrasikan teknologi dalam
pengajaran saya. Disini, saya ingin melihat kemampuan murid saya untuk
lebih berdikari dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Murid-murid pemulihan Matematik bagi Tahun 2 di Kelas Permata


terdiri daripada 4 orang. Murid-murid ini berumur 8 tahun. Keempat-empat
mereka merupakan murid yang belum menguasai Kemahiran Operasi
Tambah dalam Lingkungan 10. Kelemahan murid ini telah dikenal pasti dalam
keputusan Ujian Diagnostik Bertulis Matematik yang dijalankan pada 7
Januari 2017 yang lepas.

Dari segi latar belakang, murid-murid saya merupakan murid-murid di


kawasan luar bandar. Mereka kurang didedahkan dengan alat teknologi
seperti komputer, tetapi mereka mahir menggunakan telefon pintar atau
lebih dikenali sebagai smartphone.

Kesimpulannya, dalam PdP yang bakal dijalankan, saya akan


menggunakan alatan teknologi seperti komputer dan telefon pintar supaya
murid dapat terlibat sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran yang
berasaskan teknologi ini.

3.0 OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran (PdP), murid-murid dapat:

1. Menulis sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat Matematik bagi


operasi tambah melalui proses penyatuan dengan betul.

2. Melengkapkan sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat Matematik


bagi operasi tambah yang melibatkan nombor hingga 10 dengan betul.

4.0 LAMAN WEB YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGAJAR TOPIK


DALAM RPH

Sebelum saya memulakan pengajaran, saya telah membuat rujukan


pada laman web http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/operasi-tambah-ayat-
matematik. Laman web tersebut menunjukkan langkah-langkah untukn
mengajar Matematik Pemulihan bagi Kemahiran 5 iaitu Operasi Tambah
Dalam Lingkungan 10. Saya memilih laman web tersebut kerana ia mudah
difahami dan penerangannya sangat ringkas dan padat. Selain itu, laman
web tersebut banyak memberi bantuan kepada saya untuk mengajar tajuk
tersebut dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh murid. Saya baru
mengajar selama 1 tahun dan saya amat kurang pengalaman mengajar
murid-murid pendidikan pemulihan khas. Jadi, blog yang dibina oleh Che
Rahmah Binti Ahmad Fauzi ini amat banyak memberi manfaat dan idea
kepada saya untuk mengajar kemahiran tersebut dengan menerapkan
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap murid pemulihan.

Bagi topik atau kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 ini,


saya telah menggunakan video interaktif yang di muat turun melalui Youtube
menggunakan perisian Clipconverter. Saya memilih Youtube kerana di laman
web ini, terdapat banyak video yang boleh digunakan sebagai bahan bantu
mengajar bagi merangsang minat murid-murid pemulihan untuk belajar.
Menurut Noor Aini Ahmad (2014), pengintegrasian teknologi dalam bilik
darjah dapat merangsang dan mendorong kanak-kanak awal umur untuk
belajar dengan lebih berkesan. Penggunaan gambar, animasi dan bunyi
boleh membantu kanak-kanak belajar dengan lebih seronok tentang domain
pengetahuan yang baharu. Menurut Noor Aini Ahmad (2014) juga, terdapat
elemen yang boleh diterapkan dalam pengajaran iaitu teks, grafk dan audio.

Video yang digunakan saya untuk mengajar kemahiran operasi tambah


dalam lingkungan 10 ini telah dimuat turun semasa saya di kawasan luar
sekolah. Hal ini demikian kerana di sekolah saya tidak mempunyai capaian
internet yang laju. Sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai banyak
inisiatif dan lebih kreatif untuk menangani masalah yang terdapat di sekolah.
Kita tidak boleh terlalu bergantung dengan fasiliti yang disediakan di sekolah 2
kerana kebanyakan fasiliti tersebut berada dalam keadaan yang kurang
memuaskan.

