You are on page 1of 23

Teknik Psikoanalisis

Teknik Perkaitan Bebas (Free association)


Melalui teknik ini klien diminta tenangkan diri dan cuba ingat semula kejadian masa lampau
sama ada pengalaman semasa membesar atau pengalarnan emosional. Klien bebas dan boleh
luahkan apa sahaja walau di luar kebiasaan, kelihatan bodoh, tidak rasional atau menyakitkan
hati. Dalam situasi ini id akan bersuara, ego diamkan diri (Freud 1936).Contohnya kaunselor
meminta klien bercakap apa yang terlintas di mindanya berkaitan `ibu' tanpa sebarang batasan.
Perkara-perkara bawah sedar akan memasuki pemikiran sedar dan kaunselor terokai isu yang
timbul dengan membuat tafsiran. Jika klien menggunakan sebarang mekanisme bela diri.,
kaunselor akan berusaha untuk membuang halangan ini.Contoh: Sekiranya klien terus bertindak
memendam perasan sebenarnya terhadap ibunya walaupun dia sebenarnya terluka, maka
kaunselor akan menyedarkan bahawa dia perlu menghadapi perasaan tersebut dengan bercakap
tentangnya.

Teknik Analisis mimpi

Klien diminta menceritakan mimpinya kepada kaunselor. Freud mempercayai bahawa mimpi
merupakan sumber untuk memahami pemikiran bawah sedar, Mimpi dianggap sebagai
jambatan kepada realiti. Menurut mimpi merupakan cubaan untuk memenuhi keinginan
kanak-kanak dan keinginan seksual yang tidak diendahkan. Oleh itu, klien disuruh bermimpi
dan mengingati mimpi mereka. Terdapat 2 jenis maksud yang dipentingkan apabila
menganalisis mimpi iaitu maksud tersurat (manifest content) dan tersirat (latent content).
Penggunaan atau kewujudan simbol-simbol yang perlu diterokai dan ditafsirkan oleh
kaunselor. Ada simbol yang jelas dan ada yang kabur dan sukar ditafsirkan. Contoh: Seorang
klien bermimpi berada dalam sebuah rumah yang besar dan mewah tetapi klien tidak berasa
seronok berada dalam rumah tersebut kerana hatinya lebih tertarik kepada keindahan di luar
tingkap. Ini mungkin membawa maksud bahawa klien inginkan kebebasan walaupun
kehidupannya dirasakan agak sempurna. Klien mungkin mencari sesuatu yang baru dalam
kehidupannya selain daripada yang sudah dimiliki.

Analisis transferens

Transferens merupakan respons klien kepada kaunselor seolah-olah kaunselor merupakan


seseorang yang signifikan dalam hidupnya pada masa lampau. Lazimnya kaunselor dikaitkan
dengan personaliti ibu bapa, Anda patut menggalakkan klien mengalami transferens
seterusnya menganalisis transferens tersebut. Kejayaan klien menghadapi transferens yang
berlaku akan meningkatkan pemahaman diri klien dan membawanya ke peringkat
perkembangan seterusnya.

Contoh transferens, apabila klien berkata: Saya tak suka awak, awak macam ayah saya
Anda perlu teroka: Boleh anda cerita tentang ayah anda? Kenapa anda kata saya
sepertinya?
Analisis Resistance

Adakalanya klien akan mengalami halangan untuk meneruskan terapi. Ada klien yang
bersikap resistant apabila diminta melaksanakan perkaitan bebas, mengingati semula kisah
lampau atau mimpi. Sikap resistant mungkin juga dipamerkan dengan ketidakhadiran dan
keengganan untuk meneruskan sesi. Kewujudan halangan perlu anda analisis serta-merta.
Anda perlu mengalihkan resistant dan mewujudkan kesediaan untuk berubah dan mencapai
celik akal. Jika analisis resistance tidak dilakukan, kemungkinan besar sesi terpaksa
ditamatkan kerana tidak mendapat kerjasama daripada klien.

Contoh dialog:

Klien: Saya rasa sesi kaunseling ini tidak akan membawa apa-apa makna kepada saya. Tidak
guna anda terus cuba membantu saya

Kaunselor: Saya boleh faham perasaan anda. Anda rasa sesi itu tidak akan dapat membantu
menyelesaikan masalah anda. Boleh anda terangkan kepada saya kenapa anda berfikiran
begitu?

Interpretasi atau pentafsiran

Interpretasi atau pentafsiran merupakan teknik yang dilaksanakan bersama teknik lain yang
terdahulu. Kemahiran ini bertujuan membantu klien mencapai celik akal. Interpretasi atau
pentafsiran membantu klien melihat sesuatu isu dari sudut yang mungkin tak disedari klien
selama ini. Teknik ini menolong klien memahami maksud pengalaman lampau dan semasa
kerana ia memberi makna kepada peristiwa lampau dan pengalaman klien. Melalui
interpretasi atau pentafsiran, pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien akan diberikan
makna yang berbeza. Pentafsiran yang baik tidak menyinggung perasaan klien dan dilakukan
pada masa yang sesuai.

Contoh dialog: Kaunselor: Anda merasakan seolah-olah diri anda selalu dirundung malang.
Sejak kecil hingga sekarang anda terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup
sehingga ada kalanya anda rasa seperti ingin mengalah. Tetapi hakikatnya anda tidak pernah
mengalah. Apa yang saya lihat ialah kekuatan anda untuk meneruskan kehidupan dan sikap
anda yang tidak pernah berputus asa. Anda amat beruntung kerana memiliki semangat yang
kental.

Teknik Terapi Individu Adler

Kesegeraan (immediacy)
Klien digalakkan menangani masalah yang perlu disegerakan atau masalah yang paling
signifikan dahulu.
Contoh: Sekiranya klien mempunyai banyak masalah yang dirasakan mengganggu dirinya,
kaunselor perlu meminta klien memilih salah satu masalah yang dia rasa perlu diselesaikan
dengan segera agar klien berasa lebih tenang untuk menangani masalah lain.

Paradoxical Intention
Kaunselor mesti peka terhadap sebarang cubaan untuk menarik perhatian, mendapatkan
kuasa, sifat dendam dan kompleks inferior dalam diri klien.
Contoh: Klien mungkin mencari simpati kaunselor dengan menceritakan perkara yang
menyebabkan kaunselor menyebelahi dirinya walaupun tindakannya jelas salah. Kaunselor
perlu peka dan tidak terpengaruh dengan sikap klien. Sebaliknya kaunselor mesti bersikap
objektif.
Kaunselor menggalakkan klien dengan menyokong sebarang usaha atau pemikiran positif
yang ditunjukkan oleh klien. Galakan adalah kunci utama untuk mencapai pilihan hidup yang
produktif.
Contoh: Kaunselor memuji sikap klien yang berani mengambil risiko dengan memulakan
langkah untuk berubah.

Berlagak Seperti (Acting As if)


Klien diarah untuk berlagak seperti seseorang yang mereka ingin jadi (diri yang ideal). Boleh
dilakukan secara role play.
Contoh: Jika ingin jadi orang berjaya dalam kerjaya klien perlu berlagak seperti seorang yang
benar-benar berjaya contohnya dengan menukar cara berpakaian kepada pakaian yang
nampak profesional dan sesuai dengan kerjaya, bukannya berpakaian selekeh setiap kali ke
pejabat.

Mencabar (confrontation)
Kaunselor mencabar klien untuk mempertimbangkan logik peribadi mereka. Lazimnya
setelah klien menganalisis cara pemikiran mereka, mereka akan mendapati bahawa mereka
mampu mengubah cara pemikiran dan tingkah laku mereka.
Contoh: Sekiranya klien sering memberi alasan atau menangguhkan usaha untuk berubah
maka kaunselor perlu mempersoalkan / mengkonfrontasikan kesungguhannya untuk benar-
benar berjaya.

Memerangkap diri (catching oneself)


Klien belajar menjadi lebih peka terhadap tingkah laku serta pemikiran yang boleh
memudaratkan diri mereka apabila ianya berlaku. Klien akan memberhentikan tingkah laku
atau pemikiran tersebut sebaik sahaja menyedarinya.
Contoh: Biasanya jika anda berasa gementar, anda akan mula menggigil. Tetapi kali ini
apabila menyedari anda gementar, anda mengawal diri daripada menggigil dengan menarik
nafas dan memikirkan perkara yang membuat anda lebih selesa.

Menekan Butang (pushing the button)


Klien digalakkan menyedari bahawa mereka mempunyai pilihan untuk memilih rangsangan
yang ingin diberikan tumpuan. Ini bermaksud klien boleh memilih untuk mengingati
pengalaman negatif atau positif.
Contoh: Jika anda ditipu orang, anda boleh memilih untuk berasa sedih dan kecewa atau
bersifat tenang dan menganggapnya sebagai suratan takdir dan lebih berhati-hati.
Meludah ke dalam sup (spitting in the clients soup)
Kaunselor menyatakan pemerhatiannya terhadap tingkah laku maladaptif klien yang dikesan
dan menyebabkan klien tidak mendapat kepuasan yang diinginkan daripada tingkah laku
tersebut.
Contohnya: Apabila klien cuba menarik perhatian kaunselo dengan bersifat mengada-ngada
dalam sesi. Kaunselor boleh menyatakan Saya tahu anda menunjukkan sikap sebegini untuk
menagih simpati saya. Ini akan menyedarkan klien bahawa kaunselor menyedari motifnya
dan dia akan memberhentikan tindakan tersebut.

Beri tugasan dan dapatkan komitmen (Task setting and commitment)


Klien akan menetapkan matlamat jangka pendek yang mampu dicapai dan seterusnya
menetapkan pula matlamat jangka panjang yang lebih realistik. Kaunselor pula cuba
mendapatkan komitmen klien untuk melaksanakan tugas yang dirancang.
Contohnya pernyataan kaunselor: Kita telah bersetuju dalam sesi ini bahawa anda akan
memulakan komunikasi dengan ibu mentua anda semasa pulang ke kampung minggu ini.
Walaupun anda menjangkakan anda tidak dapat berbincang panjang tetapi anda berjanji untuk
memperbaiki komunikasi ini lagi dari semasa ke semasa sehingga anda dan dia sudah
bersedia bercakap dari hati ke hati tentang masalah ini. Saya harap anda akan beri komitmen
sepenuhnya.

