You are on page 1of 16

15

ASSIGNMENT

FEBRUARY 2017 SEMESTER

SUBJECT CODE : TD 10203

SUBJECT TITLE : CHILD DEVELOPMENT

STUDENTS NAME : AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

MATRIC NO. : YT2016-1228


15

Isi Kandungan

Bil Tajuk Muka Surat


1 Pengenalan 3

2 Kepentingan Pembelajaran Awal Kanak-kanak 4-6

3 Tahap Kebolehan Kanak-Kanak Mengikut Umur 6-8

4 Pengesanan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan 9


Khas

5 Belajar Melalui Bermain 10-11

6 12
Aktiviti Bermain Membantu Perkembangan
Kognitif

7 Aktiviti Pembangunan Yang Boleh Meransang 13-14


Kanak-kanak Mengikut Tahap Perkembangan
Umur

8 Rujukan 15

Suggest ways that parents can promote a sturdy sense of self in infants and toddlers.
15

Pengenalan

Menurut Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu atau The


United Nation Convention on the Rights of the Child atau ringkasnya CRC, kanak-kanak
adalah individu yang berumur di bawah 18 tahun. Menurut teori perkembangan kognitif Jean
Piaget (1850) pula, beliau mengkategorikan kanak-kanak kepada dua peringkat umur iaitu
peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun) dan peringkat kanak-kanak (6-16 tahun).Di bawah
umur dua tahun kanak-kanak dianggap sebagai bayi.Mereka dianggap kanak-kanak atau
individu minor kerana belum cukup matang untuk membuat keputusan sendiri mengikut
undang-undang, maka mereka perlu diletakkan dalam penjagaan dan perlindungan orang
dewasa dan mereka mempunyai hak untuk mendapat pendidikan, penjagaan, perlindungan
dan penglibatan dalam masyarakat serta bersuara dalam negaranya. Di sesetengah negara,
janin (fetus) yang belum lahir tetapi telah cukup sifat-sifatnya juga termasuk dalam kategori
kanak-kanak dan mereka juga mempunyai hak untuk mendapat penjagaan dan perlindungan
dalam negaranya.
Semenjak di dalam kandungan lagi, bayi ini telah mulai belajar melalui perasaan
ibunya dan boleh merasai kesan-kesan daripada setiap tindakan ibunya. Selepas dilahirkan,
kanak-kanak ini belajar dengan lebih cepat daripada orang lain dan dunia persekitarannya.
Pembelajaran atau pengalaman awal ini yang akan membentuk sahsiah dan personalitinya
kelak. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, penjaga dan pendidik untuk menyediakan
persekitaran dan pengalaman pembelajaran dengan penuh kasih sayang bagi mengembangkan
potensinya.
15

Kepentingan Pembelajaran Awal Kanak-kanak

Pendidikan adalah wadah utama dalam membangunkan modal insan yang


berkebolehan. Kajian bertahun-tahun dari Amerika Syarikat menemui bahawa pendidikan
awal kanak-kanak secara intensif dan berkualiti mempunyai kesan secara langsung dan
berterusan ke atas perkembangan kognitif dan bukan kognitif kepada kanak-kanak(Mariani
Mansor, Aqilah Arif, Asnarulkhadi Abu Samah,Zainal Madon & Nor Fairani Ahmad,2016).
Penyelidikan yang telah dijalankan membuktikan bahawa pembelajaran awal kanak-kanak
membantu kejayaan kanak-kanak di sekolah dan kehidupan masa hadapan mereka. Potensi
pembelajaran bermula sejak awal kanak-kanak dilahirkan, malah ketika di dalam kandungan
lagi. Pada peringkat awal ini, kanak-kanak lebih mudah dilentur dan dibentuk peribadi dan
inteleknya. Pada ketika ini, pembelajaran awal sepatutnya dimulakan untuk membantu
mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh dari segi rohani dan jasmani. Kanak-
kanak pada usia 1 hingga 4 tahun sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran
peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada tumbesarannya. Pada usia ini otak
kanak-kanak seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat dari
persekitarannya.

