You are on page 1of 1

Kajian ini dijalankan untuk membantu guru meningkatkan kemahiran servis bawah tangan dalam

permainan bola tampar mengunakan kaedah Teknik Buku Lima. Peserta kajian terdiri daripada enam
orang murid iaitu empat orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan tahun Lima yang lemah
dalam penguasaan kemahiran servis bawah tangan bola tampar. Kajian ini mengunakan tiga jenis
kaedah pengumpulan data iaitu kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian klinikal kemahiran Servis
Bola Tampar. Data yang diperolehi telah dianalisis mengunakan kaedah deskriptif iaitu kekerapan dan
kaedah naratif. Hasil analisis dapatan menunjukkan bahawa semua murid telah mencatatkan
peningkatan skor yang baik dalam ujian selepas berbanding ujian sebelum. Secara kesimpulanya,
tindakan Teknik Buku Lima selama enam minggu telah berjaya membantu guru meningkatkan
kemahiran servis bawah murid tahun Lima. Cadangan yang boleh dilakukan sebagai
penambahbaikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam kajian seterusnya ialah meningkatkan
kekuatan otot murid untuk menguasai kemahiran servis yang baik dan mahir.

Kata Kunci: buku lima, teknik, ujian klinikal, bola tampar, servis

ABSTRACT

This research is conducted to prove the effectiveness of fist technique in improving the accuracy of
underarm serve in volleyball among students. Study subject consisted of six pupils of two girls and
four boys who are weak in their skills of underarm serve in volleyball. Data was collected through
observation, interview and clinical trial accuracy underhand volleyball serve. Data was analysed using
descriptive and narrative methods. The analysis of the findings showed that all students have
increased a good score in the test after comparison test before. The result of the study has
implications for the effectiveness of measures to improve the accuracy of the underarm serve in
volleyball among year five students. recommendations for improvement in the future, researches can
take action to improve muscle strength among student and also using model Teaching Game for
Understanding (TGFU) to improve basic skill in volleyball like digging, spike, setting and blocking.

Keywords: fist, clinical, descriptive, narative

You might also like