Ini merupakan link bagi video interaktif yang saya gunakan sebagai
bahan bantu mengajar https://www.youtube.com/watch?v=iZ5nJpbDZF8 .
Video yang berdurasi selama 2.44 minit ini sangat sesuai digunakan dalam
sesi PdP kerana ia menunjukkan langkah demi langkah berkaitan kemahiran
yang saya ajarkan kepada murid-murid saya.

Modul Sokongan Buku Teks Matematik Prasekolah ini sangat sesuai


dengan tahap dua orang murid pemulihan Tahun 2 saya yang bernama Mohd
Aiman dan Noor Hamizah. Mereka berdua belum dapat menguasai
kemahiran tambah dalam lingkungan 10. Hal ini telah dikenal pasti
berdasarkan hasil Ujian Diagnostik yang telah dijalankan pada Januari 2017.
Kedua-dua murid ini belum dapat menulis ayat matematik bagi operasi
tambah melalui proses penyatuan dan melengkapkan ayat matematik bagi
operasi tambah yang melibatkan nombor hingga 10. Tambahan itu, modul ini
menunjukkan dengan jelas operasi tambah melalui proses penyatuan
langkah demi langkah dengan perlahan.

Jadi, terdapat tiga contoh yang menunjukkan operasi tambah dalam


lingkungan 10 yang sesuai dengan tahap murid pemulihan Matematik Tahun
2 saya. Ketiga-tiga contoh yang ditunjukkan dalam video tersebut sangat
jelas, mempunyai grafk yang berwarna-warni dan mempunyai audio muzik
latar yang boleh menarik minat murid saya untuk meneruskan pembelajaran. 3

5.0 TIGA LAMAN WEB SEBAGAI RUJUKAN MURID.

5.1 RUJUKAN 1

Bagi laman web yang pertama ialah laman web


http://uluskum.net/remedial/ . Laman web ini memang dicipta khas untuk
murid-murid pemulihan. Ia merupakan latihan interaktif pemulihan khas.
Berdasarkan gambar di atas, terdapat beberapa set kemahiran
mengikut Garis Panduan Pendidikan Pemulihan Khas bagi Bahasa Melayu dan
Matematik. Bagi murid-murid saya, mereka akan diminta untuk merujuk
kepada butang Addition within 10. Walaupun berbahasa Inggeris pada
butang tersebut, namun jika kita masuk ke dalamnya, soalan-soalan latihan
tersebut adalah dalam simbol nombor, yang mana boleh difahami oleh
murid-murid pemulihan saya sendiri.

Rajah di atas menunjukkan terdapat 10 soalan operasi tambah dalam


lingkungan 10 yang boleh diselesaikan oleh murid. Murid-murid boleh
menyelesaikan kesepuluh soalan tersebut dan boleh menyemak terus
jawapan mereka dengan menekan butang Check. Di sini, guru akan memberi
bimbingan dan berperanan sebagai fasilitator sahaja. Hal ini supaya dapat
memberi peluang kepada murid-murid untuk lebih berdikari atas
pembelajarannya sendiri.

Bagi jawapan yang betul, murid akan diberikan markah sebanyak 1%.
Bagi jawapan yang salah pula, murid akan diberikan markah 0%. Jika
jawapan murid betul kesemuanya, mereka akan diberikan markah sebanyak
10%. Jika jawapan salah, murid akan diminta untuk mencuba sekali lagi
untuk membuat pembetulan. Selain butang Addition within 10 terdapat
juga butang Lembaran Kerja Matematik Interaktif. Di dalamnya mengandungi
pelbagai set kemahiran Matematik. Untuk menjawab soalan-soalan tersebut,
murid-murid perlu menekan butang Addition within 10 dan terdapat 30
soalan matematik bagi Kemahiran Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10.