Selain itu, menurut pakar psikologi, personaliti kanak-kanak sudah terbentuk sebelum
usia mereka mencapai 5 tahun. Pengalaman awal dan persekitaran di mana kanak-kanak
dibesarkan adalah faktor utama yang mencorakkan personaliti mereka. Personaliti yang
terbentuk di peringkat awal telah dibuktikan oleh penyelidik-penyelidik bidang psikologi dan
pendidikan awal kanak-kanak boleh berkekalan sehingga dewasa. Oleh itu, jika ibu bapa
inginkan anak-anak mereka mempunyai personaliti yang baik dan mulia, positif dalam
perhubungan dan pengurusan diri, berdaya maju, bijak berkomunikasi serta pandai
menyesuaikan diri dalam apa sahaja keadaan, maka berikanlah kepada mereka pendidikan
dan pengalaman awal yang berkualiti.
Pendidikan sedari awal kanak-kanak adalah sangat penting dan mestilah
disediakan dengan sebaiknya kerana perkembangan maksimum otak yang berkaitan
dengan deria dan bahasa berlaku sewaktu kanak-kanak menjangkaui tahun pertama
usianya, dan perkembangan kognitif berlaku dengan pesat pada usia dua hingga tiga tahun.
Oleh itu tahun awal genting kerana otak paling mudah dibentuk,kapasiti otak untuk berubah
juga semakin menurun seiring dengan usia, terutamanya selepas tiga tahun. (Perry, 2000;
15

Shonkoff & Phillips, 2000). Pandangan ini selaras dengan teori Piaget di mana perkembangan
kognitif berlaku dengan pesat semasa peringkat deria motor, iaitu sejak lahir sehingga dua
tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan banyak deria motor seperti menghisap,
menangis, dan memegang. Tambahan pula, pada peringkat ini kanak-kanak membina
kemahiran dan pengetahuan asasnya yangmelibatkan empat ciri berikut:
(1) pengetahuan mengenai objek,
(2) sebab berlakunya sesuatu,
(3) ruang, dan
(4) masa.
Pengetahuan tersebut menjadi asas kepada perkembangan yang lebih sofistikated.
Peringkat kedua perkembangan kognitif menurut Piaget ialah Peringkat Praoperasi (2-6
tahun). Pada peringkat ini kanak-kanak menggunakan simbol/nama bagi objek di
sekeliling mereka. Selepas mahir berbahasa, kanak-kanak akan belajar untuk
menghubungkan nama dengan objek. Pemikiran mereka kini lebih konkrit, egosentrik tetapi
masih belum memahami konsep pengekalan (retention). Fokus pemerhatian pada ketika
ini hanyalah kepada satu aspek sahaja, aspek- aspek lain diabaikan. Pada akhir peringkat ini,
sikap egosentrik kanak-kanak berkurangan dan mereka mula membina skema yang lebih
umum dan abstrak, serta semakin berupaya untuk menyelesaikan masalah.
Proses pendidikan akan berlaku di sepanjang hayat manusia. Bermula di dalam
kandungan ibu sehingga akhir hayat. Fasa pendidikan tersebut akan berlangsung dalam
kehidupan manusia sama ada secara formal ataupun tidak formal. Di dalam proses
pendidikan ini manusia membangunkan semua potensi yang ada merangkumi potensi akal
(cognitive), jasmani/tingkah laku (psikomotor/behaviour), dan rohani (spiritual). Kesemua
potensi ini berkembang dalam kehidupan manusia bermula sejak dilahirkan. Perkembangan
kesemua potensi tersebut dapat meningkatkan kapastiti daya intelektual, kemahiran dan
kepekaan kepada persekitaran sosial terutamanya melalui tunjuk ajar yang berkesan.
Oleh itu, secara ringkasnya pendidikan melalui pengalaman dan pancaindera memberi
kesan kepada pemikiran manusia. Maklumat yang diterima secara berstruktur akan
membentuk fizikal dan tingkah laku manusia. Pengetahuan, kemahiran dan nilai murni akan
diwarisi dari generasi ke generasi dalam proses membangunkan ketamadunan negara bangsa
secara berterusan.