Merumus dan menamatkan sesi


Kaunselor perlu membuat rumusan keseluruhan sesi dan menamatkan sesi tersebut apabila
matlamat telah tercapai
Contoh pernyataan kaunselor: Nampaknya kita telah sampai ke akhir sesi. Sepanjang sesi ini
saya telah mendengar luahan hati anda yang kurang selesa dengan layanan rakan sekerja di
tempat baru. Kita juga telah membincangkan halangan-halangan yang anda hadapi dalam
menjalankan tugas serta cara-cara yang anda rasakan boleh dijalankan untuk mengatasi
masalah ini. Jadi menurut anda. anda sudah mendapat celik akal tentang tindakan yang ingin
anda segerakan setelah pulang dari sesi ini. Dengan itu saya rasa saya sudah boleh
menamatkan sesi buat hari ini tetapi saya perlu dapatkan maklum balas anda dahulu tentang
sesi kita.

Teknik-teknik Teori Gestalt

Eksperimen
Kaunselor Gestalt menggunakan eksperimen untuk membimbing klien menyedari hakikat diri
mereka. Eksperimen dalam terapi Gestalt mempunyai pelbagai bentuk seperti lakonan, kerusi
kosong, kerja rumah atau aktiviti yang perlu disiapkan di antara dua sesi. Kerusi kosong salah
satu teknik yang popular oleh Gestalt dilaksanakan dengan menggunakan dua kerusi. Kedua-
dua kerusi ini mewakili perasaan positif dan negatif yang dirasai klien. Ia bertujuan
melahirkan konflik dalaman klien. Dua bahagian dalam diri klien yang berkonflik diwakili
oleh kerusi masing-masing. Klien diberi peluang untuk duduk di atas kerusi satu demi satu
dan bercakap dari perspektif kerusi yang didudukinya. Sekiranya kerusi yang didudukinya
mewakili perasan marah, maka klien diminta meluahkan perasaan marah tersebut. Dialog
yang keluar dari klien boleh dikategorikan sebagai top dog dan under dog. Top dog mewakili
perasaan yang dominan atau super ego yang mengawal underdog. Manakala under dog
mewakili perasaan yang agak lemah dan memaafkan tetapi tidak semestinya bersedia untuk
berubah. Peluang untuk meneroka top dog ini pada akhirnya akan membuat klien melalui apa
yang dipanggi oleh Laura Perls sebagai pengalaman ah-ha, iaitu klien akhirnya menyedari
dan merasai siapakah dirinya secara mendalam. Kerusi kosong juga digunakan bagi
membantu klien menyelesaikan yang belum selesai (unfinished business).
Contohnya: Seorang wanita Melayu yang berjaya dalam akademik ditanya banyak kali oleh
ahli keluarganya tentang bilakah dia mahu berumah tangga. Setiap kali wanita ini berjaya
dalam bidang akademik, dia cuba berkongsi kejayaan tersebut dengan ahli keluarganya tetapi
ahli keluarganya tetap bertanya soalan yang sama iaitu tentang bila mahu berumah tangga.
Lama-kelamaan wanita ini berasa rendah diri dan memikirkan kejayaan akademik dan
kerjayanya bukan perkara yang bernilai. Melalui terapi Gestalt iaitu kerusi kosong, wanita ini
diminta meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap keluarganya. Aktiviti ini akhirnya
membolehkan beliau faham dan menghormati budaya asalnya dan dalam masa yang sama
menghargai kejayaan yang diperolehnya.

Pernyataan
Pernyataan lebih digalakkan dalam sesi berbanding soalan kerana soalan meletakkan klien
dalam keadaan apabila dia perlu menjawab atau respons kepada klien dalam pernyataan yang
terhad. Soalan lebih sesuai dalam hubungan guru dengan murid sedangkan dalam kaunseling
Gestalt, kaunselor dan klien adalah rakan kongsi. Justeru, pernyataan adalah lebih sesuai bagi
menggalakkan hubungan kedua-dua belah pihak.
) Soalan Apa dan Bagaimana kaunselor Gestalt menggunakan istilah apa,
bagaimanana, di mana tetapi jarang sekali menggunakan istilah kenapa semasa meneroka
masalah klien. Penggunaan kenapa selalunya menjadikan penerokaan sebagai proses yang
tertutup dan menggalakkan kepada penerokaan masa lepas.
b) Penggunaan kata ganti nama Saya sesetengah orang suka menyalahkan atau merujuk
kepada orang lain apabila menerangkan masalah yang dihadapinya. Seorang yang tidak
menjadi klien bukanlah dalam kawalan kaunselor untuk melakukan sesuatu ke atasnya.
Justeru, klien dalam sesi Gestalt digalakkan menggunakan perkataan saya supaya mereka
memiliki dan sedar masalah yang diutarakan ialah masalah mereka bukan masalah orang lain.
c) Penggunaan kata kerja masa kini klien dalam sesi kaunseling Gestalt digalakkan
bercakap mengenai masa kini, atau membawa peristiwa silam kepada masa kini. Contohnya,
perasaan marah terhadap seseorang ditukar kepada bagaimana perasaan marah tersebut
memberi impak kepada masa kini dari segi perasaan, pemikiran, tingkah laku klien.
Penggunaan kata kerja masa kini menggalakkan kesedaran diri klien dan hubungan klien
dengan sesuatu kejadian atau peristiwa lepas.
d) Menggalakkan klien bertanggungjawab terhadap diri - salah satu ciri seorang yang
mempunyai kesedaran kendiri dan mengenali dirinya dengan baik ialah sikap
tanggungjawabnya terhadap diri. Mengikut Gestalt, individu yang mempunyai kesedaran
kendiri sentiasa bertanggungjawab terhadap perkataan, perbuatan, dan tingkah lakunya. Klien
digalakkan untuk menukar ayat dan pernyataannya kepada diri sendiri dan bukan dengan
menggunakan orang lain untuk menerangkan sesuatu peristiwa. Contoh: Seorang klien
berkata, Bapa saya menjadi penyebab semua ini, klien akan diminta menggunakan
perkataan saya dan bukan menggunakan bapanya. Contoh lain ialah klien diminta berterus
terang secara eksplisit dan bukan memberi alasan apabila diminta melakukan sesuatu.
Contohnya, seorang wanita serba salah untuk menerima lamaran seorang lelaki dan
menyatakan bahawa mungkin lelaki itu lebih sesuai dengan wanita lain. Klien Gestalt
dibimbing untuk menyatakan bahawa dia tidak dapat menerima lelaki tersebut secara berterus
terang bukan dengan pembabitan orang atau peristiwa lain.

Mimpi
Mimpi merupakan konsep penting dalam terapi Gestalt. Mengikut Gestalt, mimpi merupakan
projeksi masa lepas seseorang. Kebiasaannya, bahagian ini dilupakan, diabaikan, dan
diketepikan. Justeru, peranan kaunselor Gestalt ialah membantu klien menyepadukan
bahagian-bahagian ini. Menganalisis mimpi melibatkan penggunaan dialog dan melakukan
tindakan, Orang yang bermimpi digalakkan untuk berdialog dengan pelbagai aspek dalam
mimpi mereka. Mereka digalakkan untuk mengambil bahagian dalam elemen mimpi dan
melakonkan mimpi mengikut perspektif mereka
Contoh: Klien bermimpi seseorang mencercanya. Klien tadi digalakkan untuk bertanya
kepada orang yang mencerca apa puncanya dia dicerca. Kemudian ambil alih peranan sebagai
orang yang mencerca dan menerangkan mengapa cercaan itu dilakukan. Kemudian klien
diminta pula untuk melihat dari perspektif pihak ketiga, misalnya dari perspektif sebatang
pokok yang melihat kejadian tersebut. Proses ini boleh membantu klien melihat celaan dan
cercaan yang diterimanya dari satu perspektif yang baru. Dalam menganalisis mimpi,
kaunselor Gestalt tidak memberikan interpretas kepada simbol universal. Hanya klien sahaja
yang boleh menamaka dan menginterpretasikan simbol dalam mimpi mereka. Ini bermakna
kaunselor Gestalt tidak meletakkan diri mereka sebagai orang yang serba tahu, bersesuaian
dengan konsep fenomenologi.

Konfrontasi
Sesetengah orang berpendapat bahawa Gestalt dikenali dengan teknik konfrontasinya. Corey
(2011) menyatakan bahawa adalah salah mengaitkan teori Gestalt dengan pengasasnya iaitu
Frederick Perls. Gaya Perls sememangnya selalu dikaitkan dengan teknik konfrontasi. Teori
Gestalt hari ini atau lebih dikenali sebagai versi baru Gestalt lebih cenderung kepada
pendekatan yang berhemah. Mengikut Yont(1993), gaya versi baru Gestalt adalah lebih
bersifat menyokong, empati, dan memfokuskan kesedaran kendiri. Teknik konfrontasi yang
digunakan dalam sesi Gestalt bukan bersifat menyerang. Core berpendapat bahawa
konfrontasi patut dilakukan apabila klien bersedia, kerana melalui konfrontasi, klien diminta
untuk menilai tingkah laku, sikap dan pemikirannya. Konfrontasi tidak bertujuan merendah-
rendahkan klien. Melalui konfrontasi, klien dicabar untuk mengenal pasti apa yang telah
menghalangnya untuk mengenal kekuatan dirinya.
Contoh: Konfrontasi boleh dilaksanakan dengan cara klien itu memberikan kerjasama apabila
mereka diajak oleh kaunselor untuk melihat semula tingkah laku, sikap, dan gaya pemikiran
mereka. Klien dibawa untuk melihat ketidaksamarataan (incongrueities) dan jurang
perbezaan yang wujud di antara cara berkomunikasi secara lisan dengan gerak badan. Di sini
kaunselor bukan bertujuan untuk melihat kepada kelemahan atau sifat negatif klien, tetapi
klien dicabar untuk mengenal pasti bagaimana mereka menyekat dan tidak menggunakan
keupayaan mereka semaksimum mungkin.