5.2 RUJUKAN 2

Di samping itu, murid-murid juga diminta untuk melayari laman web


kedua iaitu youtube. Murid-murid akan diminta untuk membuka link ini
https://www.youtube.com/watch?v=Q-rWtQVqvWg atau Video Pengajaran
Tambah Tahun 1 untuk menonton video yang berkaitan dengan PdP guru.
Melalui video ini, murid akan diperkenalkan dengan konsep tambah. Di
samping itu, murid juga dapat melihat operasi tambah melalui proses
penyatuan dan satu lagi kaedah iaitu tambah menggunakan garis nombor.
Selain itu, melalui Video Kedua ini, murid dapat belajar mengenai
penambahan dalam lingkungan 10 menggunakan garis nombor. Kemahiran
menambah menggunakan pelbagai strategi dapat meningkatkan kefahaman 5
murid. Bagi murid yang kurang memahami penambahan melalui proses
penyatuan, murid tersebut mungkin lebih memahami penambahan
menggunakan garis nombor.

5.3 RUJUKAN 3

Rujukan ketiga yang boleh menjadi bahan rujukan kepada murid


pemulihan saya ialah e-TAM Matematik yang dimuat turun oleh guru melalui
laman web http://tekodancawan.blogspot.my/p/etam-matematik.html.
Perisian ini merangkumi nombor, serta operasi tambah dan tolak. Segala
bahan yang dirangka dalam perisian ini mengikut Sukatan Pemulihan dan
LINUS yang mana ianya berperingkat iaitu dari mudah ke sukar. Setiap
komputer riba yang digunakan oleh murid di Kiosk Teknologi di dalam kelas
mengandungi perisian e-TAM Matematik.

6.0 TUGASAN MURID

Bagi tugasan murid, saya akan meminta mereka untuk menyelesaikan


masalah atau soalan yang terdapat dalam laman web
http://uluskum.net/remedial/ di rumah. Murid akan dipantau oleh ibu bapa
dirumah. Tugasan murid ini berpandukan objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan. Murid akan diminta untuk screenshot hasil kerja mereka dan
menghantar kepada saya melalui group Whatsapp yang telah saya
tubuhkan. Strategi pembelajaran sebegini akan membantu meningkatkan
kemahiran berfkir aras tinggi murid kerana ia melibatkan semua aras dalam
Taksonomi Bloom. Selain itu, guru hanya berperanan sebagai fasilitator
sahaja. Murid akan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan
sendirinya. Akhir sekali, murid akan diminta untuk mempersembahkan hasil
kerja mereka di hadapan kelas.

7.0 DUA ALATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUGASAN

Terdapat dua alatan yang boleh digunakan oleh murid bagi tugasan 6

yang diberikan oleh saya. Alat pertama ialah telefon pintar dan alat ketiga
ialah tiga laman web yang dinyatakan pada Bahagian 5.0. Saya memilih
telefon pintar sebagai alat untuk tugasan ini kerana murid lebih mahir
menggunakan telefon pintar berbanding komputer riba. Di rumah, murid
lebih kerap memegang telefon pintar berbanding komputer riba 1 Malaysia
bantuan kerajaan. Selain itu, penggunaan telefon pintar dapat membuatkan
murid lebih berdikari terhadap pembelajaran sendiri. Mereka lebih suka
memegang telefon pintar kerana saiznya yang kecil dan ringan berbanding
komputer riba yang mengandungi banyak fungsi.

Memandangkan tugasan ini perlu dilaksanakan di rumah, ibu bapa


dinasihatkan untuk memberi bimbingan kepada murid. Bagi
menyempurnakan tugasan ini, saya akan membina satu group whatsapp
bagi tugasan ini. Tetapi, sebelum membina group, saya telah berjumpa
dengan ibu atau bapa murid terlebih dahulu sebelum menubuhkan group
tersebut. Saya telah berjumpa dengan ibu bapa murid semasa mereka
mengambil anak-anak mereka balik dari sekolah. Setelah ibu bapa murid
setuju dan memberikan nombor telefon mereka, barulah saya menubuhkan
group Whatsapp. Segala arahan melalui rakaman suara akan dihantar
menggunakan aplikasi Whatsapp. Saya akan meminta murid saya untuk
membuka laman web seperti pada Rajah 7.0 yang merupakan alat kedua
bagi tugasan ini. Murid boleh diminta untuk membuka laman web ini
menggunakan telefon pintar ataupun komputer riba. Saya akan meminta
mereka untuk menyelesaikan soalan yang terdapat pada laman web
tersebut. Jika murid tidak memahami atau tidak tahu cara untuk menyelesai
masalah tersebut, murid dapat membuat rujukan melalui laman web
https://www.youtube.com/watch?v=iZ5nJpbDZF8 . Murid juga boleh
menghubungi saya dengan menghantar teks ataupun rakaman suara (audio)
melalui Whatsapp.

7
8.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MATEMATIK
PENDIDIKAN PEMULIHAN

Dalam bahagian ini, saya telah membina satu RPH bagi mata pelajaran
Matematik Pendidikan Pemulihan. Format bagi RPH ini adalah berdasarkan
format RPH bagi kelas Pendidikan Pemulihan Khas yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). RPH ini telah dibina berdasarkan
Gagnes Nine Event of Instruction. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini
akan dijalankan selama satu jam di kelas pendidikan pemulihan. Disamping
itu, setiap aktiviti yang dibina dapat memupuk kemahiran berfkir aras tinggi
murid-murid saya. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2015),
Kemahiran Berfkir Aras Tinggi (KBAT), keupayaan untuk mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu. Walaupun aktiviti agak mudah, namun, bagi murid-murid
pendidikan pemulihan, tugasan yang diberikan agak mencabar tahap kognitif
mereka. Oleh sebab itu, bimbingan daripada ibu bapa amatlah diperlukan
supaya murid-murid dapat membuat tugasan mereka dengan panduan yang
betul.

Gagnes Nine Event of Penerangan Aktiviti PdP


Instructions
1. Gaining attention Bagi set induksi, aktiviti yang dirancangkan
ialah aktiviti permainan Botol Beracun.
Permainan tersebut merupakan permainan
yang melibatkan pergerakan kinestetik.
Pergerakan kinestetik berupaya untuk
mengaktifkan penglibatan murid sepanjang
PdP. Elemen muzik dalam permainan Botol
Beracun juga dapat meningkatkan motivasi
murid untuk belajar.
2. Inform learners of Selepas aktiviti permainan Botol Beracun,
objectives saya telah menerangkan kepada murid
mengenai objektif pembelajaran pada hari
tersebut. Hal ini supaya murid tahu hala tuju
dan perkaitan aktiviti yang telah dijalankan
dengan objektif pembelajaran. Objektif PdP
juga perlu dimaklumkan kepada murid supaya
murid tahu apa yang ingin dicapai oleh guru
8
bersama-sama mereka.
3. Stimulate recall of Kedua-dua elemen dalam Teori Gagne ini
prior learning. diterapkan dalam aktiviti Langkah 1. Murid
4. Present the content.
akan dirangsang dengan soalan yang
diperoleh semasa aktiviti Set Induksi. Murid-
murid akan ditunjukkan langkah-langkah untuk
menyelesaikan soalan menggunakan video
Modul Sokongan Buku Teks Matematik
Prasekolah. Murid akan menyelesaikan soalan
tersebut berdasarkan video yang telah
ditonton oleh mereka. Ini bermaksud, murid
akan menyelesaikan masalah dalam situasi
yang lain kerana soalan yang ditunjukkan
dalam video adalah berlainan dengan soalan
yang diberikan kepada murid.
5. Provide learner Elemen kelima ini dimasukkan dalam
guidance Langkah 2. Murid-murid akan diberikan
bimbingan. Murid-murid akan diberi bimbingan
untuk mengakses laman web yang boleh
dijadikan sebagai rujukan mereka. Murid akan
belajar sendiri berpandukan video interaktif
yang ditonton. Setelah menonton video
pengajaran, murid akan membuat latihan yang
terdapat pada laman web tersebut. Mereka
akan menyemak latihan yang dijawab melalui
laman web itu sendiri.
6. Elicit learning or Ketiga-tiga elemen ini diterapkan dalam
practice aktiviti Langkah 3. Murid akan diberikan
7. Provide feedback
lembaran kerja yang berbentuk hardcopy.
8. Assess learning
Soalan-soalan yang diberikan dalam lembaran
kerja adalah berbeza daripada latihan yang
dilaksanakan menggunakan laman web.
Dalam bahagian ini, murid akan mengaplikasi
kemahiran yang diperoleh melalui video
interaktif untuk menyelesaikan soalan-soalan
yang lain. Guru akan sentiasa memberikan
feedback atau maklum balas kepada murid.
Maklum balas diberikan supaya murid tahu
apa yang salah atau betul yang telah
dilakukan oleh mereka.
9. Enhance retention and Bagi memastikan murid betul-betul menguasai
transfer perkara yang dipelajari, murid akan diminta
untuk menceritakan perkara yang telah
dipelajari sepanjang PdP semasa sesi
9
penutup. Murid akan ditanya oleh guru
dengan soalan-soalan rangsangan. Murid juga
akan diberikan satu soalan setiap soalan dan
diminta untuk menyelesaikan soalan tersebut
sebelum balik kelas.

