You are on page 1of 4

WRITING EXERCISE

BAHAGIAN 1

Anda akan pergi ke Kompleks Membeli Belah sekitar bandar.


Senaraikan 10 barang-barang yang anda ingin beli.

Kasut Buah mangga Buku novel Sayur Seluar

Buah epal Buah kiwi Coklat Baju Aiskrim

Anda mungkin menggemari atau menjadikan seseorang itu sebagai contoh tauladan kepada diri
anda. Sebagai pelajar di sekolah:

1. Nyatakan siapakah guru yang anda jadikan sebagai contoh terbaik bagi diri
anda.
2. Ceritakan mengenai kepribadian guru itu.
3. Berikan tiga sebab kenapa anda menjadikan guru itu idola anda.
4. Adakah anda ingin menjadi seperti guru itu pada masa hadapan? Mengapa?

Tulis antara 80-90 patah perkataan dalam Bahasa Melayu.


BAHAGIAN 2

JAWAB KEDUA-DUA SOALAN

Panjang karangan anda hendaklah 130-140 patah perkataan.

PEMAKANAN

Tuliskan sebuah karangan mengenai kesan pengambilan makanan seimbang dan


tidak seimbang.

- Senaraikan pengambilan makanan seimbang dan tidak seimbang


- Adakah anda dalam kategori individu yang mengambil makanan seimbang
ATAU tidak seimbang? Mengapa?
- Nyatakan kesan pengambilan pemakanan makanan seimbang dan tidak
seimbang?
- Nyatakan usaha anda untuk mengamalkan cara hidup yang sihat.
Makanan seimbang ialah makanan yang banyak khasiat dan kebaikan. Antaranya ialah
makanan yang berprotein contohnya sayur, ikan. Selain daripada itu, terdapat juga pengambilan
makanan tidak seimbang yang mempunyai minyak, kolestrol tinggi, makanan berlemak, gula
yang berlebihan dan sebagainya.

Saya seorang individu yang mengambil makanan seimbang, ini kerana saya mempunyai jadual
yang saya sudah tetapkan contohnya pada waktu pagi saya akan mengamalkan minum susu.
Hal ini kerana, saya tahu bahawa susu itu dapat menguatkan tulang, memberikan energi pada
tubuh, dan juga dapat mengurangi stress dan depresi. Saya juga mengamalkan makan buah-
buahan pada waktu pagi seperti pisang, tembikai susu. Ini kerana, Buah pisang mempunyai
kandungan karbohidrat dan mengandungi potassium untuk menurunkan berat tekanan darah.

Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang ialah kita akan dapat masalah berat badan,
otak tidak cerdas. Contohnya pengambilan mee segera, ia boleh menyebabkan risiko
menghadapi kanser, terdapat bahan dalam mee segera yang dipanggil Styrofoam. Selain itu,
ia boleh menyebabkan keguguran. Wanita mengandung yang makan mee segera semasa
kehamilan boleh menjadi punca keguguran. Hal ini kerana ia akan memberi kesan kepada
pembangunan janin. Mee segera juga jenis makanan ringan. Hal ini kerana, mee segera
diperkayakan dengan penuh karbohidrat, tetapi tidak mempunyai vitamin, serat dan mineral.
Kerana itu, mee segera dianggap sebagai makanan ringan. Secara tidak langsung, kita boleh
dapat penyakit seperti darah tinggi kerana mee segera mempunyai ajinomoto yang berlebihan
dan juga sakit buah pinggang.

Seterusnya, kesan pengambilan makanan seimbang pula ialah, dapat mendisiplinkan diri kita
untuk mengamalkan cara hidup yang sihat, badan cergas, otak cerdas dan juga tidak mudah
mendapat penyakit.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha untuk mengamalkan cara hidup yang sihat. Antaranya
ialah, makan-makanan yang seimbang, melakukan aktiviti bersenam dan riadah, Pengambilan
makanan seimbang yang disertai dengan amalan bersenam dan beriadah secara konsisten,
dapat membakar kalori dalam badan dan seterusnya dapat mengurangkan masalah
peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu. Setiap sesi senaman dan riadah memadailah dilakukan antara 20 minit hingga
30 minit.

321 words

SEKOLAH SAYA

Tuliskan sebuah karangan mengenai sekolah anda.

- Ceritakan mengenai sekolah anda.


- Struktur sekolah anda.
- Suasana/budaya/persekitaran sekolah.
- Adakah anda suka belajar di sekolah anda? Mengapa?
- Apakah harapan anda terhadap sekolah?

International School of Phnom Penh adalah tempat saya menimba ilmu. Sekolah saya terletak
di negara Cambodia. Sekolah saya terdiri daripada pelbagai bangsa. Antaranya Korea,
Amerika, Jepun, Cina dan sebagainya.

Bangunan sekolah saya terdiri daripada lapan blok iaitu blok pejabat, perpustakaan dan
sebagainya. Suasana di sekolah saya amat riuh-rendah kerana ia terdiri daripada pelbagai
bangsa dan budaya. Pelajar-pelajar di sekolah saya juga mengamalkan sifat peramah antara
satu sama lain, tolong-menolong dan lain-lain.

Pelajaran yang saya suka ialah Individual & Societies ia subjek sejarah, dan geografi yang
digabungkan. Saya suka subjek tersebut kerana saya suka tahu tentang hal zaman dahulu
contohnya perang, dan lain-lain.

Harapan saya ialah saya berharap agar sekolah saya dapat menjadi sekolah paling terbaik, dan
terkenal.
224w

You might also like