You are on page 1of 9

Penerapan Kerja Berpasukan dalam Organisasi Sekolah

Pengenalan
Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu
kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu
bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan
sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari
segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai
akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan
tugasan secara bersama.

Istilah kerja berpasukan memberikan maksud sekumpulan manusia yang berkerja


bersama-sama dalam satu unit organisasi seperti sekolah. Ia juga menunjukkan
bagaimana manusia bekerja dengan lebih berkesan dalam satu kumpulan kerja yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang. Tetapi ia tidak bermakna setiap individu tidak
mempunyai kepentingan. Sebaliknya keberkesanan dan kecekapan kerja berpasukan
sering kali melewati kepentingan dan sasaran secara individu. Kerja berpasukan
yang paling berkesan adalah apabila semua individu melibatkan diri dan member
sumbangan secara harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

Kerjasama menghasilkan produk atau pendidikan yang berkualiti dengan penuh rasa
tanggungjawab adalah kerja berpasukan. Setiap ahli kumpulan mempunyai
tanggungjawab dan kepakaran masing-masing yang perlu digunakan bagi
menghasilkan keberhasilan warga ssekolah dan sekolah. Sekolah boleh dinilai
berdasarkan kualiti keberhasilan dan kualiti kerjasama yang ditunjukkan oleh warga
sekolah dalam usaha menjadi satu kumpulan. Kerjasama yang erat dengan berpegang
pada matlamat yang sama adalah wadah yang membawa kejayaan kepada mana-mana
ahli kumpulan. Kumpulan kerja perlu mengenepikan perbezaan dan bekerja bagi
mencapai matlamat itu.

Kepentingan kerja berpasukan adalah bagi membantu ahli organisasi sekolah


membina keyakinan dalam menyuarakan pendapat serta mempunyai kemahiran yang
diperlukan bagi bekerja dengan orang lain. Ia juga menjurus ke arah belajar bekerja
dengan warga sekolah lain. Jarang terdapat pasukan kerja yang dijadikan contoh.
Kebanyakkan kita mementingkan dan menekankan supaya menjadi yang terbaik
secara individu. Pekerja jarang didedahkan dengan persekitaran yang menekankan
kerjasama dan kita sudah dibiasakan dengan menilai kepelbagaian manusia dari segi
idea, latar belakang dan pengalaman. Kita boleh mewujudkan budaya kerja secara
berpasukan dengan melakukan beberapa perkara secara betul. Jika dilakukan dengan
tekun dan menghargai nilai, perkara ini dapat dicapai walaupun sukar.

Bagi membentuk pasukan kerja yang efektif merupakan satu agenda yang menjadi
keutamaan pihak pengurusan sekolah. Isu-isu pendidikan tidak lagi hanya berkaitan
dengan sistem pendidikan dan persekolahan, tetapi juga melibatkan pelbagai faktor
lain yang mempengaruhi kualiti pendidikan. Oleh itu, pendekatan pengurusan
sekolah haruslah bersifat holistik, iaitu melibatkan semua pihak dan dibuat secara
berterusan. Oleh yang demikian, kerja secara berpasukan amat penting diamalkan di
sekolah untuk menentukan kejayaan sesebuah sekolah.

Ciri-ciri pentadbir sekolah mentransformasikan kerja berpasukan secara kreatif dan


inovatif
Pengetua atau Guru Besar dalam kerja berpasukan perlu mempunyai ciri-ciri tertentu
dalam melaksanakan perubahan dengan berkesan. Ini kerana, tugas pengetua dan guru
besar dalam pasukan bagi mencorakkan ahli yang dipimpinnya adalah berat. Pengetua
dan pasukan kerja perlu memiliki ciri-ciri yang baik dan positif kerana kepada mereka
menjadi contoh ikutan kepada orang bawahan. Antara ciri-ciri pengetua dalam
mentransformasikan kepimpinan yang kreatif dan inovatif adalah :
1) Mempunyai matlamat yang jelas
Pengetua yang mentransformasikan kepimpinan melalui kerja berpasukan terlebih
dahulu perlu membentuk matlamat yang jelas. Matlamat ini perlu diterangkan kepada
ahli pasukan supaya semuanya memahami apa yang ingin dicapai melalui kerja
berpasukan itu. Matlamat adalah kekuatan yang mendorong pengetua untuk
mewujudkan pasukan yang kreatif dan inovatif. Matlamat ini perlu mempunyai
gambaran yang realistik dan mampu menaikkan semangat serta komitmen setiap ahli
pasukan.