Terdapat dua bentuk pengurusan pendidikan prasekolah dalam negara iaitu taska dan
tadika. Taska merupakan singkatan daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak mengikut Akta
15

Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 syeksyen 2 mentakrifkan pengurusan TASKA sebagai


mana-mana premis yang menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak dibawah
umur empat tahun, lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Dibawah Seksyen
5 akta yang sama membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu TASKA yang menerima
kurang daripada 10 orang kanak-kanak dan TASKA institusi pula menerima lebih dari 10
orang kanak-kanak dibawah jagaan mereka.

Tadika pula merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif


tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. bagaimanapun pengurusan
tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4
orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan
upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadikaialah sebagai persediaan awal ke alam
persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun.

Tahap Kebolehan Kanak-Kanak Mengikut Umur

Usia Kebolehan/Pencapaian
Menyuap diri sendiri menggunakan sudu dan terdapat sedikit makanan
tertumpah.
Bermain bersama rakan-rakan; bermain sambil berimaginasi
Tidak membuang air kecil atau besar di dalam lampin pada waktu siang
Menggunakan 2 patah perkataan apabila berbual, nama-nama, objek-objek
2 tahun serta gambar-gambar yang biasa dilihatnya.
Memahami arahan yang mempunyai sekurangkurangnya 2 langkah
Membina sebuah menara menggunakan 6 blok-blok permainan, memegang
pensel dengan telapak tangannya, meniru contoh-contoh ayat
Naik dan turun tangga dengan bantuan seseorang
Melompat, menendang dan membaling bola
3 tahun Memakai bajunya sendiri
Bermain bersama kanak-kanak yang lain
Menggunakan sekurangkurangnya 3 perkataan dalam sebuah ayat sewaktu
berbual
Mengetahui nama, umur dan jantina
15

Melukis barisan yang lurus atau bulat


Mengimbangi diri dengan satu kaki tanpa bantuan, mengayuh basikal tiga
roda
Menamakan seorang kawan
Mengira 1-10 secara hafalan
Bertutur dengan lancar menggunakan tatabahasa yang betul (5 tahun)
Menanyakan soalan seperti apa, mengapa dan bagaimana. Boleh menjawab
soalan-soalan yang sama.
Menggunakan ayat-ayat yang mengandungi 5-6 perkataan, boleh bercerita
Mengenal pasti 4 atau lebih warna
4-5 tahun Meniru bentuk pangkah, segi empat (4 tahun), segi tiga (5 tahun)
Boleh melukis 3-6 anggota badan
Mengayuh basikal menggunakan roda pentsabil atau tidak
Lompat menggunakan satu kaki, memanjat dengan baik
Mampu mengimbangkan diri ketika berjalan atau berlari ke depan dan ke
belakang.
Cuba menyelesaikan masalah dari satu sudut sahaja dan mengenal pasti
huraian kepada masalah tersebut. Lebih bersetuju dengan peraturan.
Membaca perkataan dan ayat pendek.
Berbangga dan seronok menguasai kemahiran baru
6 tahun
Mempunyai lebih kawalan diri atas emosi dan sikap.
Menunjukkan kesedaran yang meningkat antara yang baik dan yang buruk.
Jadual 1

Tahap perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza-beza.Hal ini turut


dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran,dasar asuhan,baka,pola tidur kanak-kanak dan
juga faktor pemakanan yang seimbang.
Ibu bapa perlu mengenal pasti sebarang jenis perkembangan yang lewat ataupun
sebarang kurang keupayaan seawal mungkin supaya anak anda boleh menerima bantuan
secepat mungkin. Ini mampu menyumbang kepada potensi anak anda dalam jangka masa
yang panjang.
1. Terlalu malu, takut dan agresif.
2. Terlalu resah apabila berjauhan dengan ibu bapa atau penjaganya.
15

