Professional Documents
Culture Documents
Konsep Pengenalan
Konsep Pengenalan
MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan
tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang
seharusnya memberikan kita tenaga. Makanan yang memberi tenaga dapat
membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan
pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga
dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu
dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan
sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
PIRAMID MAKANAN
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan
ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging
rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam.
Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya
rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan
hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.
Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju
dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya
dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di
Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada
kumpulan ini yang perlu dimakan.
JENIS MAKANAN YANG
DIPERLUKAN TUBUH
JENIS FUNGSI SUMBER
Karbohidrat Membekalkan tenaga dan haba Nasi, roti, ubi, kayu, keledek,
bagi mengekalkan suhu badan kentang
Protein Membina otot-otot tubuh badan, Ikan bilis, telur, susu, daging, ikan
membina tisu baru dan
menggantikan tisu yang mati atau
rosak
Vitamin A Penting untuk kesihatan mata dan Tomato, lobak, minyak limpa ikan,
dapat mengelakkan penyakit sayur-sayuran berdaun hijau
rabun ayam
Vitamin C Untuk kesihatan kulit. Kekurangan Jambu batu, betik, limau, oren,
vitamin ini boleh menyebabkan sayur-sayuran berdaun hijau
penyakit kulit dan gusi berdarah
Vitamin D Membantu pertumbuhan gigi yang Ikan, minyak limpa, susu, telur,
sihat dan kuat. Kekurangan mentega
vitamin ini boleh menyebabkan
tulang menjadi lemah
LANGKAH-LANGKAH DISYORKAN
MENGIKUT PIRAMID MAKANAN
Banyak minum air kosong iaitu lebih kurang enam hingga lapan gelas
sehari
PANDUAN MENGHIDANGKAN
MAKANAN
Hidangkan makanan yang beraneka warna dan
bentuk yang menarik
BIBLIOGRAFI
1. www.scribd.com School Work Essays & Theses
2. www.slideshare.net/.../makanan-dan-amalan-pemakanan-1322379 - United States
3. miosh.net/.../stress%20mngmt(PEMAKANAN%20BERASASKAN%20DIET
%20...
4. web.utm.my/healthcentre/images/.../healthy%20eating%20UTM1.ppt
5. www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt