You are on page 1of 10

PROGRAMME:

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS

ASSIGNMENT:

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNER

(OUMMH1103)

SEPTEMBER SEMESTER 2016

NAMA PELAJAR: HAJIS JAPAR ANAK LABAW

NO. KAD PENGENALAN: 670502-13-5507

NO TELEFON : 019-884 7031

E-MEL : hajisjaparlabaw@oum.edu.my

NAMA PENSYARAH:

ENCIK NORSARIHAN BIN AHMAD

TARIKH SERAHAN TUGASAN:

27 NOVEMBER 2016

ISI KANDUNGAN
1) Aktiviti 1
2) Aktiviti 2

3) Aktiviti 3

4) Aktiviti 4

5) Rujukan

6) Lampiran

AKTIVITI 1
Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu
dikuasai oleh pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus
maklumat secara kendiri seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Menurut
(Sabri Samad, 2003), kemahiran ialah prinsip, teori umum dan kaedah tertentu yang
melipat gandakan keberkesanan belajar.
i/. Mengenalpasti informasi
Maklumat boleh didapati melalui sesuatu yang didengar, dibaca dan ditonton.
Terdapat pelbagai sumber yang dapat memberikan maklumat iaitu bahan bercetak.
Contohnya akhbar, buku, majalah, ensiklopedia, atlas, almanak, kamus, direktori, buku
tahunan, buku panduan, buku bibliografi, indeks, jurnal, abstrak dan buku teks. Bahan
audiovisual pula terdiri daripada piring hitam, radio, pita video, kaset video, mikrofis,
filem, slaid, lutsinar, dan cakera laser.
Sumber berasaskan komputer seperti disket, CD ROM, dan Internet. Setiap sumber
maklumat yang dinyatakan mempunyai kelebihan dan kelemahan sebagai akibat sifat
fizikal, tenaga, harga dan cara penggunaan bahan tersebut.
ii/. Kemahiran mencari informasi
Seorang pelajar boleh mencari bahan digital melalui enjin carian Google, sekiranya
seseorang itu memahami konsep asas capaian kembali maklumat atau information
retrieval dia akan dapat mencari bahan dengan lebih tepat berbanding orang yang tidak
tahu. Di perpustakaan, ada peraturan asas penyusunan buku di perpustakaan yang perlu
difahami seperti nombor panggilan dan cara pengelasan bahan.
Ada bahan digital yang boleh didapati di Internet, tetapi ada juga bahan yang kita
tahu wujud di dunia maya tetapi tidak boleh dicapai kecuali menggunakan kata laluan dan
sebagainya. Kita perlu peka dan menyiasat kewujudan bahan itu di tempat kita, mungkin
melalui institusi tertentu yang boleh membantu. Ada juga bahan yang istimewa dan
disimpan di tempat khusus dan memerlukan kebenaran khusus untuk menggunakannya
seperti artifak atau bahan arkib.
iii/. Kemahiran Mengumpul Maklumat
Pelajar tidak boleh semata-mata bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh
guru. Apabila pelajar menguasai kemahiran maklumat, bermakna pelajar berupaya
mengenal pasti sumber pembelajaran, kaedah atau teknik mendapatkan maklumat sama
ada melalui rujukan buku, rujukan kamus atau rujukan melalui sumber internet.
Sebagai rumusan, saya amat bersetuju seorang pelajar perlu menguasai kemahiran
pembelajaran ini. Sama ada dengan atau tanpa kehadiran guru, pelajar dapat
memaksimumkan usaha dan mengoptimumkan pemerolehan ilmu pengetahuan. Selain itu,
penguasaan kemahiran cara belajar mampu membantu pelajar menggunakan masa secara
berkesan.

(349 patah perkataan)

Aktiviti 2
Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan
menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan
(Woolfolk, 1998). Teori Pemprosesan Maklumat menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dapat meningkatkan pencapaian akademik berbanding
pembelajaran secara chalk and talk( Hooper. et al., (2003).
i/. Ingatan Deria
Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang telah wujud pada deria. Masa
simpanan maklumat mungkin berlaku diantara 1 hingga 3 saat. Maklumat akan hilang serta
merta sekiranya tidak diproses.
ii/. Ingatan Jangka Pendek
Tempoh simpanan maklumat bagi ingatan jangka pendek diantara 5 hingga 20 saat.
Maklumat akan diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan
jangka panjang untuk disimpan. Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita
memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek
melalui tumpuan terpilih iaitu selective attention.
Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola
yang sedia ada dan dipindahkan ke ingatan jangka pendek. Sesuatu chunk tidak
mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf atau angka, satu perkataan, satu
ayat atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir
maklumat dan ia berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka
pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak).
iii/. Ingatan Jangka panjang
Ingatan jangka panjang adalah satu proses menyimpan maklumat lebih lama, iaitu
lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Satu komponen dalam struktur
memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal. Memori jangka
panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. Ingatan jangka panjang adalah
komponen memori yang mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik termasuk
pengetahuan am tentang dunia.Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang
otak semasa sesuatu proses kemasukan maklumat itu berlaku.
Kesimpulannya, maklumat berada di ingatan jangka pendek, selagi kita tidak
melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat itu
tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka masa panjang. Kajian-kajian menunjukkan
bahawa individu yang mengkod maklumat pada peringkat MAKSUD ('meaning level')
berjaya memindahkan maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan
seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan
eksperimen yang dijalankan oleh Craik & Lockhart pada 1972.