3. Tidak boleh memberi fokus kepada sesuatu perkara selama 5 minit atau lebih dan
tidak mempunyai minat yang kekal dalam sebarang perkara hampir setiap waktu.
4. Tidak mahu bermain dengan kanak-kanak lain dan tidak mahu bertentang mata.
5. Tidak boleh menyebut nama penuhnya.
6. Tidak berimaginisasi ataupun tidak mampu membezakan antara alam fantasi dan
realiti.
7. Sentiasa berasa sedih dan resah dan tidak mampu mengekspresikan pelbagai emosi.
8. Tidak mampu mengatur atau membina sebuah konstruksi menggunakan lebih
daripada 8 blok permainan.
9. Mempunyai masalah memegang pensel atau krayon. 10. Mempunyai masalah
makan, tidur, ke tandas, memberus gigi, membasuh atau mengeringkan tangan tanpa
bantuan.

Jika kanak-kanak mampu membuat perkara-perkara yang disebut di atas dan secara
mendadak hilang keupayaan untuk melakukannya lagi, sila rujuk kepada seorang
pakar/doktor dengan segera.
15

Pengesanan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Kurikulum PERMATA Negara prihatin bahawa kadar perkembangan setiap kanak-


kanak adalah tidak sama, walaupun secara umum perkembangan kanak-kanak biasanya akan
mengikuti tren atau milestones yang sama. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan
berkembang, adalah sangat penting kemajuan dan tren perkembangan mereka dikesan awal
supaya dapat mengenalpasti sekiranya terdapat kelewatan (delay) atau sesuatu
ketidakupayaan maka boleh ditangani sejak awal lagi. Pengesanan awal bertujuan mengenal
pasti sekiranya kanak-kanak mempunyai berkeperluan tertentu bagi membolehkan mereka
mendapat perkhidmatan yang sewajarnya seawal usia mereka. Pengesanan awal biasanya
dilakukan selepas bayi dilahirkan dan dilakukan oleh doktor menerusi Ujian APGAR. Ujian
ini adalah untuk menentukan deria-deria bayi, terutama deria penglihatan, sentuhan dan
pendengaran berfungsi dengan baik.
Pengesanan awal juga digunakan untuk menentukan keperluan kanak-kanak yang
mempunyai kecerdasan yang berbagai. Terdapat kaedah penilaian tertentu untuk mengesan
kekuatan dan keperluan kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan. Pengesanan awal
akan membolehkan pendidik dan ibubapa mengambil tindakan awal menyediakan program
intervensi kepada kanak-kanak.
Bagi kanak-kanak di TASKA PERMATA, pengesanan awal adalah untuk menentukan
perkembangan fizikal dan sosioemosional kanak-kanak sentiasa di dalam keadaan yang baik.
Melalui pemerhatian yang berterusan, Pendidik akan dapat mengesan sekiranya kanak-kanak
mengalami sesuatu masalah, fizikal atau sosioemosi - yang boleh kelak jika tidak diperbaiki
akan menjejaskan pekermbangan normal kanak-kanak. Pendidik PERMATA dihendaki
sentiasa memerhati kanak-kanak dan mencatatkan perkembangan mereka secara berterusan.
Daripada rekod/catatan inilah pendidik boleh mengetahui sekiranya terdapat keadaan yang
tidak normal atau meragukan. Sekiranya terdapat keraguan ini, maka pendidik hendaklah
berbincang dengan ibubapa terlebih dahulu, tanpa membuat sebarang andaian atau
kesimpulan, sebelum kanak-kanak dirujuk kepada pakar.
15