2) Komited kepada tugas

Pengetua perlu mempunyai dan menunjukkan sikap komited pada


tugasnya. Adalah bercanggah sekiranya pengetua meminta ahli pasukan
melakukan tugas sedangkan beliau sendiri tidak menunjukkan minat dan
kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan tugas itu. Beliau perlu
menjadi contoh dan teladan yang baik kepada ahli yang pasukan yang lain.

3) Ketahanan mental, emosi dan fizikal yang tinggi

Sebagai penjana perubahan, pengetua perlu mempunyai ketahanan mental,


emosi dan fizikal yang tinggi bagi menjalankan tugas sebagai warga
sekolah dengan berkesan. Sekiranya pengetua tidak mempunyai daya
ketahanan ini, warga sekolah tidak mampu mmenghadapi pelbagai cabaran
dan halangan yang mendatang baik daripada pasukan itu sendiri ataupun
daripada faktor luaran. Dari segi fizikal, pengetua perlu mempunyai tubuh
badan yang sihat dan cergas. Kecergasan fizikal dan ketidakstabilan emosi
mempengaruhi sikap dan tingkah laku guru pada tugas dan gaya
kepimpinannya. Pengetua yang terlalu emosional lebih mudah mengalami
tekanan dan sukar diajak berunding dan mereka lebih cenderung
mengamalkan gaya kepimpinan autokratik.

4) Kemahiran berfikir secara dinamik

Bagi membolehkan pengetua merealisasikan matlamat, warga sekolah


perlu sentiasa dinamik, kreatif dan inovatif. Melalui cara ini, masalah
kurang hubungan, sokongan dan komitmen daripada ahli pasukan dapat
ditangani dengan mudah dan berkesan. Selain itu, kemahiran ini juga
penting kepada pengetua bagi membuat ramalan dan jangkaan berkenaan
cabaran dan masalah yang bakal dihadapi dalam pasukannya. Paling
penting adalah membuat perancangan berkenaan agenda yang hendak
dilaksanakan dlam kumpulan itu.
5) Ilmu dan tahap kognitif yang tinggi

Pengetua perlu mempunyai ilmu dna tahap kognitif yang tinggi. Beliau
sebaik-baiknya memiliki tahap keupayaan kognitif yang tinggi bagi
memikir, memahami dan mengenal pasti setiap agenda yang hendak
dilaksanakan. Dengan itu, pengetua dapat merancang, membuat jangkaan
dan ramalan, mengenal pasti sektiap keperluan, menyusun strategi dan
seeterusnya melaksanakannya. Biasanya pengetua yang Berjaya
mempunyai tahap ilmu pengetahuan atau IQ yang tinggi berbanding ahli
bawahannya. Ciri ini penting bagi membolehkan pengetua menangani
setiap masalah secara rasional.

6) Kemahiran diagnostik yang efektif

Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu


lagi ciri yang perlu dimiliki oleh pengetua dalam menangani masalah
pasukannya. Sebarang masalah yang dihadapi oleh ahli pasukan
memerlukan penyelesaian yang cepat dan betul. Dalam erti kata lain,
pengetua perlu mempunyai kemahiran diagnostik dalam mmenjalankan
peranannya sebagai ketua pasukan. Ketua pasukan perlu bijak mengenal
pasti dan menyelesaikan setiap masalah.

7) Kemahiran komunikasi yang berkesan

Pengetua perlu mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam


melaksanakan setiap tugas dan program. Pengetua perlu menerangkan
dengan jelas berkenaan matlamat, kenapa, mengapa dan bagaimana tugas
ataupun program itu hendak dilaksanakan. Jika pengetua tidak dapat
berkomunikasi dengan baik, visi dan wawasan organisasi sekolahtidak
dapat diperjelaskan. Ketua perlu memahami proses, pola dan saluran
komunikasi yang betul supaya matlamat dapat disampaikan dan diterima
oleh ahli-ahli yang lain. Melalui cara ini jurang komunikasi antara ketua
dan ahli-ahli kumpulan dapat dikurangkan.

8) Akhlak dan personaliti yang baik

Ciri-ciri pengetua yang berkesan tidak lengkap jika tidak mengambil kira
dari sudut ketinggian moral, akhlak dan personaliti. Pengetua yang tidak
menunjukkan kahlak dan personaliti yang baik, tidak diterima oleh warga
sekolahnya dengan ikhlas. Hal ini tentu menyulitkan agenda yang hendak
dilaksanakan melalui kumpulan kerana pengetua sukar mendapat
kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat.

