You are on page 1of 4

1. Rajah berikut merujuk kepada empat tahap utama dalam Zaman Prasejarah.

a) Berikan tiga petempatan manusia Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik.(3m)


1. Tepi sungai
2. Tepi tasik
3. Di dalam gua
b) Bagaimanakah masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka?(2m)
1. Bercucuk tanam
2. Menternak binatang
c) Apakah ciri-ciri baharu yang diperlihatkan dalam kehidupan masyarakat Zaman
Neolitik?(2m)
1. Penciptaan alatan batu
2. Penciptaan alat tembikar
d) Berikan bukti iringan bekal kubur dalam upacara mengebumikan mayat pada
Zaman Neolitik?(2m)
1. Makanan
2. Alatan besi
e) Pada pendapat anda, apakah kegunaan cengkerang cowrie?(1m)
Sebagai nilai tukaran barang.
2. Sumbangan besar tamadun Mesopotamia adalah Kod Undang-undang yang
diamalkannya.
a) Namakan kod undang-undang dalam Tamadun Mesopotamia.(1m)
Kod Undang-undang tamadun Mesopotamia ialah Kod Undang-undang Hammurabi.
b) Dimanakah kod undang-undang tersebut dipamerkan?(2m)
Kod tersebut dipahatkan pada tembok.
c) Sebutkan nama raja yang menggubal undang-undang tersebut.(1m)
Nama raja yang menggubal undang- tersebut ialah Raja Hammurabi.
d) Apakah teras hukuman dalam kod undang-undang tersebut?(2m)
1. Teras hukuman dalam undang-undang tersebut ialah hukuman setimpal dengan
kesalahan.
2. Setiap hukuman mestilah mengikut susun lapis masyarakat.
e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,apakah sumbangan kod undang-undang
tersebut kepada masyarakat Tamadun Mesopotamia?(4m)
1. Mewujudkan perpaduan dalam masyarakat
2. Mengukuhkan organisasi dalam masyarakat
3. Membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa panjang
4. Mengelakkan permasalahan dalam masyarakat pelbagai kaum
3. Tamadun Indus banyak memberi sumbangan kepada ketamadunan manusia.
a) Sebutkan dua Bandar utama dalam tamadun Indus.(2m)
1. Bandar Mohenjo-Daro
2. Bandar Harappa
b) Bandar dalam tamadun Indus terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian
utama dan bahagian kedua. Apakah fungsi kedua-dua bahagian tersebut?(2m)
1. Bahagian utama ialah pusat pentadbiran dan agama
2. Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
c) Nyatakan dua ciri bandar terancang dalam tamadun Indus.(2m)
1. Kota dibahagi kepada petak-petak perumahan bersegi empat.
2. Terdapat sistem pembentungan yang terancang
d) Nyatakan dua peranan golongan buruh dalam masysarakat Indus.(2m)
1. Buruh menjaga kebersihan Bandar
2. Buruh membina tembok, benteng dan terusan.
e) Berikan nama dua dewa yang dilambangkan oleh tanduk Proto-Siva.(2m)
1. Dewa Brahma
2. Dewa vishnu
4. Proses pembentukan tamadun manusia merupakan manifestasi kepada pencapaian
pemikiran manusia dan kekuatan kerohanian mereka.
a) Berikan ciri-ciri utama tamadun manusia.(3m)
1. Ciri tamadun manusia ialh petempatan yang kekal
2. Kehidupan masyarakat berorganisasi
3. Mempunyai pengkhususan kerja
b) Mengapakah kawasan lembah sungai menjadi petempatan kekal tamadun terawal
manusia?(3m)
1. Lembah sungai sebagai tamadun awal kerana kemudahan mendapat bekalan
air.
2. Mempunyai tanah subur yang sesuai untuk pertanian
3. Sungai dijadikan sebagai kemudahan perhubungan
c) Nyatakan kewujudan tamadun awal di sungai-sungai berikut: (2m)
1. Sungai Nil = Tamadun Mesir Purba
2. Sungai Indus = Tamadun Indus
d) Nyatakan satu contoh tulisan terawal yang dicipta oleh masyarakat awal.(1m)
Satu contoh tulisan terawal ialah Cuneiform.
e) Pada pengetahuan sejarah anda, apakah yang dimaksudkan dengan agama
politeisme?(1m)
Politeisme bermaksud kepercayaan kepada banyak tuhan
4. Tamadun Hwang Ho muncul kesan kesuburan tanah yang terdapat di sungai Hwang
Ho.
a) Berikan dua faktor mengapa Tamadun Hwang Ho bersifat setempat?(2m)
1. Tamadun Hwang Ho bersifat setempat kerana bentuk muka bumi yang
bergunung-ganang.
2. Bentuk bumi yang berpadang pasir.
b) Senaraikan dua jenis tentera yang terdapat dalam tamadun ini.(2m)
1. Tentera berkuda
2. Tentera berjalan kaki
c) Apakah tiga kepercayaan masyarakat Tamadun Hwang Ho?(3m)
1. Animisme ( percaya kepada kuasa ghaib)
2. Politeisme (percaya kepada banyak tuhan)
3. Penyembahan roh nenek moyang
d) Berikan maksud konsep berikut : (2m)
1. Konsep Yin dan Yang = Kejadian alam terdiri daripada dua unsur
1. Feng Shui = Manusia boleh hidup harmoni dengan alam sekitar.
e) Pada pendapat anda, bagaimanakah masyarakat tempatan mendapat idea untuk
mencipta tulisan?(1)
Idea mencipta tulisan bermula daripada rekahan yang wujud pada tulang oracle.