Teknik Teori Kewujudan


Being in the world
Ia merujuk kepada pentingnya pemahaman kaunselor terhadap dunia klien yang objektif dan
subjektif (May 1958). Terma ini merangkumi tiga keadaan iaitu berada di dalam dunia
fizikal. berada di dunia hubungan interpersonal, dan berada di dunia personal dan psikologi.
Kaunselor dan ahli terapi perlu meneroka interaksi antara tiga dunia ini kerana ketiga-tiga
dunia itu memerlukan perhatian. Perhatian pada satu dunia dan pengabaian pada yang lain
adalah satu keadaan yang tidak seimbang dalam diri manusia. Dalam proses kaunseling,
kaunselor membantu klien membuat hubungan atau menghubungkaitkan antara tiga dunia
klien supaya klien memahami dirinya secara holistik.

Pengalaman perkembangan yang simbolik


Pengalaman simbolik merujuk kepada proses pembelajaran dan perkembangan yang datang
dari pengalaman yang memuncak (intense experience) (Frankl, 1963; Maslow, 1968). Ia juga
dipanggil carthartic experience " melalui pengalaman simbolik, seseorang menemui
pengertian kepada pengalaman yang dilaluinya. Pengalaman simbolik juga boleh diertikan
sebagai satu pengiktirafan dan interpretasi terhadap dimensi simbolik dalam pengalaman
yang membawa kepada kesedaran diri yang tinggi (Frick 1987). Frick juga memberi contoh
bagaimana membuat penerokaan pengalaman simbolik melalui empat langkah iaitu:
a) Klien dididik dan diberi faham mengenai konsep pengalaman perkembangan yang
simbolik
b) Klien memiliki pengalaman lepas yang simbolik dan meneroka kepentingan dan
simboliknya dalam hidup mereka
c) Klien dibantu untuk memahami makna yang tersembunyi dalam pengalaman
d) Klien akhirnya mendapat pemahaman yang jelas mengenmakna pengalamannya dan
berupaya menggunakan strateg yang sama dalam pengalaman yang lain.
Apa yang dilalui klien dipanggil juga sebagai celik akal.

Logoterapi
Logoterapi diperkenalkan oleh Frankl (2006) sebagai satu pendekatan Kewujudan. Ia
bermaksud keinginan untuk mencari pengertian, bertentangan dengan apa yang disarankan
Adler iaitu keinginan untuk menjadi superior dan juga bertentangan dengan idea Freud iaitu
keinginan untuk bersuka-suka (pleasure). Frankl mengaitkan idea ini dengan pengalaman
hidupnya sendiri di dalam kem tahanan Nazi dan kerana berpegang teguh dengan teorinya
yang dibukukan dalam Man Search for Meaning telah membantunya untuk melalui
pengalaman hidupnya berhadapan dengan holocaust. Prinsip logoterapi yang diajar kepada
klien terdiri daripada tiga asas yang berikut iaitu
i) Hidup mempunyai makna dan pengertian dalam keadaan apa sekalipun; termasuk hidup
yang dianggap bercelaru;
(ii) Motivasi utama manusia dalam kehidupan ini ialah mencari pengertian hidup,
(iii) Manusia mempunyai kebebasan untuk mencari pengertian dalam apa yang dilakukan,
dialami atau dalam menegakkan pendirian apabila berhadapan dengan situasi yang mencabar
yang tidak boleh diubah.
Contohnya dalam kes klien yang mengalami tekanan dan kemurungan, kaunselor
membimbing klien menerusi prinsip-prinsip logoterapi iaitu klien dibantu mencari makna dan
pengertian hidupnya dan mendorong klien membuat pilihan berdasarkan konsep-konsep
kebebasan yang dimilikinya yang tidak bertentangan dengan norma dan undang-undang.
Klien akhirnya mendapat celik akal di mana kemurungan atau sebaliknya adalah suatu yang
boleh dipilih.
Paradoxical Intention
Melalui teknik ini klien mempelajari bagaimana berhadapan dengan masalah dengan cara
menjauhinya (self-distancing) atau melalui humor secara agresif. Dengan cara ini dapat
memecahkan simptom dan tahap simtom. Teknik ini kebiasaannya diguna untuk merawat
masalah compulsive, kebimbangan dan vegetative Compulsive ialah sifat tingkah laku
keterlaluan dalam sesuatu perkara, manakala vegetative ialah tingkah laku yang menunjukkan
seseorang itu tersekat tidak berkembang.
Contohnya kaunselor membuat provokasi terhadap klien yang menunjukkan sikap enggan
berkembang dengan mengatakan bahawa klien boleh terus menunjukkan tingkah laku
tersebut kerana dengan kekal dengan tingkah laku itu bermakna klien tidak perlu risau
dengan cabaran masa hadapan tetapi klien harus menerima bahawa beliau tidak akan berasa
apa-apa kemajuan dalam diri kerana keengganan untuk berubah.

Dereflection
Proses ini membawa klien jauh dari dirinya sendiri dan membantu klien supaya menumpukan
perhatian kepada orang lain atau pengertian hidup yang lebih bermakna. Matlamat teknik ini
bertujuan membantu klien mengubah tingkah laku berlebihan dan keterlaluan dalam sesuatu
perkara kepada sesuatu yang lebih positif. Dengan ini diharapkan klien akan mempelajari
pengertian hidupnya daripada terus membiarkan dirinya terperangkap dalam kebimbangan
yang berlebih-lebihan (Graber 2003).
Contoh penggunaan teknik ini apabila kaunselor meminta klien membuat biasan terhadap
pengalaman yang dilaluinya dengan cara memberi makna baru terhadap pengalaman itu atau
mengambil contoh daripada pengalaman bermakna yang dilalui orang lain.

Dialog socratic
Tujuan dialog socratic adalah membantu klien meningkatkan kesedaran sehingga menemui
dirinya sendiri. Dengan menggunakan soalan berpandu, kaunselor membantu klien mencapai
matlamatnya memahami masalah yang dihadapinya.
Contoh soalan berpandu apabila kaunselor mengajukan soalan bagaimana anda melihat diri
anda dalam masa setahun lagi. Bergerak dari soalan berpandu, klien dipimpin untuk
mencapai matlamat hidupnya yang tersekat.
Manusia pada asasnya memiliki kebimbangan memikirkan tentang kematian, pengasingan,
hidup yang tidak bermakna, dan mencari kebebasan.
Contohnya, kaunselor membantu klien yang murung dan berputus asa dalam kehidupan untuk
menilai empat dimensi tersebut dengan cara membantu klien memahami
(i) kepercayaan manusia terhadap kewujudan dirinya pada masa kini mengurangnya
kebimbangan terhadap kematian,
(ii) Cinta dan kasih sayang adalah respons yang asli terhadap pengasingan. Justeru, manusia
boleh mendapatkan kasih sayang dengan cara menyayangi dirinya sendiri atau orang lain,
(iii) klien dibantu untuk melakar kehidupannya secara dalaman menggunakan kreativiti
(melalui cara berfikir) bagi melawan atau berhadapan dengan hidup yang kurang atau tidak
bermakna, dan akhirnya
(iv) melalui sifat tanggungjawab dan komitmen, membuat pilihan dan kekal dalam sesuatu
pilihan, akan membantu klien mengatasi bebanan mengharapkan kebebasan.

Teknik Tingkah Laku


Analisis Tingkah Laku: Prinsip Pembelajaran Operan
Teknik ini membincangkan tentang beberapa prinsip pembelajaran operan iaitu peneguhan
positif, peneguhan negatif penghapusan, hukuman. Peneguhan positif merupakan pemberian
sesuatu yang bernilai kepada individu seperti pujian, perhatian, wang dan makanan sebagai
akibat (consequence) terhadap tingkah laku tertentu. Stimulus atau rangsangan yang
mengikuti sesuatu tingkah laku dengan peneguhan positif adalah misalnya apabila kanak-
kanak mendapat gred yang baik dalam peperiksaan, dia akan dipuji oleh ibu bapanya.
Sekiranya pujian itu adalah bernilai baginya, kanak-kanak ini akan berusaha untuk sentiasa
mendapat gred yang terbaik agar terus dipuji oleh ibu bapa. Apabila matlamat program adalah
untuk mengurangkan atau menyingkirkan tingkah laku yang tidak diingini, peneguhan positif
sering digunakan untuk meningkatkan kekerapan tingkah laku yang diingini untuk
menggantikan tingkah laku tidak diingini. Berbeza dengan peneguhan positif, peneguhan
negatif bermatlamat untuk menghilangkan atau mengelakkan rangsangan yang tidak
menyenangkan.
Contohnya apabila anak-anak dimarahi oleh ibu kerana pulang lewat ke rumah, untuk
mengelakkan daripada terus dimarahi, anak-anak mungkin akan berusaha untuk pulang ke
rumah lebih awal. Individu akan berusaha untuk mengelakkan diri dari keadaan yang tidak
disenanginya. Hukuman pula berupa denda atas perlakuan suatu tingkah laku iaitu misalnya
individu yang ingin berhenti merokok, apabila dia melakukan tingkah laku merokok, dia akan
dikenakan hukuman berupa denda sebanyak RM5 bagi setiap batang rokok yang dihisapnya.
Untuk mengelakkan didenda, individu itu tidak akan menghisap rokok dan akhirnya dapat
menghentikan tingkah laku merokoknya.

Desensitizasi Sistematik
Teknik ini dibina oleh Joseph Wolpe (1958) berdasarkan prinsip pembelajaran klasik yang
direka bentuk untuk merawat pesakit yang mengalami kerisauan tahap tinggi atau ketakutan
terhadap sesuatu peristiwa, orang tertentu, objek atau ketakutan umum. Pendekatan ini
membolehkan klien menukar perasaan risau mereka kepada lebih tenang. Sebelum
memulakan teknik ini, kaunselor akan menemu bual klien untuk mengenal pasti maklumat
spesifik tentang kerisauan dan maklumat latar belakang tentang klien. Melalui proses temu
bual, kaunselor dapat mencungkil pelbagai maklumat daripada klien termasuklah perkara
berkaitan kerisauan klien seperti keadaan kerisauan, bila dan di mana ia berlaku. Klien akan
diminta untuk membuat pemantauan kendiri yang melibatkan pemerhatian dan rakaman
situasi sepanjang minggu rawatan yang untuk mendapatkan maklum balas tentang tahap
kerisauan tersebut.
Contoh: Kaunselor pada awalnya mengajar klien tingkah laku atau respons yang tenang bagi
melawan respons takut dan risau mereka. Kemudian, peristiwa yang membuatkan klien
berasa risau dinilai dan disusun darjah kerisauannya. Seterusnya, kaunselor meminta klien
mengimaginasikan situasi kerisauan yang timbul semasa dalam keadaan yang tenang dan
keadaan ini diulang secara beransur-ansur di mana relaksasi itu disertakan dengan pemikiran
peristiwa yang sebelum ini menimbulkan kerisauan.