9) Cekap mentadbir dan mengurus

Pengetua perlu berupaya mengurus dan mentadbir dengan cekap dan


berkesan. Setiap agenda, perkara dan program yang dirancang mengalami
perubahan dan menimbulkan pelbagai konflik dan ketegangan. Kebolehan
mengurus dan mentadbir pasukan dengan bijak adalah dituntut.

Pasukan kerja yang berkesan akan menambahbaikan lagi pengurusan yang berkesan,
dinamik serta dapat beri kepuasan dan motivasi kepada guru. Dengan kefahaman dan
kesedaran yang tinggi ini akan menghasilkan suasana budaya kerja cemerlang dan
seterusnya berjaya mencapai objektif, visi dan misi sekolah dan membangunkan
sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia. Kerja berpasukan mampu
meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan keupayaan guru-guru yang
melakukan kerja secara kolaboratif. Ia mampu juga meningkatkan produktiviti
mereka. Kerjasama antara para pendidik dan pihak pengurusan sekolah akan
merealisasikan pencapaian matlamat sekolah, seterusnya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kerjasama secara berpasukan di kalangan pihak pengurusan dan guru
serta seluruh organisasi sekolah bukanlah mudah untuk dicapai dan keadaan
sedemikian memerlukan pengorbanan kepentingan individu demi keutamaan
matlamat dan kepentingan organisasi. Oleh itu, amatlah wajar diberi perhatian
terhadap kerja berpasukan dalam organisasi sekolah dan keberkesanan pengaplikasian
kerja berpasukan oleh pihak yang terlibat terutamanya di sekolah.

Peranan pengetua dan guru besar mengurus kerja berpasukan

Pengetua dan guru besar mempunyai peranan yang mencakupi pelbagai aspek dalam
memastikan pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
Apabila pemimpin melaksanakan peranannya secara kreatif dan inovatif, beliau dapat
mengorganisasikan pasukannya dengan baik. Antara peranan pemimpin pasukan
adalah :

1) Perancang

Pengetua yang baik perlu bijak merancang dan menyusun


perancangan. Perancangan yang dibuat perlu diteliti dan mempunyai
tujuan yang jelas. Dalam merancang kerja, pengetua perlu
mendapatkan idea-idea daripada ahlinya supaya kualiti kerja dapat
ditingkatkan lagi. Beliau juga perlu bertindak dengan berkesan bagi
menggerakkan ahli-ahli yang lain supaya bekerja secara aktif baik dari
aspek menjana idea, tenaga dan sebagainya. Dalam perancangan,
banyak perkara ayng perlu difikirkan, diurus dan ditadbir dengan
dimensi dan perspektif yang baru oleh ketua dan pasukannya. Warga
sekolah perlu memikirkan berkenaan perjalanan, kos sama ada dalam
bentuk kewangan, ataupun bukan kewangan serta risiko yang bakal
dihadapi kemudian hari.

2) Pelaksana
Pengetua sebaik-baiknya tidak menggunakan kuasa yang diperolehi
bagi memaksa ahli-ahlinya melaksanakan kehendaknya yang bersifat
peribadi. Sebagai pelaksana, pengetua perlu berusaha menjalankan
ataupun memenuhi kehendak ahli-ahlinya. Mereka juga perlu
melaksanakan program yang ditetapkan bersama. Dalam aspek ini,
pengetua perlu mengambil kira susunan tugas ahli kumpulan mengikut
keperluan dan kepakaran masing-masing selaras dengan matlamat
organisasi. Bagi meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja, faktor-
faktor seperti minat, kepakaran dan kemahiran setiap ahli kumpulan
perlu diambil kira dalam menstrukturkan tugasan. Melalui cara ini,
pasukan kerja itu akan memperoleh kejayaan.

3) Ahli ataupun sebahagian daripada ahli kumpulan

Pengetua tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa ahli-ahli


dibelakangnya. Warga sekolah adalah sebahagian yang tidak terpisah
daripada kumpulannya. Walaupun sebagai ketua, pengetua juga perlu
bertindak sebagai ahli dalam pasukan kerja itu.