9.0 PENUTUP

Pengintegrasian teknologi dalam PdP amat mencabar terutama kepada


murid-murid pendidikan pemulihan. Hal ini dapat saya rasakan sendiri
kerana murid-murid saya kurang berkemahiran menggunakan komputer riba.
Tambahan itu, capaian internet yang lemah di sekolah saya menyebabkan
PdP kurang berjalan lancar. Namun, itu tidak mematahkan semangat saya
untuk meneruskan PdP yang berintegrasikan teknologi ini. Selain itu,
membina RPH berdasarkan kerangka Teori Gagne juga agak mencabar.
Namun, saya merasakan bahawa saya berjaya mengaplikasikan teori
tersebut dalam RPH serta melaksanakan walaupun terdapat beberapa
kekangan yang dihadapi. Kesimpulannya, murid-murid berjaya mengikuti
sesi PdP secara aktif di dalam kelas dan berjaya mengekalkan perhatian
mereka sehingga PdP tamat.

10.0 BIBLIOGRAFI
10
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Buletin Transformasi Pendidikan
Malaysia: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pelaksanaan
KBAT di Sekolah. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan.

Noor Aini Ahmad (2014). Mengintegrasikan Teknologi Komunikasi dan


Maklumat Sebagai Media Pengajaran Bahasa Dalam Kalangan
Kanak-Kanak Awal Umur. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN:
2180-4842,Vol. 4, Bil. 2 (Nov. 2014): 36 43. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

