You are on page 1of 8

Aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum

di sekolah.

Sekolah memainkan peranan penting dalam usaha memupuk


semangat perpaduan kaum dalam kalangan murid. Jelaskan aktiviti-
aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum di sekolah.

Perpaduan merupakan suatu elemen yang sangat penting


untuk mengekalkan keharmonian rakyat dan keamanan negara.
Dalam konteks negara kita yang rakyatnya terdiri daripada
berbilang kaum, semangat bersatu-padu, hormat-menghormati dan
bertolak ansur sangat penting dan perlu dipupuk sejak di bangku
sekolah lagi. Selaras dengan pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya, usaha-usaha memupuk perpaduan perlu dijadikan
keutamaan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan di peringkat
sekolah supaya murid-murid dapat dipupuk dan disemai dengan
nilai-nilai perpaduan antara kaum sejak di peringkat awal lagi.

Sebenarnya, aktiviti di dalam kelas seperti perbincangan dalam


kumpulan turut memainkan peranan menyemai nilai-nilai perpaduan
dalam sanubari murid-murid yang masih mentah. Guru-guru mesti
memastikan setiap kumpulan dianggotai oleh murid-murid berbilang
kaum. Melalui aktiviti kumpulan ini, murid-murid akan belajar nilai
bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur dan hormat-
menghormati dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi oleh
guru. Contohnya, dalam menyiapkan tugasan Bahasa Melayu,
mereka akan bekerjasama mengumpul isi-isi, saling bertukar idea
dan pendapat, bersatu-hati memastikan tugasan dapat disiapkan
sebaik mungkin mengikut tarikh yang ditetapkan dan seterusnya
mendapat pujian dan penghargaan daripada guru. Jelaslah, melalui
aktiviti berkumpulan ini murid-murid dapat mengamalkan semangat
bersatu-padu tanpa mengira kaum. Aktiviti seumpama ini mesti
terus dipraktikkan di sekolah sebagai usaha untuk mencapai aspirasi
perpaduan kaum, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.

Pelajar Cina manis dan sopan berbaju kurung

Sebenarnya pihak sekolah telah pun merancang aktiviti-aktiviti


dalam program RIMUP yang dilaksanakan oleh pihak kementerian
pelajaran di sekolah-sekolah. Program Rancangan Intergrasi Murid
Untuk Perpaduan ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan
antara murid-murid pelbagai kaum melalui aktiviti yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah. Program Sambutan Hari Raya di
peringkat sekolah umpamanya merupakan satu program RIMup
yang hebat dalam usaha memupuk perpaduan. Melalui aktiviti ini,
murid-murid Cina dan India berpeluang mempelajari dan mengalami
sendiri budaya masyarakat Melayu ketika menyambut perayaan hari
raya. Contohnya, murid-murid lelaki Cina dan India begitu tampan
mengenakan baju Melayu lengkap bersamping, manakala yang
perempuannya pula manis mengenakan baju kurung dan berkebaya.
Murid-murid juga bekerjasama menyiapkan kerja-kerja untuk
memastikan sambutan berjalan lancar. Justeru, program RIMup
memang dapat memenuhi aspirasi memupuk perpaduan melalui
penglibatan murid pelbagai kaum dalam acara-acara yang diatur
oleh pihak sekolah.
Dua murid lelaki tampan bergaya
berbaju Melayu lengkap bersamping

Selain itu, aktiviti kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk


semangat perpaduan. Pihak sekolah mesti memastikan penglibatan
murid berbilang kaum dalam aktiviti kelab, persatuan dan badan-
badan beruniform. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum ini
mampu memupuk sikap saling bekerjasama, bertolak ansur, hormat-
menghormati serta bersatupadu. Contohnya, dalam aktiviti
perkhemahan Pengakap, ahli-ahli akan bekerjasama mendirikan
khemah, memasak makanan, melakukan aktiviti berkumpulan
membina gajet dan sebagainya. Hal ini akan memupuk semangat
muhibbah dalam kalangan murid berbangsa Cina, Melayu dan India.
Oleh itu, kegiatan kokurikulum sebenarnya satu alat yang sangat
berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid di
sekolah.

Seterusnya, aktiviti bergotong-royong yang sering


dijalankan di sekolah turut membantu menyemai semangat
perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum di sekolah.
Sebagai contoh, dalam kegiatan bergotong-royong menceriakan dan
membersihkan kelas atau kawasan sekolah, murid-murid akan
belajar nilai bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugas bak kata
pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Murid-murid akan bekerjasama mengelap cermin tingkap, menanam
pokok bunga, membuang sampah, mengecat dinding dan
sebagainya. Oleh itu, secara tidak langsung, aktivii ini akan
mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum.