Pengetua perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
ahli-ahli kumpulan yang lain. Beliau tidak sepatutnya mewujudkan
jurang perbezaan bagi mengasingkan diri daripada bergaul dan
berinteraksi dengan orang bawahannya. Ketua yang baik bukan
memberi arahan, tetapi bersama-sama dengan ahli pasukannya
memberi tunjuk ajar dan melaksanakan tugas. .

4) Mengawasi hubungan antara ahli kumpulan

Dalam pasukan kerja di sekolah, terdapat pelbagai ragam dan


perbezaan sifat atau tingkah laku antara setiap ahli. Perbezaan ini
mewujudkan pelbagai pendapat dan menimbulkan konflik sehingga
mencetuskan suasana tegang dalam pasukan kerja itu. Tugas pengetua
adalah menjaga ahlinya supaya tidak berlaku perselisihan dan berusaha
membangunkan hubungan yang harmoni serta semangat bekerjasama
antara setiap ahlinya.

5) Pemberi ganjaran, pujian ataupun hukuman

Pengetua sebaik-baiknya dapat menggembirakan hati ahli-ahlinya yang


kuat bekerja serta memberi banyak sumbangan kepada kempulannya
melalui ganjaran. Pengetua boleh memberikan ganjaran berbentuk
pujian apabila ahli kumpulannya melaksanakan tugas dengan jayanya.
Apabila pengetua menunjukkan siakp menghargai sumbangan para
ahlinya, secara tidak langsung beliau mendapat kerjasama yang padu
daripada orang bawahannya. Orang bawahan juga akan terus
meningkatkan sumbangan kerana hasil penat lelah warga sekolah
selama ini dihargai oleh pihak pentadbir. Melalui cara ini, tidak timbul
rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan. Di samping itu,
pengetua juga perlu berani dan bertindak tegas ke atas ahli-ahli yang
merugikan kumpulan kerja. Namun, hukuman tidak digalakkan
dikenakan ke atas ahli yang melanggar arahan dan tidak melaksanakan
tugasan. Pengetua perlu menggunakan jalan penyelesaian dan
pendekatan yang berhemah bagi mengatasi masalah ini. Contohnya,
pengetua perlu menegur orang bawahannya terlebih dahulu di samping
membimbing warga sekolah membetulkan kesilapan yang dilakukan.
Jika jalan penyelesaian yang diambil tidak mampu mengatasi masalah
itu, maka tindakan tegas pelru diambil.

6) Pengantara

Dalam menyelesaikan perselisihan atau menerima aduan daripada


anggota kumpulannya, pengetua perlu bertindak tegas, tidak pilih kasih
ataupun hanya mementingkan satu pihak sahaja. Pengetua sebagai
pengantara mampu membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi
oleh ahli pasukan itu. Konflik yang berlaku dalam pasukan kerja yang
tidak dapat diselesaikan memerlukan bantuan daripada pihak ketiga
untuk mengatasinya. Konflik menjejaskan semangat kerjasama setiap
ahli dan merugikan pasukan. Apabila konflik tidak di atasi dengan cara
yang bijak, pembentukan kerja berpasukan menjadi sia-sia. Peranan
pengetua adalah bertindak sebagai orang tengah dalam menjaga
keharmonian pasukan kerja, seterusnya dapat menyumbang kepada
kecemerlangan pasukan itu. Pengetua juga perlu bertindak sebagai
pengantara kepada orang bawahannya dengan pihak atasan. Sebarang
maklumat daripada pihak atasan perlu disampaikan kepada ahlinya.

7) Pemegang tanggungjawab ahli

Pengetua perlu bertanggungjawab ke atas perbuatan ahlinya yang


dilakukan atas nama kumpulannya. Ini kerana, pengetua sudah
diamanahkan bagi menjaga ahli-ahli di bawah pimpinannya. Apabila
sesuatu berlaku pada ahlinya, pengetua harus bertanggungjawab bagi
memastikan ahli-ahlinya berada dalam keadaan baik.

8) Bertindak sebagai ayah atau ibu

Tindakan pengetua kepada anak buah atau kumpulannya perlu


menggambarkan seolah-olah tindakan ayah ataupun ibu kepada
anggota keluarganya. Begitu juga perumpamaan yang diberikan
kepada pengetua dalam pasukan kerja. Pengetua perlu menganggap
orang bawahannya seperti ahli keluarga yang perlu diberi perhatian
sepenuhnya. Pengetua perlu mengambil berat hal ehwal ahli
pasukannya seperti kebajikan, penyediaan kemudahan dan sebagainya.
Hubungan sesame ahli juga perlu dititikberatkan. Pemimpin kerja
berpasukan perlu berusaha mewujudkan hubungan bersikap
kekeluargaan yang mesra antara satu sama lain. Ini bertujuan bagi
menjamin sifat kerukunan pasukan itu sepanjang masa.