11
LAMPIRAN

12
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KELAS PEMULIHAN

Tarikh 6 Feb 2017 Masa 1130 1230


Hari Isnin Kelas Tahun 2
Mata Matematik Jumlah Murid / 4 orang
Pelajaran

Kumpulan Bijak

Nama Murid Mohd Aiman


Noor Hamizah
Aidil
Rosita
Konstruk / Kemahiran Kemahiran 5
Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10
Objektif Pembelajaran: 1. Melengkapkan sekurang-kurangnya empat ayat Matematik bagi operasi
Pada akhir PdP, murid tambah yang melibatkan nombor hingga 10 dengan betul.
dapat:
Pengetahuan Sedia Ada Murid sudah tahu nilai nombor dan mengenal angka 1 hingga 9.
Bahan Bantu Mengajar Botol, Sampul soalan, Kad Soalan, Video Modul Sokongan Buku Teks
(BBM) Matematik Prasekolah, Komputer riba,
Nilai Murni Ketekunan
Kemahiran Berfkir Penyelesaian Masalah
Elemen Merentas Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kurikulum
13
Bijak Catatan
Kumpulan
Langkah
Set Induksi 1. Murid-murid ditanyakan khabar. Berkaitan
(5 Minit) 2. Murid-murid diminta untuk bermain Botol Beracun.
dengan :
3. Apabila muzik dimainkan, murid diminta untuk memberikan
1. Gaining
botol tersebut kepada murid lain sehingga muzik dipadamkan.
4. Murid terakhir yang memegang botol diminta untuk mengambil Attention
2. Inform
satu sampul dalam botol.
5. Murid menyerahkan sampul kepada guru. learners of
6. Guru mengambil soalan dalam sampul dan melekatkan pada
objectives
papan tulis.

+
7. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan pelajaran pada hari
ini.

14
Langkah 1 Interaksi Pengajaran
(20 minit)
1. Murid ditunjukkan satu soalan pada papan tulis yang diperoleh 3. Stimulate
semasa set induksi. recall of
2. Murid ditunjukkan langkah-langkah menyelesaikan soalan
prior
tersebut berdasarkan video Modul Sokongan Buku Teks
learning
Matematik Prasekolah. 4. Present
3. Kedua-dua murid diminta untuk menyelesaikan soalan tersebut.
the
4. Murid yang berjaya menyelesaikan soalan dengan betul akan
content
diberikan ganjaran.

Langkah 2 Aktiviti Pengukuhan


(15 minit)
1. Murid diminta untuk bergerak ke Kiosk Teknologi di dalam kelas 5. Provide
pemulihan. learner
2. Setiap murid akan duduk di hadapan satu komputer riba.
guidance
3. Murid diminta untuk mengakses laman web
https://www.youtube.com/watch?v=Q-rWtQVqvWg.
4. Murid akan belajar berpandukan video interaktif yang ditonton
oleh mereka.
5. Selepas itu, murid diminta untuk mengakses laman web
http://uluskum.net/remedial/.
6. Murid diminta untuk membuka bahagian Addition within 10.
7. Murid diminta untuk membuat latihan yang terdapat pada laman
web tersebut.
8. Murid akan menilai kerja mereka sendiri dengan menekan butang
check pada laman tersebut.

15
Langkah 3 Tugasan
(15 minit) 1. Murid diberikan lembaran kerja. 6. Elicit
2. Murid diminta untuk menyelesaikan lembaran kerja tersebut.
learning or
3. Murid seterusnya diberikan tugasan untuk dilaksanakan di
practice
rumah (Rujuk Lampiran 1)
7. Provide
4. Murid diberikan penerangan mengenai tugasan mereka.
Feedback
8. Assess
Learning
Penutup 1. Murid diminta untuk merumuskan isi pelajaran yang telah 9. Enhance
(5 minit) dipelajari pada hari ini. retention
2. Murid ditanyakan mengenai perasaan mereka sepanjang
and
pembelajaran hari ini.
transfer
3. Murid diminta untuk menyanyikan lagu Kalau Rasa Gembira.
Refleksi

TUGASAN INDIVIDU
16
ARAHAN :
1. Anda diminta membuka laman web http://uluskum.net/remedial/ menggunakan telefon pintar
(smartphone) atau komputer riba.
2. Seterusnya, kamu diminta untuk menekan butang Addition within 10.
3. Kamu diminta untuk menyelesaikan 30 soalan matematik bagi Kemahiran Operasi Tambah Dalam
Lingkungan 10.
4. Kamu diminta untuk screenshot gambar hasil tugasan dan markah.
5. Akhir sekali, hantarkan gambar screenshot kepada cikgu melalui aplikasi Whatsapp.
6. Tugasan ini akan dibentang di hadapan kelas pada minggu hadapan.

17

You might also like