Imaginal Flooding
Berbeza dengan teknik sistematik disensitizasi yang menggunakan kaedah secara beransur-
ansur, flooding melibatkan pendedahan secara berlebihan kepada imej atau gambaran sesuatu
objek dan peristiwa yang menjadi ketakutan atau yang menimbulkan kerisauan kepada klien.
Klien akan diminta untuk mengimaginasikan situasi yang menakutkan atau merisaukan klien
seterusnya menentukan aras kerisauan mereka. Kaedah ini diteruskan sehinggalah kerisauan
beransur-ansur dapat dipulihkan apabila klien semakin biasa dengan rangsangan yang ditakuti
itu. Namun perlu diingat bahawa pendedahan ini tidak dibuat kepada situasi sebenar tetapi
kepada gambaran sesuatu yang menimbulkan ketakutan atau kerisauan sahaja seperti berada
dalam kapal terbang.
Contoh: Klien yang mempunyai rasa fobia terhadap haiwan tertentu misalnya katak boleh
didedahkan dengan gambar haiwan tersebut. Kaunselor menunjukkan imej katak yang
banyak kepada klien dan mendapatkan skala perasaan kerisauan klien. Klien akan didedahkan
dengan keadaan tersebut sehingga kerisauan tersebut berkurangan.

Teknik modeling (pembelajaran dari pemerhatian)


Teknik ini dilaksanakan dengan cara klien memerhatikan tingkah laku orang lain dan
memanfaatkan pemerhatian tersebut. Dalam terapi tingkah laku, terdapat 5 fungsi asas
modeling iaitu mengajar, prompting, memotivasikan. mengurangkan kerisauan dan
menggalakkan klien untuk tidak melakukan sesuatu tingkah laku.
Teknik modeling diaplikasikan dengan cara pengajaran menerusi pendemonstrasian misalnya
mengajar sesuatu tentang cara untuk memasak nasi. Modeling juga boleh menjadi prompting
atau penggerak sesuatu tingkah laku secara spontan iaitu misalnya apabila sebaik sahaja
seseorang mendengar bunyi drum, maka dia akan memulakan sesuatu tingkah laku dengan
segera. Dengan memperteguhkan tingkah laku modeling, individu boleh memotivasikan
orang lain untuk melakukan atau mengulangi tingkah laku itu, misalnya ibu bapa membuat
pertandingan membersihkan bilik tidur anak-anak akan berasa gembira dengan aktiviti itu.
Pengurangan kerisauan juga boleh dilaksanakan melalui modeling dengan cara seorang klien
akan berani untuk berenang sekiranya dia melihat orang lain berenang terlebih dahulu. Selain
itu, melalui teknik modeling juga dapat memberikan galakan kepada seseorang untuk tidak
meneruskan sesuatu tingkah laku.
Contoh: kaunselor menunjukkan gambar pesakit yang menghidapi HIV/AIDS kepada klien
untuk tidak menggalakkan klien mengambil dadah terutamanya melalui perkongsian jarum
suntikan.

Latihan Relaksasi
Latihan relaksasi digunakan untuk membantu klien mengatasi tekanan dalam kehidupan
seharian. Ia bermatlamat untuk mencapai relaksasi otot dan mental yang mudah untuk
dipelajari. Setelah klien mempelajari prosedur asas dalam latihan relaksasi, klien akan
mengamalkan latihan ini dalam kehidupan seharian bagi mendapatkan hasil yang maksimum.
Teknik ini juga digunakan bersama teknik-teknik yang lain misalnya disensitizasi sistematik.
latihan ketegasan, program pengurusan kendiri dan meditasi. Latihan relaksasi melibatkan
beberapa komponen yang biasanya memerlukan 4-8 jam pengarahan. Bagi melaksanakan
teknik ini, persekitaran yang pasif dan tenang serta Senyap diperlukan.
Contoh: Dalam latihan ini, klien akan diberi satu set panduan atau arahan yang mengajar
mereka untuk berada dalam keadaan yang tenang. Klien akan belajar untuk melapangkan
fikiran dengan memberi fokus kepada pemikiran atau gambar yang menenangkan. Klien akan
diminta untuk merasai dan mengalami pembentukan tekanan serta merasai bagaimana
pergerakan otot-otot yang semakin tegang. Klien kemudiannya diajar bagaimana untuk
merelaksasikan kesemua otot dengan memberi penumpuan kepada otot muka. Otot lengan
akan ditenangkan terlebih dahulu, diikuti dengan kepala, leher dan bahu, belakang, perut dan
dada, dan kemudiannya di bahagian bawah anggota badan. Teknik ini boleh dijadikan amalan
harian selama 25 minit setiap hari. Teknik ini juga banyak digunakan untuk merawat penyakit
asthma, sakit kepala, tekanan darah tinggi, insomnia dan kecelaruan panik (Cormier et al.
2009).
Latihan kemahiran sosial
Teknik ini boleh digunakan untuk membantu klien berinteraksi dengan orang lain dalam
persekitaran sosial yang berbeza dengan lebih berkesan. Dalam latihan ini, andaian utama
adalah individu mempunyai hak untuk mengekspresikan diri mereka dan mereka boleh
membuat pilihan sama ada untuk bertindak tegas dalam satu-satu situasi tertentu atau tidak.
Latihan ini juga memberi fokus kepada pernyataan negatif klien dan kepercayaan yang tidak
rasional atau salah. Teori dan terapi tingkah laku menggunakan pelbagai teknik dalam
aplikasi terapeutiknya Klien yang mempunyai masalah gugup ketika bercakap di khalayak
ramai akan diberi kerja rumah atau latihan secara berperingkat untuk membuat teks ucapan,
membua pengucapan di hadapan beberapa orang rakan, seterusnya membuat pengucapan di
hadapan kelompok yang lebih ramai sehinggalah klien benar-benar berjaya mengatasi
masalah gugup tersebut. Bagaimanapun, kesemua teknik boleh dirangkumkan bersama atau
diintegrasikan dengan teknik lain untuk mendapatkan hasil yang optimum. Contoh: Antara
teknik yang biasanya digunakan ialah latihan ketegasan diri, latihan pengurusan kemarahan
dan latihan mengatasi rasa malu.

Teknik Tingkah laku Kognitif


Kognitif
a) Membuat kerja rumah dari segi kognitif
b) Mengubah bahasa yang digunakan oleh klien
c) Pendekatan psikopendidikan
d) Penggunaan imej dan visual
e) Pelabelan semula.
Contoh: Melibatkan gambaran identiti klien berdasarkan ketidaksempurnaan dan kesilapan
yang dibuat pada masa lalu dan membolehkan penentuan identiti sebenar klien.

a) Pengimejan kreatif
b) Penggunaan humor
c) Main peranan
d) Latihan menyerang perasaan malu (shame attacking exercise)
e) Menggunakan cerita, metafor yang boleh memberi kesan dari segi emosi
f) Memujuk dengan mengajar klien bagaimana
menukarkan ketidakfungsian emosi kepada yang lebih sihat. Contoh: Klien yang sering
menyalahkan diri sendiri dibantu untuk keluar daripada emosi negatif kepada positif.

Tingkah laku
a) Teknik relaksasi
b) Merakam sesi supaya boleh dinilai di masa hadapan
c) Bertukar peranan antara kaunselor dan klien
d) Biblioterapi
e) Latihan asertif dan komunikasi
f) Menggalakkan aktiviti yang menghiburkan yang bersesuaian dengan minat Penggunaan
kerusi mewakili kepercayaan rasional dan kepercayaan tidak rasional.
Contoh: Klien berdialog berdasarkan kerusi yang didudukinya. Kerusi kepercayaan rasional
akan membantu klien melihat kepada tingkah laku positif untuk berubah manakala kerusi
kepercayaan tidak rasional hanya mengekang klien daripada terus berkembang dan
membangunkan diri.
Teknik Modifikasi Tingkah Laku Kognitif(CBM)
Latihan Stress Inoculation
Meichenbaum bertanggungjawab memperkenalkan satu prosedur tingkah laku kognitif yang
bertujuan membantu klien menghadapi masalah tekanan. Manusia mengalami tekanan kerana
mereka menganggap atau mempunyai persepsi bahawa sesetengah kejadian atau peristiwa
yang berlaku adalah di luar jangkaan dan kemampuan mereka untuk menghadapinya. Stress
Inoculation Training (SIT) adalah latihan untuk mereka mengurangkan tekanan. SIT terdiri
daripada tiga fasa (Meichenbaum, 1985):

)Pengkonsepsian.
Pada peringkat ini kaunselor dan klien membina hubungan kolaboratif. Klien diajar mengenai
tekaman dan cara berhadapan dengannya. peranan pemikiran, tindakan, dan emosi dalam
mengekalkan tekanan yang ada. Setelah memahami apa yang dimaksudkan dengan tekanan,
mereka meneroka tekanan dan faktor yang mendorong wujudnya tekanan, tanda-tanda, juga
kesan stres.

b)Menguasai kemahiran dan melatih diri.


Klien diajar untuk berhadapan dengan tekanan tahap sederhana dengan mengumpul
maklumat dan menggunakan pernyataan diri sendiri sebagai alat mengatasi. Dengan kata lain,
klien mempelajari teknik-teknik untuk mengurangkan tekanan. Cara yang mudah ialah
dengan memberi perhatian kepada pernyataan yang diucapkan kepada diri sendiri (self-talk).

c)Aplikasi.
Pada peringkat ini klien mengaplikasi apa yang dipelajari pada fasa kedua. Pengubahsuaian
pernyataan terhadap diri membolehkan klien melihat diri sendiri dengan persepsi yang lebih
positif. Skala boleh digunakan pada fasa ini. Sebelum kaunseling dijalankan, kaunselor
meminta klien memberi rating kepada tahap masalah yang mereka alami, dan sekali lagi klien
akan memberi rating setelah tamat sesi.