Belajar Melalui Bermain

Bermain merupakan unsur penting dalam kehidupan semua kanak-kanak dalam dunia.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) bermain dapat didefinisikan sebagai
melakukan sesuatu untuk bersenang-senang atau bersuka-suka. Maka, bermain membenarkan
kanak-kanak terlibat dengan sesuatu aktiviti di taman permainan dengan perasaan yang
gembira. Umum mengetahui, persekitaran pembelajaran bagi kanak-kanak taska dan
prasekolah perlu mengutamakan aktiviti bermain. Keseimbangan antara bermain dan belajar
menjadi rangka kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran
pembelajaran kanak-kanak. Hal ini demikian kerana bermain ialah kerja bagi kanak-kanak.
Bermain dapat membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara optimum
sekiranya dirancang dengan bijak oleh guru. Moyles (1989) menyatakan guru dan pembantu
berperanan memberikan ruang atau stimulus kepada kanak-kanak, menyediakan bahan dan
material untuk membentuk pengetahuan ketika bermain dan juga menjadi pemerhati yang
hebat kepada kanak-kanak. Interaksi positif antara kanak-kanak dengan alam semula jadi
adalah bahagian penting dalam perkembangan yang sihat pada seseorang kanak-kanak.
Namun kebanyakan guru tidak faham dan tidak sedar akan potensi persekitaran luar yang
amat berguna kepada perkembangan kanak-kanak prasekolah (Davies, 1996: 1997). Setiap
kanak-kanak seharusnya diberi peluang yang luas di taman permainan untuk membolehkan
mereka membina potensinya dengan persekitaran.
Terdapat empat jenis permainan seperti yang dinyatakan oleh Nor Hashimah Hashim
dan Yahya Che Lah (2003), iaitu permainan 'solitary', 'parallel', 'associative' dan 'cooperative'
yang setiap satunya mempunyai aktiviti tersendiri yang perlu dipelbagaikan oleh guru dalam
memperkembangkan dimensi perkembangan kanak-kanak prasekolah. Manakala Parten
(1932) dalam Rohani Abdullah (2001) pula menegaskan bahawa tingkah laku bermain dalam
kalangan kanak-kanak bermula dengan main bukan sosial (nonsocial play), tingkah laku
bermain tanpa penglibatan sosial, main berseorangan (solitary play) dan main sambil
memerhati orang lain (onlooker play) main sejajar (parallel play), kepada main berhubungan
(associative play) dan akhimya main bekerjasama (cooperative play).
Namun Santrock (2006) memperkenalkan struktur permainan kanak-kanak yang
terbahagi kepada lima peringkat yang sepatutnya didedahkan kepada kanak-kanak iaitu
15

permainan deria motor, sosial, konstruktif, olok-olok dan permainan dengan peraturan. Oleh
yang demikian, bermain sebenamya banyak menyediakan manfaat kepada kanak-kanak.
Manfaat bermain kepada kanak-kanak tidak boleh disangkallagi kerana bermain merupakan
media untuk kanakkanak mencorakkan perasaan mereka, meneroka hubungan, menceritakan
pengalaman, menyatakan keinginan, dan segal a yang terpendam dalam diri mereka, selain
mampu membantu kanak-kanak dalam membina kecekapan yang boleh menambah rasa yakin
dan membina kekuatan jati diri yang mungkin akan digunakan untuk menempuh cabaran
pada masa akan datang.
Kanak-kanak dapat meneroka, berfikir dan mencipta melalui perkara yang dialami
oleh mereka di taman permainan secara berkumpulan atau bersendirian. Sewaktu kanak-
kanak bermain, mereka menggunakan pelbagai peralatan yang disediakan di taman
permainan yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan mereka dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan juga kognitif khususnya. Peralatan permainan seperti gelongsor,
jongkang-jongket, buaian, 'monkey bar', dan pondok-pondok merupakan peralatan yang
biasanya disediakan di prasekolah di Malaysia contohnya kelas prasekolah di sekolah rendah.
Mengikut Jabatan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, setiap taman permainan mesti
menyediakan sistem peralatan modulasi bersepadu yang mengandungi alat-alat permainan
yang asas seperti buaian, papan gelongsor, jongkang-jongket, 'climber' dan 'adventure
ground'. Kemudahan yang disediakan di taman permainan ini selari dengan konsep
pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum prasekolah iaitu dapat
membentuk dan membina dari segi koordinasi, kreativiti, kegembiraan dan dapat membina
keyakinan kanak-kanak. Penggunaan peralatan di taman permainan membolehkan mereka
bermain sambil membina pengalaman positif seterusnya dapat memberikan kesan optimum
terhadap kognitif mereka.
15

