You are on page 1of 15

FORUM UNIT 2

Tajuk: Berdasarkan pengalaman anda, apakah teori pembelajaran yang


sesuai untuk mengoperasikan kurikulum di sekolah-sekolah agama tempat
anda mengajar. Berikan hujah beserta contoh yang sesuai.

ARAHAN:
1. Rujuk nota di sertakan dlm announcement & modul aktiviti pembelajaran
aktif 2.
2. Jawab dengan kemukakan 3 isi & 250 perkataan.
3. Beri 2 respon jawapan rakan (100 perkataan setiap satunya).
4. Kemukakan

Pada kebiasaannya, sekolah sekolah rendah agama mempunyai cara


pengajaran yang hampir sama dengan sekolah sekolah lain yang berlainan
aliran. Ianya memerlukan cara pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
digunakan untuk menjalankan kurikulum di sekolah. Jadi, pelbagai teori
pembelajaran telah digunakan oleh sekolah atau pendidik itu sendiri untuk
memastikan kurikulum disekolah berjalan lancar dan tersusun secara
sistematik. Berdasarkan pengalaman yang saya hadapi sepanjang proses
pembelajaran disekolah agama, pelbagai teori telah saya praktikkan didalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Antara teori pembelajaran yang sesuai
digunakan dan saya praktikkan ialah teori Pembelajaran Konstruktivisme
dan teori Bihaviorisme.

Pembelajaran Konstruktivisme

Teori Pembelajaran Konstruktivisme mempunyai ciri-ciri pembelajaran yang


tersusun dan baik. Teori ini banyak digunakan adalah kerana ianya
membantu murid belajar bagaimana hendak belajar dengan baik dan
bagaimana pelajar ingin membentuk sahsiah diri di sekolah. Kita dapat lihat
bahawa, kebanyakan guru-guru yang mengamalkan teori konstruktivisme
banyak menggunakan cara pembelajaran yang berbentuk soalan dan
masalah kemudian memastikan murid mencari jawapan mereka sendiri
secara betul dan tepat. Keberkesanan teori ini juga boleh dibantu oleh tahap
bertanggungjawab di kalangan murid samada mereka mencari jawapan atau
permasalahan secara berkumpulan atau individu. Murid yang cemerlang
sentiasa menggunakan keupayaan kognitif yang baik dalam proses
pembelajaran disamping mendapat bentuan daripada guru kelas juga.

Daripada pengalaman mengajar diskolah agama juga, teori kontruktivisme


sesuai diguna pakai kerana dalam proses pengajaran, guru tidak hanya
memberikan sepenuhnya isi pembelajaran kepada pelajar secara bulat
bulat akan tetapi pelajar juga harus aktif dalam menggunakan keupayaan
kognitif untuk memperkembangkan lagi tahap keberkesanan ingatan sendiri.
Guru juga dapat memberi ruang kepada pelajar cara bagaimana untuk
mendapatkan atau menghasilkan idea idea mereka sendiri samada ianya
dilakukan secara berkumpulan atau individu. Tahap kecerdasan mental
seseorang pelajar itu dapat dilihat apabila cara menyelesaikan masalah
dapat dilakukan dengan cara tersendiri tanpa bantuan idea orang lain.
Sebagai contoh yang kita boleh lihat apabila, guru memberikan kerja sekolah
yang hanya berpandukan kepada buku Teks. Tetapi pelajar yang aktif akan
berusaha untuk menyelesaikan kerja sekolah secara cepat dan betul hanya
dengan menggunakan kaedah media massa seperti mencari bahan di
internet, surat khabar dan sebagainya. Perkara ini akan melatih murid untuk
lebih aktif bukan sahaja dari keadaan mental sahaja tetapi fizikal turut
cergas dan cerdas. Segala pengalaman yang dilakukan oleh pelajar ini akan
membantu mereka untuk aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
disekolah.