9) Penanggung risiko

Sama ada pasukan yang dipimpin berjaya atau tidak, pemimpin perlu
menanggung setiap risiko yang bakal dihadapinya. Warga sekolah
perlu menyedari dirinya adalah tempat melemparkan kesalahan dan
keburukan yang terjadi dalam kumpulannya. Warga sekolah perlu
berani bertanggungjawab atas kesalahan orang lain. Para pengetua
perlu mengetahui ciri-ciri keterampilan dan peranan masing-masing
sekiranya inging menjadi pemimpin yang efektif. Apabila pengetua
dapat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang positif dan melaksanakan
peranan warga sekolah dengan sebaiknya, warga sekolah mempunyai
peratus kejayaan yang tinggi bagi memimpin pasukannya melangkah
ke arah yang lebih berdaya saing. Ini kerana pengetua adalah individu
paling penting bagi mengemudi dan mencorakkan pasukannya
mengikut acuan yang sudah dibentuk. Pengetua eprlu mencari kaedah
yang berkesan bagi berurusan dan berhadapan dengan perubahan bagi
mengekalkan keberkesanan organisasi. Pengetua perlu menghormati
dan mengintegrasikan faktor persekitaran seperti individu, kumpulan,
organisasi dan komuniti dalam meningkatkan pencapaian matlamat
demi keuntungan bersama.

Peranan pengetua sebagai pemimpin dalam kehidupan seseorang guru haruslah


diserlahkan melalui peranan role model atau mentor. Pengetua boleh bertindak dalam
pelbagai cara agar warga sekolah dapat melabel mereka sebagai tempat rujukan yang
boleh dicontohi atau dijadikan idola. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka
sebagai mentor yang boleh diteladani oleh seluruh warga sekolah. Pengetua juga perlu
mentranformasikan kepimpinan melalui kerja berpasukan terlebih dahulu dalam
membentuk wawasan dan matlamat yang jelas. Wawasan ini perlulah mempunyai
gambaran yang realistik dan mampu menaikkan semangat serta komitmen setiap
warga sekolah.

Kepimpinan seorang pengetua perlu mencakupi pelbagai aspek dalam


memastikan pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
Apabila pemimpin melaksanakan peranannya dengan berkesan, beliau dapat
mencapai matlamat pasukannya dengan baik. Selain itu, setiap pengetua perlu
melengkapkan diri dengan kemahiran yang lengkap dari segi fizikal dan teknikal
kerana sebagai pengetua, mereka perlu bersikap proaktif dan bersedia mengambil
risiko serta berani keluar daripada kepompong keselesaan. Pengetua yang melakukan
transformasi kepimpinan seharusnya sentiasa memahami dan melibatkan orang lain
dalam apa jua keadaan sekali pun kerana di sinilah mereka mendapat mandat dan
kepercayaan daripada setiap ahli dalam organisasi. Proses pengagihan kepimpinan ini
tidak boleh bergantung pada arahan dan kawalan sahaja tetapi perlulah mendapat
kerjasama dan persefahaman bersama. Jika guru mampu mentadbir dan mengurus
secara sendiri, ini dapat meningkatkan profesionalisme guru sekali gus mengurangkan
pergantungan terhadap kepimpinan.

