You are on page 1of 1

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SK. GONG PASIR

1. Agenda 1 - Ucapan Yang Di Pertua PIBG


Tuan Ahmad Zailani Bin Yaakub mengalu-alukan kedatangan semua
ibubapa dan guru yang hadir pada mesyuarat kali ini.

Beliau mengucapkan jutaaan terima kasih kepada mereka yang telah


member sumbangan kepada pihak sekolah.

Beliau menegaskan bahawa ibubapa perlu memainkan peranan dalam


menagatasi masalah yang berluasa sekarang ini seperti membuli. Ibubapa
perlu member peringatan kepada anak-anak agar tidak terlibat dalam
permasalahan ini.

Beliau mengharapkan agar ibubapa dapat memberikan idea-idea dan


pendapat agar memberi kebaikan bersama kepada pihak sekolah.

2. Agenda 2 - Mengesahkan dan membentangkan minit mesyuarat yang lalu


En Zailan bin Othman member cadangan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan.
Pn. Siti Nora Binti telah menyokong cadangan tersebut

3. Agenda 3 - Perkara perkara berbangkit


Tiada perkara berbangkit

4. Agenda 4 Membentang dan menerima laporan tahunan


YM Che Ku Suhaimi Bin che Ku Abdul Rahman memberitahu beberapa
aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2016. Di antaranya adalah
Kem Kecemerlangan di Mayang Sari Resort bagi murid tahun 6, watikah
perlantikan pengawas dan pusat sumber sekolah, Kem Bestari Solat dan
juga Program SARANA mendapat sambutan yang cukup baik dari ibubapa.
Beliau juga memberitahu bahawa program-program seperti ini akan
diteruskan pada tahun ini. Program-program lain juga akan di buat bagi
murid-murid SK. Gong Pasir pada tahun ini agar mencapai peningkatan
dalam pembelajaran mereka.

You might also like