Ini bertepatan dengan konsep umum teori ini. Berdasarkan daripada


pengetahuan yang sedia ada, saya melihat bahawa pendekatan
konstruktivisme mempunyai beberapa konsep umum seperti yang dapay
diketengahkan. Antaranya ialah pelajar aktif membina pengetahuan
berasaskan pengalaman yang sudah ada. Dalam konteks pembelajaran,
pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka. Pentingnya
membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling
memengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan
dirinya secara aktif dengan cara membandingkan informasi baru dengan
pemahamannya yang sudah ada. Ketidakseimbangan merupakan faktor
motivasi pembelajaran yang utama. Faktor ini berlaku apabila seorang
pelajar menyedari gagasan-gagasannya tidak sesuai dengan pengetahuan
ilmiah. Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan
dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.

Teori Bihaviorisme.

Diperingkat sekolah sekolah agama juga, teori bihaviorisme juga sesuai


digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori ini memberi
perhatian dan mengkaji tingkah laku manusia teruatamanya pelajar sekolah
kerana tingkah laku pelajar boleh di lihat dan diukur dengan melihat situasi
pelajar didalam kelas. Teori ini juga menekankan pentingnya peneguhan
menerusi ganjaran atau insentif untuk merangsang dan mempengaruhi apa
dan bagaimana manusia melakukan sesuatu, termasuk bagaimana murid
belajar.

Berdasarkan teori ini, bentuk pendekatan dan rancangan pengajaran ini


dinamakan 'programmed instruction' atau pengajaran terancang. Kita dapat
lihat bahawa ramai guru di sekolah menggunakan teori ini. Sebagai contoh
dalam pengajaran guru selalu menggunakan pujian 'bagus' atau 'betul' bagi
murid yang menjawab soalan dengan betul, untuk mengukuhkan
jawapannya. Manakala cuba lagi bagi jawapan yang salah atau tidak tepat.
Gred dan markah digunakan bagi menggalakkan murid tersebut belajar.
Murid yang terbaik pula di beri hadiah tahunan. Kesemua ini adalah
berdasarkan teori tingkah laku.

Hukuman adalah sesuatu tingkah laku negatif jika dipamerkan, boleh


menghasilkan sesuatu yang menyakitkan atau yang boleh menyebabkan
kurang selesa. Hukuman dibahagikan kepada hukuman persembahan
(presentation punishment) dan hukuman penyingkiran (removal
punishment). Hukuman yang diberikan merupakan peneguhan negatif yang
diberikan kepada pelajar dan ianya boleh memberikan 2 kesan samada baik
atau buruk. Jadi, melalui pengalaman yang saya lalui, peneguhan positif
adalah cara yang paling terbaik diberikan kepada murid untuk membentuk
sahsiah diri dan seterusnya cemerlang dalam pelajaran dan proses fizikal.
Dalam teori ini juga, murid disekolah juga melalui pelaziman yang mana
bunyi loceng sekolah menunjukkan bahawa waktu kelas sudah pun tamat.
Segala situasi yang berlaku menunjukkan bahawa teori ini juga digunakan
dalam kelas dan disekolah. Teori ini juga sesuai digunakan disekolah agama
kerana guru guru agama banyak memberi latihan dan menyuruh murid
menghafaz segala apa yang telah diajar. Penegeasan terhadap murid untuk
menyiapkan segala tugas juga perlu dimiliki oleh semua guru disekolah
agama mahupun skolah yang mempunyai aliran yang lain.

Secara kesimpulannya, kedua dua teori Pembelajaran Konstruktivisme dan


teori Bihaviorisme sesuai digunakan dan di praktikkan disekolah agama. Hal
ini kerana, kedua dua teori ini melibatkan kebaikan kepada banyak pihak
teruatamanya antara guru dan murid disekolah. Penggabungan kedua dua
teori ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh menghasilkan
satu proses pengajaran yang berkesan dan akan menghasilkan murid yang
cemerlang dan berdikari dalam menyelesaikan masalah sendiri.
Tajuk: Merujuk kepada mata pelajaran opsyen anda, terangkan
bagaimanakah anda melaksanakan hubungkait prinsip penyusunan reka
bentuk kurikulum dari segi turutan, kesinambungan dan integrasi secara
yang berkesan.