Teknik Realiti
Melalui terapi realiti, anda sebagai kaunselor boleh membantu klien menilai semua
perjalanan hidupnya dan memikirkan alternatif yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluan
diri serta melaksanakannya. Untuk itu, anda perlu mahami konsep WDEP yang diperkenalkan
oleh Wubbolding (1991) yang meliputi prosedur-prosedur utama dalam terapi realiti. Berikut
adalah maksud WDEP:
Maksud Akronim WDEP
W Wants Meneroka kehendak, keperluan dan persepsi
D - Doing and Direction Melihat tingkah laku dan arah tujuan tindakan
E - Evaluation Menjalankan penilaian kendiri
P - Plan and Action Merancang dan melaksanakan pelan tindakan

W- wants (Meneroka keheradak, keperluan dan persepsi ahli)


Dalam peringkat permulaan ini, anda boleh mengajukan soalan Apa yang diinginkan
kepada klien. Klien diminta mengenal pasti dan menyatakan apa yang mereka inginkan
dalam kehidupan mereka. Kaunselor realiti sering menggunakan soalan untuk mengetahui
tentang harapan dan keinginan Oleh sebab itu, anda mesti mempelbagaikan struktur soalan
agar sentiasa dapat meneroka kehendak klien dengan berkesan tanpa menimbu perasaan
bosan atau marah kepada klien.
Menurut Corey (2000), kemahiran menyoal dalam realiti melibatkan jenis soalan yang
ditanya, cara ianya ditanyakan dan bila ditanya kepada klien. Klien akan diajak untuk
meneroka kehendaknya, apa yang dimiliki dan apa yang dia tidak miliki setakat ini. Persepsi
klien tentang kehidupan akan diteroka untuk mengetahui setakat mana kehendaknya dapat
dipenuhi.
D - Melihat tingkah laku dan arah tujuan tindakan
Setelah meneroka kehendak, keperluan dan persepsi klien, maka ditanya kepada klien, setakat
mana tingkah lakunya sekarang menyumbang kepada pencapaian matlamat tersebut. Minta
klien menilai sama ada dia sedang menjalankan langkah-langkah yang membantunya
mencapai apa yang harapkan. Anda perlu fokus kepada pengalaman masa kini dan buka
melihat pengalaman masa lalu. Menurut pendekatan ini, masa kini lebih penting dalam
menentukan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai matlamat pada masa
hadapan.
Anda perlu meminta klien menjadi lebih bertanggungjawab ke atas tingkah laku, perasaan
dan pemikirannya. Tumpukan kepada tindakan-tindakan yang dilakukannya yang
menyumbang kepada pencapaian matlamat. Soalan yang boleh ditanya oleh kaunselor
termasuklah:
1. Apa yang anda lakukan sekarang?
2. Apa yang anda akan lakukan esok bagi memastikan matlamat anda tercapai?
3. Apa yang menghalang anda daripada meneruskan tindakan tersebut?
4. Apa rancangan anda seterusnya?

E - Menjalankan penilaian kendiri


Seterunya anda mesti meminta klien melakukan penilaian kendiri. Penilaian kendiri boleh
dilakukan pada aspek tingkah laku, pemikiran atau emosi. Pada peringkat ini, anda perlu
mengkonfrontasi sebarang tingkah laku produktif klien dan menyuruhnya menilai sendiri
tingkah lakunya. Ini menyedarkannya tentang sebarang kesilapan yang telah dia lakukan dan
seterusnya membuat perubahan yang sepatutnya. Anda tidak perlu bertindak sebagai hakim
terhadap tingkah laku klien sebaliknya menggalakkan klien bertanyakan soalan-soalan seperti
berikut untuk menilai diri sendiri.
l. Adakah saya sudah lakukan yang terbaik?
2. Adakah tindakan saya berkesan?
3. Adakah saya sudah membuat keputusan yang terbaik?
4. Adakah tingkah laku saya bersesuaian untuk mencapai matlamat ini?
Anda boleh mengulangi soalan-soalan tadi dengan cara yang berbeza untuk menggalakkan
ahli berfikir dengan lebih rasional.

P - Merancang dan melaksanakan pelan tindakan


Peringkat ini merupakan peringkat yang paling penting untuk menggerakkan perubahan
dalam diri ahli. Perancangan adalah berasaskan tindakan dan menentukan arah yang perlu
dituju oleh klien selepas ini. Peringkat ini melibatkan proses kepada ahli membuat pelan
tindakan yang bersesuaian. Menurut Wubbolding (1988 dan 1991), pelan tindakan yang
efektif memiliki ciri-ciri mudah difahami (simple), mudah dicapai (attainable), boleh diukur
keberkesanannya (measurable), boleh dilaksanakan segera (immediate) dan dikawal
sepenuhnya oleh klien controlled by client). Wubbolding memperkenalkan akronim SAMIC
bagi mewakili pelan tindakan yang sesuai.
Sebahagian besar peringkat ini digunakan untuk membuat pelan tindakan bersesuaian untuk
mencapai matlamat yang sudah ditentukan oleh klien. Bedasarkan ciri pelan tindakan tadi
(SAMIC), ianya mestilah realistik dan mampu dicapai oleh klien. Pelan tindakan yang terlalu
rumitkan akan menurunkan motivasi klien apabila tidak berjaya. Pelan tindakan ini mesti
menggerakkan tindakan segera klien, maksudnya klien tidak perlu menunggu untuk satu
masa yang sesuai untuk melaksanakan tetapi boleh dilakukan serta merta untuk melihat
berkesanannya. Klien perlu berasakan dirinya mampu mengawal sendiri segala tindakannya
supaya dia lebih bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Membina suasana yang sesuai


Sebelum anda dapat menggunkan prosedur WEDP, anda perlu memahami dan menyediakan
suasana atau persekitaran psikologi yang sesuai anda perlulah memahami dan menyediakan
suasana atau persekitaran psikologi yang sesuai. Perhubungan kaunseling realiti perlu
berlandaskan kepercayaan klien terhadap kaunselor dan proses kaunseling. Untuk
menyediakan suasana persekitaran psikologi yang sesuai terdapat beberapa perkara yang
perlu dilaksanakan dan tidak boleh dilakukan sama sekali. Pertamanya, anda dilarang sama
sekali bertengkar dengan klien. Begitu juga dengan tindakan mengarah, mengkritik,
menjatuhkan air muka dan mencari kesilapan klien. Paling penting, anda mestilah tidak
menerima sebarang alasan dari klien yang cuba mengelakkan diri dari tanggungjawab.
Suasana yang positif akan membina hubungan yang baik antara kaunselor dan klien dan
memudahkan kerjasama.
Kaunselor: Saya gembira awak datang bertemu saya untuk membincangkan hal ini. Saya
harap proses kaunseling akan membantu anda membuat pilihan yang lebih baik dalaman
kehidupan

Gunakan kemahiran melayan (Attending Behaviours AB)


Ivey (1980) melihat kemahiran melayan sebagai sesuatu yang amat penting dalam terapi
realiti. Bahasa badan seperti pandangan mata, mimik muka, postur badan dan nada suara
yang sesuai mencerminkan keikhlasan anda untuk membantu klien. Konsep AB-CDEFG
digunakan untuk menggambarkan intervensi-intervensi .

Elakkan menilai
Memandangkan tingkah laku seseorang menggambarkan usahanya untuk memenuhi
keperluannya pada masa tersebut maka anda tidak boleh membuat penilaian ke atas klien.
Anda tidak boleh melabelkan tindakan klien sebagai betul atau salah.
Contoh: Kaunselor tidak boleh menghukum klien kerana tingkah laku moralnya yang
bertentangan dengan norma budaya. Kaunselor hanya boleh menawarkan bantuan yang
diperlukan dan membantunya menghadapi masalah yang dihadapinya sekarang.

Merancang dan membentuk kontrak


Anda perlu merancang dan menetapkan batas sesi seperti jumlah sesi, kos yang terlibat (jika
ada) tanggungjawab kaunselor dan klien, matlamat jangka pendek dan panjang dan
perancangan yang spesifik untuk mencapai matlama. Ini semua merupakan proses yang
berstruktur dan rasional membantu klien mencapai identiti kejayaan. Pembentukkan kontrak
bertulis yang spesifik akan membantu menetapkan matlamat klien dan menjadi garis panduan
realistik dalam merancang intervensi yang diperlukan untuk mencapai matlamat.

Lakukan sesuatu di luar jangkaan


Menurut terapi realiti, sesuatu yang tidak dijangka boleh meningkatkan kualiti perhubungan
kaunseling. Anda boleh mencuba sesuatu yang berbeza apabila anda mengesan kesediaan
klien. Wubbolding (1984 dan 1983 mencadangkan beberapa cara untuk melakukan sesuatu.
Bahtera kami dah nak karam
Tugas anda ialah mengenal pasti (mendengar) sebarang metafora yang dinyatakan oleh klien
dan menggunakannya untuk meneroka masalah klien.
Contohnya :
Jadi anda tidak suka dianggap tunggul yang tidak mampu berbuat apa-apa?
Boleh puan ceritakan sedikit tentang gading tersebut Adakah awak rasa awak masih
mampu selamatkan bahtera ini?

Ulangi soalan dengan cara berbeza


Sebagai kaunselor terapi realiti anda boleh bertanyakan soalan-soalan yang sama kepada
klien berulang kali dengan cara yang berbeza. Ini akan menimbulkan tema tertentu dalam
usaha penerokaan anda.
Contohnya;
Apabila anda buat perkara tersebut, adakah anda rasa ok?
Adakah anda rasa anda telah lakukan sesuatu yang tepiat?
Pada pandangan anda, adakah pilihan anda sesuai?
Soalan yang berulang-ulang akan mengurangkan penolakan klien dan menguatkan perasaan
tanggungjawab dalam diri klien. Anda perlu berlatih melakukan kemahiran ini agar tidak
berasa janggal semasa melakukannya.

