You are on page 1of 1

ABSTRAK

Pembelajaran secara koperatif adalah salah satu kaedah yang memberi


peluang kepada murid-murid untuk meluangkan masa dalam kumpulan belajar (
Learning Group). Pembelajaran ini dijalankan dalam kumpulan kecil dan
berhetogenus.Kajian ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk
melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan. Sebagai
implikasinya, ia dapat membantu pelajar tersebut mempertingkatkan kemahiran
berfikir secara aras tinggi.

Responden kajian terdiri daripada 20 orang murid SJK(T) Ladang Vallambrosa .


Seramai 10 pelajar menjadi subjek kumpulan experimen dan 10 pelajar menjadi
subjek kumpulan kawalan. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang sosio
ekonomi.Kajian ini memberi penekanan kepada keberkesanan kaedah
pembelajaran koperatif kepada murid pemulihan Tahun 2. Dalam kajian ini,
ujian pra dan ujian pos dan soal-selidik dilaksanakan untuk mengenalpasti
keberkesanan kaedah ini . Kaedah pembelajaran secara koperatif ini boleh
membantu murid pemulihan tahun 2 untuk meningkatkan pembelajaran ke
tahap yang lebih tinggi dimana ia dapat membantu menyelesaikan masalah
yang dihadapi dalam pembelajaran.

Kata kunci : , ujian pra , ujian pos

You might also like