ARAHAN:

1. Rujuk nota 2 dlm announcement & modul aktiviti pembelajaran aktif unit
3

2. Jawab dengan kemukakan 3 isi & 250 perkataan.

3. Beri 2 respon jawapan rakan (100 perkataan setiap satunya).

Secara dasarnya pendidikan adalah satu proses yang berkaitan dengan


proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu
dan juga penerapan nilai. Proses-proses pendidikan ini dapat diterjemahkan
dalam konten kurikulum pendidikan yang memberi input kepada murid bagi
menguasai kemahiran, ilmu dan nilai yang perlu disampaikan. Oleh itu,
kurikulum merupakan aspek yang sangat penting dalam pendidikan.
Perkembangan kurikulum perlulah mempertimbangkan beberapa aspek
seperti keperluan kurikulum dengan keperluan masyarakat, perkembangan
kurikulum dengan kemajuan teknologi, dan kurikulum perlu bersesuain
dengan nilai tempatan dan setempat.

Oleh itu, penyusunan kurikulum sangat penting dalam memastikan


pendidikan yang dijalankan dapat memberi input dan penguasaan kepada
murid dengan nilai, ilmu dan kemahiran yang mereka perlukan serta sangat
penting kepada guru untuk menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran
dengan berkesan . Penyusunan kurikulum sangat penting sebagai asas
kepada pembentukkan individu yang berilmu dan dapat melahirkan
masyarakat yang seimbang dari segi intelek, emosi dan rohani seterusnya
dapat memajukan negara melalui sistem pendidikan.

Dalam penyusunan kandungan kurikulum terdapat lima prinsip utama bagi


menjadikan susunan kandungan kreatif dan menyeluruh bagi mencapai
matlamat kurikulum seperti yang telah ditetapkan. Prinsip prinsip tersebit
adalah :

1. Prinsip kesinambungan
2. Prinsip ketertiban.
3. Prinsip kesepaduan
4. Prinsip skop kandungan
5. Prinsip imbangan kandungan.

Kelima-lima prinsip penyusunan kandungan kurikulum ini boleh di lihat dan


diletakkan mengikut dua dimensi iaitu dimensi vertical dan dimensi
horizontal. Prinsip penyusunan kandungan dalam dimensi vertical adalah
Prinsip kesinambungan dan prinsip turutan. Manakala prinsip skop, integrasi
dan imbangan merupakan prinsip kandungan yang dimasukkan sebagai
dimensi horizontal. Hubungkait dua dimensi penyusunan kandungan iaitu
dimensi vertical dan dimensi horizontal dapat dilihat dalam rajah dibawah.

Antara langkah utama dalam perkembangan reka bentuk kurikulum adalah


kompenen penyusunan kandungan dalam kurikulum yang juga merupakan
langkah kedua dalam langkah pekembangan reka bentuk kurikulum.
Daripada kompenen ini dapat dilihat bagaimana reka bentuk kurikulum
disusun dalam dimensi horizontal yang melibatkan prinsip skop, imbangan
dan integrasi.

Perancangan penyusunan kandungan kurikulum perlu dilaksanakan dengan


kreatif dan menyeluruh bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai
contoh penyusunan bahan kurikulum disusun mengikut aras bagi setiap unit
pembelajaran dan mengikut aras kesukaran iaitu dari pada aras mudah ke
aras yang lebih kompleks bertujuan untuk menghasilkan penerimaan yang
optimum dari seorang pendidik kepada muridnya. Dalam model Tylers
mencadangkan tiga prinsip utama dalam penyusunan kandungan iaitu
prinsip kesinambungan, prinsip Turutan dan prinsip Integrasi.

Kesinambungan

Prinsip kesinambungan bermaksud peningkatan ilmu, kemahiran dan nilai


yang perlu dikuasai oleh murid selaras dengan pertumbuhan fizikal,
pemkembangan mental dan peningkatan umur murid. Menurut Tyler satu
kurikulum yang sempurna adalah apabila mempunyai kesinambungan
kurikulum yang lancer dan teratur dimana satu pembelajaran itu dimulai
dengan peringkat yang paling asas atau mudah, diteruskan dengan
kebolehan murid untuk mengaplikasikannya dan seterusnya meneroka bagi
tahap yang lebih tinggi pula. Pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang
perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan
perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka.

Contoh : Membuat rancangan pelajaran tahunan untuk matapelajaran SIrah


untuk menentukan pemeringkatan topik-topik yang akan diajar kepada murid
didalam kelas.

Turutan

Prinsip kedua dalam penyusunan kandungan adalah prinsip turutan yang


membawa pengertian kemahiran dan nilai yang dibina menerusi
pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. Prinsisp ini menjelaskan
bahawa pembelajaran perlulah sentiasa berturutan dan berterusan agar
murid menguasai ilmu, kemahiran dan nilai menguasai berdasarkan
pengalaman lalu dan mampu memberi peluang kepada pelajar belajar
secara luas dan mendalam. Prinsip ini menyarankan pembelajaran
hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu
supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan
mendalam.

Contoh:
Membuat rancangan pengajaran harian mata pelajaran Sirah berdasarkan
sukatan pelajaran harian dan pengalaman pembelajaran murid dalam
mempelajari pengalaman mereka dalam mempelajari sirah zaman Rasulullah
S.A.W samada didalam kelas atau luar kelas.

Integrasi

Prinsip seterusnya pula adalah prinsip Integrasi, iaitu prinsip dimana murid
dapat menghubungkait satu ilmu dengan satu ilmu yang lain. Ini bermakna
melalui prinsip ini pengalaman pembelajaran dalam satu ilmu atau
kemahiran dapat diguna oleh pelajar untuk dihubungkaitkan dengan ilmu
atau kemahiran yang lain bagi menjadikan pembelajaran adalah satu yang
menyeluruh dan holistik. Menetapkan agar pengalaman pembelajaran
dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna
dan menyeluruh

Contoh : Membuat rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan


pelajaran harian dan pengalaman pembelajaran murid. Menggabungkan
bebrapa ilmu yang dipelajari melalui pengalaman murid itu sendiri seperti
mengaitkan peristiwa Israk dan ikrah dengan gambaran Syurga dan Neraka
yang telah dipelajari melalui pengalaman diperingkat sekolah rendah dan
prasekolah.

Dalam reka bentuk kurikulum tiada satu reka bentuk yang boleh dikatakan
unik tetapi setiap reka bentuk kurikulum mempunyai kualiti tersendiri yang
berbeza atau sama dengan reka bentuk kualiti yang lain. Oleh itu
mengabungkan reka bentuk- reka bentuk kurikulum akan menjadikannya
lebih unik.

kesimpulan

Secara kesimpulannya, kurikulum dapat dikembangkan dengan baik apabila


penyusunan kandungan sama ada secara dimensi vertikal atau horizontal di
buat dengan teliti dan baik. Penyusunan kandungan secara horizontal
sekiranya di susun dengan baik dapat memberi input kepada pelajar dan
dapat menghubungkaitkan setiap matapelajaran yang di pelajari disamping
dapat memperkembangkan potensi individu secara berterusan dan
menghargai ilmu pengetahuan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

PERBINCANGAN UNIT 4

Tajuk: Sebagai seorang guru, bagaimanakah cara yang terbaik untuk


mempastikan kandungan kurikulum (pengetahuan, kemahiran, nilai, budaya
dan kepercayaan) dapat ditanamnkan ke dalam diri murid-murid sewaktu
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran opsyen
anda.

ARAHAN:

1. Rujuk nota 2 dlm announcement & modul aktiviti pembelajaran aktif unit
3
2. Jawab dengan kemukakan 3 isi & 250 perkataan.

3. Beri 2 respon jawapan rakan (1

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilihat apabila setiap


kandungan kurikulum dapat diterapkan dan ditanam dalam diri murid
murid disekolah keseluruhannya. Kandungan yang terdiri daripada
pengetahuan, kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan perlu diterapkan
supaya murid murid dapar mengaplikasi segala kandungan pelajaran
didalam kehidupan seharian. Bagi mata pelajara Sirah, saya memastikan
segala isi kandungan dapat dikaitkan dengan segala pengatahuan yang
berguna dan segala isi kandungan pelajaran yang diajar dapat difahami oleh
setiap murid disekolah. Pelajaran Sirah diperingkat sekolah rendah agama
sangat merangkumi segala aspek kandungan kurikulum teruatamanya
pengetahuan tentang sejarah islam, kemahiran dalam mencari maklumat
terdahulu teruatamanya dizaman Rasulullah S.A.W. Ia juga merangkumi nilai
nilai baik yang boleh diteladani menerusi pengamalan orang orang
dahulu yang boleh dijadikan ikutan. Budaya dan kepercayaan juga sangat
sinonim dengan pelajaran Sirah disekolah. Samada ianya datang dari zaman
Rasulullah S.A.W atau zaman sebelumnya. Boleh dikatakan pelajaran yang
diajar disekolah berkaitan dengan sirah sangat merangkumi segala aspek
dalam isi kandungan kurikulum disekolah.

Jadi, apa yang saya atau pendidik lakukan ialah dengan menerapkan segala
isi kandungan kurikulum itu kedalam diri murid sekolah. Dan bagaimana kita
sebagai pendidik boleh melakukannya? Ianya bermula dari seorang pendidik
yang bagaimana?. Kita sering lihat pada zaman sekarang pola reka bentuk
kurikulum disekolah lebih menitikberatkan tentang 3 pola reka bentuk
kurikulum. Yang pertamanya ialah berpusatkan kepada akademik diikuti
dengan berpusatkan pelajar dan seterusnya berpusatkan masalah.
Berpusatkan kepada akademik adalah proses pengajaran dan pembelajaran
yang mana ianya lebih cenderung untuk menggunakan keupayaan kognitif
murid itu sendiri. Ianya juga berorientasikan kepada subjek pilihan pendidik
atau guru itu sendiri. Jadi pola reka bentuk kurikulum ini sesuai digunakan
adalah kerana pengkhususan kepada subjek sangat penting supaya pelajar
tidak keliru dengan isi kandungan pelajaran yang dipelajari disekolah.
Berteraskan kepada penggunaan kognitif ini akan menjadikan tahap fokus
kepada pengetahuan meningkat dan mudah bagi pelajar untuk menyerap
segala maklumat yang disampaikan oleh guru disekolah.

Yang kedua ialah berpusatkan kepada pelajar. Yang mana dalam konteks pola
reka bentuk kurikulum ini, pelajar menerapkan segala ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai nilai dalam diri menerusi pengalaman yang telah dilalui
disekolah terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
pelajaran Sirah, saya menerapkan banyak aktiviti didalam proses pengajaran
seperti membuat lakonan, penceritaan dan sebagainya. Melalui aktiviti yang
dilakukan dapat meningkatkan tahap pengalaman yang dilalui oleh pelajar
seterusnya keberkesanan dalam melakukan pengajaran berpusatkan murid
meningkat secara terus. Nilai humanistik juga dapat diterapakan melalui
bentuk pengajaran ini. Nilai nilai yang baik dilakukan oleh Rasulullah S.A.W
boleh dijadikan ikutan sepanjang zaman dan menjadi asas nilai murni murid
disekolah.