Wujudkan suasana suspense dan menyeronokkan


Salah satu elemen yang penting dalam terapi realiti ialah elemen suspence yang menimbulkan
keseronokan bagi klien. Anda perlu berlatih untuk menimbulkan semangat klien untuk
meneruskan sesi dan melihat kejayaan yang boleh dicapainya melalui sesi tersebut.

Kaunselor: Anda sendiri tentu tertanya-tanya respons daripada dia, bila anda berbuat
demikian walaupun anda tahu dia akan sukakannya. Tidakkah anda hendak mencubanya
secepat mungkin? Sudah tentu ini menyeronokkan

Benarkan kesenyapan
|Membenarkan kesenyapan pada masa yang tepat, membenarkan klien untuk bermuhasabah
dan menilai diri sendiri, kehendaknya dan memikul tanggungjawabnya sesi tersebut. Anda
tidak perlu bertanyakan soalan bert talu untuk mengelakkan kesenyapan. Anda perlu berasa
selesa membenarkan klien mengambil masa untuk berfikir secara mendalam.
Contoh: Tidak mengapa, puan ambillah sedikit masa untuk bertenang. Saya akan berada di
sini untuk mendengar apa bila puan bersedia. Kaunselor membenarkan kesenyapan.

Merumus dan menfokus


Akhir sekali anda perlu membuat rumusan tentang apa yang berlaku sepanjang prosedur
WDEP agar klien tahu bahawa dirinya difahami. Untuk itu, anda perlu mendengar dengan
teliti maklumat, cerita dan sebarang tema yang ditimbulkan oleh klien sepanjang sesi. Jika
perlu fokuskan perhatian anda terhadap klien dan perkara yang boleh dikawalnya dan
bukannya perkara-perkara yang berada di luar kawalan klien.

Konsep AB-CDEFG
Deskripsi
AB-C : Always be courteous
Anda perlu sentiasa melayan klien dengan rasa hormat dan penuh harga diri.

AB-D : Always be determined


Anda perlu sentiasa mempercayai bahawa perubahan boleh dilakukan, jangan putus asa
dengan klien dan yakin bahawa klien akan dapat memperbaiki hidupnya.

AB-E: Always be enthusiastic


Anda perlu sentiasa melihat dari sudut yang positif dan menggalakkan klien untuk melihat
semua kemungkinan dan mengambil langkah penyelesaian masalah yang berkesan. Anda
juga mesti menunjukkan tahap semangat yang tinggi.

AB-F: Always be firm


Anda perlu sentiasa bersifat tegas dengan klien dan tidak membenarkan klien memudaratkan
diri sendiri. Namun anda tidak boleh mengabaikan suasana empati. Ketegasan dalam sesi
bukanlah alasan untuk meletak nilai diri sendiri ke atas klien.
AB-G : Always be genuine
Anda perlu sentiasa bersikap tulen dan tidak berpura-pura dengan klien. Anda juga perlu
selesa dengan peranan anda sebagai kaunselor dan sentiasa menunjukkan tingkah laku yang
selaras dan jujur.

Teknik-teknik Berfokuskan Penyelesaian


Membina Hubungan Kerjasama
Ahli terapi berfokuskan penyelesaian boleh memilih beberapa intervensi untuk membantu
klien dalam mencari penyelesaian dan dalam mewujudkan kehidupan yang lebih memuaskan.
Walau bagaimanapun, sekiranya prosedur ini dijalankan secara rutin tanpa membina
hubungan kerja yang baik, ia tidak akan memberi hasil yang efektif. Ahli terapi atau
kaunselor perlu mempercayai bahawa klien adalah pakar dalam kehidupan mereka sendiri,
bukan ahli terapi. Justeru, semua teknik yang akan dibincangkan perlu didasari dengan
hubungan kerjasama antara ahli terapi atau kaunselor dengan klien.
Contoh: Bagi mewujudkan hubungan kerjasama yang baik, kaunselor perlu menyediakan
persekitaran yang membantu dalam sesi kaunseling. Ini termasuklah menyediakan suasana
yang saling menghormati, mesra, dan mendengar dengan aktif. Dengan itu, klien dapat
berasakan bahawa kaunselor bersedia untuk membantunya.

Perubahan Praterapi
Penjadualan temu janji boleh membawa kepada perubahan yang positif dalam terapi. Pada
awal sesi, kaunselor bertanya kepada klien tentang perubahan atau usaha yang telah
dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan bertanyakan tentang perubahan, ahli
terapi boleh mendapatkan, membangkitkan dan memperkukuhkan apa yang telah
dilaksanakan oleh klien yang boleh membawa kepada perubahan yang positif . Pertanyaan
tentang perubahan boleh menggalakkan klien agar tidak terlalu bergantung kepada ahli terapi
sebaliknya lebih bergantung kepada sumber dan keupayaan mereka sendiri untuk mencapai
matlamat rawatan (De Shazer & Dolan 200; McKeel 1996).
Contoh: Pada awal sesi terapi, ahli terapi boleh berta kepada klien, Apakah yang telah anda
lakukan, yang membawa kepada perubahan dalam masalah anda sejak anda mula datang ke
sesi?

Soalan Pengecualian atau Exception Questions


Teori berfokuskan penyelesaian menganggap bahawa terdapat waktu atau masa dalam
kehidupan klien iaitu masalah yang dikenal pasti tidak hadir sebagai satu masalah. Situasi
atau ketika ini dipanggil sebagai exceptions atau pengecualian dan mewakili perbezaan berita
atau news of difference (Bateson 1972). Ahli terapi akan menggunakan soalan pengecualian
untuk mengarah klien melihat waktu atau keadaan masalah tersebut wujud, atau satu keadaan
masalah tersebut tidak terlalu mengganggu. Dengan membantu klien mengenal pasti
exceptions kepada masalah, peluang untuk klien berusaha ke arah penyelesaian masalah
semakin meningkat (Guterman 2006). Penerokaan ini mengingatkan klien bahawa masalah
bukanlah sesuatu yang berkuasa dan tidak wujud selama-lamanya. Ia juga memberi peluang
kepada klien untuk mengenal pasti sumber kekuatan dan memilih strategi penyelesaian. Ahli
terapi juga meminta klien untuk berfikir tentang perkara yang boleh menyebabkan
pengecualian masalah ini lebih kerap wujud atau juga dikenali sebagai change-talk (Andre
Clarks 1996).
Contoh: Pernah tak anda berasakan masalah ini tidak mengganggu hidup anda?
Dalam situasi yang bagaimana masalah ini tidak mengganggu anda?

Soalan Ajaib atau Miracle Question


Teknik ini merupakan antara teknik utama dalam pendekatan berfokuskan penyelesaian yang
melibatkan penggunaan soalan tertentu oleh ahli terapi. Dalam teknik ini, ahli terapi
mengajukan soalan kepada klien. Klien digalakkan untuk melihat dan membayangkan
perbezaan yang akan berlaku sekiranya masalah tersebut telah dapat diselesaikan. Proses
yang mengandaikan penyelesaian ini selaras dengan kepercayaan OHanlon dan Weiner-
Davis (2003) yang percaya bahawa perubahan dalam tingkah laku dan tanggapan terhadap
masalah boleh mengubah masalah tersebut. Penggunaan soalan ajaib mempunyai beberapa
kelebihan antaranya termasuklah boleh membuka kemungkinan kepada perubahan pada masa
hadapan. Klien digalakkan untuk membiarkan diri mereka berimaginasi atau membayangi
sebagai satu cara untuk mengenal pasti perubahan yang mereka inginkan. Soalan ini
mempunyai fokus terhadap masa hadapan dengan klien boleh memikirkan tentang kehidupan
yang berbeza dan tidak didominasi oleh sesuatu masalah. Intervensi ini mengubah penekanan
masalah pada masa lepas kepada penekanan masalah pada masa sekarang untuk mendapatkan
kehidupan masa hadapan yang lebih memuaskan.
Contoh: Jika berlaku keajaiban dan masalah anda telah diselesaikan dalam sekelip mata,
bagaimana anda tahu ia telah diselesaikan, dan apakah perbezaan yang akan wujud?.

Soalan berskala atau Scaling Questions


Soalan berskala digunakan memandangkan perubahan dalam pengalaman manusia agak
sukar diperhatikan, misalnya perasaan, mood dan komunikasi (De Shazer & Berg 1988).
Soalan berskala membolehkan klien untuk memberi perhatian yang lebih kepada apa yang
mereka lakukan dan langkah yang boleh mereka ambil untuk membawa kepada perubahan
yang diinginkan.
Contoh: Individu yang mempunyai kerisauan atau kecelaruan panik mungkin akan ditanya,
dalam skala 1 hingga 10. bagaimana perasaan anda pertama kali datang ke sesi dan
bagaimana perasaan anda selepas berlakunya keajaiban
dalam hidup anda?
Setelah masalah anda selesai, bagaimana anda meletakkan skala kerisauan anda sekarang?. Walau
sekiranya klien hanya meletakkan peningkatan skala dari skala 1 ke skala 2, namun klien telah
menunjukkan perubahan. Bagaimana klien tersebut melakukannya? Apakah yang perlu klien lakukan
untuk meningkatkan skalanya? Segala persoalan ini membantu klien untuk mengenal pasti tahap
masalah dan kerisauan mereka.

Membentuk Tugas Sesi Pertama atau Formulating First Session Task (FFST)
FFST adalah satu bentuk kerja rumah yang diberi oleh ahli terapi kepada klien untuk
diselesaikan dalam tempoh sesi pertama dan sesi kedua. Dalam tugasan ini, ahli terapi
mungkin akan berkata, Mulai saat ini dan sesi yang akan datang, saya ingin anda membuat
pemerhatian dan menerangkan kepada saya tentang apa yang berlaku di dalam keluarga anda,
kehidupan, perkahwinan dan perhubungan yang anda ingin ia terus berlaku pada masa
hadapan (De Shazer 1985). Pada sesi yang kedua, akan ditanya tentang apa yang diperhatikan
dan apa yang klien ingin terus berlaku. Persoalan tentang bagaimana perubahan tersebut
berlaku adalah tidak penting, sebaliknya bila perubahan itu berlaku adalah lebih penting.
Menurut De Shazer. intervensi ini cenderung untuk meningkatkan optimis dan harapan klien
tentang situasi mereka. Klien biasa akan bekerjasama dengan ahli terapi dalam FFST dan
melaporkan perubahan atau peningkatan mereka bermula dari sesi pertama (McKeel 1996;
Walter & Peller 2000). Tugasan ini diberikan setelah klien diberi peluang untuk berkongsi
tentang cerita dan masalah mereka kerana klien perlu rasa difahami terlebih dahulu sebelum
mereka dipandu untuk membuat sesuatu perubahan.

Maklum balas ahli terapi terhadap klien


Pada akhir setiap sesi, ahli terapi perlu berehat selama 5 hingga 10 minit untuk membuat
rumusan sesi. Pada waktu tersebut, ahli terapi akan merangka maklum balas yang
disampaikan kepada klien selepas waktu rehat tersebut. Jong dan Berg (2008) menjelaskan
bahawa tiga bahagi asas dalam struktur rumusan tersebut adalah pujian, penghubung atau
bridge dan cadangan tugasan. Pujian yang ikhlas diberikan kepada klien atas apa yang telah
dilakukan oleh klien yang mengarah kepada penyelesaian yang berkesan. Pujian harus
diberikan dengan cara membina harapan bahawa klien dapat mencapai matlamat perubahan
yang diingini dengan menggambarkan kekuatan dan kejayaan mereka. Kedua, penghubung
atau bridge menghubungkan pujian dengan cadangan tugasan yang akan diberikan.
Penghubung ini menyediakan rasional kepada sesuatu tugasan.
Seterusnya, aspek ketiga iaitu cadangan tugasan kepada klien. Tugasan pemerhatian yang
diberi kepada klien membolehkan klien untuk melihat beberapa aspek dalam kehidupan
mereka. Proses pemantauan diri ini membantu klien mengenal pasti perbezaan yang berlaku
apabila sesuatu keadaan itu menjadi lebih baik, terutamanya perbezaan pada cara pemikiran,
perasaan dan tingkah laku. Tugasan tingkah laku pula memerlukan klien membuat sesuatu
yang dirasakan berguna oleh ahli terapi dalam membantu klien membina penyelesaian
masalah. De Jong dan Berg (2008) menekankan bahawa maklum balas yang diberikan oleh
ahli terapi kepada klien menjelaskan tentang apa yang perlu klien lakukan termasuklah
perbezaan atau perubahan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan peluang dalam
mencapai matlamat terapi.
Contoh: Kaun selor membuat kesimpulan di akhir setiap sesi dan memberikan tugasan
kepada klien sekiranya perlu.

Teknik-teknik Teori Feminis


Pendedahan diri (self-disclosure)
Pendedahan diri oleh kaunselor bertujuan menunjukkan mod el kepada klien dan membantu
klien melihat pengalamannya sebagai pengalaman normal. Pendedahan ini perlu dibuat
secara berpatutan demi kebajikan klien dan bukan untuk kepentingan kaunselor. Pendedahan
diri kaunselor juga mengurangkan perbezaan kuasa antara kaunselor dengan klien sambil
meneguhkan serta memberi kekuatan kepada klien. Melalui pendedahan diri, kaunselor
menunjukkan sifat asli dan tulennya.
Contohnya, kaunselor membuat pendedahan di peringkat awal sesi dengan memaklumkan
orientasi pendekatan feminisnya iaitu nilai dan kepercayaan kaunselor terhadap politik dan
sosial dikongsi bersama klien. Pendedahan bukan bermaksud kaunselor menceritakan dengan
terperinci pengalaman hidupnya tetapi terhad kepada pendirian kaunselor terhadap isu-isu
keadilan sosial.
Analisis peranan gender
Menganalisis peranan gender bermakna meneroka kesan jangkaan peranan gender terhadap
perkembangan psikologi dan personal klien. Kebiasaannya, individu mempelajari peranan
gender melalui norma kebiasaan masyarakat. Masyarakat juga telah menentukan bagaimana
lelaki dan wanita perlu berperanan. Mesej yang diterima oleh klien yang berkaitan dengan
jangkaan masyarakat dianalisis agar klien menyedari sejauh mana jangkaan terhadap dirinya
sebenarnya dipengaruhi dan ditentukan oleh masyarakat.
Klien dibantu melihat peranan gender dalam masyarakatnya, pengaruh budaya dalam
menentukan peranan gender, pendirian klien terhadap peranan gender. Sering kali kita tidak
sedar bahawa proses sosialisasi mempengaruhi cara klien bertindak misalnya lelaki tidak
boleh menangis. Wanita perlu menyerah kepada keadaan kerana mereka golongan yang
lemah.

Analisis kuasa
Analisis kuasa merujuk kepada membantu klien mendapat celik akal terhadap ketidaksamaan
kuasa dalam masyarakat. Ketidaksamaan ini telah mempengaruhi realiti hidup dan akhirnya
menyebabkan seseorang yang ditindas akan terganggu kesihatan mentalnya. Matlamat teknik
ini ialah membantu klien menyedari mengenai ketidaksamaan kuasa antara lelaki dengan
perempuan. Dengan kesedaran tersebut klien mencabar dan menganalisis mesej peranan
gender yang sudah sebati di dalam dirinya dengan akhirnya klien mendapat lebih keyakinan
diri, mengenali dan menghargai dirinya.
Contohnya, klien menyebut bahawa sebagai lelaki dia dibesarkan untuk mempercayai
bahawa tugas lelaki ialah menyara keluarga, justeru dia tidak perlu membantu isteri di dapur.
Manakala bagi si isteri, dia dibesarkan dalam keluarga iaitu wanita perlu memainkan peranan
aktif dalam rumah tangga sama ada mereka bekerja atau tidak. Proses pembudayaan ini
menyebabkan konflik kepada pasangan suami isteri. Justeru peranan kaunselor ialah
membantu menilai peranan kuasa dalam gender.

Biblioterapi
Biblioterapi merupakan strategi klien membaca bahanyang boleh memberi celik akal tentang
penindasan, peranan gender, jangkaan masyarakat terhadap lelaki dan wanita, dan lain-lain
yang berkaitan dengan matlamat terapi feminis. Bahan-bahan yang boleh dicadangkan tidak
terhad kell buku, tetapi juga video dan filem.
Contoh buku-buku yang sesuai untuk rujukan klien muslim misalnya ialah buku yang
membincangkan tentang peranan wanita muslim. Buku berkaitan hak wanita dalam
keganasan rumah tangga dan hak dari segi perundangan juga sesuai menjadi bahan
biblioterapi.

Latihan asertif
Kaunselor mengajar dan memberi galakan melalui latih asertif dengan harapan klien
menyedari dan arif mengenai hak-hak diri, kesan stereotaip dalam masyarakat, nilai dan
kepercayaan yang negatif, juga peranan gender.
Melalui latihan asertif, klien meningkatkan kuasa dirinya apabila memahami bagaimana
pengaruh sosial dan politik menyumbang kepada masalah yang dialaminya. Latihan asertif
meminjam teknik pendekatan tingkah laku. Latihan tertentu dijalankan oleh kaunselor seperti
aktiviti dalam kumpulan iaitu klien digalakkan mencuba aktiviti tertentu yang dia tidak berani
mencubanya sebelum ini.

Pelabelan semula
Maksud pelabelan semula ialah klien dibimbing untuk melihat masalah sebagai impak
daripada pengaruh sosial dan politik. Melalui proses ini, klien menilai kembali dimensi
politik dan sosial persekitarannya dan bagaimana dimensi tersebut menyumbang kepada cara
berfikir dan kepada masalah yang timbul. Celik akal membantu klien melihat masalahnya
bukan sebagai masalah dirinya tetapi berpunca daripada pengaruh sosial dan politik.
Contohnya, klien pada asalnya melihat bahawa perceraian adalah sesuatu yang negatif kerana
masyarakat menganggap individu yang bercerai sebagai tidak berupaya menjalankan
tanggungjawab suami atau isteri. Dengan menggunakan kombinasi teknik biblioterapi dan
pelabelan semula, klien dibimbing untuk melihat perceraian secara sihat andainya ikatan
perkahwinan tidak boleh dipertahankan kerana pasangannya gemar melakukan keganasan
rumah tangga. Proses melihat semula perceraian secara sihat bagi individu yang menjadi
mangsa keganasan rumah tangga, dipanggil pelabelan.

Tindakan sosial
Klien digalakkan menyertai dan melibatkan diri dalam kumpulan-kumpulan yang
memperjuangkan golongan yang tertindas seperti di pusat krisis, atau pusat pendidikan
komuniti. Penyertaan dan penglibatan seperti ini membantu klien untuk mendapat kuasa
dirinya dan menganalisis hubungan antara pengalaman peribadi dengan konteks sosial dan
politik masyarakatnya. Kaunselor boleh mencadangkan beberapa pertubunhan sosial yang
boleh membantu klien mendapat pencerahan mengenai peranan gender. Di Malaysia, ada
pelbagai pertubuhan yang boleh menjadi tempat rujukan seperti IKRAM, ABIM, bagi yang
beragama Islam sahaja atau pertubuhan lain yang bersesuaian.

Kerja kumpulan
Penyertaan dalam kumpulan sokongan bukan sesuatu yang asing bagi mereka yang
bermasalah. Menurut pendekatan feminis, penyertaan klien dalam kerja kumpulan
membolehkan mereka berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli kumpulan dan menjadikan
kumpulan tersebut sebagi kelab untuk mereka membantu diri mereka sendiri.
Contohnya ibu tunggal yang berasa tertekan kerana status boleh menyertai aktiviti Persatuan
Ibu Tunggal Malaysia membolehkan dia berkenalan dengan ibu-ibu tunggal yang lain, dan
boleh mempelajari survival mereka sebagai ibu tunggal.