Kelebihan Kerja Berpasukan

kerja berpasukan memberikan banyak faedah kepada pasukan mahupun ahli dalam
pasukan tersebut. Dari segi faedah pasukan, ia akan meningkatkan produktiviti kerja,
meningkatkan kualiti kerja dan meningkatkan moral pekerja. Dari segi faedah
individu pula, ia dapat mengurangkan tekanan kerja dengan tanggungjawab dikongsi
bersama, mereka akan merasakan diri dihargai oleh ahli dalam pasukan, kebolehan
individu boleh dikongsi bersama dengan ahli pasukan dan pengalaman setiap ahli
pasukan boleh dijadikan panduan kejayaan. Dengan itu, kejayaan akan dikongsi
bersama ahli pasukan. Selain ini, kerja berpasukan mempunyai kelebihan seperti
meningkatkan rangsangan, mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara
pekerja, mengurangkan sebarang pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya
merupakan angkara yang tidak sihat dan mewujudkan perasaan seronok bekerja. Ahli
pasukan akan sentiasa suka menghasilkan kerja yang paling baik dan mampu
mewujudkan suasana yang intim. Mereka juga akan meningkatkan perasaan bangga
kepada pasukan dan organisasi. Pasukan kerja yang berjaya akan memiliki ciri-ciri
tersendiri dengan hasil yang menguntungkan semua pihak. Ciri-ciri am kerja
berpasukan adalah sempadan yang jelas, manfaat daripada kemahiran yang pelbagai,
tugasan yang jelas untuk dipersembahan, mempunyai sasaran tarikh, bergantung pada
kerjasama, bilangan ahli yang tidak terlalu ramai, akauntabiliti individu dan saling
bergantung, kerja secara kolektif, aktif dalam penyelesaian masalah, perbincangan
secara terbuka, saling bergantung dan kepimpinan berkongsi. Pasukan kerja yang
efektif dianggap sebagai pemangkin yang terkuat untuk melaksanakan perubahan
organisasi. Pasukan kerja yang berkesan tidak akan wujud secara kebetulan. Pasukan
berkesan perlu dilahirkan dengan sengaja dan diurus secara sistematik. Maka dalam
konteks organisasi sekolah, pasukan kerja yang diwujudkan adalah bertujuan dan
memiliki matlamat yang jelas. Sebelum ditinjau lagi adalah wajar meninjau teori-teori
pengurusan yang membicara kerja berpasukan. Manfaat yang akan diperolehi oleh
pengetua dalam mewujudkan pasukan ayng kreatif dan inovatif dengan bertindak
kerja berpasukan ialah berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat
digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian
yang berkesan. Mereka bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan
moral kakitangan dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang
menyelesaikan masalah-masalah kualiti jabatan. Masalah-masalah yang dikongsi
bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan
berkesan kerana cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih
mudah untuk dilaksanakan berbanding
dengan cadangan yang dibuat oleh individu. Apabila kakitangan mengamalkan
semangat berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek
yang penting kepada proses peningkatan kualiti iaitu pertukaran maklumat dan idea-
idea dan lebih meluas, semangat saling percaya-mempercayai dalam kalangan
kakitangan dan komunikasi yang lancar di dalam organisasi.
Ahli kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan,
pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui kerja berpasukan.
Pekerja ini akan meningkatkan kebolehan seseorang ahli dalam pasukan mencetuskan
idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang
dijalankan. Dalam suasana kerja berpasukan, ahli pasukan mudah menjalankan
perasaaan percaya-mempercayai sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan
merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab
masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusan keputusan dengan
cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna dan mengembangkan bakat serta
potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi menggerakkan proses peningkatan
kualiti.

Konklusi
Peranan pengetua sebagai pemimpin perlu membina konsep kekitaan atau kerja
sepasukan agar penambahbaikan organisasi dapat dilakukan secara berterusan.
Pengetua juga perlu menunjukkan strategi yang dapat membantunya mengadaptasi
dan melibatkan diri dengan persekitaran antaranya menjalinkan hubungan mesra
dengan masyarakat persekitaran sama ada dengan jabatan kerajaan, swasta mahupun
individu. Dapat disimpulkan, tugas atau peranan pengetua yang mentransformasikan
kepimpinan organisasi pendidikan tidak hanya tertumpu pada definisi pemimpin itu
sahaja, bahkan memimpin dan mempengaruhi orang lain dengan usaha yang gigih
dalam mencapai matlamat organisasi. Pengetua juga perlu menguasai kemahiran
kemanusiaan serta bertindak sebagai penjana perubahan, serta perlu mempunyai
kemahiran yang tinggi dalam menguruskan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh
warga sekolahnya.

Pengetua selaku peneraju utama dalam kepimpinan peringkat sekolah perlu


melakukan satu anjakan paradigma kerana perubahan dalam organisasi itu sangat
penting dilaksanakan. Tanpa perubahan, organisasi itu tidak akan mencapai matlamat
dan kecemerlangan. Namun, bagi melaksanakan perubahan bukan sesuatu perkara
yang boleh diambil mudah. Ia memerlukan pertimbangan dan penglibatan semua
pihak supaya perubahan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

You might also like