(347 patah perkataan)

AKTIVITI 3
Rajah 1.1 Peta Minda Pecahan Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Berdasarkan
Kategori

Berikut ialah penerangan berkaitan tenaga yang boleh diperbaharui seperti gambarajah di
atas.
Tenaga boleh diperbaharui terbahagi kepada;
1. Tenaga solar
Terhasil daripada sinaran matahari. Tenaga ini menggunakan sel fotovoltalk yang
dihasilkan oleh loji kuasa.
2. Tenaga hidro
Ia bergantung kepada sumber air. Ia melibatkan kitaran air seperti yang digunakan
dalam empangan. Empangan berfunggsi sebagai tempat untuk menakung air.
3. Tenaga angin
Ia terhasil daripada pergerakan udara. Tenaga yang dihasilkan bergantung kepada
kelajuan angin. Turbin angin berfungsi sebagai kincir angin untuk menjana kuasa
elektrik.
4. Tenaga geotermal
Ia dihasilkan kesan aktiviti magma dalam perut bumi(aktiviti kerak bumi/ tindak
balas perebutan radioaktif mineral). Penggunaan langsung (sektor perumahan,
komersial dan industri dalam menjana tenaga elektrik).
5. Tenaga ombak
Ia terhasil daripada peredaran bumi yang menghasilkan air pasang surut. Sesuai
bagai kawasan yang berhampiran dengan laut.

AKTIVITI 4

Sistem myLMS yang dibangunkan pada tahun 2003 sebagai sumber maklumat dan
pembelajaran secara dalam talian (online), sistem itu dinaik taraf pada 2012 dan diberi
nama baru iaitu myVirtual Learning Environment (myVLE). Berikutan peredaran
teknologi yang semakin maju serta menampung kaedah pembelajaran baru, UOM
memperkenalkan sistem pengurusan pembelajaran terbaru diberi nama myINSPIRE.

Sistem ini menawarkan ciri dipertingkatkan apabila pelajar seperti saya dapat
mendaftar kursus, menguruskan dan menyiapkan tugasan pelajaran dari rumah atau di
mana saja dengan menggunakan telefon pintar mahupun tablet. Sistem baru ini membantu
mempromosikan pembabitan saya dengan lebih mudah apabila menyediakan platform
mesra pengguna dan mudah diakses. myINSPIRE menggalakkan pembelajaran on-the-go
tanpa mengira sempadan dan segala maklumat boleh diakses melalui semua peranti telefon
termasuk telefon pintar.

Ciri lain myINSPIRE yang menarik ialah permainan (gamification), e-modules,


pautan akses ke web lain seperti Google Drive dan analisis pembelajaran yang membantu
saya dalam proses pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia membantu memudahkan tenaga
pengajar menganalisis, mengikuti perkembangan dan proses pembelajaran pelajar.

Kesimpulanya, myVLE dan myISPIRE dapat membantu saya dalam


mempertingktkan kemahiran belajar dan juga ilmu pengetahuan saya di dalam bidang
teknologi maklumat.

(180 patah perkataan)

RUJUKAN

Karsono Ahmad Dasuki, Konsep dan Sistem Pendidikan Jarak Jauh, Dewan Bahasa &
Pustaka.1993.
Chris Morgan & Meg Oreilly, Psychology Press. Assesing Open and Distance Learners.
1999.

Lau & Linda. K. Idea Group INC,Distance Learning Technologies: Issues, Trends and
Opportunities,1999.

Assoc Prof Dr Chung Han Tek, Assoc Prof dr Huan Tat, Assoc Prof Hazidi Abd Hamid, Dr
Zahari Hamidon, Hui Thian Teo, Shawira Abu Bakar, Suhaimi Jamaludin, Shahril
Effendi Ibrahim, Dato Dr Zaiton Osman, Prof Dr Abtar Kaur, Sharipah Hanon
Bidin, Halimatolhanin Mohd Khalid, Dr Harvinder Kaur, Hazna Shmad, Thami
Munisah Mohd Yusoff, Open University Malaysia, 2016.

You might also like