Tidak kurang pentingnya, guru-guru di sekolah sewajarnya


sentiasa mengingatkan dan menanam kepentingan perpaduan dalam
sanubari murid-murid di sekolah. Umpama air yang menitis ke batu,
lama kelamaan batu yang keras akan lekuk juga, begitu jugalah
perumpamaan diri murid-murid. Jika setiap hari lima minit sebelum
memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru
memberi maklumat tentang kepentingan perpaduan serta sentiasa
menitikberatkan penglibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti
kumpulan perbincangan di dalam kelas, sudah tentu semangat
perpaduan ini akan berkesan di hati mereka. Tidak lupa, guru-guru
sebagai contoh teladan yang akan diperhatikan dan dicontohi oleh
murid-murid mesti mengamalkan semangat perpaduan dalam
kalangan guru-guru dan kakitangan sokongan di sekolah.

Tambahan pula, perpaduan juga boleh dipupuk melalui


aktiviti sukan. Sementelahan pula, sukan merupakan aktiviti yang
sangat penting di sekolah-sekolah. Rumah-rumah sukan dibentuk
dengan ahlinya terdiri daripada murid-murid berbilang kaum.
Mereka berlatih bersama-sama, berusaha bersungguh-sungguh
sebagai satu pasukan untuk mencapai satu impian iaitu memastikan
rumah sukan mereka menang dalam acara Sukan Tahunan di
sekolah ataupun sekolah mereka menjadi juara di peringkat daerah,
mahupun di peringkat kebangsaan.
Contohnya, di sekolah ada rumah sukan Laksamana, Bendahara,
Bentara dan sebagainya. Semangat kesukanan tanpa mengira batas
kaum ini sudah pasti memupuk sikap sayang-menyayangi dan
hormat-menghormati antara murid-murid yang berbilang kaum.
Justeru, aktiviti sukan di sekolah dapat memupuk semangat
perpaduan antara murid berbilang kaum .

Kesimpulannya, pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan di sekolah


dalam usaha memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid-
murid. Umpama menyemai benih yang diharapkan hidup subur dan
menghasilkan buah yang manis, bibit-bibit perpaduan mesti
disemai, dibaja dan disiram dengan penuh kesabaran suapaya
menghasilkan murid yang bersatu-padu dan saling menghormati.
Perpaduan merupakan tonggak kekuatan dan keamanan negara.
Justeru, murid-murid yang bakal menjadi pemimpin pada masa
hadapan mesti memiliki semangat bersatu-padu untuk memajukan
negara dan mengekalkan kemedekaan dan keharmonian negara.
Oleh itu, komitmen semua pihak turut diharapkan agar aspirasi
murni negara iaitu mengekalkan perpaduan kaum dapat
direalisasikan supaya negara kita kental daripada diancam oleh
anasir-anasir yang cuba untuk memecahbelahkan rakyat. Bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh.
Jelaslah bahawa sistem pendidikan negara merupakan satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan
dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara
Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan,
sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

Dalam persekitaran sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum
sangat penting. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangavt perpaduan kaum dan
membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga
harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya
bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Semangat perpaduan juga perlu merentasi
kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.

Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK,
SRJK (C) dan SRJK (T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar
akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin dan perpustakaan secara
bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan,
makan di kantin dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat
perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.

Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan
seperti sukan, kelab dan persatuan serta ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Para
pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti di luar system akademik pelbagai kaum seperti keluarga
angkat, persatuan dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan
perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah pelajar.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam mempertingkatkan lagi nilai-nilai
perpaduan dan mewujudkan masyarakat yang cinta kepada negara dan saling berkerjasama antara
satu sama lain ibarat "berat sama dipikul ringan sama dijinjing".

Kegiatan kokurikulum di sekolah juga mampu memupuk perpaduan dalam


kalangan pelajar melalui aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat,
persatuan dan badan beruniform. Melalui cara ini, maka perpaduan dan
integrasi nasional dapat dicapai dalam kehidupan masyarakat majmuk di
Malaysia dan seterusnya melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi nasional sangat penting dalam
kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan dan integrasi ini akan
melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni, saling bekerjasama dan
persefahaman, serta sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah
dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha untuk mengukuhkan lagi
perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Memupuk Perpaduan
Dalam Kalangan Pelajar, Dewan Siswa, Mac 2006)

Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba

ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. aktivis sosial integrasi di peringkat

sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar

perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan.

Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah.

Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi

pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan

pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata

dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua

peringkat persekolahan.

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan

pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya

juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah

keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum

ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan

masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah

integrasi nasional.

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-

mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah

mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan,

semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan

bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah

perpaduan di antara palajar-pelajar.


Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar.

Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau

dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah,

Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat.

Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga

menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.

Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu

puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk

memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan

akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi

segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap

bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah

yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.

You might also like