Bab 1

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia

F1 Mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki


F2 Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan seharian
F3 Perancangan bandar / Mohenjo-Daro / Harappa
F4 Sumbangan ilmu geometri/ kesenian / matematik / pembinaan
F5 Perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat
F6 Yang mempunyai rangkaian jalan raya yang lurus
F7 Teknologi pembakaran batu bata
F8 Sikap keterbukaan
F9 Hubungan dengan tamadun lain / Mesopotamia / Mesir Purba
F10 Agama Hindu
F11 Tugasan piktograf
F12 Cap mohor
F13 Ilmu pengetahuan
F14 Arca
(Mana-mana jawapan munasabah)

Berdasarkan pemerhatian anda, adakah bandar tempat tinggal anda merupakan bandar yang terancang?
Berikan alasan-alasan anda.

Ya:
F1 Ada jalan raya
F2 Petempatan tersusun, berjajar
F3 Sistem pembentungan
F4 Kewujudun majlis perbandaran
F5 Bangunan tersusun
F6 Aktiviti pembinaan dikawal selia oleh kerajaan
(Mana-mana jawapan munasabah)

Tidak:
F1 Petempatan berselerak
F2 Tiada jalan raya
F3 Kemudahan infrastruktur tidak teratur
F4 Ketiadaan badan pengawal selia petempatan
F5 Petempatan sering dilanda bencana
(Mana-mana yang munasabah)

Bab 2

Pada pengetahuan sejarah anda,apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi?

F1 Rakyat terlibat dalam memilih/membentuk kerajaan


F2 Rakyat boleh bersuara/kemukakan pandangan
F3 Pemimpin tidak berkuasa mutlak
F4 Menjamin hak asasi rakyat
F5 Tidak kejam
F6 Kedaulatan di tangan rakyat
F7 Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya
F8 Menjamin kerajaan yang adil/stabil
Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan ekonomi dalam tamadun India dan China untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju.

F1 Sentiasa bersikap inovatif


F2 Sentiasa berusaha membaiki/ meningkatkan kehidupan
F3 Memelihara/ mengekalkan keamanan negara
F4 Mempunyai pemerintahan yang kuat/ adil
F5 Pemerintahan yang berwibawa
F6 meneliti/ menghayati perubahan masyarakat lampau
F7 Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/ sains dan teknologi
F8 Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh
F9 Meningkatkan pemikiran/ kemahiran
F10 Meningkatkan ilmu
F11 Meneroka bidang baru
Mana-mana jawapan munasabah

Sebagai seorang warganegara Malaysia, mengapakah kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara ?
F1 Menjamin kedaulatan sesebuah negara
F2 Menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah
F3 Menjaga hak asasi rakyat
F4 Melaksanakan hukuman yang adil
F5 Menjalankan pentadbiran mengikut protokol
F6 Membentuk sistem pentadbiran kemas dan teratur
F7 Memastikan rakyat berdidiplin
F8 Memastikan rakyat hidup bersatu padu
F9 Membentuk hidup bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum
F10 Memupuk sikap saling hormat menghormati
F11 Menjamin keamanan negara
F12 Menjamin kemakmuran negara
F13 Menjamin keselamatan Negara

Sebagai generasi muda, apakah sumbangan anda untuk memajukan ekonomi negara?

F1 Meningkatkan ilmu pengetahuan


F2 Kreatif dan inovatif
F3 Berfikiran terbuka
F4 Bersifat daya saing
F5 Bersifat gigih dan dinamik
F6 Berani menanggung risiko
F7 Bersedia bekerja dalam pelbagai sektor
F8 Membeli barangan buatan Malaysia
[Mana-mana jawapan munasabah]

You might also like