Seterusnya ialah berpusatkan masalah yang mana melihat kepada pola reka
bentuk kurikulum ini banyak tertumpu kepada penyelesaian masalah.
Masalah akan membentuk intipati. Seorang pelajar yang cemerlang akan
sentiasa kehadapan dalam menyelesaikan segala masalah yang berlaku
tidak kira mudah atau tidak. Ianya bergantung kepada tahap penerapan
pengajaran yang diberikan oleh guru itu sendiri. Sebagai contoh, guru
memberi kerja sekolah sirah yang melibatkan buku teks sahaja. Pelajar yang
baik, akan mencari peluang dalam menceburkan diri dalam pencarian
maklumat berkenaan dengan pelajaran samada melalui media massa seperti
internet atau sumber yang lain. Ianya akan membentuk pengalaman sedia
ada yang menjadi asas bagi seorang murid untuk cemerlang. Selain itu,
penerapan juga dapat dilihat berkesan apabila seorang pelajar juga dapat
menyelesaikan masalah kehidupan kerana ianya adalah penghalang yang
paling besar untuk berjaya.

Secara kesimpulannya, penerapan kandungan kurikulum (pengetahuan,


kemahiran, nilai, budaya dan kepercayaan) dapat ditanam ke dalam diri
murid-murid sewaktu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
bermula dari seorang guru yang bertanggungjawab. Guru adalah sangat
memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak murid seterusnya
menjadikan anak murid mampu untuk menggunkan tahap kognitif dengan
lebih berkesan secara individu atau berkumpulan. Pola bentuk kurikulum
sangat penting untuk digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Tajuk: Pendiidkan abad ke-21 menekankan elemen KBAT. Berdasarkan
Domain Objektif Kognitif, bagaimanakah anda dapat memastikan elemen
KBAT tersebut dilaksanakan sewaktu pengajaran anda?

ARAHAN:

1. Rujuk nota 2 dlm announcement/lecture note & modul aktiviti


pembelajaran aktif unit 5

2. Jawab dengan kemukakan 3 isi & 250 perkataan.

3. Beri 2 respon jawapan rakan (100 perkataan setiap satunya)

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia,


sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang
berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya
berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah
mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan
dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat.
KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif,
pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya
murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam
minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran
berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza,


menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut
pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan
maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan
melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran
berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi
keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat
mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka
kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya
saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan
memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari
nanti.
Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka
peranan guru sangat penting dan perlu diambil berat. Usaha ke arah itu
perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh samada gUru ataupun sekolah.
Kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah
didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti
latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa
pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka
supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran
mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT
dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan
KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan
yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis
dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta
atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

Benjamin Bloom mencadangkan objektif atau hasil pembelajaran


diklasifikasikan kepada tiga domain iaitu:

1. Domain Kognitif: Keupayaan intelek menguasai fakta atau maklumat

2. Domain Psikomotor: Melakukan aktiviti fizikal

3. Domain Afektif: Menunjukkan sikap peribadi

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia,


sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang
berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya
berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Kepentingan
menerapkan unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kurikulum
ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 .
Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan penting dalam
memastikan kurikulum yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Guru perlu melakukan satu perubahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, anjakan daripada budaya menghafal dan kaedah latih tubi
yang diyakini memberi kesan kepada keputusan peperiksaan kepada
pengajaran dan pembelajaran yang menekankan penggunaan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT). Menurut Bloom, setiap domain mempunyai
pelbagai tahap, dari yang rendah atau mudah kepada yang tinggi atau sukar
dikuasai.