Teknik-teknik Pendekatan Naratif

Soalan demi soalan


Ahli terapi naratif menggunakan soalan sebagai cara untuk menjana pengalaman berbanding
untuk mendapatkan maklumat. Tujuan soalan adalah untuk meneroka dan membina
pengalaman klien secara progresif, dengan itu mereka dapat menentukan hala tuju sesi yang
boleh dijadikan panduan dalam mengarah sesi terapi. Soalan biasanya ditanya dengan cara
yang menghormati klien, keinginan untuk mengetahui tentang klien serta bersifat terbuka.
Ahli terapi juga mengambil posisi tidak tahu ketika mengajukan pertanyaan kepada klien.
Soalan-soalan ini membolehkan ahli terapi menyediakan peluang kepada klien untuk
meneroka pelbagai dimensi dalam situasi kehidupan mereka. Ia juga membantu klien
mengenal pasti andaian budaya yang menyumbang kepada kewujudan masalah. Ahli terapi
naratif berminat untuk mengetahui bagaimana masalah tersebut terbukti menjadi masalah dan
bagaimana masalah memberi kesan kepada pandangan klien terhadap diri mereka sendiri
(Monk 1997). Selain itu, ahli terapi naratif juga cuba melibatkan klien dalam membina
semula cerita masalah yang tepu, mengenal pasti hala tuju dam mereka cerita alternatif yang
menyokong hala tuju tersebut (Freedman & Combs 1996)
Contoh: Soalan yang ditanyakan oleh ahli terapi biasanya terkandung dalam perbualan
dengan klien, sebahagian dialog dari dialog awal, penerokaan peristiwa yang unik, atau
penerokaan proses budaya yang dominan dan penting. Soalan yang terlibat biasanya
berbentuk kitaran atau saling berkait apabila ahli terapi cuba mencari sesuatu untuk
memperkasakan klien dalam cara yang baru.

Eksternalisasi masalah
Dalam terapi naratif, masalah menjadi lawan kepada klien dan bukan individu atau klien yang
dikaitkan dengan masalah tersebut. White (1989) percaya bahawa bukan klien atau individu
yang bermasalah, sebaliknya masalah itu sendiri bermasalah. Masalah dan cerita masalah
yang tepu memberi kesan kepada manusia dan mendominasi kehidupan manusia secara
negatif Eksternalisasi adalah satu proses untuk membina semula kuasa naratif klien. Proses
ini memisahkan individu daripada masalah yang membelenggu mereka. Apabila klien melihat
diri mereka sebagai menjadi bermasalah, mereka mempunyai cara yang terbatas untuk
berhadapan dengan masalah mereka.
Setelah klien memisahkan diri mereka dari masalah dengan menganggap bahawa masalah
adalah sesuatu yang di luar dirinya, mereka telah membina satu perhubungan dengan
masalah. Dengan memahami pengaruh budaya dalam mewujudkan masalah, klien dapat
membina semula garis kehidupan mereka dengan cerita kehidupan yang lebih positif.
Kaedah yang digunakan untuk memisahkan masalah dari individu dikenali sebagai
perbincangan eksternalisasi atau externalizing conversation yang membuka ruang untuk
kehadiran cerita yang baru. Eksternalisasi menghalang sebarang penindasan, cerita masalah
yang tepu dan memperkasakan klien untuk berasa lebih cekap dalam menangani masalah
yang dihadapi. Dua tahap dalam eksternalisasi masalah iaitu (1) pemetaan pengaruh masalah
terhadap kehidupan seseorang, dan (2) pemetaan pengaruh kehidupan seseorang terhadap
masalah (McKenzie & Monk 1997). Pemetaan pengaruh masalah ke atas seseorang
menyediakan maklumat berguna kepada individu agar rasa malu dan bersalah klien dapat
dikurangkan. Apabila pengaruh masalah diteroka dengan cara yang sistematik, klien akan
berasa didengari dan difahami.
Contoh: Bila kali pertama masalah ini muncul dalam hidup anda? Apabila lakaran atau
perangkaan ini dilakukan dengan baik, ia dapat menjadi asas kepada penulisan semula cerita
baru untuk klien.
Contoh: Sekiranya masalah ini akan berterusan selama sebulan atau selama tempoh tertentu,
apakah yang anda fikirkan?

Mencari hasil yang unik


Soalan eksternalisasi diikuti dengan persoalan untuk mencari hasil yang unik. Apabila ahli
terapi mendengar cerita klien yang penuh dengan masalah, mereka mencari pengecualian
cerita tersebut (Nichols & Schwartz 2004). Pencarian hasil yang unik melibatkan ahli terapi
perlu mencari waktu atau situasi di dalam cerita klien iaitu klien dapat menyelesaikan
masalah mereka dengan cara bertanyakan soalan pembukaan. Soalan ini mendedahkan
pengecualian yang dilihat sebagai saat berharga yang dikenali juga sebagai hasil yang unik.
Waktu atau pengecualian ini mungkin melibatkan pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang
berbeza daripada apa yang dimiliki individu lain. Dengan menfokuskan kepada hasil yang
unik, ahli terapi naratif meneroka pengaruh dan halangan untuk mencapai matlamat.
Persoalan ini membolehkan klien melihat kepada perubahan yang mungkin terjadi. Menurut
Epston dan White (1992), pembinaan hasil cerita yang unik kepada penyelesaian yang unik
dapat dibantu dengan penggunaan circular questions.
Contoh: Sekarang anda sudah mencapai tahap ini dalam hidup anda, siapa lagi yang
seharusnya tahu tentang hal ini? Saya rasa mungkin terdapat beberapa orang yang
ketinggalan maklumat tentang diri anda. Apa cadangan anda untuk mengemaskinikan
maklumat ini kepada mereka? Sekiranya terdapat orang lain yang datang ke sesi terapi dan
mengalami masalah yang sama dengan anda, bolehkah saya berkongsi dengan mereka
perkara-perkara penting yang telah anda lakukan?
Soalan-soalan ini tidak ditanya secara bertalu-talu, Sebalik McKenzie dan Monk (1997)
mencadangkan agar ahli terapi mendapatkan keizinan daripada klien sebelum bertanyakan
beberapa soalan. Dengan memberitahu kepada klien bahawa mereka tidak semestinya perlu
menjawab soalan yang diajulkan ahli terapi telah meletakkan klien berada dalam kawalan
semasa proses terapeutik di samping mengurangkan risiko penindasan terhadap klien secara
tidak sengaja.

Cerita Alternatif Dan Pengolahan Semula


Individu mampu untuk menulis kembali kisah kehidupan mereka. Dalam pendekatan ini, ahli
terapi naratif mengajar klien untuk menulis cerita alternatif menerusi hasil yang unik, yang
dianggap sebagai peristiwa yang tidak dijangkakan daripada masalah yang tepu (Freedman &
Combs 1996). Ini boleh dilakukan dengan bertanyakan kepada klien, Peranan anda
melepaskan diri daripada pengaruh masalah ini? Apabila klien menjawab atau memberi
respons, ahli terapi akan mendengar, memberi perhatian dan seterusnya mengenalpasti kunci
kecekapan klien dalam cerita masalahnya. Bertitik-tolak dari pemahaman tersebut, kaunselor
membantu klien membina mencerita yang mengambil kira kecekapan tersebut. Titik
perubahan dalam terapi naratif muncul apabila klien membuat pilihan sama ada untuk
meneruskan kehidupan dengan cerita masa yang tepu atau membina cerita alternatif yang
baru (Winslade & Monk 2007). Penggunaan soalan unik ini membolehkan terapi
mengalihkan fokus kepada masa hadapan.
Contoh: Dengan apa yang telah anda pelajari tentang diri anda sendiri, apakah langkah
seterusnya yang akan anda ambil? Apabila bertingkah laku mengikut identiti pilihan anda,
apakah tindakan yang boleh membantu anda untuk lebih mencapainya? Soalan-soalan
seperti ini menggalakkan klien untuk merefleksikan apa yang telah dapat mereka capai dan
langkah seterusnya yang harus diambil untuk mencapai matlamat mereka.

Dokumentasikan
Cerita baru yang dicipta oleh klien hanya berguna apabila terdapat audiens yang menghargai
dan menyokong mereka Antara kaedah mendokumentasikan bukti adalah melalui penulisan
surat. Ahli terapi naratif adalah pengasas kepada penulisan surat secara terapeutik (Epston &
White 1992). Surat yang ditulis oleh ahli terapi mengandungi maklumat tentang rakaman
sesi, penjelasan eksternalisasi masalah dan pengaruh terhadap klien, serta kekuatan dan
keupayaan klien yang dikenalpasti semasa sesi dijalankan. Surat tersebut juga menggariskan
tentang kesukaran dan usaha yang perlu diambil oleh klien untuk berhadapan dengan masalah
tersebut, serta melukis perbeza antara masalah-cerita yang tepu dan pembinaan cerita baru
yang diingini oleh klien (McKenzie & Monk 1997).
Antara kelebihan penggunaan surat ialah surat boleh dibaca berulang kali pada masa lain agar
dapat memberi inspirasi kepada klien. Surat juga digunakan untuk menggalakkan klien,
mencatat pencapaian klien dalam menguruskan masalah mereka dan orang lain dalam
komuniti masyarakat. Winslade dan Monk (2007) juga menyatakan bahawa surat
mendokumentasikan perubahan yang dicapai oleh klien cenderung untuk memperkuatkan
perubahan tersebut terhadap klien juga orang lain yang signifikan dalam hidup klien.
Di samping itu, penulisan surat naratif memperteguhkan apa yang telah dipelajari dalam
terapi untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian (Nylund & Thomas 1994). Sesi yang
baik akan membantu klien melaksanakan apa jua yang dipelajari dalam kehidupan sebenar
bukan sekadar dalam sesi sahaja.

Kerja kumpulan
Kesemua teknik yang dibincangkan sebelum ini boleh diaplikasikan dalam kaunseling
kelompok atau kerja kumpulan. Winslade dan Monk (2007) menyatakan bahawa pendekatan
naratif memberi penekanan untuk mewujudkan audiens bagi menghargai perkembangan baru
dalam hidup individu yang dikaitkan dengan kelompok kerja. Kelompok atau kumpulan
menyediakan persekitaran masyarakat sedia ada yang prihatin dan menyediakan peluang
interaksi yang terbuka untuk menemui kemungkinan cara hidup yang baru. Justeru,
persekitaran kelompok amat sesuai bagi memperteguhkan pengalaman baru klien.
Contoh: Menjemput klien untuk menyertai kaunseling kelompok atau kelompok
perkembangan diri bagi individu atau klien yang mempunyai masalah yang hampir sama.

You might also like