Aktiviti Bermain Membantu Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi segala perkara yang berkaitan


dengan pengetahuan dan aplikasinya dalam kehidupan harian individu itu sendiri. Kebolehan
kanak-kanak mengkoordinasi berbagai-bagai cara berfikir bagi menyelesaikan sesuatu
masalah merupakan salah satu cara yang boleh memperkembangkan kognitif mereka. Maka,
penggunaan deria yang lima, iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa amat
penting untuk diaplikasikan pada peringkat awal umur. Hal ini demikian kerana Santrock
(2006) menyatakan kanak-kanak pada peringkat awal umur memahami persekitaran mereka
dengan mengkoordinasi pengalaman sensori, iaitu dengan melihat, mendengar, menyentuh,
merasa dan bau. Apabila umur mereka bertambah, kanak-kanak akan mengalami perubahan
yang ketara, terutamanya dari segi bahasa. Menurut Nani Menon dan Rohani Abdullah
(2003), ketika kanak-kanak mencapai umur dua hingga tujuh tahun peringkat kognitifnya
mula menggunakan lambang, tanda, objek dan perkataan untuk menamakan sesuatu.
Oleh yang demikian, pemilihan peralatan yang berkualiti dan rancangan pengajaran
dan pembelajaran yang jitu seharusnya dititikberatkan supaya perkembangan kanak-kanak
akan seimbang dan menyeluruh. Hal ini demikian, kerana peralatan dan jenis-jenis permainan
yang disediakan memberikan kesan kepada aktiviti fizikal serta perkembangan kognitif,
emosi dan juga sosial. Oleh sebab itu, Nik Azis Nik Pa (1997) menegaskan guru memainkan
peranan penting dalam sebarang program reformasi, oleh yang demikian guru merupakan inti
pati kepada sebarang perubahan kanak-kanak. Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah
(2003) pula menganjurkan asas-asas yang boleh dipraktikkan dalam aktiviti bermain pada
peringkat prasekolah iaitu:
a) Permainan perlu melibatkan motor kasar dan motor halus.
b) Permainan simbolik atau 'dramatic play' dapat melahirkan idea dalam bentuk tingkah laku
atau dengan menggunakan objek tertentu yang disediakan oleh guru.
c) Permainan konstruktif yang membentuk kreativiti daripada pelbagai bahan dalam
persekitaran kanak-kanak.
d) Permainan dengan peraturan yang terdiri daripada pelbagai bentuk permainan (Mariani
Mansor, Aqilah Arif, Asnarulkhadi Abu Samah,Zainal Madon & Nor Fairani Ahmad,2016).
15

Aktiviti Pembangunan Yang Boleh Meransang Kanak-kanak Mengikut Tahap


Perkembangan Umur

Umu Aktiviti
r
1-2 Koyakkan
Tahun Bermain watak/karekter
Menyanyikan/memainkan lagu kanak-kanak
Visualisasi kreatif
Golek
Carian mainan
Permainan lembut
2-2 Langkah kecil dan besar
Tahun Puzzle mudah
Bongkah kayu
Sayang pada binatang
Teka siapa saya
Padankan bentuk
Bina menara
Permainan doh
Memberi ikan makan

2-3 Pertunjukan puppet


Tahun Permainan pasir
Berjalan lurus
Basah dan kering
Tenggelam timbul
Mendengar dan bertutur
Saya Nampak!
Membina menara
3 -4 Boling
Tahun Sepatah kata
Kolaj mesra alam
Serangga
Tenggelam timbul
Guntingan
Garis lurus
Bentuk dan warna
Aktiviti kitar semula
Origami
Bercerita
15