Dalam taxonomy Bloom, Domain Objektif Kognitif memastikan elemen KBAT


dapat dilaksanakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran yang
mana ianya bermula dari tahap rendah kepada tahap yang lebih tinggi.
Tahap rendah boleh dikatogerikan kepada 3 bahagian iaitu pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi manakala aras tinggi merangkumi analisis, sintesis
dan penilaian. Jadi, melalui proses analisis, pendidik disarankan untuk
menganalisa fakta fakta yang ada. Hal ini adalah kerana untuk memastikan
segala fakta atau pengetahuan yang dicari bersumberkan daripada sumber
yang betul atau sebaliknya. Sebagai contoh, dalam subjek atau
matapelajaran yang hendak diajar kepada murid perlu bersumberkan
kehendak atau isi kandungan pelajaran yang bertepatan dengan subjek.
Guru tidak boleh mengambil ringan tentang proses ini. Seterusnya adalah
sintesis yang mana dalam proses ini pendidik atau guru perlu membuat
rumusan atau generlisasi. Ini adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran
berfikir aras tinggi yang berkesan. Segala isi kandungan pelajaran perlu
diringkaskan atau dirumuskan untuk membina tahap kognitif yang lebih
kepada aras yang lebih tinggi. Keupayaan kognitif yang tinggi wujud apabila
keberkesanan dalam proses pengajaran seorang guru kepada muridnya
disekolah. Proses pemikiran paling tinggi ialah menilai dan membuat
keputusan. Yang mana dalam abad ke 21 ini pelajar lebih mengamalkan
proses pengajaran berpusatkan murid. Murid lebih cenderung untuk
melakukan dan mencari maklumat menggunakan media massa seperti
internet. Muri dapat menilai segala aspek dan isi kandungan berdasarkan
pengalaman yang dilaluinya. Murid akan lebih banyak mencadangkan segala
idea yang diterima dan dijana melalui pengalaman sendiri. Murid akan
menentukan segala maklumat yang diterima dengan membahaskan segala
apa sokongan terhadap bahan yang dicari dengan bukti yang kukuh. Segala
perbahasan dan kritikan boleh dilakukan juga apabila murid sentiasa
memikirkan segala apa jawapan yang dirasakan betul dan bertepatan
dengan kehendak soalah yang diberikan. Penyelesaian masalah akan lebih
mudah apabila murid sudah biasa dengan pemikiran aras tinggi yang sering
dilakukan.

Kesimpulannya, guru adalah orang yang paling penting dalam memastikan


elemen KBAT dilaksanakan sewaktu pengajaran. Dengan menerapkan cara
cara berfikiran peringkat yang lebih tinggi akan membantu murid untuk lebih
cepat dan cemerlang dalam proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.
Pada abad 21 ini, murid lebih mudah menjalankan proses pdp dalam
keadaan proses berpusatkan murid yang mendapat bimbingan daripada
guru. Jadi guru perlu memastikan segala ilmu KBAT yang diterima oleh
pelajar dapat diaplikasi dalam pelbagai situasi teruatamanya dalam
penyelesaian masalah.
Tajuk: Guru-guru diwajibksn menyediakan RPT & RPH yang lengkap sebelum
melaksanakan aktiviti PdP. Sejauhmanakah penyediaan rancangan
pengajaran tersebut dapat memastikan keberkesanan pembelajara murid-
murid dalam bilik darjah? Bincangkan.

ARAHAN:

1. Rujuk nota 2 dlm announcement/Leture note & modul aktiviti


pembelajaran aktif unit 6

2. Jawab dengan kemukakan 3 isi & 250 perkataan.

3. Beri 2 respon jawapan rakan (100 perkataan setiap satunya)

Kita penah mendengar penjelasan bahawa sesuatu rancangan itu sangat


memainkan peranan yang penting teruatamanya dalam bidang perguruan
atau pendidikan. Mungkin kegagalan dalam penyediaan rancangan
pengajaran akan menyebabkan banyak kesan negatif kepada murid dan
sekolah seterusnya akan menyebabkan diri sendiri sebagai guru gagal dalam
menjalankan tanggungjawab disekolah. Ianya nampak lebih teruk jika
dibandingkan dengan kegagalan seorang jurutera dalam merangcang
sesuatu projek sebagai contoh. Hal ini kerana perancangan sebelum
melakukan proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ianya
akan memberi kesan yang paling menyeluruh dalam melakukan sesuatu
pengajaran. Ibarat berjalan tanpa panduan dan arah, itulah yang boleh
digambarkan pada seorang guru disekolah. Seorang guru perlu sedar
bahawa setiap pengajaran yang dilakukan dan dilaksanakan perlu melalui
proses perancangan dahulu tidak kira guru tersebut telah berpengalaman
lama mahupun guru yang baru. Perancangan adalah wajib dilakukan untuk
memastikan objekti sesuatu kurikulum itu tercapai dengan jayanya.

