You are on page 1of 7

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik


Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus
Tahu!

Ibu mangsa tak mengesyaki apa-apa bila anaknya Johnny, 10 tahun terus masuk tidur
selepas keletihan seharian bermain di
kolam renang. Rupa-rupanya...

Biasalah, selepas seharian bermain di kolam renang -- anak akan keletihan dan mengantuk. Lebih-
lebih lagi kalau mereka aktif bermain sepanjang hari, kerana teruja "jumpa" air. Sebab itu
Cassandra Jackson, 41 tahun tidak mengesyaki apa-apa selepas anaknya mandi di kolam renang.

Menurut berita yang disampaikan padaABC News.com,


Jackson membawa Johnny bermain di
kolam renang berhampiran kejiranannya. Sambil diperhatikan oleh Jackson, Johnny bermain
hampir 45
minit dalam kolam.

Johnny memakai pelampung di kedua-dua tangan. Namun, selepas dua jam keluar daripada kolam
renang, Johnny terkencing dalam seluarnya sebanyak
dua kali dan kerap mengadu keletihan.

Selepas mereka pulang ke rumah, Johnny membilas badan dan terus masuk
tidur. Ibunya
menganggap dia hanya keletihan. Selepas beberapa jam, Jackson masuk ke bilik untuk memeriksa
Johnny. Dia terkejut apabila melihat mulut Johnny berbuih dan Johnny sesak nafas!

"Saya golekkan dia ke tepi, dan badannya sangat lemah. Badannya juga sudah bertukar kebiru-
biruan," jelas Jackson dalam esak.

https://my.theasianparent.com/kanak-kanak-mati-mandi-di-kolam/[30/3/2017 6:22:33 PM]


Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

Beliau terus menghubungi 911 dan membawa Johnny ke wad kecemasan. Tapi malangnya,

Johnny tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti berdegup selepas mereka tiba di hospital.

Koroner Berkeley Country, Glenn Rhoad yang memeriksa badan Johnny mengesahkan punca
kematian adalah akibat mati lemas sekunder.

Apa itu mati lemas sekunder?


Menurut jurucakap American College of Emergency Physicians, Stephen Epstein -- mati lemas
sekunder terjadi kerana paru-paru tercedera selepas sedikit air masuk ke dalam paru-paru.

Kredit gambar: Pixabay

"Biasanya, mati lemas utama terjadi apabila anda tersedut air dan tidak boleh bernafas, lalu lemas.
Tapi dengan mati lemas sekunder, anda boleh maut apabila air memasuki paru-paru dengan
sedikit saja. Bagi kanak-kanak, air sebanyak empat auns sudah mampu untuk membunuh mereka,"
jelas Epstein lagi.

Mati lemas sekunder mungkin boleh terjadi apabila kanak-kanak cuba ingin berenang.Epstein juga
menambah jenis cecair yang memasuki paru-paru kanak-kanak juga memainkan faktor utama
untuk membawa maut.

Klorin dalam air kolam mampu menyebabkan keradangan dalam paru-paru. Apabila terdapat klorin
dalam paru-paru, tindak balas normal badan untuk
melawan keradangan ini adalah dengan
menghantar pelbagai cecair ke dalam paru-paru semula.

https://my.theasianparent.com/kanak-kanak-mati-mandi-di-kolam/[30/3/2017 6:22:33 PM]


Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

Akibatnya, paru-paru dipenuhi cecair.

"Selepas itu, terjadiEdema Paru-Paru -- keadaan di mana terdapat pengumpulan cecair dalam
paru-paru dan mengakibatkan serangan jantung apabila oksigen tidak dapat masuk ke aliran
darah.

Tanda-tanda mati lemas sekunder - ibu bapa harus peka!


Mati lemas sekunder sering terjadi di kalangan kanak-kanak. Jangan biar anak anda menjadi
mangsa seterusnya! Tiada cara lain untuk mengenalpasti tanda-tanda serangan ini, melainkan
anda lebih peka.

Jika anak anda gemar bermain di kolam renang, jaga-jaga! Selalunya, mati lemas sekunder akan
terjadi dalam tempoh 1-24 jam selepas mandi. Jadi, ibu bapa perhatikan tanda-tanda ini pada anak
anda, selepas mereka
mandi di kolam:

Batuk
Sakit dada
Sukar bernafas
Kelihatan amat letih

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawa mereka ke hospital atau hubungi
ambulans untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah. Usah terhantuk baru terngadah!

Bagaimana ingin mengelaknya


Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat menganggarkan hampir 3,582 kes mati lemas secara
tidak sengaja berlaku di sana sejak tahun 2005. Daripada data yang baru diperoleh, lebih daripada
satu per empat mangsa kes mati lemas adalah kanak-kanak yang berusia bawah daripada 14
tahun.

Kuncinya di sini adalah peka. Tetapi, anda juga boleh mencuba perkara ini untuk mengelak kes
mati lemas sekunder:

https://my.theasianparent.com/kanak-kanak-mati-mandi-di-kolam/[30/3/2017 6:22:33 PM]


Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

Kredit gambar: Pixabay

1. Belajar berenang. Kanak-kanak yang sudah belajar berenang (dengan jurulatih) akan
lebih selesa dalam air. Jadi, mereka tidak akan berendam dan "tertelan" air. Mula ajar anak
anda berenang selepas mereka berusia 4 tahun.
2. Pemerhatian. Tiada cara lain, anda harus pantau anak-anak yang bermain dalam kolam.
Pastikan mereka mematuhi peraturan di kolam renang.
3. Keselamatan dalam air. Kanak-kanak harus memakai pelampung dan tak memasuki
kolam renang dewasa.
4. Perhati anak selepas berenang. Anda harus periksa tanda-tanda ini! Kalau anda tak
peka...

Sumber rujukan: ABC News, Healthy Food Team, Parents dan Healthy Nation

Ayu Idris
A retrophiliac who writes by day, and wanders by night (or vice versa!) - She loves to have
a big library for herself. Lives in Penang,
where she savors the great cultural life.

https://my.theasianparent.com/kanak-kanak-mati-mandi-di-kolam/[30/3/2017 6:22:33 PM]


Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

This may also interest you


GALLERY BAHASA MELAYU

10 ways to enjoy sex during pregnancy Guru Menyindir Ingatkan Dah Arwah Kepada Murid
OKU

https://my.theasianparent.com/kanak-kanak-mati-mandi-di-kolam/[30/3/2017 6:22:33 PM]


Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU

10 tanda-tanda kehamilan Sukar Untuk Tidur Semasa Trimester Ketiga

CONFINEMENT BABY

Lochia postpartum bleeding Makanan pejal pertama bayi

powered by plista

Join our
Weekly Digest!
Enter your e-mail
Join
Join now!
now!

Categories

Berita Keibubapaan Keselamatan

https://my.theasianparent.com/kanak-kanak-mati-mandi-di-kolam/[30/3/2017 6:22:33 PM]


Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

PREGNANCY

BABY CARE

Categories
Categories

Our Network
Our Network

About
About Us Us

Connect with us


theAsianparent.com 2017 Tickled Media Pte Ltd. All rights reserved

https://my.theasianparent.com/kanak-kanak-mati-mandi-di-kolam/[30/3/2017 6:22:33 PM]

You might also like