Saya Nampak
4-6 Berlawanan
Tahun Rentas dunia
Mengukur benda
Pemerhatian dan pengelasan
Tolak tambah
4M
Melukis pemandangan
Mewarna dengan tona
Origami
Gunting dan tampal
Permainan tradisional
Topik berfikir
Rajah 2

Kesimpulan

Dasar asuhan dan pendidikan kanak-kanak amat perlu dititik beratkan seawal dari
lahir lagi.Kanak-kanak yang menerima asuhan dan didikan yang baik, berkualiti dan
bersesuaian dengan tahap perkembangan akan membesar menjadi individu yang
berkertrampilan,memiliki nilai-nilai positif dan berbakti kepada masyarakat,bangsa dan
Negara kelak.Kanak-kanak yang diasuh dengan didikan yang menyeluruh iaitu dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek, psikologi akan mempengaruhi perkembangan karekter kanak-
kanak tersebut apabila dewasa kelak.Oleh itu, usaha memberi didikan dan asuhan berkualiti
kepada kanak-kanak bukan hanya terletak di bahu ibu bapa sahaja malahan, pihak
taska,tabika,prasekolah, kerajaan dan badan NGO serta masyarakat perlu turut bekerjasama
memastikan persekitaran yang baik untuk perkembangan kanak-kanak pada peringkat awal
sehingga mampu mereka berdikari.
Usaha yang digembelengkan secara berterusan daripada pelbagai pihakiaitu daripada
ibu bapa, masyarakat ,NGO dan kerajaan perlu sentiasa bersepadu agar usaha ini
membuahkan hasil yang positif kepada pembangunan Negara kelak.Impak positif ini akan
menjadikan generasi akan datang di Negara ini lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa
hadapan.
15

Rujukan

Aswati Hamzah, Norhaidah,S. I & Zakiah Ashari. (2009). Peranan Aktiviti Bermain
dalam Merangsang Dimensi Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah. Jilid 9, Bil. 2
(ms 80-88).Diperolehi dari ;
http://education.usm.my/images/docs/DigesPendidik/DP2009-2/10.pdf

Laili Ibharim & Maizatul Yatim. (2014). Kreativiti dan Kemahiran Kanak-Kanak
dalam Mereka Bentuk Permainan Digital bagi Tujuan Pembelajaran. Journal of ICT in
Education . Vol 1 (ms 87-102).Diperolehi dari ;
file:///C:/Users/Lenovo/Desktop/Fail/ums/Dr.Jusiah%20Idang/5028cc22-f10d-488c-9528-
659483c50119.pdf

Kurikulum Permata Negara (Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak 0 4


Tahun ).Cetakan ke-3.(2013).Selangor. Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak
(PERMATA), Jabatan Perdana Menteri.

Saidi. U, Zawani. S , Zuraida.I, Shuhairiani .I, Syahida. Fadzil .(2010). Gaya Dan
Kaedah Pengajaran Guru Prasekolah. Bincangkan Juga Pengajaran Guru Prasekolah
Dalam Sains Awal.Diperolehi dari ;

https://docs.google.com/document/d/1y3sOa8uh6lmxbGOgLTy9nIPW6w0NP424y9FOB5Zt
6rQ/edit?copiedFromTrash
15

Mariani Mansor, Aqilah Arif, Asnarulkhadi Abu Samah,Zainal Madon & Nor Fairani
Ahmad.(2016). Kajian Kes: Perkembangan Holistik Kanak-Kanak Taska. E-Proceeding Of
The 3rd World Conference On Integration Of Knowledge 2016. Diperolehi dari ;

https://worldconferences.net/proceedings/wcik2016/fullpapers/WCIK2016_98_PEMBANGU
NAN%20HOLISTIK%20KANAK2%20-%20MARIANI.pdf

You might also like