Rancangan pelajaran tahunan

Rancangan Tahunan adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan.


Rancangan Pengajaran Tahunan ini perlu disediakan pada awal tahun atau
awal semester sebelum sesi persekolahan bermula yang mana ianya
berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi satu-satu mata
pelajaran.

Rancangan pelajaran harian

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran


Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah
disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan
teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat
dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi
kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan
Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan
baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh
pihak yang diberi kuasa

Persoalannya, Sejauh manakah penyediaan rancangan pengajaran tersebut


dapat memastikan keberkesanan pembelajaran murid-murid dalam bilik
darjah. Mengapakah ianya penting diwujudkan sebelum proses pengajaran
dan pembelajaran dilakukan. Hal ini adalah kerana RPT adalah sebagai
medium panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Selain itu, ianya turut bertujuan untuk
mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam sesuatu
pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu. Penyediaan
Rancangan Pengajaran Tahunan juga bertujuan untuk memastikan susunan
topik-topik agar teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid-
murid. Tambahan pula, penyediaan RPT ini adalah untuk memudahkan guru
pengganti menggambil alih tugas guru yang sebelumnya tanpa teraba-
teraba untuk meneruskan pengajaran. Dalam masa yang sama, Rancangan
Pengajaran Tahunan juga berperanan sebagai penyelaras bagi penyediaan
soalan untuk ujian bulanan dan peperiksaan. Terakhir ialah Rancangan
Pengajaran Tahunan ini dapat membantu guru untuk menyemak topik yang
telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah.

Bagi Rancangan Pengajaran Harian pula, keberkesanan kepada murid dapat


dilihat apabila guru dapat menentukan serta memastikan objektif pengajaran
dan pembelajaran tercapai. Selain itu, guru boleh meningkatkan keyakinan
diri guru sebelum masuk mengajar untuk memastikan segala ilmu yang
diajar itu lebih yakin diterima oleh murid. RPH juga dilakukan adalah untuk
mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang
hendak diajarkan. Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam
masa yang diperuntukkan dan akan memberikan kesan positif kepada murid
dari segi penjagaan masa belajar. Menentukan strategi atau aktiviti yang
terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid
demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan
pengetahuan ke arah yang dikehendaki. Guru dapat menggunakan masa
pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan
bersistem. Seterusnya guru boleh merancang penggunaan alat bantu
mengajar yang sesuai. Alat bantu yang sesuai adalah penting untuk
memastikan murid lebih seronok dalam penyampaian pengajaran dikelas.
Murid tidak akan bosan dan mudah untuk menerima ilmu yang baik.

Kesimpulannya, penyediaan rancangan pengajaran harian dan tahunan


sangat memberi kesan kepada proses pembelajaran murid-murid dalam bilik
darjah. Kegagalan Penyediaan RPH/RPT akan memberikan banyak kesan
negatif kepada murid mahupun guru seterusnya akan menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran terbantut dan tidak cemerlang. Penyediaan
rancangan pengajaran yang lengkap akan membantu murid lebih tertarik
untuk belajar dan sterusnya melahirkan murid yang cemerlang. Bahan bantu
mengajar yang diselitkan didalam proses pengajaran adalah salah satu cara
kaedah untuk menampakkan proses pengajaran lebih menaraik disamping
teori teori yang diberikan kepada pelajar.

You might also like